Monday 30 May 2011

Perjalanan kami ke Kedah....

28 Mei 2011@ 9.30pagi

Pagi ini emak..aku..lan dan juga aniq bertolakdari Putrajaya ke Kedah...

Alhamdulillah dah lama sangat hajat ni terpendam, hari ini tercapai juga. kami pergi menaiki 'hadiah harijadi'suamiku...heee nk test jalan jauh, biarlah 'kancil kesayangan kami' berehat pula...

Aku mohon kepada Allah selamatkan perjalanan kami pergi dan balik.misi utamanya mestilah nak jalan-jalan, jumpa along, anis & farisa..selepas tu ina dengan anak-anak tinggal kat rumah kami. ina boleh jagakan aniq..ipan ngan aikal pulak bole sekolah kat sini jer..dh lama sangat ina tanggung 'derita' kat sana..aku nak sangat tolong ina tapi aku sendiri pun tak tahu cara apa yang terbaik...

Dari putrajaya kami terus masuk highway PLUS..'konflik' buatkan aku mendiamkan diri sepanjang perjalanan..aku terasa hati..yer aku sedang melayan lara hati...;(
mujur aniq tak banyak ragam, masuk kereta jer dia terus tidur cuma bila terjaga jer macam-macam benda nak diusik..aniq-aniq dah tak dok diam cahaya hatiku ini..

Sampai jer perak barulah suamiku bersuara..kami singgah makan kat Medan Selera Kuala Kangsar,,sajer nak bawa mak makan laksa..lepas tu kitaorang pun jalan-jalan sekitar kawasan Istana.. sesudah itu kami meneruskan perjalanan ke Kedah...


Sungai Petani @ 3.30pm

Sesampainya kat tol Sungai Petani (selatan) kami meneruskan perjalanan dalam bandar SP..dah lain sangat sekarang..macam-macam dah ada tak seperti yang kami tinggalkkan 7 tahun dulu..aku pun dah hampir terlupa sudah 10 tahun aku tinggalkan bandar ini sejak aku menetap dan bekerja di Putrajaya ini..

Kami terus kerumah ina..janjinya malam ini kami akan tidur kat rumah Along..Sampai jer kat rumah ina, ibu mertuanya ada dirumah. Seperti biasa kami bersembang, mujur ada mak takdelah rasa kekok sangat..kami minum petang sebelum minta diri untuk ke Pekan Sp dan meneruskan perjalanan ke Yan

Lama benar rasanya aku nak makan Mee Hailam..akhirnya tertunai juga hajat hati..biarpun kedai tu dah pindah sebaris dengan Pasaraya Billion, tapi pekerjanya yg sorang tu aku masih kenal...lama betul dia berkhidmat kat situ..biarpun harganya dah naik tapi bayangkan dalam tempoh 10 tahun ini harganya cuma RM3..dulu RM2.50...cuma rasanya mungkin tak sesedap dulu. kami beli 3 bungkus untuk makan kat rumah Along.. Limpa Lembu pun dah beli...along teringgin benar nak makan masakan mak...

Yan  @ 7.00pm

Sesampainya kami kat rumah along, cuma ada Anis dan farisa sahaja..kata meraka "mama pi kedai..." hampir setahun lebih aku tak jumpa meraka..kali terakhir waktu aku kenduri along balik dengan anak-anaknya..tak lama kemudian along pun sampai..kami bersalaman dan berpelukan..tercapai hasrat along dan kami utk, berjumpa..buat kali pertama along dapat juga jumpa ANIQ..aniq dah 8 bulan baru dapat jumpa Mak Longnya...

Anis Farisa & Anis Fiona

Anis dan Aniq

Irfan & Farisa

Kami bersembang panjang...makan mee sama-sama..along pun dah lama nak makan tapi tak juga dapat...hari ini tercapai juga..Mee Hailam ni menyimpan banyak memori...yer! memori dihati kami adik-beradik..

Setelah membersihakan diri..makan malam...kami pun tertidur..kesian suamiku drive sorang-sorang mesti penat...aku biarkan dia berehat...

29 Mei 2011@ Yan

Bangun pagi jer along ngan ina dah siapkan sarapan...Nasi goreng dan Roti Canai..susah-susah jer along nie..tapi memang selesa tinggal dirumah along cuma sikap 'suami'nya buat kami tak selesa. Arif dan tahu sikapnya buat aku tak betah untuk tinggal lama kat rumah along..mujur dia tak balik malam tadi dan aku lagi suka kalau dia takder..dah jodoh along begitu nak buat macam mana..

10.30pg

Aku, lan dan Aniq nak bersiap-siap untuk ke Pokok Sena..hari ini kenduri kahwin sepupu dia 'Lee & Ina'.. sekejap lagi kami akan bertolak kesana mungkin sampai petang kat sana sebab Cik dan Abah pun ada...diaorang malam tadi lagi dah ada kat Pokok Sena..

Kat rumah kenduri @ Pokok Sena
Bilik Pengantin

12.30@ Pokok Sena

Sesampainya kami kat Pokok Sena kami terus kerumah singgahan keluarga Pengantin Lelaki...sekejap lagi rombongan Pengantin akan bergerak kerumah Kenduri..buat kali pertama aku join dalam rombongan Pengantin..aku memegang Hantaran dan pulak dukung aniq...habis kenduri kitaorang singgah semula kat homestay tu semula untuk berehat..

4.30pm @ Pokok Seba

Jam dah 4.30 kami dah nak siap-siap untuk balik semula ke Yan..keluarga lan dan keluarga Ayah Alang pun nak bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur...

5.30pm @ Alor Setar

Hajat hati nak berjalan-jalan sekitar Bandar Alor Setar..tapi dengan keadaan Jam yang teruk gila, aku batalkan jer hasrat tu...rugi tul kalau tahu jadi camni baik kitaorang masuk highway jer...cari kedai kek tak juga jumpa..

kek ni sebab nak celebrate 'Harijadi Suamiku Yang Ke-27' serta hari-hari jadi Anis..Farisa..Ipan dan Aikal..Aniq belum lagi tunggu bulan 9 nie yer sayang..tak lupa juga 'Hari Ibu' khas untuk bonda kesayanganku...

6.30@ Guar Chempedak

Akhirnya kat Guar Chempedak juga kami beli kek....sepanjang-panjang perjalanan kesini kedai kek pun tak nampak..adusssss...sib baik ada...lan nak makan Laksa Kedah, kami pun singgah sekejap untuk bungkus jer..

7.30@ Yan

Kami dah pun sampai kerumah Along..aku dah bincang ngan ina nk tidur rumah dia jer malam ni. Kitaorang cepat-cepat adakan sesi Potong Kek...gembiranya aku tengok anak-anak buahku. Anis..Fisa..bila lagi Mak Lang dapat jumpa kamu..Mak Lang tahu mama mesti terasa hati mak lang nak cepat-cepat balik tapi pe Mak Lang buat, mak lang fikirkan mama...Mak Lang tak mahu mama anis dan fisa rasa serba salah..


tidurkan Aniq
kek bersempena Hari Jadi My Love..Anis Fiona..Anis Farisa, Alif Irfan & ALif Haikal dan tak lupa juga Hari Ibu ku Tersayang..

tunggu lilin kek

anak-anak buah bersama Pak Lang nyer..

Along

Mak potong bersempena Hari Ibu..ti sayang mak

Alif Irfan dan Alif Haikal...


Anis Fiona & Anis Farisa memotong kek

8.30pm@ Yan

Dah siap-siap packing barang kami pun bertolak balik ke Sungai Petani..banyak barang yang Along kirimkan..baiknya kakakku ini.. Terima Kasih Along..alonglah kakak yang terbaik, anak yang baik dan ti tahu along juga Isteri yang baik..Terima Kasih along biarpun ada sikit kekesalan dihati tapi ti tak salahkan along..ti juga seorang isteri..baik buruk suami cuma kita yang tahu...adakala nak ditelan mati mak...diludah mati bapak..ti sayangkan along..peluklah aniq sebab ti tak tahu bila lagi ti akan datang sini bawa aniq jumpa along...maafkan ti yer...

10.00pm@ Sungai Petani

Kami singgah kat Hotel Duta..beli nasi lemak..lama tul tak makan nasi lemak ni. tempat nilah kunjungan kami selalu..aduh..begitu banyak kenangan kami di SP...kami pun bertolak kerumah mertua ina..menumpang tidur sebelum balik KL semula esok....Syukur layanan keluarga Taufiq terhadap kami seperti biasa. Aku tahu hati mereka mesti 'terasa' dah 8 tahun ina dan anak-anak menetap kat sana..kini mereka akan tinggalkan rumah itu..

31 Mei 2011@ Kampung Penghulu Him

Badan aku betul-betul penat..dah la malam tadi 3 kali aku cirit birit..aud fobia betul kalau makan kenduri, tup2 jadi macam nie...

Ina dan taufiq dah pun siap-siap masak kan kitaorang sarapan pagi...terima kasih.. selepas makan aku keluar dengan lan pergi klinik...lain sungguh jalan-jalan kat Bandar Sungai Petani ni..akupun dah susah nak cam...

2.00pm @ Sungai Petani

Kami dah bersiap-siap nak balik Putrajaya..aku tahu Taufiq sedih tapi apa yang kami buat adalah demi kebaikan..berubahlah jika kau sayang isteri dan anak-anak kau Taufiq...biarlah ina kat sini...mana tahu hidup baru ina lebih terjamin disini...

kami meneruskan perjalanan terus ke Kuala Lumpur.....

6.30@ Putrajaya

Kami pun sampai rumah...

Wednesday 25 May 2011

Selamat Harijadi sayang ke- 27

18 Mei 2011..

genap usai suamiku 27 tahun...tahun ni buat kali pertama kitaorang tak gi beli kek...mulanya memang nak celebrate tapi abg cakap biala tunggu gaji..bila dah gaji aniq pulak takder..last2 celebrate la hari jadi abang kat kedah..sambut ramai-ramai sekali dengan anak buahku... memang la seronok budak-budak nie...








Pepun sayang..selamat hari jadi..i love you sooooooooooooooooo muchhhhhhhhhh

Alhamdulillah

Alhamdulillah..

Aku baru sahaja bercakap dengan Insp Khuzairi..berita yang ku terima amat melegakan hatiku...alhamdulillah rezeki anak-anaknya...tapi kenapa masih lagi melibatkan diri dengan benda-benda yang salah itu..kenapa..??? janganlah sesekali mencampuri diri dalam hal-hal begitu lagi...kasihanilah anak-anakmu...

kudoa dirimu akan pulang hari ini.....anak-anakmu menantimu.....

Friday 20 May 2011

Pertandingan Bowling Hari Guru 2011

19 Mei 2011 - IOI Mall Puchong



Hari ini Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti adakan Pertandingan Bowling bersempena Hari Guru..tak ketinggalan suamiku dan akak pun join sekali. Tambah gembiran bila suamiku ajak sekali memeriahkan pertandingan ni..walaupun hadir sebagai pemberi semangat untuk suamiku..yang paling menggembirakan kerana aniq juga ada menyaksikan ayah lawan bowling...go ayah go..!!

confirm strike...

sedia..sedia...1 2 3...

yes!!!! strike...
mulanya tak lah berapa memberansangkan..masuk frame kedua baru suamiku menunjukkan taringnyer...heeee frame pertama tadi baru warm up kot...masuk ketiga lagilah hebat..heee...strike jer...tahniah sayang..nasib baik ayang pakai baju kurung, kalau pakai seluar, dah lama ayang join sekali...

senyum sayang......


comelnya anak ibu...

murah rezeki aniq....leh masuk tabung...

pepun gembira sangat tengok suamiku gembira...aniq pun ntah asyik 'hilang' kemana..ada jer yang datng 'menculik' nasih baik putera kami ni tak banyak perangai..happy jer dia..menyusu pun tak mintak...hee sayang anak ibu..

20 Mei 2011
Tambah kapsyen

muka sayang dah penat...
keputusan dah keluar...Tahniah sayang...dapat no. 3 pun jadi lah..dapat juga hamper...kenyang tu..percubaan pertama kan...pepun tahniah dari ayang dan aniq..tak sia-sia kami datang...sayang abg...

Thursday 19 May 2011

Hadiah untuk suamiku tercinta...

19 Mei 2011...

Alhamdulillah 'hadiah' suamiku sampai juga ditangannya...aku harap suamiku akan menjaganya dengan baik..menghargainya dan yang penting bila dapat hadiah ini, sayang tak lupa kat ayang...

gembiranya hati impian kita tercapai...senyum aniq...

Inilah impian abang yang tertunai...Proton Persona 1.6 Auto B-Line..warna Bronze Garnet...

Dalam Kedai lagi..menunggu waktu untuk dikeluarkan...

WVH 4034...

Namun yang paling utama ialah...sayang mesti berhati-hati memandunya..jangan bawa laju2 tau..ayang sayangkan abang lebih dari segala-galanya...

ini harta pertama bila kita dah bertiga ni..lepas ni kita beli rumah pulak yer sayang...untuk masa depan anak-anak kita, kita mesti rancang yang terbaik...

Wednesday 18 May 2011

18 Mei 2011

Kek suamiku yang dikongsi..heeeee

Hari ini genap umur suamiku tercinta 27 tahun...

walaupun aku menyambutnya dengan hati yang runsing memikirkan masalah yang tiba-tiba datang tanpa diundang, tapi hari ini tetap menjadi keutamaan ku...

pukul 1.00 pg baru kitaorang berempat sampai dari kampung..semasa dalam kereta alarm henpon aku berbunyi menandakan tepat pukul 12..beranjak ke tarikh 18 Mei 2011 bersama-sama  itu juga tertera notem " Hepi birthday suamiku tercinta" aku mencuit suamiku yang khusyuk memandu..lalu mengucapkan Selamat hari Jadi ke - 27....dia tersenyum...

Pagi esok aniq ada check up kat Klinik Putrajaya...balik tu terus kami hantar aniq kat Klang..aku harap sangat dapat suamiku meniup kek harijadinya...tapi rasanya macam best jer sambut tanpa aniq, kami tangguhkan dulu ...

Aku tak sabar nak tunggu petang ni..hadiah suamiku akan sampai ketangannya...tak sabar melihat suamiku senyum dengan gembira..

alamak

ada perkhabaran tak best pulak..esok baru hadiahnya didaftarkan...hari ini tak sempat nak siap...so kami ke alamanda jumpa fitrah, aku pakat dengan kak fizah belikan kad..Alhamdulillah sempat juga aku titipkan Kad ucapan harijadi khas untuk suamiku tercinta...

aku harap sepanjang aku bersamanya, taip-tiap tahun aku tak akan lupa hadiahkan kad untuknya..tanda ingatan dan kasihku padanya...

sayang tunggu esok ehh...a big present for you...i love you..kek pulak kita tunggu gaji yer sayang...best sikit sambut bila poket penuh...huhuhu...i love u

Insan-insan yang menyambut turut memeriahkan harijadi suamiku tercinta

Monday 16 May 2011

Perkhabaran Duka

Isnin 16 Mei 2011..

