Thursday 29 September 2011

Aniq dah berdiri dan bertatih....

Alhamdulillah aniq dah berdiri sendiri dan bertatih...walaupun sekrang aniq dah melebihi setahun tapi alhamdulillah aniq tetap mengikuti perkembangannya dengan sempurna..amin...

semalam aniq dah pun melangkah melebihi 5 langkah...bukankah itu suatu yang mengembirakan hati kami..sayangnya aku tak sempat untuk rakamkan memori itu..Insya Allah diwaktu lain aku akan rakamkan untuk kenangan aniq dimasa akan datang...

Supplement Tambahan untuk Aniq..

Setiap ibubapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak..begitu juga aku dan lan.Sebagai  ibubapa kami  begitu berharap aniq membesar dengan  badan, minda dan hidup yang sihat...Oleh demikian berbagai cara yang kami fikirkan untuk kesihatan aniq dari sekarang

Sememang kami kurang mampu seperti orang-orang lain...kami tak mampu belikan aniq susu yang mahal yang katanya begitu kaya dengan DHA dan pelbagai AA lagi..namun syukur Alhamdulillah walaupun aniq minum susu yang tak lah kaya dengan AAA nya tapi aniq tetap membesar dengan sihat dan alhamdulillah sehingga setahun ini aniq tak pernah keluar masuk wad..

Namun sebagai manusia dan ibu, aku tetap impikan dapat melihat aniq seperti anak-anak yang lain..aku impikan aniq cepat membesar dan menjadi hamba Allah yang bijak..aku tak mahu aniq ketinggalan didunia dan akhirat...Aku impikan aniq seorang yang berjaya dalam pelajaran dan menjadi seorang 'hafiz' al-quran. yang sentiasa menjadikan Al-Quran panduan hidup..

Semalam dah sampaipun stok Examo CKM 500 yang aku order..satu untuk ina dan ank-anak, satu lagi untuk aniq..semalam juga ketika kami ke Guardian, aku belikan juga Scoot Emulsion perisa oren untuk aniq..mulanya aku ada terbaca minyak ikan jenama Pristin adalah yang terbaik, tapi megenangkan harganya yang mahal..aku terpaksa lupakan hasrat tu..bukan aku berkira untuk kebaikan aniq..tapi banyak lagi tanggungjawap yang harus aku pikirkan, aku takut sekiranya aku terlalu ikutkan hati, kami akan terdesak sedangkan banyak lagi keperluan yang harus kami fikirkan..

Cukuplah dahulu 2 makanan ini untuk aniq..lagipun sekarang aku dah mula berikan aniq Madu.walaupun bukan sesudu, aku cuma celupkan dijariku dan kusuapkan kat mulut aniq.. 

ini kerana aku percaya madu adalah makanan sunnah yang mempuyai 99 penawar dan khasiatnya tertulis dalam Al-Quran dan Sunnah...dan madu itu juga asli kerana diambil sendiri oleh ayah..

Moga keberkatan makanan-makanan tersebut Aniq mendapat manfaatnya...itulah doakan setiap hari..

Mula hari ini pagi-pagi aniq akan makan Examo 2 biji untuk 3 minggu nie..dan sebiji untuk seterusnya..petang pula aniq akan makan scoot emulsion pemberian ina..dan malamnya pula aku akan suapkan madu...

Tiada lain yang ku harap moga bila aniq besar nanti aniq tahu ibu dan ayah sentiasa mengharapkan dapat membuat yang terbaik untuk aniq..moga bila kami tua nanti, aniq mengenang semua itu dan menjadi anak yang baik kepada kami berdua

..amin....

Aniq belajar Sembahyang...

Alhamdulillah...

Itu yang mampu aku ucaokan kepada Allah S.W.T atas perkembangan aniq sekarang..Syukur aniq sentiasa sihat walafiat walaupun dah 2 minggu ni aniq asyik cirit birit jer...tak tahu kenapa mungkin susu aniq dah tak sesuai..tapi aku pun tak tahu susu apa nak bagi kat aniq..

