Thursday 17 January 2013

Rezeki kami.......Alhamdullillah

Alhamdulillah

17 Januari 2013

Loan rumah PR1MA kami dah lulus.....

Syukur impian kami untuk memliki rumah di bumi Putrajaya nie dah pun tercapai... tak sabar menanti 3 tahun ni iaitu tempoh siap rumah tu..

Biarlah apa orang kata....yang pasti itu hasil titik peluh kami sendiri..Ini pelaburan kami buat hari yang akan mendatang..Bukan mendabik dada atau menyombong diri tapi inilah motivasi diri untuk anak-anak ibu dan ayah nanti..moga sampai satu masa nanti ibu dan ayah akan dapat bercerita betapa susahnya ayah dan ibu kamu ini..moga jadi teladan dan  pedoman buat kalian menempuhi hidup didunia ini

Anak-anakku.. betapa susah ayah dan ibu mencari harta buat bekalan..Janganlah diharap harta keturunan cukuplah ILMU dan PELAJARAN yang telah diberikan..moga dengan bekalan yang sama..anak-anak ibu dan ayah akan berjaya dalam hidup..

In Shaa Allah



Langkawi....Aniq datang !!!!!

Alhamdulillah....

15 Januari 2012 @ 8.15am


Seronoknya..rasanya tahun 2013 ni tahun yang best sangat..kami nak namakan tahun ni sebagai
'Tahun Cuti-Cuti Kami '

Dngan tak semena-mena orang lain yang kecoh nak gi jalan Langkawi aku yang terus booking tiket..aduhai isteri Azlan ni, pantang dengar yang murah yer.... aku dah beli tiket flight untuk kami sekeluarga ke Langkawi pada 22 - 26 September 2013.. pejam celik..pejam celik mst dah tak lama..

Mujur tiket kami RM 0..tambah cas2 yang rasanya mmg patut kena bayar..jadi jumlah bayaran tiket kami ke Langkawi pergi-balik RM220....okla tu kan...naik kereta sah2 dekat 600 lebih..

Mulanya nak celebrate arijadi Aniq 14 September kat sana..tapi tengah bulan, dah tu tiket mahal..fward punya fward dapat tarikh ni..takpela yang penting dalam bulan 9 lagi kan...

Merasa aniq naik aeroplane..sayang anak kan...! lagipun inilah first time aku akan menjejakkan kaki kat sana..13 tahun dok kedah nun langkawi pun tak penah pi..malu ngat aih!

Sekarang tinggal nak settlekan Hotel dengan kereta Sewa jer...minta-mintak Allah permudahkan..Amin...

P/S...kalau boleh tiap-tiap bulan pada tahun nie nak gi jalan-jalan....in shaa allah...tarikh terdekat.. 18 Mei 2013 nanti..my love husband sayang..nanti kita plan yer...

Saturday 12 January 2013

Pure Marine Kologen aka Ibu Kologen

11 Januari 2013

Dah seminggu rasanya Pure Marine Cologen aku tersadai jer atas kabinet tu..lan pun dah pandang-pandang ibu kologen  yang beria sangat aritu nak beli tapi tak terusik sampai ke arini.. tapi tak boleh jadi nie dengar komen kengkawan semua best-sebt jer..so malam ni camner apun aku mesti kerjakan ibu kologen aku tu..

Aku prefer ibu kologen Gred AAA ungu berbanding warna kuning..tengok gred pun dah lebih 1A kan..mesti khasiatnya lagi baik..

Tepat pukul 11 malam, aniq pun dah tidur aku terus kedapur..aku cekak dalam 100g dan terus basuh..sental..sentap semua adalah semta-mata takut dengar cerita bau nya yg menjengkel kan...teringat akuarium ikan puyu aku..uweeekkk.. bau nyer mula-mula mmg merisaukan..sangu ke minum nie..jadi aku terus menerus menyental... hampir 7-8x jugak la..after that aku rendam semalaman dengan asam keping..samping2 tu aku cium jugak bau dia tapi takla kuat semacam masa kuakan dari plastik tadi...

