Saturday 21 February 2009

20 Februari 2009

Hari ini 20 Februari 2009….
 
Sudah genap 7 tahun aku di Bahagian dan di Jabatan ini…banyak suka-duka aku disini…kenangan oh kenangan..dalam senyuman ada juga airmata..

Februari 19th, 2009 at 6:24 pm

Tuesday 17 February 2009

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya. 

 1. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.  Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. 

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. 

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.  Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.  

4.  Nak Turunkan Berat Badan Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu. 

 5.  Badan Langsing Selepas Bersalin Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :  Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang. 

  6.  Mengurangkan buncit Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini, iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.  

 7.  Mengempiskan Perut Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba.  

 8.  Kempiskan Perut Anda Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Bookmark and Share Februari 16th, 2009 at 9:38 pm

Aku dan Kisah dari Hati - 2


Terima je surat Interview…aku menyiapkan segala persiapan yang penting..aku terpaksa membahagi bahan-bahan yang perlu aku cari..jadi hampir setiap hari aku cuti, ayah menghantar dan mengambil aku di perpustakaan awam dekat Taman Jubli
Pertama aku mencari bahan untuk interview sebagai Guru dan kedua isu-isu berkenaan dengan Pembantu Tadbir walaupun aku tidak bersungguh-sungguh kerana aku lebih berminat untuk menjadi seorang guru..

30/10/2001 - Tepat jam 5pagi..aku dan ayah membonceng motor ke Kolej Bidan, Alor Setar..Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2jam. Sehinggakan aku tertidur atas motor kerana mengantuk dan sejuk..Sampai di sana pun sudah hampir jam 730.aku terus melapor kehadiranku kepada urusetia tersebut..Aku merupakan calon ke 8 untuk ditemuduga..
Setelah selesai sesi temuduga, barulah aku makan dengan ayah..selesai sudah…tapi esok aku kena bersedia pula untuk interview guru maktab pula…

Aku meneruskan kerja seperi biasa di Pasaraya Ceria sehinggalah satu hari posmen mengirim kerumah satu surat bersampul besar dari  ’Suruhanjaya Perkhidmatan Awam’..sampul tersebut mengandungi surat tawaran bertarikh 21 Nov 2001 dan dokumen-dokumen yang perlu aku uruskan sebelum melapor diri..
Alhamdulillah aku telah berjaya mendapat kerja tersebut..aku gembira keranan lulus interview tersebut..gembiranya kedua orang tua dan keluargaku..cuma hati aku..

Hari berikutnya aku mendapat surat dari JPA supaya aku melapor diri pada 16 Januari 2002 di Putrajaya…semua gembira cuma hati aku berkira-kira untuk kesana…PUTRAJAYA..satu tempat yg asing padaku….

Ada yang bersetuju..dan ada juga yg menghalang aku kesana..pelbagai alasan aku beri tapi makayah berharap aku menerimanya..dan ketika itu ada insan yang tidak sanggup juga aku tinggalkan..tapi kerana kepercayaan…kesetiaan.. aku percaya dengan takdir Ilahi…
Aku dan ayah menaiki bas ke Kuala Lumpur.Aku menumpang di rumah abg sulungku..16 Januari 2002 kami ke Putrajaya dan aku diminta melapor diri di Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri…dalam hatiku mula menangis…

tapi..ini juga doaku kerana ayah telah berjanji sekiranya penempatan aku di KL, aku akan kerja disini dan sekiranya aku bertugas di Putrajaya, ayah membenarkan untuk aku menolak tawaran ini..dan esoknya aku nekad utk pulang semula kedah… gembiranya aku dekat semula dengan keluarga ..aku tak mahu kemana-mana lagi…

Tapi kegembiraan itu tak lama..sebulan selepas itu abg sulung ku memberitahu ayah bahawa aku dikehendaki melapor diri semula..tanpa pengetahuanku, abg Rahim memohon rayuan penangguhan untukku…hatiku sedih semula…Pepun terima kasih Abangku…kernamu aku disini sekarang..

tiba harinya aku datang juga disini dan ditempatkan pula di Jabatan Peguam Negara..disini aku bertemu seorang kawan merangkap seorang kakak…Roza Atlia..dia menjadi teman rapatkuku disini, kebetulan kami sama-sama berulang dari keramat ke putrajaya..hinggalah aku berpindah ke Rumah sewa di Serdang..dan kemudiannya aku menetap di Putrajaya, kami masih lagi sentiasa bersama….banyak suka dan duka kami kongsi bersama…dan  aku kembali bersendiri setelah kak roza berpindah ke Johor pada tahun 2006…