Oh perkhabaran duka kenapa ini sering hadir....oh airmata bagikan dah kering..hatiku?? Ya Allah...bagaimana nak kuharungi dugaan ini...apa yang harus aku lakukan...

oh saudara ku kenapa tidak kamu berfikir sebelum berbuat sesuatu..tak kah kamu tahu betapa runsingnya hati mak ayah..kenapa dibebani mereka..dah jadi begini apa yang mampu kita buat untuk menolong kamu..

aku tak mampu lakukan apa-apa hanya ku berdoa moga tuhan melindungimu...bukakanlah pintu taubat dihatimu..pandanglah ke arah kebaikan..kenapa tak dikutip perkra dulu buat ingatan...bagaimana anak-anakmu...fikirkan lah...

aku doakan dirimu akan balik kerumah...anakmu menantimu...

Dua hari lagi..

Dua hari lagi 18 Mei 2011..

Tarikh istimewa  ini adalah harijadi suamiku tercinta.. Azlan Bin Kamaruddin.. tak sabar aku menunggu hari ini.. ku harap 'hadiah besar' menanti disisinya...

Sunday 15 May 2011

Aniq @ Taska

Inilah gambar-gambar aniq yang sempat kurakam ketika aniqmasih berada di Taska Nasirah, Jabatan Peguam Negara. Sesungguhnya ini entah kali keberapa aku dan lan diduga sejak kami bergelar ibu dan ayah. Kukira inilah kesahihan cerita-cerita malang bayi-bayi yang terbiar di Taska kerana aku juga berhadapan dengan situasi begini..

Aku melihat dengan mataku sendiri anak-anak kecil dibiar menangis... entahkan lapar..entahkan sakit namun tangisan yang dibiarkan entah berapa lama... Dsini juga aku melihat perempuan-perempuan yang hilang naluri keibuan mengherdik bayi-bayi. Entahkan dimana otak dan perasaan sedangkan dia lupa dia juga seorang ibu...

Bermula dari 3 Januari 2011..Aku menerima khabar gembira aniq diterima masuk ke Taska. Aku bersyukur kerana mulai saat ini aniq berada dekat denganku. Aku akan menjenguk aniq pada bila-bila masa lebih-lebih lagi aniq masih menyusu denganku...Aku dah tak perlu lagi hantar aniq kat rumah yong..sesungguhnya berpisah dengan aniq satu kerinduan yang tak mampu aku ucapkan..hidup dn rumahku kosong tanpa aniq...

namum kegembiraanku tak lama..aku dan ayu sering turun untuk menyusu kan bayi kami..mengikut jadual kami boleh turun 2 kali sehari.. Pada saat itulah aku melihat segalanya yang selama ini cuma aku dengar. Aku melihat bayi-bayi kecil tidur bergelimpangan.. ada yang menangis dibiarkan..selsema yang berpanjangan..kata-kata herdik dan sikap pengasuh yang seolah tidak mempunyai akal dan adab..

Aku terpaksa pejamkan mata..tiap kali menghantar aniq tiap kali itulah terasa betapa beratnya hatiku meninggalkan aniq. Aku dapat bayangkan layanan mereka terhadap anak kecilku..Ya Allah bagaimana nak ku tanggung semua ini.

Kesabaran aku dah tak tertertahan lagi kemuncaknya bila kepala aniq lebam dan mereka tidak memberitahuku mahupun bertanggungjawap.. minta maaf pun tidak..memang dasar orang yang tiada adab..aku harap Allah akan membalas sikap mereka itu...

5 Mei 2011 ... Aku dan lan ke taska membawa keluar semua barang-barang aniq.. cukuplah aku tak sanggup biarkan aniq berada lama dengan ' betina-betina' tu..aku doakan mereka akan merasa apa yang kami rasa satu hari nanti.....

Kini aku hantar semula aniq kat rumah Yong... takpelah aku berpisah sementara dengan aniq sekurangnya aku tahu aniq kat klang disayangi dan dijaga dengan ikhlas hati...

Mizan, zara, sarah, aniq dan ammar.. yg duduk pulak faiq dan shafik

Aniq pandang pe tu....

senyum jer anak ibu
Aniq dibedung

Aniq @ Bilik menyusu








Aniq belajar meniarap