12 Januari 2013

Tepat pukul 7.30pg aku dah terpacak depan singki...hihihihi..kerja semalam tak beres lagi. Ibu kologen tu macam dah kembang sikit, warna dia pun dah tak pekat ungunya macam semalam..aku buang air rendaman then sental lagi beberapa kali..setiup tuas aku tngok..sampai betul terjamin kebersihannya barulah aku jerang dalam periuk..dalam hati berdoa janganlah berbau kuat...riso sangat..

after about 30 minit aku rebus dan tngokkn urat-urat IK ni dah larut aku pun matikan api..aku biar sejuk sekejap then masukkan dalam tupperware air..dapatla satu bekas besar dan sedikit bekas kecil..tapi hampasnya tak banyak sangat dapatlah satu mangkuk kecik untuk dibuat masker..

moga-moga berhasil dan berdisiplin lah aku untuk menggunakannya..takut juga takut hangat-hangat jer....

Untungnya aku dapat harga lagi murah dari pasaran ofisku...sayang duit kan...huhuhuhuhuhu..

Bermulalah rutin harian ku bermasker dan minum kologen nie..nak hilangkan rasa hanyir tu aku dah siap beli pati lemon sunguick...tambah jer 2 sudu lemon + 4 sudu ibu kologen..selawat dan minum pagi n sebelum tidur...

Syukur suamiku  pun berminat sekali jadi adalah penaik semangatku....;)

Monday 7 January 2013

Alhamdulillah..Aniq dapat Permata Negara

1 Januari 2013

Rasanya inilah berita baik buat kami di awal tahun bari nie..petang tadi suamiku dapat panggilan daripada Pusat Permata Negara bahawa aniq terpilih untuk mengikuti sesi pembelajaran tahun ni.. sesungguhnya berita ini amat mengembirakan kami..dah lama kami mohon sejak aniq berumur 7 bulan lagi...
Jumaat ni kami kena datang ambil borang..isnin pulak buat pendaftaran..Hari selasa baru hantar aniq sekolah...

4 Januari 2013


Aku dan lan berdu ake Pusat Permata Negara ambil surat tawaran dan list persiapan barang-barang aniq..sempat juga kami sekejap mendengar penerangan salah seorang pendidik di sana. esok bolehlah kami mula untuk membeli segala keperluan Aniq di sekolah...




7 Januari 2013

Tepat pukul 8.30 kami berdua pun terus ke Pusat Permata Negara Putrajaya bagi sesi pendaftaran kelas Aniq..kami dikehendaki mengisi borang dan menyerahkan segala barang-barang seperti yang ditulis dalam list keperluan Aniq...



Esok bermulalah sesi persekolahan Aniq....;)



Ajar Anak Membaca...


KES1: Saya mempunyai anak berusia 2 tahun yang sudah mengenali ABC dengan lancar sejak berusia setahun lebih..tetapi saya tidak tahu bagaimana langkah untuk mengajar anak saya membaca. untuk pengetahuan anak saya belajar melalui youtube jadi dia kurang berminat belajar melalui buku. apakah cara untuk mengajar anak saya membaca sedangkan beliau tidak berminat belajar dengan kaedah buku.

Here is my humble opinion which might not be 100% right.
1. Saya menganggap diri saya sebagai 'Pengamal Kaedah Fonik'. Saya telah mengguna Kaedah Fonik untuk mengajar kanak-kanak membaca semenjak tahun 1989. So Saya yakin 100% anak kecil tidak perlu mengenal nama huruf, abc(ei, bi, si) untuk pandai membaca. In fact kanak-kanak yang tidak mengenali nama huruf lebih cepat menguasai kemahiran membaca berbanding kanak-kanak yang sudah tahu abc. Menurut Prof Diane McGuiness, penulis buku Why Our Children Cant 't Read, "Teaching abc is the first roadblock to reading."

Dr Robert Logan dalam bukunya The Alphabet Effect menyatakan "Abc to 4,5 & 6 year old children is meaningless."

Cuba baca perkataan ini: nasi
Adakah anda menyebut, en-ei-es-ai?
Atau anda terus sebut 'nasi'?

Tentu sekali jawapan anda adalah yang kedua.

For your information, 'nasi' adalah gabungan bunyi-bunyi /nn-aa-ss-ii/. Cuba anda ulang sebut bunyi-bunyi ini dengan cepat. Jadi 'nasi' kan?

So jelas sekali kita tidak menyebut abc bila membaca. So why teach abc?

Therefore If you want your child to become an expert reader, speller & writer, STOP teaching him the letter names. Teach him speech sounds instead. Ajar anak anda Lagu Aksi Abu Ada Ayam untuk Bahasa Melayu dan/atau Cory Cat Phonics Song untuk Bahasa Inggeris.

2. Ajar nama huruf setelah anak anda lancar membaca supaya dia tahu "Itu bunyi aa, namanya 'a'(ei). Itu bunyi mm, namanya 'm'(em) dan seterusnya.

Jangan ajar anak anda membatang perkataan dan mengeja-ngeja seperti ini, "n(en)... a(ei), na, s(es) ... i(ai), si, na...si".

2. Dalam blog ini juga terdapat banyak post mengenai apa yang boleh dilakukan untuk reading readiness bagi kanak-kanak berumur 0-3 tahun.
By 3 years old, you can formally teach your child to read. Anda boleh gunakan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku
Untuk BM atau Readeasy Phonics untuk BI.

3. Berkaitan dengan anak kecil menonton tv/YouTube/ipad/etc, banyak Pakar Kanak-Kanak melarang anak di bawah 2 thn menonton tv/YouTube/ipad sama sekali. Anak di bawah 2 thn perlukan interaksi dengan ibubapa serta orang-orang yang hampir dengannya. Iya, mereka akan lebih smart jika ibubapa banyak bercakap & berinteraksi dengan mereka. Kepelbagaian & jumlah perkataan yang digunakan akan mempengaruhi IQ kanak-kanak. So stop putting babies infront of TVs/computers. Between ages 3-5 you can expose them to tv/computers moderately.

Research menyatakan anak yang terdedah kepada tv/komputer pada umur yang sangat muda akan mengalami masalah focus, attention span dan tidak berminat dengan buku. Jadi Ibubapa atau pengasuh taska perlu creative. Gunakan Bacalah Anakku apabila anak berumur 3 tahun atau apabila anak sudah bersedia untuk belajar membaca. Make your lesson fun. Play games. Anda boleh merujuk kepada buku Permainan Kreatif to keep your child interested to learn to read. Anda juga boleh join kursus kami.

___________________________________________________

P/S.. soalan ni saya yang hantar dah lama dah tak ingat dah bila tarikhnya......alhamdulillah ada jawapannya dan Insya Allah akan cuba mengubahnya untuk kebaikan Aniq..terima kasih Puan empunya Blog http://cepatmembaca.blogspot.com/

Thursday 3 January 2013

Aku Berpantang....Makanan & Minuman..

14 Disember 2012
masa pantangkan aniq

tepat pukul 5.30pm..bermulalah tempoh aku berpantang..sampai rumah jer mak dah siapkan sambal ikan bilis + cuka + lada hitam hasil tangan mak tersayang.. sedap mak buat sama rasanya..teringat waktu aku berpantangkan kelahiran aniq..sambal ni mak buat banyak2..setiap hari mesti ada sambal nie...

tengok jer sambal tu terus aku senduk nasi..terliur rasanya kalau tak pantang memang tak buat..

Hari nie jer mak ada kat rumah, esok mak nak balik n9..seminggu lebih dah makayah kat sini..risau ayam orang curi  katanya...tapi aku pun kena cari pengalaman menjaga diri sendiri dalam pantang, cukuplah masa aniq dulu mak jagakan kesian mak..aku langsung tak diberi buat apa-apa tapi aku dah biasa buat kerja tak betah rasanya dok diam jer..masuk seminggu lebih dah basuh baju..sidai baju..degil ! amek kaw terbuka luka ceaser...

Mak kuat berpantang..mak jaga sangat makan minum...mesti pakai stokin..mesti pakai baju panas..jangan banyak berjalan..jangan banyak minum air..tapi anak mak ni dah moden sangat semua benda nak cari kat internet..akibatnya tanggung la sendiri yer! memang masa pantangkan aniq dulu makan aku memang jaga tapi tak bertungku..tak berbarut..pantang lepa stokin tak pakai..akibatnya sekarang baru aku rasa..kaki dan badan kerap rasa lenguh..badan sejuk walau dah berselimut toto..kaki aku yang paling teruk, mungkin kesan bius sama..

so kali ini walau kadang-kadang 'klepet' juga tapi aku masih lagi waspada..

Inilah Cara Aku Berpantang Sendiri ( tapi tetap tak boleh lawan masa berpantang dengan mak) hehehe..

Untung juga aku berpantang kali ni tanpa 'baby' disisi yang ada 'baby besar' siapa lagi kalau bukan si Aniq! masuk 15 Disember jer aku dah mula pantang menjaga diri sendiri.. mujur aku dah print awal-awal resepi berpantang..aku tak ingat amek dari blog mana, tapi rasanya dah bertahun aku save dalam PC.. ada lebikurang 20 resepi..dan aku dah wat survey apa yg boleh makan dan apa yang tak boleh dimakan

Mujur aku ada Periuk Stim Elektrik keluaran Cosway! itulah pembantuku.. Ikan-Ikan yang aku makan sepanjang aku berpantang ialah..Ikan Siakap, Ikan Kerisi, Ikan Selar Kuning, Ikan Gelama dan Ikan haruan Kering! beza sangat dulu tiap-tiap ari Sup haruan air tangan mak! 

Ikan-ikan tu aku gaul kunyit + garam..letak bawang putih..halia..lengkuas..kunyit hidup.stim kan 30 minit..siap jer tabur dengan lada hitam
Untungnya lada hitam aku dah blend awal-awal so senang tak payah nak tumbuk2..aku rendam ikan bilis ngan cuka..lenyek2 bagi hancur sikit pastu tabur dengan serbuk lada hitam..

Sayur pulak.. Sawi Jepun  @ Sawi PUtih + Lobak Merah.. rebus jer! titik bawang putih..halia..lengkuas..masuk ikan bilis + lada hitam..tunggu melegak masuk sayur..dah siap! ini aku makan dengan suhun..dan tak lupa tabur dengan lada hitam..

 Nasi ??? aku ambil sekali jer sehari itupun kalau makan dengan sambal ikan bilis..kali ni aku prefer tukar nasi dengan suhun..aku makan 3x sehari..sarapan..lunch & dinner..aku bukan susukan baby pun so tak payah la makan dalam kuantiti yang banyak..

ok..itu bab makanan.. minuman pulak.. aku cuma minum Kopi O..Milo Suam + Nestum or Oat @ Air Suam.. ini air yang aku amik waktu tengah makan..tengok keadaan jugak. kalau petang aku lapo..aku minum milo + nestum dengan 2 keping biskut..

Atas tu air sedap..air yang tak sedap pulak... Air Rebusan Manjakani ! Uweekk nak pitam rasanya tapi itulah air yang aku minum waktu pagi @ waktu sebelum tidur..3 biji manjakani di rebus..berhari-hari boleh minum dan boleh rebus berkali-kali sampai hilang warnanya..mula-mula memang kelat tapi nanti jadi manis...

menjelang seminggu habis pantang nanti barulah aku akan minum air kunyit + asam.. sedap..hohohoho..lame tak minum mintak-mintak kuat semangat nanti..

bantuan lain. Pil Evening Primrose aku yang kadang-kadang terlupa dan Jus Perawan D'herbs 2x sehari..pun kadang-kadang terlupa..tambah yang baru nie Pil Maajun Anggun Bistari..mnatau dah makan kot2 jadi anggun...

Itulah cerita bab makanan dan minuman aku dalam berpantang sendirian nie..nanti aku sambung lagi pasal penjagaan pulak yer..!