Pelbagai duguaan ku tempuhi disini..hampir setiap malam aku menangis..aku cuma anak yang baru berumur usia 19 Tahun..dan anak tidak pernah sekejap pun berenggang jauh dari keluarga..anak yang takut pada kegelapan malam..Tapi kini  keadaan memaksa aku hidup di tempat asing dan bersendirian..  Ini bukanlah satu yang mudah untuk aku hadapi..penderitaan dan tekanan mengelilingi perjalanan harianku..
kesannya terus menghantuiku sehingga kini dan terus mengejar aku…

kisah kasihku dikhianati..kesetiaanku tak dihargai…hatiku makin walang…


Biarpun terasa kesunyian..aku dikelilingi rakan-rakan..Kak ita..Miza..kak Ti..Kak Ros..Kak Jar..Abg Indera…Kak Ji..CC..kak faezah…nama-nama yang sentiasa meniti dibibirku selama 7 tahun ini..inilah insan-insan yang ada membantuku disini…tika aku bergelut sakit yang sentiasa mengunjungiku..kepada mereka aku cuma mampu ucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kerna menjadi abang dan kakak ku disini…kerna aku tiada sesiapun disini…

biarpun adakala ada kata dan perbuatan yang membuatku terhiris….aku tak pernah kisah dan itu ia tidak menjadi kudis dalam hidupku,  kerana ku percaya..Tuhan Maha Adil….
Aku menganggap inilah ujian dan balasan untukku..aku juga banyak berdosa kepadaNya dan biarlah pembalasan ku terima didunia..

kata ayah “biarlah orang nak buat apapun kat kita..kita jgn buat kat orang…” pesan mak pula ” jangan sesekali mencampuri hal orang..” biarpun adakala aku terlupa pesanan makayah..tapi aku cuba juga untuk menunaikannya..

Dan kini setelah 7 tahun..aku masih disini..masih di pejabat yang sama..masih dikelilingi rakan-rakan yg sama biarpun ada  baru  dan lama..tapi sebaiknya biarlah hubungan itu sekadar di pejabat..dan aku mengulangi kembali seperti mana ‘aku yang dizaman sekolah dahulu’ bukan tiada kepercayaan dan keyakinan..tapi telah berapa kali berlaku, keyakinan ku makin luntur..

Dan kepada seorang teman yang pernah ku kongsi suka duka ku selama 3 tahun dulu..kita kini telah asing..telah punya insan dihati…tiada apa kupinta cuma janganlah kau lupa bumi yang dipijak..
biarpun sehingga kini aku terasa kecewa kerana masih berada disini..tempat yg banyak memberiku memori-memori luka..

disinilah juga kesemaptanku bertemu ’seseorang’..seseorang yang memberiku erti sebenar kasih sayang…inilah salah satu hikmah yang Tuhan beri padaku..disini juga sedikit sebanyak dapat kutunaikan impian keluargaku…

dan telah Allah berikan jawapan kepada persoalan yang ku cari 7 tahun  lalu…


Biarlah aku begini..biarlah aku dengan kehidupanku…
aku masih jua ada tempatku membuka segala rahsia hati..meluahkan segala perasaan terbuku..bercerita kesedihan dan kedukaan hati…yang sentiasa Maha mendengar…Maha Mengetahui..Maha Pengasih…Maha keatas segala-galanya..dan tiada yang  melebihi selain dari diriNya…

dalam ketenangan ini aku mencari kekuatan diri yang telah hilang..biarpun diri ini sering lupa dan lalai..Dia sentiasa ada denganku..aku berdoa tunjukkan lah aku jalan yang lurus..iaitu jalan-jalan orang yang Kau redhai…

Amin…..

Februari 16th, 2009 at 9:28 pm

Thursday 12 February 2009

Rumah Baruku...

Aku dah masuk rumah baru..heee seronoknyer…!! lega rasa..ada rumah sendiri (walaupun hak kerajaan…tapi aku bayar tau! :) ..rumah aku ni rumah impian aku..yang pasti inilah impianku dan disinilah ketenangan akan ku temui..

