Monday 26 March 2012

Aduhaiiiiiiiiiii

Aduhaiiii

Lama betul tak update blog ni... busy sangat-sangat....tambah pulak di 'block'.. langsung tak sempat nak update..

Mengenangkan blog ni..teringat sayangku ANiq dah pun berumur 1 tahun 6 bulan... sejak kehadiran aniq lah aku makin rajin berblog nie...moga-moga nanti jadi pencerita untuk aniq jika aku tiada nanti..tapi skrg ni masa pun amat-amat terhad...

Insya Allah aku akan cuba updatenya semula....

Friday 9 March 2012

Ina..Allah telah mempermudahkan segalanya...

1 Mac 2012

Tarikh hari ini adikku ina  menjalani pembedahan bagi membuang ulser peptic cronic yang disebabkan oleh dihadapinya..sesungguhnya aku berdoa moga segalanya berjalan dengan lancar.. Ya Allah permudahkan lah pembedahan ini..akhirilah penderitaan yang adikku kesayanganku ini tanggung... sejak sekian lama adikku ini menderita..cukup-cukuplah segala yang ditanggunginya..

Tepat pukul 9.45pg..adikku ina disorong masukkan ke Bilik OT di tingkat 3, Bangunan Hospital Sungai Buloh. Aku dan suami adikku taufiq menemaninya sehingga ke Bilik OT..dengan rasa sebak yang tertahan-tahan aku mengucup pipi adikku ina berulang kali..dalam hatiku hanya Allah yang tahu tapi aku harus kuat ..kami harus kuat demi kekuatan dan semangat ina..Allah telah mendengar doa kami selama ini...

Mak...Ayah..haikal setia menunggu di Balai Pelawat. Mak dan ayah tak dapat aku panggil sekali kerana haikal tak dibenarkan masuk melawat.. tak apalah sekurangya semalam semua dah bertemu ina dan memberi kata-kata semangat buat ina..

kami sabar menunggu berita kejayaan pembedahan ina ini.

menurut doktor, prosedur pertama ialah membuang block itu dan seterusnya mereka akan hantar untuk dianalisis ke Hospital Selayang, selepas dapat keputusan mereka akan meneruskan untuk membuang separuh dari perut ina dimana tempat luka-luka itu merebak.. dari apa yang dimaklumkan kemungkinan pembedahan ina akan mengambil masa yang panjang... kami redha yang penting ina selamat.. aku sedih melihat anak-anak ina merindui ina dirumah...

Pukul 2..ina masih belum keluar dari Bilik OT.. kami menunggu lagi..

Pukul 4.. ina masih juga belum keluar dari OT...

Ya Allah aku sedikit gusar..aku meminta taufiq bertanyakan status ina...

Tepat pukul 6.30 aku menerima mesej Taufiq ina telah selamat menjalani pembedahan dan kini ina telahpun berada di Wad 5B

Alhamdulillah..syujur kepada Allah kerana ina tidak mengalami segala risiko komplikasi.. Amin Ya Rabbal Alamin....

Aku..Mak..Ayah dan haikal ke Wad ina...ina telah sedar namun masih dalam keadaan yang lemah..airmataku hampir menitis..ina kelihatan sangat lemah..aku titikkan kemulutnya air zam-zam..air sembahyang hajat...dan air yassin..

Ina sedar namun masih dalam kesan bius..sedihnya aku lihat ina.. lehernya ditebuk..bahagian pingangnya juga begitu..wayar berada disana-san sini sekitar tubuh kecil ina..aku seakan tak percaya apa yang aku lihat ini adalah adikku ina..betapa sakitnya adikku tangung...

Tapi demi keselamatan ina..aku tahu ina akan kuat..ina sangat-sangat kuat...demi anak-anaknya...aku percaya itulah ina...

malam ini taufiq mohon untuk mejaga ina di Wad, mujur mereka memahami..

2-3 hari selepas pembedahan dari apa yang aku dengar dari Taufiq kina memnag kuat semangat..ina dah boleh berjalan turun dari katil tak sampai pun 2 hari selepas pembedahannya.. Amin ya Rabbal Alamin..aku tahu semnagt ina amat luar biasa..ina nak cepat balik rumah kerana itu semangatnya amat kuat.

Sepanjang minggu itu mak menjaga ina di Hospital..kesian mak tapi mak kata ini niat mak untuk menjaga ina. dan kerana menjaga ina juga mak sekrang dah pandai turun-naik lif ! sesuatu yang mengembirakan kerana selama ini mak takut naik lif sorang-sorang..

