Monday 10 October 2011

Perjalanan Kami Untuk Melawat ke Hospital Kuala Pilah

9 Oktober 2011

Pagi ini kami akan ke Kuala Pilah untuk melawat anak saudaraku Nur zahra Qaleedha yang dah hampir seminggu kat wad. Tak sabar rasanya nak berjumpa bayi yang comel nie..rindu kat senyum dan gelaknya..Berita mengenai qaledha amat mendukacita hatiku..tak sanggup rasanya nak memikirkan seandainya aku diduga begitu sungguh aku doakan kekuatan qaleedha dan kami sekeluarga dalam menghadapinya... Doaku tak putus semoga tiada apa yang berlaku kepada bayi comel kami ini..


tepat pukul 2.00pm kami pun bertolak ke Kuala Pilah. seperti biasa aku duduk dibahagian belakang dengan aniq..segala persiapan aniq aku bawa sekali, yang penting segala ubat-ubatan aniq kubawa kerana aniq masih belum sihat sepenuhnya. malam tadi sampai pukul 2pg kami di Hospital Putrajaya. Sembang-sembang biasa akupun tertidur sama-sama dengan aniq ..sesungguhnya aku memang penat..

sedar-sedar jer dah pun sampai kat Senawang. Ketika jam hampir pukul 4pm, kamipun sampai dekat Hospital Ampuan Najihah, Kuala Pilah..Inilah tempat aniq dilahirkan..kini hampir setahun sebulan aniq menjejakkan kaki semula disini...:)

4.00pm @ Kuala Pilah

Kami berjalan untuk ke Wad 2 Mawar..rupanya waktu lawatan bukan seperti dulu lagi..kini waktu lawatan bermula pada Pukul 4.30-7.30  walaupun pada hari ahad..aku merungut..kami ada 30minit lagi dari menunggu lama kami pun ke  Econ Save yang berdekatan Hospital. Lagipun aku nak beli sesuatu buat kegunaan Qaleedha..

4.30pm

kami bertolak balik ke Hospital dan menuju ke Wad Mawar..aku lihat nama qaleedha di katil no. 10.. dari jauh aku dah nampak kak iparku Ina sedang tidur dengan Qaleedha dalam katil bayi tu...aduhai syukur alhamdulillah Qaleedha dah semakin sihat.. Haritu aku diberitahu jantung Qaleedha dalam keadaan yang lemah dan langsung tak mampu nak senyum..tapi hari ini aku dapat lihat semula qaleedha tersenyum...gembiranya hatiku...Alhamdulillah... Aku bermain-main sebentar dengan qaleedha..
sebentar lagi mak ayah semua kan sampai...












5.30pm
Ayah semua belum sampai lagi..aku keluar lagi ke Econsave sekali lagi untuk membeli 'Pampers' Qaleedha..Aku nak sesuatu yang dapat digunakan oleh qaleedha. Mungkin ini juga alasan kuat untuk aku keluar dari wad,  aku agak gusar aniq terlalu lama disini. Aniq  bukan sihat sangat... Kamipun makan cuma pagi tadi jer, lalu kami pun keluar semula menuju ke Econ Save lagi untuk mengisi perut...







6.30pm

Elok aku masuk jer berjumpa Qaleedha, akak dan Qaleesya pun sampai. Aku dan lan meminta izin untuk keluar ke Surau. Dalam perjalanan ke Surau aku terserempak dengan ayah. Setelah bersalaman kami  pun ke Surau. Menurut ayah, Ina sekeluarga berada di Jabatan Kecemasan, haikal demam dari malam tadi...





6.45pm
Aku duduk kat Wad bermain-main dengan Qaleedha dan Qaleesya..Bukan main lagi seronok aniq berjumpa sepupu-sepupunya. Sayangnya kasut aniq takde tapi nak juga dia berjalan-jalan dalam wad tu...kami berada disana sehinggalah waktu lawatan selesai... selepas ini kami akan ke Jabatan Kecemasan pulak..apalah ceritanya Haikal..





8.00pm
Ramainya orang kat Kecemasan nie..sesampai jer kami kat sana, haikal baru jer selesai ambil darah dan jalani ujian X-ray. Lewat juga kami menunggu utnuk haikal dipanggil ke Bilik Doktor hinggakan tertidur aniq kat bilik menyusu.. Tak lama kemudian nama Haikal dipanggil..Aduhai...haikal pulak kena tahan wad...menurut doktor ada jangkitan kuman diparu-parunya..Ya Allah dugaan betul hari ini...susah hatiku dahlah keadaan aniq camni..qaleedha camnie..haikal pulak ditahan wad..

kami menunggu lagi untuk proses kemasukkan haikal ke Wad..jam menunjukkan pukul 9, aniq kena makan ubat anti-viralnya...kami pun hantar ina dan haikal ke Wad, haikal juga ditahan diwad yang sama dengan qaleedha cuma berbeza bilik jer..pada aku oklah sekurangya ada kawan dalam wad ni..heeee...

9.00pm

Akak, Ayah, taufik keluar ke Econsave untuk membeli keperluan ina dan haikal di Wad, sementara itu kami juga menunggu Dikwan, Abg Izan, Emak dan Alin yg masih lagi dari perjalanan dari Serting ke Hospital. Aku lan dan Aniq pulak menuju ke KFC..aniq langsung tak makan arini. Aku bungkuskan dia kentang putar..moga dapat membuka seleranya...

Aku ke  Hospital semula berjumpa kat sana. Hari pun dah lewat malam kami membatalkan hasrat untuk pulang ke Putrajaya... Kami semua pun bertolak balik ke Sering tinggallah ina dan qaleedha juga ina dan haikal..2-2 ina menjaga anak di Hospital...heeee

Pukul 11.30 kami pun sampai kat Serting..aduhai penatnya..

esok pagi kami akan meneruskan perjalana balik ke Putrajaya...jawapnya cuti lagilah aku selagi ina tak balik sini..dengan keadaan aniq ni tak sampai hati aku nak biarkan dia dijaga orang lain....

Kesian haikal..terpaksa sambut harijadinya ( 10hb Okt ) dalam wad! Qaleesya pulak terpaksa sambut harijadi ( 8hb Okt ) tanpa ibu mama kat sisi..sungguh oktober kali ini amat menduga kami!


Esoknya tepat pukul 9.30pg kami pun bertolak balik ke Putrajaya. Taufik dan Irfan ikut sekali..Hatiku teringin untuk melawat haikal tapi apakan daya, aniq sedang tidur dipangkuanku..takpelah sayang maklang sentiasa doakn haikal cepat sembuh..selamat harijadi sayangku....
 

tepat pukul 12 kamipun sampai di Putrajaya untuk jalankan agenda kami yg begitu full arini...

No comments: