Sunday 22 September 2013

we're going to Langkawi....:))))

22 September 2013... hari yang di tunggu dah pun menjelma..we're going to Langkawi...yeee haaaa... habiskan cuti  @ Langkawi sampai hari khamis..rest and rest...


remember wati  only 20kg okiey.. jangan nak shoping sakan macam bawak flight sendirik..hope everything we'll be okey..may our journey full fill with happy and lucky..yerlah tpt orang kan..moga tak sesat jalan...




Wednesday 18 September 2013

Good Job.... Suamiku....!

Alhamdulillah....

Syukur kepada Allah atas kemurahan rezeki buat suamiku...

Dia telahpun menerima undangan untuk dilantik sebagai Fasilitator bagi Daerah Sepang khas untuk Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah Secara Elektronik (eSPKWS) bagi sekolah-sekolah seluruh Daerah Sepang...Bermula daripada 17 - 19 September 2013 ni dia akan mengajar,  membantu dan mencurahkan ilmu kepada para peserta bengkel dari seluruh Daerah tersebut...


Perkara ni telah diumumkan oleh Guru Besarnya dalam mesyurat dengan guru-guru dan staf sekolah.. seronoknya aku melihat suamiku gembira.. iyerlah kami cuma Pembantu Tadbir je.. mungkin pada orang lain apalah sangat tapi ini lah rezeki kami menyara seisi keluarga.. dan inilah khabar gembira buatku juga buat suamiku kerana inilah peningkatannya dalam bidang pekerjaannya... tepukan gemuruh dan ucapan tahniah dari seluruh warga SKPM akan menjadi titik semangat buat suamiku untuk berkhidmat dengan lebih baik...



Suamiku sangat lembut hati dan suka membantu... bukan aku yang memuji tetapi setiap orang yang mengenalinya.. kata mereka mungkin inilah ganjaran yang diterimanya kerana Allah lebih tahu sesuatu yang terbaik buat hambanya..

Biarpun adakala terdengar jenaka sinis yang menguris hatiku..mungkin pada mereka itu gurauan tapi biarlah gurauan itu kena pada tempatnya.. jangan meminggir pada yang rendah dan jangan terlampau mendongak pada yang tinggi kerana rezeki itu semua datangnya dari Allah..


Apapun selamat berkhidmat sayang....

Saturday 14 September 2013

Potong Kek 3th... Happy Birthday Sygku Aniq

14 September 2013...

Hari ini genap usia anak ibu 3 tahun... Ibu dan ayah serta semua doakan kesihatan..kejayaan..kebahagian dan kerahmatan buat anak ayah dan ibu..Muhammad Aniq Aqmar bin Azlan... cahaya dan permata kami..

Ibu dan ayah sayang aniq.. ibu harap aniq jadi insan yang terbaik buat semua..
















Cara Aku Berpantang....


13 September 2013... Bermulalah episod hidup aku untuk kali keduanya berpantang sendirin tanpa mak..takpe lah mak pun banyak urusan kat umah..edi pun tak berapa sihat lagi..rasanya itu lebih penting..aku ni pantang gugur je bukan ada baby nak kendong pun... dan sepanjang berpantang inilah aku cutikan aniq 2 minggu...huhuhu..

balik dari Hospital dah pun jam 5.30.. aku singgah dulu kat kedai, makan Sup Daging.. kat rumah ina dah pun siap-siap tumbuk  Ikan Bilis ngan Blender Lada Hitam...laukku sepanjang tenpoh 44 hari ini.. aku biasajer cuma sakit ckit-ckit jer kat ari2.. in shaa allah 2-3 hari ni sihat ler..

Silap aku tak sediakan segalanya dengan lebih awal...stokin ntah kemana..sampai umah aku terus tido mungkin sebab kesan ubat tidur tu ada lagi.. tepat pukul 8 mlm, husband aku kejut ajak keluar beli barang2 untuk aku berpantang..aku ok jer..pakai stokin lan..pakai sweater..seluar panjang dan kami ke Pasar Malam..
tiba-tiba kat umah ni semua berpantang sebab pantang tengok sambal ikan bilis..hish..hish..
Beginilah Inilah rutin aku berpantang..MC dapat seminggu jer dan minggu berikutnya aku akan sambung pantang kat Langkawi...memang takdir Allah nak aku berahat 2 minggu ni..nak keluarkan aku dari masalah & stress kat Pejabat tu..Alhamdulillah indahnya peraturan Allah...

Alhamdulillah sesampainya di Pasar malam, semua yang aku cari ada.. mulalah memborong Buah Delima.. Jamu Godoq @ Ubat Periuk..Stokin baru 3 Pasang.. Cuka Kurma dan air gamat.. rasanya lengkap dah untuk aku berpantang...yang lain-lain stoknya ada lagi kat peti ais..

Cuka Kurma..Air Gamat & Ubat Periuk..

Air Periuk @ Jamu Godog

Balik tu terus aku rebus ubat periuk tu untuk minum... Cuka Kurma tu aku campur dengan cuka biasa untuk Sambal Ikan Bilis Lada Hitam aku.. banyak khasiat cuka kurma ni..

Suhun makan dengan ikan bilis n lada hitam..



Pagi bangun tidur..aku akan minum air periuk dan sedikit sarapan biskut @ roti..dalam pukul sepuluh camtu aku minum air cuka kurma dan sup suhun ada hitam.. petangnya makan biskut dan berkala aku minum air gamat ataupun air kopi cicah biskut... Sambal Ikan Bilis Lada Hitam tulah lauk harianku..tak miss punya walaupun ada lauk yang lain..

Setiap malam sebelum tidur suamiku akan urut kaki ngan badan dan lepas tu tungku aku dengan bantal panas aka Tngku moden..mujur ada..mana nak cari tungku batu sekarang kan.. sebelum pakai stokin aku lumur pulak tapak kaki dengan Mintak Angin Anugerah...panas giler..



Terima kasih suamiku kerana menjagaku..menjaga kesihatanku... letih dan penat balik kursus pun tetap akan tungku seluruh badanku..terima kasih sayang..

Alhamdulillah aku berbengkung walaupun bukan bengkung cam bersalin tu... sapu dulu kat perut ngan sekeliling pinggang dengan Losyen Halia Cosway..

mana aku nak cari tukang urut kan..so dah 3x petang aku dan suami berurut elektrik kat Pusat Perubatan Al-Jabbar, Dengkil....

In shaa allah moga 44 hari  ini aku mampu menjaga diriku dan berdisiplin sebaik mungkin....

Friday 13 September 2013

ERPOC....sekali lagi.....

13 September 2013 @ Hospital Putrajaya

Dengan ketentuan dan izin Allah aku sebagai hambanya tak mampu lari dari takdir ini...buat kali keduanya aku kehilangan sekali lagi kandunganku... ERPOC @ D&C..

12 September 2013 @ 7.00 mlm...

aku dan suami bergegas ke Unit Kecemasan & Trauma, Hospital Putrajaya.. ini kerana ptg tu perut aku sakit dan tiba-tiba keluar satu ketulan berwarna merah... sesampainya disana dan melalui beberapa prosedur aku diklasfikasi sebagai incomplete miscarriage..aku turut membawa ketulan itu bersamaku.. aku dihantar ke Dewan Bersalin untuk scan sekali lagi.. tunggu punya tunggu aku diperiksa oleh Dr. Emily.. sangkaan meleset ketulan yang keluar itu bukan kantungku...biarpun hampir 3 minggu bleeding, kantung itu masih lagi tidak keluar dengan sendirinya.. menurut Dr.Emily, kantungku masih berada diatas dan sukar untuk gugur namun tidak mempuyai janin.. oleh demikian aku harus juga melalui proses ERPOC @ cuci rahim...

Aku cuma tersenyum dan mengangguk... dulu juga begini.. dan jawapan ini juga yang keterima dahulu...jadi aku sudah lali dan aku telahpun menerimanya dengan hati yang terbuka.....

Pagi 7.30 @ 13 September 2013... aku sudahpun mendaftar masuk ke Wad Jagaan Harian, Hospital Putrajaya ditemani suamiku tercinta.. aku ditempatkan di Katil No. 14 sementara menunggu prosedur selanjutnya.. Setelah dimasukkan ubat untuk bukaan rahim, aku berbaring sambil menunggu giliran aku ke Bilik OT.. aku bersembanghg-sembang sambil bermain hp...aku memandang suamiku.. insan yang amat menyayangiku.. dan begitu juga aku...




Dalam hatiku sentiasa berdoa Allah mengampunkan dosaku...memudahkan prosedur hari ini dan yang paling utama aku doakan Allah memelihara auratku... Alhamdulillah Allah memperkenankan doaku...

Pukul 1030 aku ditolak masuk ke Bilik OT.. dalam kekalutan aku terlupa bersalaman dengan suamiku... Ya Allah moga masih aku berkesempatan berjumpa dan mencium tangan suamiku...ampunkanlah keterlupaan ku

Sesampainya aku di Dewan Bedah.. aku berbaring dan menunggu waktu untuk dimasukkan ke Dewan No. 9.. Sesampainya di  Bilik Dewan No. 9.. aku berbaring dan dikelilingi semuanya doktor-doktor wanita... alhamdulillah... Aku berbaring dan mulanya tangan kiriku dicucuk untuk drip air tetapi suntikan Dr. Radha itu tidak menepati dan sekalian kali tangan kananku pula dimasukkan jarum... dengan lafaz bismillah, Allah mempermudahkan..

Aku diterangkan prosedur sementara aku mula dipasangkan topeng oksigen.. aku disuruh mengucap dan mengingati Allah dan bersekali itu ubat tidur dimasukkan...mataku semakin berat dan saat itu aku langsung tidak sedar....

