Monday 20 April 2009

Maaf Kekasih..Kerna Aku Jatuh Cinta Lagi

Sayang
Diriku Ingin Membuat Pengakuan
Kerna Aku Jatuh Cinta Lagi
Entah Kejadian Keberapa kali
Sejak Kita Bergelar Kekasih
Kali Ini
Cintaku Jatuh Pada Seorang Lelaki
Yang Kutermui Di Pesta Buku PWTC Itu…
 
Seorang Lelaki
Kulihat Berlegar-Legar Keseorangan
Merenung Jam Dan Telifon Ditangan
Dalam Ribuan Orang Itu
Matanya Meliar Mencari Seseorang Yang Hilang
Dengan Raut Wajah Bimbang..
 
Lalu Kulihat Lelaki Itu
Menanti Dan Terus Menanti
Sambil Membidik Telifon Ditangan
Sambil Matanya Asyik Menyaksi Suasana Gemilang Pesta Itu
 
Namun
Disebalik Keasyikan Itu
Terpancar Sesuatu Dari Matanya Yang Bundar
Dirinya Kulihat Tenang Menahan Gejolak Amarah
Menolak Jauh Bisikan-Bisikan Hati
Agar Kemarahan Tidak Menguasai Diri
 
Dimatanya Itu 
Terpancar Tingginya Kerendahan Hati
Terpancar Tingginya Kesantunan Pekerti
Tertebarlah Cahaya Kesabaran Dalam Diri
Lalu membuatku jatuh cinta dan hati padanya
 
Maafkan Kecurangan Hatiku Ini Sayang
Bukan Niatkan Memungkiri Janji Setia Yang Pernah Terucap
Namun Pesona Lelaki Itu Tak Mampu Kuhindari
Hari Ini Aku Jatuh Cinta Lagi
Entah Untuk Keberapa Kali
Pada Lelaki Yang Kutemui Dipesta Itu..
Ditepi Escalator Itu…
Dialah Kamu..Kekasihku…
Khas untuk abg..ayang sayang abang…sayang yang sayang sangat2.

April 19th, 2009 at 10:43 pm

Pesta Buku PWTC.. 19 April 2009

Hari ini awal pagi lagi aku dan tunangku berkunjung ke Pesta buku di PWTC..ini kerana tunangku akan bekerja syif petang iatu pada pukul 3, jadi kami perlu keluar awal lagipun sejak awal lagi aku minta dia menemani aku berkunjung disini untuk mencari buku rujukanku dan sesuatu untuk kami dijadikan hantaran..

lgpun dia kesian aku langsung tak kemana-mana kerana dia sibuk dengan kerja..

Kami sampai disini hampir jam 11.30pg, nasib baik kami dapat duduk dalam LRT star tadi..kalau tak, penatnya berdiri..kami berkunjung dari satu kedai ke satu booth ke booth yg lain..ribuan orang berkunjung disini,maklumlah hari cuti..pelbagai buku aku temui…bila mata semakin rambang, aku kesini dan dia kesana hinggalah aku tersedar tunangku tiada disisi..

Mulanya aku tak merasa apa-apa..aku terus berjalan dari ke booth yang lain, tapi aku mula terasa kesunyian tanpanya..hanya mesejnya yg sampai dan dia menungguku dipintu masuk..tak lama kemudian aku terus bergegas kesana namun dia tak kutemui..hatiku mula berkata-kata

Aku terus mencari dan dail nombornya, suaranya tidak jelas..aku terus mendail dan hanya peti simpanan suara yang kedengaran..mcam-macam terlintas difikiranku..tiba kuterima mesej yang dia juga mencariku tetapi tak jumpa..kudail lagi tetapi masih juga jawapan yang sama..

Aku hampir menangis..aku tersandar dipintu masuk pesta buku itu..dalam hati terbit penyesalan berkunjung disini..aku tak tahu jalan bagaimana untuk aku temui dia..seluruh booth aku mencari..dan kupasti dia juga berbuat begitu..tanganku tak lekang mendail nombornya…dalam hati aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar bertemu dengannya dalam ribuan org itu…

tiba-tiba, aku terpandang seseorang ditepi eskalator itu, dalam hatiku mengucap syukur kepada Allah, insan yang kucari ada menanti disitu…sangkaku dia menunggu dipameran kereta, rupanya di tepi eskalator..aku salah mendengar kerana bunyi gendang amat kuat sewaktu sempat berbual tadi..

Namun silapku gagal menahan amarah..aku terus kearahnya dan terus berkata-kata tanpa mampu mengawal kewarasan diri.. seolah menghambur keluar sesak dalam dada..tapi dia hanya menatap wajahku tanpa sepatah pun perkataan..hanya menatap dan mendengar…. sesudah aku habis bercakap, dia menghulur dompet agar aku pergi membeli buku yang aku ingini…
Setelah Aku membeli senaskah Al-Quran aku terus beredar mendapatkannya..hatiku girang kerana mendapat apa yg aku hajati..tapi dia masih lagi merenungku..dari matanya aku tahu ada sesuatu dalam hati..

Hanya Tuhan yang tahu penyesalanku..hanya tuhan yang tahu betapa sedihnya aku bila dia meluahkan kata-kata..

Katanya dia terasa hati dengan kata-kataku tadi tapi dia tak sanggup memarahiku kerana itu dia hanya membiarkan aku terus berkata-kata…kenapakah aku begini sedangkan keadaan  yg sama dia tanggung ketika mencari aku..tapi dikawalnya perasaan itu kerana dia takkan sampai hati buatku bersedih jauh sekali memarahi aku di khalayak orang..tapi kenapalah aku tak mampu berfikir seperti itu..

