Sunday 3 October 2010

Aniq ditahan wad SCN

3 Oktober 2010 

Sesampainyer aku kat Hospital Kuala PIilah..aku terus mendaftar atas nama aniq..

kami menunggu lama juga sebelum nama aniq dipanggil..dalam hati terasa marah juga tapi apakan daya kerana ramai yang datang untuk dapatkan rawatan...dalam pukul 11 baru nama aniq dipanggil...aku dan lan pun masuk berjumpa seorang doktor wanita berbangsa india..

menurut doktor aniq tiada masalah pape cuma batuk biasa..tapi mengenangkan takut sesuatu terjadi kepada aniq dan perjalanan ke Hospital yang jauh, lan memohon untuk aniq dimasukkan ke wad untuk pemerhatian doktor...so malam ni aniq dihantar ke wad SCN...

kat sana aniq diperiksa lagi..doktor masih memberi jawapan yang sama bahawa aniq sihat dan tak perlu dimasukkan ke wad..tapi oleh kerana telah didaftar, aniq perlu di observe 24jam...jika tiada apa-apa esok aniq boleh dibenar pulang...

malam tu aku menemani aniq dekat wad..aniq masih lagi batuk-batuk..tiap kali aniq batuk, tiap kali itulah aku berlari mencari doktor...aku tak lena tidur..melihat aniq hatiku makin sayu..tiap kali lan telifon, tiap kali itulah aku menangis...3-4 hari ini, hidup aku digenangi airmata jer...syukur lan..mak ayah sentiasa memberi kata-kata semangat..tapi aku tak juga mampu menahan sedih..dalam hatiku berdoa biarlah aku yang menanggung semua sakit yang datang..aku sanggup..asalkan aniqku sihat sentiasa..

lan pun balik ngan mak kerumah..itupun dah hampir pukul 12 lebih..ayah ngan akak datang ke hospital menghantar beberapa keperluan aku dan aniq...kesian seisi keluargaku, bersusah payah..tidurpun entah pukul berapa..dah lah ayah pun tak berapa sihat, camtu juga mak..lan pulak esok pagi2 dah kena balik kerja..berulang alik dari Puchong ke Serting bukan satu perjalanan yang dekat...tidur nyer entah camner..

pagi tu sebelum lan gi opis, dia singgah dulu kat wad menjenguj aku dan aniq..begitulah rutin dia hari-hari..siang nie aku dah janji ngan mak ayah dan lan untuk dapatkan rawatan tempa jahitanku yang terbuka nie..

pagi ni aku susu kan aniq macam biasa..aniq baru jer lepas mandi...dari bilik tu aku dapat dengar aniq masih lagi batuk-batuk..

sedang aku siap-siapkan aniq..tiba-tiba aniq batuk tak henti-henti..aku makin takut melihat aniq..sepantasnyer aku dukung aniq lalu aku berjumpa doktor..dia minta aku balik ke bilik dan berjanji akan datang merawat aniq. setelah diperiksa, dia mengatakan aniq perlu di X-ray..kejadian tapi betul-betul mencemaskan aku..tak lama kemudian 2-3 doktor datang lagi memeriksa aniq..

Ayah dan emak sedang menunggu aku kat luar...aku dah berjanji untuk sama-sama mak pergi periksa luka aku yang terbuka nie..hatiku berbelah bagi..mana satau yang harus aku utamakan..dalam fikiran aku cuma ANIQ..hal2 aku sanggup aku tolak ketepi..TAPI jiwa seorang IBU lain..mak juga IBU..dia juga berfikir untuk kebaikan anaknya juga..mak tetap berkeras nak aku mendapatkan rawatan bagi luka pembedahanku ini kerana takut dijangkiti kuman...

akhirnya aku mengalah...aku ikutkan juga kata mak...kata lan...mereka tetap juga mahu aku dapatkan rawatan..terpaksa juga ku tinggalkan anakku seorang di wad SCN..

dalam hati hanya tuhan yang tahu..aku menangis semahu-mahunya..YA Allah..dugaan ini buat aku jadi lemah...

aku ke kaunter memberitahu seorang nurse bahawa aku kena pergi ke wad kecemasan tapi katanya tinggalkan saja anakku kat bilik, nanti dia akan datang tengok..dalam hati berkata-kata..

sombong betul nurse nie..aku tak tahu kat mana perasaan dia bila dia bercakap begitu..sedangkan anakku perlu pemerhatian. apa akan terjadi sekiranya anakku batuk-batuk lagi..tapi jawapan dia tetap sama..aku terpaksa juga keluar dari wad dan meninggalkan cahaya hatiku keseorangan yang sedang nyeyak tidur...

aku, mak ayah pun beredar ke Wad Kecemasan...

Ya Allah..kepadaMu aku bermohon lindungilah cahaya mataku ini dari segala bala dan bencana....sihatkan lah anakku..hanya Kau yang mampu menbantuku..."

dengan hati yang duka aku pun pergi dapatkan rawatan...

No comments: