Tuesday 22 February 2011

Hadiah dari yang tersayang untuk yang disayang..


Let's talk about giftttt........


keychain 'nama' aku...betul2 suprise masa lan bagi...tak sangka lame2 dia kat MPH rupanyer gi beli keychain ni..keychain ni dia yg pegang..letak kat kunci keretanya..yang apaling aku bangga..keychain ni still ada and still new cam baru beli..rasa dh 3 tahun lebih usianya..heee

Keychain ni pun abg yang beli..ni hadiah untuk aku..beli together dengan yg atas tu..aku letak kat kunci rumah..tapi sayangnyer masa kunci rumah akak pegang, tercabut tulisan emas tu...sedih sangat...nanti ler ada masa aku cari ganti balik..

ni first hadiah dari lan untuk aku..lan beli kat perak masa ngan encik katanyer..
terima kasih sayang..i love you too..sekarang hadiah ni aku letak kat opis..
3 kuntum bunga rose segar dari Cameron Highland...heee means I Love You.. so sweeeeetttt... thank you my love. u're always in my heart..

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi..

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika
 kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

....tapi yang paling berharga pada setiap wanita ialah cincin perkahwinan yang disulami dengan kasih sayang dan kesetiaan  yang berpanjangan..




  

Friday 18 February 2011

Ku Mencari KeredhaanMu..


Ya Allah...
Rahmati lah kami sekeluarga
Rahmatilah kedua orang tua kami
Rahmati anak dan zuriat keturunan kami

Ya Allah
Semoga kay hidup dan matikan kami dalam Agama yang Engkau redhai ini...
sesungguhnya hidup kami..mati kami hanyalah dengan berserah kepadaMu

kami mencari keredhaanMu dalam kenikmatan sebagai seorang Muslim dan hamba
Yang engkau redhai selalu
Pimpinlah kami sekeluarga lurus ke jalanMu...


12 RabiulAwal 1432...15 februari 2011..

Ku khabarkan impian hidupku kepada suamiku tercinta..

aku rindu dan berusaha untuk menjadi seorang ISLAM sejati..
menbentuk keluarga kearah kehidupan ISLAM..
kerana ku tahu
keredhaan Allah adalah untuk hambanya yang taat kepada ajaran ISLAM

Ya Allah semoga aku..suamiku..anak-anakku dan seiei keluargaku sentiasa mendapat keredhaanMu





Tihamah....Raihan

Dia dibangkitkan dari golongan tihamah
Di akhri zaman menjelang hari kiamat
dibelakang badannya ada alamat
menghampirinya pasti akan mendapat rahmat

Putih bersih dahinya sinar hitam rambutnya
baik paras mukanya dan bercahanya
dua tapak kakinya pernah dikucup unta
unta hilang derita unta tiada duka

Binatang dhab pernah beriman denganya
Pokok pernah memberi salam padanya
batupun pernah berkata - kata padanya
tunggul pernah menangis mengongoi mengadu padanya

Putih bersih dahinyanya sinar hitam rambutnya
baik paras mukanya dan bercahanya
dua tapak kakinya pernah dikucup unta
unta hilang derita unta tiada duka

Putih bersih lahirnya sinar hitam rambutnya
baik paras mukanya dan bercahanya
dua tapak kakinya pernah dikucup unta
unta hilang derita unta tiada duka

Wednesday 16 February 2011

Maulidur Rasul 1432

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1432...

Selawat dan salam Keatas Junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W..

Tuesday 15 February 2011

Aniq ku 5 bulan..

Hari ini 14 Februari 2011....


hari ini aniq ku genap 5 bulan..sian aniq malam tadi tido nyer macam tak lena jer..nak melangkah bulan agaknyer..hee


pagi ni kena juga antar aniq kat nurseri..minggu lepas encik yang jaga, tak lah risau ati ibu..takpelah sayang, Allah sentiasa menjaga sayang ibu nie..


untuk sayang ibu..Selamat hari jadi ke 5 bulan...petang ni aniq ada check-up..sian aniq nak kena cucuk arini..tapi sayang ibu ngan ayah ni kan kuat, nangis pun kejap jer kan...


berapalah naik berat badan aniq ekk..kita tunggu petang nie ehhh...



sayang anak ibu n ayah ni......

Thursday 10 February 2011

Tarikh-tarikh yang terIstimewa Dihatiku...