Ya Allah..betapa sabarnya dia akan kerenahku..tapi aku sering juga bersalah padanya sedangkan dia bakal suamiku..Aku bersyukur kerana mempunyai insan sepertinya disisi..tiada insan yg kutemui sebaik dirinya..Aku bersyukur kerna Allah temukan aku dengannya…

Buat abg, maafkan ayang…kerna gagal mengawal perasaan..ini kerna diriku terlalu takut kehilangannya walaupun seketika..

ini pengajaran untuk aku..buat masa ini pintu hatiku tertutup untuk berkunjung ke Pesta seperti ini lagi..akan-akan datang aku tak pasti..

April 19th, 2009 at 10:42 pm

Thursday 2 April 2009

8 Fakta Mengenai Saya

8 Fakta Mengenai Diri Saya  (8 Facts about Me..)
1. Anak no.4 kepada Abu Hassan dan Halimah
2. lahir di N9 dan besar di Utara
3. Sukar untuk menangis..tapi kalau tak tahan sangat, boleh banjir terus..
4. Pemendam….pendendam..tapi penyayang….;)
5. lembut hati….mmg pasti nie
6. Keje di Putrajaya  ketika umur 19 thn
7. Punyai keluarga yang lengkap kerana..…aku ada kakak..ada abang..ada adik lelaki dan  adik perempuan…
8. Pernah belajar  di 5 Sekolah rendah..dan 3 sekolah menengah

8 Perkara Yang Menakutkan Saya Di Dunia (8 Things that Scare Me in the World..)
1. Kehilangan.. termasuklah manusia ke…..kereta ke…henpon ke….. aku tak sanggup…
2. Keseorangan…aku takut bila keseorangan..
3. Ombak dan laut…aku tak reti berenang..
4. kereta yang laju..aku bole heart attack kalu naik keta laju…
5. Katak..aku geliiiiiiiiiiii..aku salu bayangkan katak tu melakat kt aku, pastu tunggu guruh baru    tanggal..uwekkkk
6. aku takut gelap..aku sangat-sangat takut gelap…gelap akan makan aku…hihihi..
7  Hantu..makhluk halus..makkkk tolongggggggg.
8. Lokap…Polis…Peperangan..Penjara…aku  benciiiiiiii….

8 Perkataan Yang Selalu Saya Sebut (8 Words I Mostly Said..)
1. yer ker….
3. Relax arrr
4.elehhhhh…
5. majukkk…
6. malass….
7. Okkk….
8. ntah la… 
 

 8 Perkara Yang Bernilai Bagi Diri Saya (8 Valuable Things to Me)
1. Family..
2. My love…
3. handpon
4. cincin
5. hadiah-hadiah diterima
6. IC..hilang yg dok ada  nie… masuk ke-5 ler  jwpnyer
7. Pengalaman Hidup
8. Kasih sayang..

8 Pertama Kali Dalam Hidup Saya (8 First Time in My Life)
1. 1st time bertunang – 6 Disember 2008
2. 1st time ada handphone - 2003 [ Siemen ) ayah yang bagi..
3. First time gi  rombongan  – 1995..Gi  Sungai Undang….
4.. First time dok jauh dari keluarga…2002  – dapat  keje Putrajaya
5. First time gi kursus – 2002- Di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson
6. First time bawa motor – 1998 ..along yang ajar..motor  Suzuki Best…
7.`First time dapat naik Roller Coaster..2006.. kat Sunway Lagoon..sebab dari kecik makayah tak pernah bg aku main pepen kat Funfair..
8. First time dpt  3 kumtum Bunga  Rose - 2008 – dari my lover… means ‘i love you.’…
 
Bookmark and Share
April 2nd, 2009 at 6:26 pm

Wednesday 1 April 2009

Gambar Kami Di Taman Saujana Hijau

Inilah kami…peneroka bukit..heeee

          








Taman Saujana Hijau

Aktivitiku…

Sekarang aku dh pun ada aktiviti baru..niat dh lame tp baru skrg berkesempatan nk tunaikan…mungkin sebab dh ada geng kot he..Petang-petang aku, dikwan ngan abg akan gi jogging kat Taman ni..Taman ni memang cantik..oleh kerana diatas bukit, sambil-sambil berlari kami menikmati pemandangan dan udara yg segar..nyaman sangat..walaupun masih belum dibuka untuk umum, tapi ia boleh dijadikan tempat untuk berjogging…

29 Mac aritu, wat kali ke-2 aku datang kesini, tapi buat kali pertama mengelilingi bukit ni tanpa menaiki motor @ kereta..kami berlari..berjalan..tenang sangat..dengan angin dan udara yg segar…yang pasti selang sehari kami akan kesini lagi untuk jogging..kalau tak sempat mengelilingi bukit pun, asal keluar peluh sudah mencukupi… Aku beruntung kerana bukit berdekatan dengan rumahku, jadi mudah untuk kami kerap berkunjung kesana..malah balkoni rumahku juga mengadap kearah bukit ini…wonderful..hee
jumpa lagi..

(Gambar ) sumber dari: http://www.jaggat.com/

  

Denai tempat kami berjogging


Bukit yang kami keliling…


Inilah rumahku..heeee

Mac 31st, 2009 at 9:30 pm