Dah dua hari ini hati aku berbunga-bunga..sejuk perut aku mengandung kan aniq...aniq dah mula menunjukkan minatnya untuk belajar sembahyang...tiba-tiba malam kelmarin selepas kami sembahyang, aniq pun merangkak-rangkak ke Sejadah..dan tiba-tiba dia laung allah hu akbar ( awahubar.. dalam bahasa dia..heee) dan terus letakkan dahinya ke Sejadah..aku dan lan berpandangan sesama sendiri..Alhamdulillah...Inilah yang sering kukatakan kepada suamiku lan..apa yang kita lakukan sekarang akan mengajar anak kita..jadi lalkukan semua perkara yang bermanfaat moga ia akan menjadi ikutan anak kita...





Malam tadi pun berlaku perkara yang sama sesudah aku menunaikan sembahyang isyak..aniq terus menerpa  dan melakukan perkara yang sama..sujud berkali-kali...melihat dia aku pun melakukan perkara yang sama..dalam hatiku berdoa moga aniq menjadi anak dan hamba Allah yang beriman..dan sayang ibu dan ayah besar nanti jangan tinggalkan sembahyang....

Ya Allah... jadikan zuriatku ini hambamu yang terbaik....Amin...

Wednesday 14 September 2011

Selamat harijadi pertama sayang.....

14 September 2011

Pukul 7.20 ni tepat aniq berusia 1 tahun...selamat harijadi sayang dari ibu..ayah..mak long..umi..maktih..abg ipan..abg aikal dan semua insan-insan yang menyayangi aniq..doa kami semua moga aniq jadi insan yang soleh..sihat dan berjaya didunia dan akhirat...

Ini kek bersempena harijadi aniq yang pertama..khas hadiah dari ibu dan ayah..dan dipilih oleh ang ipan, maktih dan abg aikal...

Kami semua sayangkan aniq...aniq mesti sayang kami juga tau....biarpun ibu tah anak ibu tak berapa sihat..anak ibu demam lepas kena cucuk tapi ibu tahu sayang ibu & ayah ni kuat..aniq mesti kuat tau, lawan demam tu..moga sayang ibu cepat besar....

















Monday 12 September 2011

Aniq cucuk setahun..

12 September 2011

Petang ni aku dan lan bawa aniq gi klinik untuk regular check & injection fot 1 years old...ikutkan esok appoinmentnyer tapi esok lan dah keje..arini lan MC, demam selsema katanyer..tapi sian abng, MC pun tak dapat rehat kat rumah...

tepat pukul 2.00 kami pun ke Klinik Presint 9..tunggu punya tunggu barulah nama aniq kena panggil...mula aniq kena timbang...ukur lilit kepala dan last sekali kena ukur tingginya. Anak ibu nie memang tak nak dok diam, ada jer kerja nak dibuatnya..Alhamdulillah berat aniq naik ke 9.26kg..dah beso anak ibu nie..

Keluar dari bilik 36, kami menuju ke bilik Prosedur untuk injection...ni turn ayah pulak yang bawak aniq..seingat aku sekali jer aku bawa aniq cucuk..tu pun masa aniq sebulan...punyalak kuat dia menangis sampai tak sanggup ibu nak tengok lagi. sejak tu ayahlah yang amik tugas unutk pegang aniq tiap kali aniq cucuk...tapi ayah kata sepanjang ni aniq tak pernag nangis bila kena cucuk..nangis pun sebab taknak berpegang kuat-kuat..tak pun sebab tak nak baring...

Alhamdulillah selesai sudah aniq dicucuk..kali ni kat lengan..pautuler ibu tak dengar suara aniq nangis..kata ayah aniq tak nangis pun...sampai kat kaunter, cepat2 ibu sapu lengan aniq dengan balm..takut bengkak.

Kebetulan ina tengah tunggu ambil ubat..kita tuggu maktih kejap yer sayang..

Agak terkilan juga hati aku nie..aku ada terbaca dalam petua sekiranya tak mahu anak demam selepas cucuk bulanan....selepas cucuk jer cepat-cepat susukan anak dengan susu badan..Alhamdulillah sepanjang 1-6 bulan itulah yang aku ikuti tapi hari ini aku tak mampu...sejak aniq tak nyusu badan, aku tak mampu nak ikut petua tu lagi..






Tiada apa yang ibu harap cuma janganlah aniq demam....Anak ibu dah besar tau..2 hari lagi anak ibu dah setahun....selamat ulangtahun pertama sayang dari ibu dan ayah....

Wednesday 7 September 2011

Bowling @ Alamanda..




















Tertunai jugak janji nak lawan bowling ngan ipan.... pepun ipan cuba lagi..heeeeeee