Monday 22 June 2009

Istimewa buat Ayahku Tercinta…Selamat Hari Bapa…

21 Jun




Selamat Hari Bapa khas buat ayahku tercinta dan segala-galanya…Encik Abu Hassan bin Mat. Insan Tercinta dan tersayang dihatiku..biarpun tak terluah pada kata-kata, tapi sayang dan kasihku padanya unggul dihati..

Pagi 21 Jun 2009..ayah telahpun menyediakan kami sarapan..Nasi Goreng Kampung khas sempena ‘Hari Bapa..” heeee..terbalik kod ekk..sepatutnya kami yg sediakan tapi ayah terdahulu menyiapkan semua..kami berbual-bual..bergurau..dan bercerita..ku lihat ayah begitu ceria.gembira..seoalah2 hari ini adalah segala-galanya…malamnya juga , ayah masakkan kami “terung goreng istimewa..

Petang tadi, aku dan ayah berbual-bual berbincangkan majlis perkahwinan ku nanti..dari soal tarikh..persiapan diri..khemah..tempat pelamin termasuklah segala persiapan tetamu semuanya ayahku bincangkan..dapatku rasa beberapa ketika ini aku jarang berbual dengan ayah tapi hari ini dari pagi hingga ke malam..kami berbual bersama-sama..sememangnya aku amat-amat RINDU saat ini..

Benar kata orang..kasih bapa takkan terjangkau dimata..pada mata kasar sememangnya kelihatan asing tapi kata ayah..kasih bapa ni hanya Tuhan yang tahu..” ada anak nanti..ti akan tahu mcm mana kasihnya ibu dan ayah pada anak..” dalam ertinya kata-kata ayah ini..

setulusnya hatiku..diriku ini  amat-amat menyayangi ayah..dan maafkan ti kerna pernah melukakan hati ayah…tanpa ayah siapalah ti..ti takkan mampu dan takkan pernah mampu membalas pengorbanan
ayah..
Terima kasih ayah….
 








 


 


Bookmark and Share
Jun 21st,