balik dari Hospital dah pun jam 5.30.. aku singgah dulu kat kedai, makan Sup Daging.. kat rumah ina dah pun siap-siap tumbuk Ikan Bilis ngan Blender Lada Hitam...laukku sepanjang tenpoh 44 hari ini.. aku biasajer cuma sakit ckit-ckit jer kat ari2.. in shaa allah 2-3 hari ni sihat ler..
Silap aku tak sediakan segalanya dengan lebih awal...stokin ntah kemana..sampai umah aku terus tido mungkin sebab kesan ubat tidur tu ada lagi.. tepat pukul 8 mlm, husband aku kejut ajak keluar beli barang2 untuk aku berpantang..aku ok jer..pakai stokin lan..pakai sweater..seluar panjang dan kami ke Pasar Malam..
tiba-tiba kat umah ni semua berpantang sebab pantang tengok sambal ikan bilis..hish..hish.. |
Alhamdulillah sesampainya di Pasar malam, semua yang aku cari ada.. mulalah memborong Buah Delima.. Jamu Godoq @ Ubat Periuk..Stokin baru 3 Pasang.. Cuka Kurma dan air gamat.. rasanya lengkap dah untuk aku berpantang...yang lain-lain stoknya ada lagi kat peti ais..
Cuka Kurma..Air Gamat & Ubat Periuk.. |
Air Periuk @ Jamu Godog |
Balik tu terus aku rebus ubat periuk tu untuk minum... Cuka Kurma tu aku campur dengan cuka biasa untuk Sambal Ikan Bilis Lada Hitam aku.. banyak khasiat cuka kurma ni..
Suhun makan dengan ikan bilis n lada hitam.. |
Pagi bangun tidur..aku akan minum air periuk dan sedikit sarapan biskut @ roti..dalam pukul sepuluh camtu aku minum air cuka kurma dan sup suhun ada hitam.. petangnya makan biskut dan berkala aku minum air gamat ataupun air kopi cicah biskut... Sambal Ikan Bilis Lada Hitam tulah lauk harianku..tak miss punya walaupun ada lauk yang lain..
Setiap malam sebelum tidur suamiku akan urut kaki ngan badan dan lepas tu tungku aku dengan bantal panas aka Tngku moden..mujur ada..mana nak cari tungku batu sekarang kan.. sebelum pakai stokin aku lumur pulak tapak kaki dengan Mintak Angin Anugerah...panas giler..
Terima kasih suamiku kerana menjagaku..menjaga kesihatanku... letih dan penat balik kursus pun tetap akan tungku seluruh badanku..terima kasih sayang..
Alhamdulillah aku berbengkung walaupun bukan bengkung cam bersalin tu... sapu dulu kat perut ngan sekeliling pinggang dengan Losyen Halia Cosway..
mana aku nak cari tukang urut kan..so dah 3x petang aku dan suami berurut elektrik kat Pusat Perubatan Al-Jabbar, Dengkil....
In shaa allah moga 44 hari ini aku mampu menjaga diriku dan berdisiplin sebaik mungkin....
No comments:
Post a Comment