Monday 23 July 2012

Aniq dan ABC nyer

Allhamdulillah..



Aku bersyukur kepada Allah atas segalanya keistimewaan yang dianugerahkan kepada aniq..inilah doaku moga aniq mudah belajar..terang hati...mudah memahami segalanya pelajaran yang diajar..
setiap kali nampak buku atau keyboard...tangan aniq akan terus menunjuk huruf-huruf diatas dan terus menyebut abjab atau nombor dengan dengan tepat..Alhamdulillah dalam usia yang belum lagi 2 tahun aniq dah kenal huruf ABC dan 123 dengan lancar...


Aku perasan huruf yang mula-mula aniq kenal ialah R K U dan O..masa tu aku terkejut sangat...bermula dari itu kami berdua kenalkan lagi aniq dengan huruf-huruf lain hinggalah sekarang aniq masih lagi belajar mengenal huruf-huruf dan nombor biarpun aniq dah pandai meneka semuanya dengan tepat..

kami mungkin tak mampu nak hantar aniq ke pusat pembelajaran yang kosnya amat tinggi..tetapi mujur lah youtube banyak membantu..suamiku downloadkan semua video-video ABC dan 123 untuk memudahkan aniq belajar dan aniq sangat berminat..setiap hari aniq akan minta supaya kami bukakan untuknya video ABC...

walaupun aniq masih belum bercakap dengan lancar namun sebutannya jelas...amin ya rabbal alamin...

2 bulan lagi aniq akan berusia 2 tahun...moga aniq berterusan untuk minat belajar...perancanganku..setelah aniq hafal kesemuanya kami akan mula mengajarnya alif ba taa pulak...

tiada lain doa ku setiap hari iaitu aniq menjadi zuriat yang terbaik...amin y rabbal alamin...moga Allah memudahkan segalanya....

Wednesday 11 July 2012

Aduhai mimpiku....

11 Julai 2012

Aduhai mimpiku..begitu menakutkan dan mengusik hatiku.. Ya Allah jauhkan lah daku dari ujian yang tak mampu kuhadapinya....