Aku tersedar apabila namaku dipanggil berulang-ulang kali... Alhamdulillah prosedur itu telahpun selesai dan aku akan dihantar ke katilku semula.. sesampainya di katil suamiku setia berada bersamaku, menyuapkan bubur..air...sebelum meminta izin keluar untuk Solat Jumaat.


Biarpun lemah tapi sebenarnya aku telahpun mengajar diriku untuk kuat... aku harus kuat untuk menempuhi ujian yang mendatang...

Tepat pukul 4 aku dibenarkan balik dan bermula lah episod diriku untuk berpantang sendirian semula.....

Thursday 12 September 2013

Goodies Bag Birthday Aniq @ Permata Negara

Dari minggu lepas sibukpikir apa nak ditaruk dalam Goodies Bag Birthday Aniq ???...  hari sabtu aritu ibu ngan ayah dah gi survey kat Dengkil tapi masih lagi tak memenuhi citarasa ibu... ibu nak yang simple dan bermakna..hahahah..apa ek...

Fikir punya fikir akhirnya ibu rasa ibu nak buat sesuatu goodies tu nanti...COKLAT OREO... yeeehaaaaa..



Tugas 1 -... ibu cetak kad kecik untuk lekat atas kotak plastik tu..takpe yg dulu ada ibu edit jer..tugas ni mencabar sikit ni dhla ibu takder printer color..sib bik tempat uncle ihsan ada.. takpe wati...sila-sila...he3..ayat dia...

Tugas ke- 2... beli coklat..beli kotak plastik.. beli biskut dan sumi... sumi ni kena lebih nie...hish...confirm tak cukup ler..kan dh betul 2x ngulang Mydin beli biskut ngan sumi..ayah ngan auntie lora jadi mangsa...


Tugas ke-3..Kad luar tu kena ada la..kena la besockit n ada gambo aniq.. dh plastiknya warna oren, temanya jd oren juga ler.. cam rezeki jer kena pulak jaga KBP.. sempat aku mendecoratenya.. print?? tpt biasa....


Tugas ke-4... cfirmla mama kena tolong ibu.. acuannya ada satu jer..ibu pulk penuh dengan appoinment hospital..mujur mama membantu..tolong cairkan coklat..masukkan dalam acuan dan lepas siap semua ni baru masukkan dalam goodies bag..



Ibu kesempitan masa sangat.. malam ni dah 12hb.. esok ibu dah kena warded.. pagi esok 60 goodies ni nak kena hantar ke sekolah aniq buat kawan-kawan aniq..sian sayang ibu tak dapat meraikan dengan kawan-kawan, esok aniq kena cuti dah.. ayah jer hantarkan n cikgu edarkan...

siap jugak akhirnya 60 pek....
Takpelah sayang yang penting aniq ada dengan ibu..ayah..mama..abg haikal dan abg irfan.. nanti kita makan kek sama-sama yer sayang...


Wednesday 11 September 2013

Redha...dan akan terus redha....

Tarikh 13 September 2013.....Tinggal sehari lagi genap usia putera hati kami Muhammad Aniq Aqmar 3 tahun.. mungkin pada hari ini aku tengah sibuk-sibuk memikirkan sambutan harijadi aniq yang bagaimana..kek tempah dimana.. tetamu yang nak kami jemput atau paling yang utama kami fikirkan..HADIAH aniq...he3..

tapi tahun ini aku akan berada di hospital.. untuk kali keduanya...ERPOC..bermakna aku kini kehilangan buat kali keduanya kandunganku..kandungan tanpa janin atau bligted ovum...

Selepas tarikh ini aku akan berpantang semula dan menurut suamiku selepas ini kami tetap akan mencuba dan seandainya tertulis apapun takdirnya kami tetap redha..

Biarpun pelbagai lagi persoalan demi persoalan yang timbul namun bagiku ialah..bukan rezekiku dan Allah akan gantikan sesuatu itu dengan yang lebih baik.. biar apapun disebaliknya namun redha itu adalah lebih manis berbanding aku memikirkan sesuatu yang tidak nampak oleh mata kasarku....


Aku redha.. aku redha atas segala yang Allah takdirkan..seandainya ditakdirkan aku hanya mempunyai ANIQ AQMAR ku seorang..aku tetap redha asalkan aniqku sihat..beriman...berjaya dan menjadi anak yang terbaik buatku dan suamiku..bukankah kualiti itu lebih baik dari kuantiti...

Tiada siapa mampu meramal nasib yang mendatang.. aku sendiri tak mampu melawan dugaan demi dugaan..tapi Allah selang selikan dugaanku dengan rezeki yang aku sendiri tidak menyangka...bukankah itu sesuatu yang sangat manis untuk dikenang daripada aku memikirkan sesuatu yang masih ghaib...

Aku mengakui bahawa aku cuma hamba yang lemah dan terlalu banyak melakukan dosa-dosa yang aku sedari mahupun tidak aku sedari..moga Allah masih membuka pintu keampunan buatku dan suamiku...

Moga dugaan dan keredhaan ini membawa kami ke fasa hidup yang lebih baik...

Amin..