Tuesday 14 September 2010

Aku seorang ibu...

6.00pm
Kaunter Dewan Bersalin Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah

Keadaan aku betul-betul dah tak berdaya..tenaga yang aku rasa 0-0 ni aku gagahkan juga untuk sign borang kebenaran  dan borang tanggung risiko..aku tak sempat membaca semua isi kandungannya..tapi penerangan doktor tadi walaupun buat aku kecut perut, namum demi bayi dalam sakit yang tak tertanggung ini, aku tetap dengan niatku untuk menjalani pembedahan sahaja...biarlah apapun yang terjadi selepas ini aku redha...dan nyawaku itu menjadi pilihan yang terakhir...

6.20pm
Aku masih terbaring dalam bilik Bersalin, baju bersalinku telahpun ditukarkan menandakan sebentar lagi aku akan ditolak masuk ke Bilik Operation..hatiku lega, hilang sebentar rasa sakit yang aku tanggung kerana aku tahu tak lama lagi aku akan bersalin..yer..dah tertulis inilah cara kelahiran anakku..ceaser....

2-3 orang nurse berada disekelilingku..mereka menolak aku keluar dari Dewan Bersalin..ketika itu salah seorang  nurse yang agak senior bertanyakan suamiku..dia suruh aku berjumpa dahulu dengan suamiku..aku tahu dan itulah harapanku untuk bertemu dengan suami dan seisi keluargaku..dari jauh lagi aku nampak kelibat suamiku dan seisi keluargaku..mereka mengerumuniku...

Bagaikan hampir pecah empangan airmataku..aku lihat..Suamiku..Mak..Ayah..Akak..Ina..Ipan dan Aikal berada disekelilingku..aku sempat mengucup tangan suamiku aku memohon ampun dan maaf atas segala salahku..begitu juga dengan mak..ayah dan lain-lain..sayup-sayup aku dengar mak bersuara..." Mak ampunkan segala dosa ti..mak halalkan semua makan minum tie..." aku masih sempat mendengar biarpun tangan mak hampir terlepas dari gemgaman tanganku...betapa saat itulah yang paling berharga padaku..aku memandang semua yang ada satu persatu...dengan kudrat yang ada aku tersenyum aku tak mahu memperlihatkan derita sakit yang aku tanggung..Seandainya inilah pertemuan terakhir dan seandainya nyawaku tak panjang..biarlah pandangan terakhir mereka ialah senyumanku bukan airmataku....

Aku pun melepasi mereka dan terus ditolak masuk ke Bilik Operatin sementara menanti persiapan mereka berjalan lancar...aku dibaringkan atas katik..diatas badanku lampu putih yang besar menungguku...segala peralatan telah tersedia dan pakaianku sekali lagi ditukar....

Seorang Pakar Bius yang aku cam sewaktu dalam wad dulu datang lagi...Doktor Berbangsa india..lembut jer orangnya..dia menenangkan aku..menerangkan prosedur demi prosedur yang akan aku jalani sebentar lagi..aku redha..yer...se redha -redhanya..dalam mulutku tak putus-putus aku berdoa dan membaca ayat-ayat suci yang mana mampu aku ucapkan..dan awal-awal lagi aku mengucap kalimah Allah bimbang seandainya aku tak sempat mengucapkannya nanti...

Prosedur pembedahan pun bermula...didadaku penuh dengan wayar-wayar aku pun tak tahu apa fungsinya..aku dibius separuh sedar..dadaku ditutup setinggi bantal tapi aku masih mampu melihat gerak-geri petugas-petugas di Bilik Tersebut..semua sibuk dengan bahagian kerja masing-masing..

7.29pm

Tiba-tiba aku terdengar bunyi tangisan bayi..sekuat-kuatnya...dan dengan secepat kilta itu juga aku melihat seorang petugas membawa bayi dalam kain hijau itu menghilang terus entah kemana.. Pakar Bius tadi datang lagi kepada ku dengan lembut ucapanya..." Congratulation..awak dah jadi Ibu....congratulation..."

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah..itu sahaja yang terucap dibibirku...terasa hilang sakit yang aku tanggung sejak  5 hari lalu..hilang sekelip mata..aku tak sabar nak menatap wajahnya..Pakar bius tadi datang semula menerangkan kepada ku prosedur sekarang iaitu mengeluarkan uri dan seterusnya akan menjahit tempat pembedahan itu semula semula...prosedur ini akan dijalankan dalam tempoh 1jam..

Inilah bayiku..hamba Allah yang berada di rahimku...


Aku masih berbaring menanti untuk menatap wajah bayiku..tak lama kemudian nurse tersebut datang menghampiriku..”dik ini bayi adik..girl or boy? Katanya sambil menunjukkan jantina anakku..dengan yakin aku menjawap “boy….” Hatiku girang…

“Alhamdulillah..alhamdulillah.. airmataku bagai nak menitis….aku memandang bayiku..kulitnya merah…Aku memandang matanya..hidungnya..mulutnya..jari tangannya…jari kakinya….Ya Allah sempurnanya anugerah yang telah Kau berikan padaku Ya Allah..Termakbul segala doaku selama ini..Amin Ya Rabbal Alamin… Nurse meminta aku menyusukan bayiku..Bayiku diletakkan diatas dadaku dan terus dia menyusu..aku tahu bayiku ini mesti lapar sebab dah dua hari aku tak mampu nak jamah makanan…..

Bayiku dibawa keluar mungkin untuk diazankan..aku pun tak pasti bagaimana prosedurnya  mungkin awal-awal lagi bayiku ini telahpun di Azankan oleh suamiku….

8..20pm

Selesai sudah pemedahanku…seluruh tempat jahitanku telah pun dibersihkan dan kini aku Cuma menunggu masa untuk ditolak keluar ke Wad…

8.40pm

Aku sampai ke Wad 10..mujur katilku yang terakhir berdekatan dengan tandas..aku diangkat dan dibaringkan di atas katil..oleh kerana aku masih dalam Bius..kaki dan tangan ku terasa amat berat dan tidak boleh digerakkan..aku amat dahaga tapi kata nurse aku harus menunggu 6 jam baru aku boleh minum…Aduhai keringnya tekakku..tuhan jer yang tahu…seluruh akhli keluarga ku masuk menemuiku..hatiku gembira..aku bersyukur Tuhan masih memanjangkan nyawaku untuk bersama seisi keluargaku..suamiku menghampiriku..memandangkanku dengan sepenuh kasih sayang..keadaanku masih lagi lemah..

kini kami masih menunggu bayiku ditolak masuk ke wad ini..kata nurse sebentar lagi bayiku akan dibawa ke sini…

Keadaanku sebaik sahaja ditolak masuk ke Wad 10

No comments: