Monday 30 March 2009

Diet Mengikut Jenis Darah


Tak tau la kenapa kiter bersemangat nak share pasal darah ni… Tapi sementare semangat ni wujud, so kiter melayan je la… Entry kali ni tentang diet mengikut jenis darah seseorang…
Pada dasarnya diet berdasarkan golongan darah ini dapat dibagi sebagai berikut:

    * Golongan darah O
Untuk golongan ini harus mengkonsumsi makanan tinggi protein dan mengurangi karbohidrat karena Golongan darah O ini biasanya memiliki masalah untuk penyakit kencing manis, masalah usus, pencernaan, peredaran darah kurang baik, kadar kolesterol tinggi, penyakit jantung, kanker dan penyumbatan arteri.

    * Diet untuk golongan darah A
Untuk orang yang memiliki golongan darah A biasanya memiliki masalah cepat marah, penyakit jantung, kanker dan obesiti, oleh kerana itu asupan makanan untuk orang yang memiliki golongan darah A harus banyak mengkonsumsi makanan berkabohidrat tinggi dan mengurangi lemak.

    * Diet untuk golongan darah B
Golongan darah B biasanya memiliki masalah kesihatan yang berhubungan dengan kerosakan sistem saraf, insomnia, sakit kepala, penyakit hati, masalah haid, sakit tulang belakang, obesiti dan jantung oleh kerana itu penderita golongan darah B harus diet susu dan menghindari makanan yang berbahan dasar itik, ayam dan daging-dagingan yang lain.


    * Untuk golongan darah AB
Biasanya memiliki masalah kesihatan dalam saluran darah, obesiti, kanker, insomnia, sakit sendi dan tulang oleh kerana itu disarankan banyak mengkonsumsi ikan sardin, tuna, susu kambing, putih telur hindari makanan seperti daging sapi, ayam, itik dan daging-dagingan, ais krim, kacang hitam, jagung dan minuman beralkohol.
P/S: Diet Oh! Diet…


 
Mac 29th, 2009 at 8:17 pm

Mengenali Personaliti Melalui Jenis Darah

Aku baru jer habis wat pemeriksaan kesihatan anjuran Kelab Kebajikan & Rekreasi, Jabatan Peguam Negara…Pemeriksaan ni dijalankan oleh pihak Masterskill University untuk hari ni jer..so apa lg, kitaorg pun dr pagi td ler beratur ramai2…excited kut..huhuhu..Alhamdulillah semuanya ok..walaupun naik 0.5kg..takper ler..ptg plan nk g jog kat bukit Shangri-la..heee..
Selama dkt 27 thun ni, baru lah hari ni aku tau darah aku ni group ape..yerlah selama ni g klinik, doktor tu takmua kasitau sbbnya, kalu nk tahu aku kena derma darah..dlu2 tak layak sbb tak cukup berat, skrg dh cukup tapi takut ler…:)
 so..sebab aku dah tau blood  aku dari kumpulan B+ …so bawah ni ada ler serba sedikit ttg kumpulan-kumpulan darah..just for fun & our information..
Sesetengah orang dengar pasal darah tentu rasa takut kan… Ok… Sekarang kalau kengkawan nak tahu jenis darah???… Apa kata baca artikal di bawah ini kerana darah juga boleh mengenali personaliti. Kalau rasa ragu-ragu elok pergi jumpa doktor atau pun anda buat derma darah (Dapat pahala besar derma darah). So check it out…

Darah A
Ketika kecil, orang yang berdarah jenis A biasanya suka bercampur gaul dengan orang lasak. Selepas memperolehi sesuatu pekerjaan dan kaya dengan pengalaman hidup, orang seperti ini dapat mengawal perasaan sendiri dan lebih bersifat matang. Bagaimanapun, ketika tua kelak, orang yang berdarah jenis A ini akan menunjukkan sikap yang degil dan keras kepala.

Darah B
Bagi berdarah jenis B pula, mereka dapat melalui zaman kanak2 yang cukup bahagia dan seronok. Apabila meningkat dewasa, orang yang berdarah jenis B ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu, jenis suka berterus terang dan satu lagi jenis, lebih suka memencilkan diri dan tidak gemar bercampur gaul dengan orang ramai. Orang yang berdarah jenis B tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara daripada usia kanak2 hingga tua. Ini bererti, walaupun usia semakin meningkat, namun mereka kelihatan masih berjiwa muda.

Darah O
Selalu ikut nasihat ketika zaman kanak2 adalah sikap biasa ditunjukkan oleh orang yang berdarah jenis O. Tetapi selepas usia semakin meningkat, mereka akan cuba menunjukkan kelebihan sendiri dan mempunyai prinsip tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
Malahan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berwibawa dan berpengaruh. Dari kecil hingga tua, orang berdarah jenis ini umumnya tidak sombong dan patuh pada nasihat orang lain tetapi bersikap keras semasa tua.

Darah ABManakala bagi orang yang berdarah jenis AB pula, mereka dilihat takut pada orang asing semasa kecil dan tidak suka bercakap. Tetapi sikapnya berubah dengan ketara apabila suka berkawan dengan ramai orang dan gemar melalui pergaulan yang bebas. Orang yang berdarah jenis AB bersikap optimis dan mudah berpuashati. Bersikap sombong dan tidak mahu dengar nasihat orang lain ketika tua.

Darah ABC
???… Suka makan Ais Batu Campur kot… Tengah kaji selidik tentang darah ABC… So siapa ada darah ABC, boleh komen sedikit kat blog nie…
—————————————————————
Setiap manusia memiliki golongan darah yang berbeza-beza dan dapat di bezakan menjadi 4 golongan darah . Dari golongan darah ini juga membawa sifat yang berbeza-beza bagi karakter seseorang, memang tidak selalu sama secara identik tetapi secara garis besar sama.
Golongan darah A
—————-
Biasanya orang yang serius dan penyabar,orangnya tegas dan dapat dipercaya, berfikir secara menyeluruh, konsisten, keras kepala.Orang golongan darah A ini biasanya suka menyendiri kerana memiliki idealisme .
Golongan darah B
—————-
Biasanya berkarakter ingin tahu, memilik banyak ketertarikan di perbagai bidang, semangat biasanya cepat naik tetapi juga cepat padam, selalu ingin menjadi orang yang superior dan diperhatikan dari orang lain.
Golongan darah O
—————-
Orang ini biasanya memiliki sifat sosial yang cukup tinggi, mudah bersosialisasi dengan orang lain, pintar menutupi sesuatu, biasanya orang ini terlihat tidak pernah memiliki masalah, orang ini biasanya sabar dan baik hati.
Golongan darah AB
—————–
Biasanya memiliki perasaan yang sensitif, memilik perhatian terhadap sesamanya, jiwa sosial yang tinggi, terkadang suka memaksakan diri sendiri dalam mencapai sesuatu,orang yang memiliki golongan darah AB biasanya berfikir serius dalam menghadapi permasalahan
Sifat-sifat diatas tidak mutlak semuanya akan sama persis, sifat manusia juga dipengaruhi dari kromosom orang tuanya, kromosom adalah pembawa sifat keturunan, ini juga mempengaruhi karakteristik seseorang, tidak dapat disimpulkan 100% hanya dari golongan darah saja.

Mac 29th, 2009 at 8:10 pm

Monday 23 March 2009

Doa Kekasih..

Ya Allah ya tuhanku,
Sekiranya dia tercipta untukku, dan telah Engkau tuliskan aku miliknya, maka satukanlah hati kami, dan tetapkanlah hati kami diantara satu sama lain. Sesungguhnya ya Allah, aku terima dia sepenuhnya, sebagaimana telah Engkau ciptakan dia dan aku mohon padaMu, kiranya perasaan kami sama, maka bukakanlah hatinya untuk menerima aku seadanya, sebagaimana telah Engkau ciptakan aku, supaya Dia menerima segala kekuranganku. Engkau titipkanlah kerinduan diantara kami supaya kebahagiaan itu abadi, dan ya Allah, landaskanlah perhubungan kami pada jalan yang Engkau redhai, supaya dapat kami menyempurnakan agama kami. Jodohkanlah kami dan permudahkanlah segala urusan diantara kami.

Ya Allah yang Maha Pengasih,Sekiranya aku bukan pemilik rusuknya, bukan dia yang Engkau takdirkan untukku, maka ya Allah, Engkau bawalah dia pergi daripadaku, lupuskanlah rasa cinta dan kasihku padanya. Sesungguhnya ya Allah, peliharalah aku daripada sakitnya perpisahan dan selamatkanlah aku daripada pedihnya kekecewaan. Engkau tenangkanlah hatiku dan pasrahkanlah aku akan takdirMu.
Ya Allah yang maha mengetahui,
Sesungguhnya, hanya Engkau yang mengetahui segala yang tersirat. Walau apapun akhirannya, aku bermohon padaMu supaya dia sentiasa di dalam lindunganMu, selamatkanlah dia daripada bahana di dunia dan di akhirat nanti, permudahkanlah segala urusannya dan ya Allah, Engkau berikanlah dia yang terbaik untuk hidupnya. Bantulah dia supaya semuanya nanti seimbang, di dunia dan di akhirat. Dan ya Allah, lindungilah dia daripada kejahatan orang padanya, walau dalam bentuk apa sekalipun.

Ya Allah yang maha penyayang,
Aku pasrah atas apa yang telah Engkau tuliskan untukku. Hanya Engkau yang mengetahui segala sesuatu, maka aku bermohon padaMu, berikanlah aku yang terbaik untuk hidupku. Permudahkan segalanya untukku dan bantulah aku agar sempurna hidupku, seimbang semuanya di dunia dan di akhirat nanti. Sesungguhnya ya Allah, aku terlalu ingin bahagia, aku ingin benar-benar bahagia, maka Engkau lapangkanlah hatiku dan cukupkanlah segalanya buatku. Pertemukanlah aku dengan dia yang merinduiMu, dengan dia yang mencintaiku, lebih daripada aku mencintainya agar kebahagiaan itu milikku.

Aku hambaMu ya Allah, sepenuhnya aku serahkan padaMu… 

Amin

khas untuk cintaku…..

Azlan b Kamaruddin