Tak lama itu ina pun ditukar ke Wad belakang..ia dah semakin sihat dan tunggu masa sahaja untuk ina keluar wad...

8 Mac 2012

Hari ini ina telahpun dibenarkan keluar wad..Aku dan ayah menjemput ina dan mak kat sana.. Alhamdulillah aku dapat lihat betapa gembiranya anak-anak ina... moga ina akan sentiasa sihat..amin...

Kesemapatn ini aku ucapkan ribuan terima kasih kepada semua insan-insan yang bersama kami ketika ini..yang mendoakan kami sekeluarga..buat suamiku yang amat-amat memahami..buat suami adikku ina yang bersusah payah menjaga adikku..buat teman-teman pejabatku terutama En. Sanusi yang sedia membekalkan aku Air Yassin dan Solat Hajat dari Darul Syifa..penyeliaku yang memahami tangungjawapku..

dan yang paling UTAMA makayah yang sangat-sangat kuat demi anak-anaknya..terima ksih semua...amin ya rabbal alamin...

Thursday 1 March 2012

Adikku Ina...

Ina masih kat Wad 5B Hospital Sungai Buloh..kami pun tak pasti berapa lama ina akan ditahan kat Hospital ini tapi menurut doktor ina akan ditahan sehingga pembedahan dijalankan.... Ya Allah Engkau berikanlah ina kekuatan menempuhi segala dugaan ini....kesian ina tiada siapa dapat menemani ina di Wad...apakan daya yang termampu aku lakukan..aku juga punya tanggungjawab terhadap anakku..suamiku..kerjayaku... akak belajar dimaktab dan sekiranya mak menunggu ina siapa yang akan menjaga ipan..aikal dan aniq kat rumah...lagipun manalh mak larat na..maafkan kami semua kerana tak mampu..dan alang memahami betapa sunyinya tanpa sesiapa disisi... mujur taufik sentiasa ulang-alik kesana setiap hari....itulah tanggungjawapnya sebagai seorang suami....dan mujur juga sabtu -ahad akak dapat menjaga ina...

22 Februari 2012..



Aku pergi melawat ina bawa anak-anaknya sekali..aku minta kat doktor untuk bawa ina turun kebawah jumpa irfan dan haikal..kasihan anak-anak kecil tu tanpa mama disisi.. aku pun tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaanku ketika melihat ina..irfan dan haikal berpelukan...melepaskan rindu yang sangat-sangat dalam...dalam hatiku berdoa moga segalanya berjalan dengan lancar..aku mohon Allah selamatkan ina dan kasihanilah anak-anaknya yang masih kecil yang terlalu bergantung kasih kepadanya..aku cuma ibu saudara biarpun mampu menjaga namun tak kan sama dan takkan dapat mengantikan rindu mereka kepada ina....



Tiub dah dipasang dari hidung terus ke perut ina untuk mengeluarkan sisa-sisa makanan yang tidak hadam..ini juga proses mencuci perut persediaan untuk ina operation nanti...

ina kerap mengadu tidak selesa...sakit..aku lihat ina seakan lemah...dan ina langsung tidak diberi makan dan minum...berpuasa sehingga hari pembedahan yang entah bila tarikhnya....




26 Februari 2012

Hari ini genap usia ina 27 tahun...hari ini harijadi ina...namun bukan gelak tawa dan tiupan lilin untuk ina tapi kesedihan..kesakitan yang ina tanggung..kami sekeluarga pergi melawat ina...dalam kereta aku siapkan kek batik untuk ina tapi akan daya ina tak boleh menjamah apa-apa kecuali gula-gula yang aku bekalkan semalam..itupun setelah berulang kali taufik memohon ina diberi makan @ minum kerana ina sangat-sangat lemah....bibirnya habis pecah-pecah.. susu yang dimasukkan kat tangan ina membengkak kerana urat ina kecil tak mampu menanggung jarum susu itu..

Bertambah kesedihan kami bila anak-anak ina tak dapat dibenarkan masuk..tapi kami tetap bersyukur kerana semalam mereka dah jumpa.. abg rahim juga datang melawat ina,...

Aku lihat ina makin lemah namun Insya Allah na..Allah mendengat doa hambaNya..jangan na lupa sentiasalah berzikir dan berdoa kepada Allah...Allah Maha mengasihani....