Bercakap pasal rumah lame..sian pulak aku dengar dari owner, yerlah terpakse melayan kerenah budak-budak yang tinggal kt situ..mcam-macam prangai sampai dia pun pening kepala..ntahlah..pasal duit ni orang ni bukan benda yang boleh diambil mudah…tambah pulak ada yg jenis  tak amanah, inilah akibatnya..
Syukur pada tuhan kerana aku tidak pernah diuji..walaupun aku tidak sempurna, aku tetap amanah terhadap hak orang..alhamdulillah…

Tapi inilah pengalaman pahit aku..tak sangka aku berjumpa juga dengan orang-orang yg tak sepatutnya…diklasfikasikan sebagai org gila pn ok kut…tapi aku rasa gila tu perkataan yg paling lembut utk diguna..kalau yg kasar..hehehehehe sendiri mau ingat ler..

Tapi aku tak kisah pun..kata orang…” kalau ada orang yg mengata kita..maksudnya dia cemburu dengan kita dan sebenarnya cuba untuk menjadi diri kita…( heee aku ada terbaca kat website sapa ntah, dh lupa leer… ) mungkin salah satu sebab…

Alhamdulillah…tuhan memberiku ku SEGALANYA…CINTA HATI sentiasa disisi ….keluargaku BAHAGIA..Rezekiku MENCUKUPI…KERJAYA yang stabil..dan aku juga tidak terbeban dari segala yang diluar KEMAMPUANKU.. AMIINNNNNN…
Februari 11th, 2009 at 12:25 am

Thursday 5 February 2009

Jeram Serting Hulu…


Ku jarang kesini, walaupun jarak dengan rumah cuma lebih kurang 500m.. sepanjang menetap di N.sembilan, adalah dalam 3-4 kali aku kesini, itupun sebab 2 orang anak buah aku ni, suka sangat berenang..heee.. takpun saje habiskan masa bersama keluarga..

aku jarang mandi kat air terjun..eeee tak tahan sejuk kot.. :) 

Tapi jiwa aku mmg selesa kat tempat camni sebab aku tak berapa minat ke pantai @ laut…

ntahla, masing2 punya citarasa kot…  Insya Allah ada masa terluang hendak juga aku kesini lagi..tapi dua orang anak buah ku di Kedah…kalau mereka takde, cam tak seronok jer...

nantilah ada masa lagi aku akan kesini lagi...tapi tak tahu lah bila...hmmmm








Wednesday 4 February 2009

Checklist Persiapan Perkahwinan..khas untuk bakal2 pengantin……

<
NO
PERKARA
PENGANTIN
PENGANTIN
LELAKI
PEREMPUAN
RM
RM
01KURSUS PERKAHWINAN
02UPAH JURU NIKAH
03PAKEJ PERKAHWINAN
-  PAKAIAN NIKAH
-  PAKAIAN MALAM BERINAI
-  PAKAIAN PERSANDINGAN
-  PAKAIAN PERSALINAN
-  ANDAMAN / SOLEKAN
-  JURUFOTO & VIDEO
-  PELAMIN
-  SET RENJIS
-  PINTU GERBANG
04HIASAN BILIK PENGANTIN
-  SET PERABUT BILIK PENGANTIN
-  CADAR
-  LANGSIR TINGKAP & PINTU
-  KELAMBU / TIRAI KATIL
-  HIASAN BUNGA SEGAR/PLASTIK
05KAD UNDANGAN
06KATERING
-  HIDANGAN TETAMU
-  HIDANGAN MEJA PENGANTIN
07KHEMAH / KANOPI
-  MEJA & KERUSI
-  LAMPU & KIPAS
-  SKIRTING MEJA
-  SCALLOP CANOPY
08DEWAN / HOTEL


09CENDERAHATI UNTUK  TETAMU


10BUNGA PAHAR


11BUNGA MANGGAR
12KOMPANG / HADRAH
13MARHABAN / BERZANJI
14MUZIK TRADISIONAL
-  CAK LEMPONG
-  GAMELAN
-  GHAZAL
-  TARIAN dsb.
15PA SYSTEM/ DJ KARAOKE / EMCEE
16DULANG HANTARAN
17ALAS DULANG
18ALAS NIKAH / TILAM PANDAK
19LUKISAN INAI TANGAN & KAKI
20PAKAIAN ‘FLOWER GIRLS’
21PAKAIAN PENGAPIT PENGANTIN
22PERCUTIAN BULAN MADU


NO.
HANTARAN
RM

HANTARAN DARI PIHAK PENGANTIN LELAKI

01TEPAK SIREH
02SIREH JUNJUNG
03MAS KAHWIN
04BATAL AIR SEMBAHYANG
- SET BARANG KEMAS / CINCIN / RANTAI
   TANGAN / RANTAI LEHER
05SENASKAH AL-QURAN
06TELEKUNG
07SEJADAH
08SEPASANG BAJU / KAIN
09BEG TANGAN
10KASUT
11JAM TANGAN
12SET ALAT MEKAP
13SET WANGIAN / MANDIAN
14TUALA MANDI
15KEK
16KUIH MUIH / MANISAN
17BUAH-BUAHAN
18COKLAT / GULA-GULA
19BUNGA RAMPAI / POTPURI
20BUNGA PAHAR SEJAMBAK (BUNGA TELUR)
21BAHAN-BAHAN KRAFTANGAN
(SEKIRANYA GUBAH SENDIRI)
22UPAH GUBAHAN HANTARAN
                               


NO.
HANTARAN
RM

HANTARAN DARI PIHAK PENGANTIN PEREMPUAN

01TEPAK SIREH
02SIREH JUNJUNG
03CINCIN
04SENASKAH AL-QURAN
05SEJADAH
06SONGKOK
07BAJU MELAYU & KAIN PELEKAT
08KEMEJA & SELUAR PANJANG
09KASUT & STOKIN
10TUALA MANDI
11SET TALI PINGGANG & DOMPET
12JAM TANGAN
13SET WANGIAN / MANDIAN
14KEK
15KUIH MUIH / MANISAN
16COKLAT / GULA-GULA
17BUAH-BUAHAN
18BUNGA RAMPAI / POTPURI
19BUNGA PAHAR SEJAMBAK (BUNGA TELUR)
20BAHAN-BAHAN KRAFTANGAN
(SEKIRANYA GUBAH SENDIRI)
21UPAH GUBAHAN HANTARAN
                                    3/3

Aku dan kisah hati - 1

Inilah kisah hidupku..kisah dari hatiku…

Aku dilahirkan pada jam 12mlm, 28 Ogos 1982 di Hospital Seremban..aku merupakan anak ke 4 dari 7beradik…kini usiaku telahpun menganjak ke 27 tahun…tak terasa masa bergerak begitu pantas meninggalkan usia-usia remajaku…

Aku memulakan zaman kanak-kanak..zaman tadika di Pasoh 4, Negeri Sembilan..ketika aku berusia 8 tahun, seisi keluargaku berpindah ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Guar Chempedak, Kedah dimana Aku cuma sempat bersekolah beberapa bulan dalam darjah 3 dan seterusnya keluargaku berpindah pula ke Sungai Petani..LALU aku hanya memulakan persekolahan pada usia 10 Tahun di SK Khir Johari…Setelah setahun disitu, aku berpindah pula ke SRK Tuan Syed Jan Al-Jaffri  dalam Tahun 5 kerana kami mendapat rumah RPA di Taman Sri Tanjung, Sungai Layar..

Pelbagai dugaan, cabaran  dan hidup berpindah-randah menjadikan aku dewasa..Aku bersyukur kerana pengalaman ini menjadikan aku sedar kesusahan yang memberi aku erti kehidupan..dan aku melihat sendiri betapa susahnya ayah dan mak mencari sesuap nasi bagi menyara kami..

Ketika rakan-rakan seusiaku menikmati zaman bermain..bergembira..berlari mengejar arus masa…aku tak pernah merasakan itu satu keperluan, tak pernah terlintas di fikiran untuk meminta kerana aku tahu setiap sen itu amat berharga..itulah titik peluh mak & ayah…

Berbekalkan keputusan 2A dalam peperiksaan UPSR, aku diterima masuk kelas 1A - 3A di SM Sungai Layar, berada di kelas Pertama menjadikan aku seorang pelumba agar aku tidak terjatuh dari tangga atas. Pelbagai dugaan termasuklah kerenah jiran tetangga menjadikan aku seorang yang ‘menyendiri’ dalam duniaku..Kata ayah “kita tidak perlu rakan..saudara..dirumah ini kita punyai segalanya, kenapa perlu org luar utk mendampingi..mereka tidak akan pernah peduli saat kita jatuh..saat kita susah…”

Bertitik tolak dari itu, aku terus bersendiri..tapa perlu rakan-rakan disisi..disaat rakan-rakan keluar sesama berhibur, aku cuma meniti masa dirumah..menolak dgn baik pelawaan yang datang….
Ketika rakan-rakan menikmati cuti semester ke Tingkatan 4, aku sudahpun mula keluar bekerja..Kedai kain Abg Zakaria & kak ZAnah menjadi tpt pertama aku bekerja.Biarpun ada huluran cinta disitu tapi larangan keras ayah sentiasa aku bawa kemana-mana..

Sesudah keputusan PMR diumumkan, aku memilih utk ke Aliran Teknik…aku membawa diri…SMT Teknik Sg. Petani 2 tempat aku bertapak, cuba mengejar masa depan..Inipun kerana emak..emaklah org yang paling gembira pabila aku terpilih untuk kesana..

Ditempatkan di kelas Pengurusan Perniagaan 2, menjadikan aku teruja menerokai bidang Akaun..Perniagaan dan menjadikan aku jatuh cinta..aku masih juga menjadi tumpuan guru-guru..aku senyum sendiri mengenangkan semua ini…terima kasih cikgu! Maafkan daku kerna sikapku dahulu…

Sesudah tamat Tingkatan 5..3 hari setelah tamat kertas terakhir SPM, aku memulakan kerja sebagai Operator Pengeluaran di Sony, Penang..Saat inilah aku belajar memikul tangungjawab menyara keluarga..AKu bertiga dengan akak & Along sama-sama mencri rezeki..aduh!!! betapa getirnya hidup utk mencari sesuap nasi..menumpang dirumah orang penuh duka…

Disini aku belajar segala-galanya..terima kasih Tuhan..makayah, kerana mengajar aku dalam usia yg begitu muda utk menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga..biarpun adakala berhari tanpa sesuap nasi, pernah satu ketika, hanya keropok 10sen yg mampu aku, along & akak beli untuk alas perut..itulah yg kami mampu beli..dan saat itu, ianya sudah lebih dari mencukupi biarpun terpaksa berkongsi 3….itulah saat-saat manis..manis dalam lipatan kenangan…bila hujung bulan, itulah hari yang paling mengembirakan utk kami sekeluarga..

Setelah keluar keputusan SPMV, aku bersyukur kerana memperoleh keputusan dengan Pangkat 1..
Setelah 6 bulan di Sony, aku berhenti dan bekerja sebagai Cashier di Ceria, Sungai Petani.aku tidak bersendirian kerana akak & ina adikku turut kerja bersama..Oleh kerana itu, aku tidak pernah bersendirian kerana keluarga ada..dan aku cuma perlukan mereka…

dan saat itu aku mengikat janji….janji untuk bersama seseorang…

Aku menerima tawaran untuk Ke Politeknik dan Tingkatan 6..aku juga menerima tawaran untuk mengikuti Ijazah dalam bidang Perniagaan tapi aku menolak dengan hati yg senang..aku janji dengan mak..” pasti akan ada peluang yg lebih baik utk ti nanti..ti nak kerja, ti nak tolong mak…” saat itu mak hanya menangis…”bairlah mak, akak yang sambung dahulu…nanti ti pulak…”

Melihat rakan-rakan melanjutkan pelajaran, aku hiba..tapi inilah jalan terbaik utk aku..ini jalan yang aku pilih..atas pertolongan kawan perempuan abg, aku memohon borang SPA..
Setelah sebulan berlalu, aku dipanggil interview Nurse..kemudian Juru X-ray..tapi nasib tidak menyebelahiku..tapi alhamdulilah, Surat panggilan Interview tidak pernah putus  mengunjungi rumahku..

Ketika aku bersedia untuk menghadapi Interview sebagai Guru Maktab, aku menerima lagi panggilan Interview ke-3 sbg Pembantu Tadbir.. dan disitulah bermula kisah hidupku….dan kata ayah..jangan sesekali menolak rezeki..dorongan ayah membuatkan aku pergi juga interview ketiga ini..

Awal 5pg, aku dan ayah membonceng Motosikal ke Kolej Bidan, Alor Setar utk menghadiri Interview..Aku acuh tak acuh kerana pengalaman 2 interview sebelum ini bagiku sekadar menghadirkan diri….

Bersambung…..

Februari 3rd, 2009 at 11:02 pm