27 Februari 2012..

Aku dimaklumkan ina dan taufik yang ina akan menjalani pembedahan pada 1 Mac ini...bersamaan dengan hari Khamis...

29 Februari 2012...

Esok ina akan menjalani pembedahan untuk membuang 'ketumbuhan' yang menyekat laluan makanan ke usus ina..sehingga kini ina masih belum disahkan penyakitnya.. Menurut doktor esok ina akan dibedah dan ketumbuhan itu akan dihantar ke Hospital Selayang untuk dianalisis....

Hari ini aku memohon untuk keluar pejabat lebih awal...aku akan menjaga ina malam ini.memang ini niatku..biarlah aku bersama-samanya malam ini dan aku doa kepada Allah agar aku kuat untuk memberi semangat kepada ina....aku minta kebenaran lan untuk meninggalkannya dan aniq..walupun agak berat namun lan memahami hasrat ku...

Aku memohon supaya haikal dan irfan dapat berjumpa ina..alasanku ina akan menjalani pembedahan esok..Alhamdulillah segalanya mudah..mereka bertemu..Malam ini Mak.. Ayah...Haikal akan tidur di Balai Pelawat...




Doaku tidak putus-putus..begitu juga ku mohon ina agar zikirnya tidak putus-putus..usai sembahyang Isyak aku meneruskan Sembahyang Taubat dan Sunat Hajat..inilah yang termampu aku lakukan kerana segalanya adalah kuasa Allah dan kita hanya merancang...aku berada disisi ina..menyikat rambutnya..adikku kuatlah sayang kerana anak-anak menantimu dirumah...

Pagi 1 Mac 2012..



Malam tadi doktor pakar sudahpun datang meminta ina bersedia untuk pembedahan hari ini.. pukul 10 nanti ina akan ditolak masuk ke Dewan Pembedahan...ina merupakan kes kedua. pagi ini aku menyiapkan ina..mulutku tak putus-putus mengingatkan ina..moga kata-kataku ini akan membakar semangat ina agar kuat menghadapinya. Aku teringat mesej ina dua hari lepas...katanya ngeri melihat makcik yang baru lepas pembedahan...keadaan makcik itu buat ina takut..namun ina alang minta jangan ina samakan ina dengan orang lain..jika semangat ina kuat insya allah...demi anak-anak ina mesti kuat.

Tepat pukul 9..dua orang nurse datang ke katil ina dengan baju putih yang mana ina perlu menukar uniform hijaunya ke warna putih. aku sedia maklum bahawa oakaian itu menandakan sebentar lagi ina akan ditolak masuk ke Dewan Pembedahan...perlahan-lahan aku menukar baju ina...oleh kerana tangan ina penuh dengan tiub-tiub aku cuba lakukan dengan berhati-hati..bimbang akan menyakiti ina..

hatiku sebak..sukarnya aku bayangkan dengan kata-kata sebentar lagi adikku kesayanganku ni akan dibawa ke Dewan Pembedahan..dalam hatiku tak putus-putus berdoa..aku kuatkan juga semangat demi memberikan kekuatan kepada ina. aku sedaya upaya menahan airmataku dari menitis...oh adikku kuatkanlah semangatmu..janganlah berhenti dari zikirmu insya Allah...Allah selalu bersama hambanya yang mengingatiNya

Telah segalanya selesai nurse pun menolak katil ina menuju ke Dewan Pembedahan di Tingkat 3..aku dan suami ina menuruti dari belakang..aku menahan perasaanku....aku entiasa tersenyum ke arah ina moga-moga ina kuat..sesampainya didewan pembedahan ina bertukar pula katil hamilik Dewan Pembedahan..ini menandakan sampai disini sahaja aku perlu menemani ina..sebelum ina ditolak kedalam aku bersalaman dengannya....aku mengucup dahinya..pipinya...melafazkan kata-kata semangat...YA ALLAH SELAMATKANLAH ADIKKU INA... MOGA PEMBEDAHANNYA BERJALAN DENGAN LANCAR....KASIHANILAH DIRINYA DAN ANAK-ANAKNYA YANG MENANTINYA....

Sejurus ina msuk ke Dewan Pembedahan...akupun beredar ke Balai Pelawat bertemu ayah, mak dan haikal.... dan kami sedang menanti moga-moga pembedahan ini berjaya...amin....