Setiap insan mempunyai hari-hari yang istimewa dalam hidup..tak kiralah hari jadi ke..ulangtahun perkahwinan ke..hari kekasih ke (walaupun aku mmg tak celebrate) Tahun baru..Hari Raya..yang pasti hari-hari itu adalah hari yang istimewa..

Padaku dan semua insan juga..  hari yang berlalu akan meninggalkan sejarahnya tersendiri..Yang pasti semalam adalah memori..hari ini adalah realiti dan esok belum pasti…
Pada aku inilah tarikh-tarikh yang sentiasa dihati..yang ku nanti dengan doa dan senyum dibibir..


19 Ogos 1953 - Tarikh ini ialah ulang tahun kelahiran ayahku..Abu Hassan bin Mat.. tercinta..Beliau dilahirkan di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Merupakan anak sulung pasangan Mat & Puteh Ismael..Aku sayang ayah..cuma aku tak tahu mcm mana nk pamerkan..sedihnya hati..cuma kuharap ayah tahu yg aku sayang sangat kat ayah..

12 November 1948 - hari ini lahirnya ratu hatiku..insan teratas dalam hatiku.Ibuku Hilimah bt Yasin..Ibuku merupakan anak kembar dari pasangan Yasin dan Noriah Taib dan dilahirkan di Buyau, Negeri Sembilan. Aku sangat2 sayangkan emak kerana emak sangat-sangat memahamiku. menemani ku dalam suka dan duka..

6 Februari 1975 - Hari Lahir abang sulung..Ibrahim nama nya..dialah insan yg membantuku ketika aku mula berada di kotaraya ini..aku menumpang dirumahnya kat Keramat.Abgku ini amat-amat seiras ayahku..sehingga kini akau amat harap dapat bertemu abangku ini..mungkin kesilapan daku terlalu mengikut hati..Abgku ini telahpun berkahwin dan ketika aku tinggal bersamanya dia mempunyai 2org puteri, Iwanina Hidayatul Adawiyah & Iwaninn Nursyazwin dan 2org putera..Ikhwan Hidayatullah dan Ikhwan Muhaimin…

13 Disember 1976 - Hari ini pasti detik yang membahagiakan buat  ayah dan ibuku..Inilah cahaya mata pertama dalam keluarga. Nor Hafidah nama diberi. Along bersama-sama ayahmak menyara kami beradik.Masihku ingat lagi, along sanggup berhutang demi membeli baju sekolah aku, masa tu aku baru nk naik Darjah 5, terima kasih along..Kini along telahpun berkahwin dan mempunyai 2 org puteri..Anis Fiona dan Anis Farisa

18 Ogos 1978 - Ini cahaya mata ke-2 makayh..Nor Hafizan nama diberi..Mak cakap, masa kecil abg langsung tak banyak kerenah, sentiasa sihat..alhamdulillah..Inilah satu-satunya abg yg dekat dihati kami, adik-adiknya. Walaubagaimanapun dia, dia tetap abgku…cuma kuharap abg tolehlah kebelakang amiklah semua utk jadikan pengajaran..Abg kini telahpun berkahwin dengan Sarina dan mempunyai seorang puteri Nur Zahra Qaleesya. Bulan 3 ni abgku bakal menimang cahayamata kedua..

23 November 1980 - Hari ini lahilah kakakku yg kedua..Noor Hafizah nama nya…akak yg kini memikul tanggungjawab menjaga ayah dan emak kat Kg. Akak memenuhi harapan makyah ke Universiti demi segulung Ijazah..cuma mungkin belum rezekinya mendapat kerja yg diingini..kuharap akak temui seorang insan yg dapat menjaganya dengan baik..

28 Ogos 2008 - Aku dilahirkan tepat pukul 12mlm. Nor Halizawati namaku..ikutkan mak nak namakan aku Nor Himawarni..tapi tak kesampaian..aku lahir di Hospital..anak yg sangat-sangat kurus, kerana itu dari kecil, makayh sangat2 risaukan aku. Setiap hari aku dimestikan minum air nasi, bila beranjak sekolah aku dimestikan pula minum oat dan nestum..ayah belikan untuk setiap bulan. Tapi Akulah anak pertama berjauhan dari keluarga, dan kerna itu aku berulang alik dari Putrajaya - kedah hampir setiap minggu..kerana aku tak sanggup berjauhan begitu lama dgn keluargaku…

26 Febuari 1984 - hari ini aku bergelar kakak..lahirnya adik perempuanku..   Nor Hazalina namanya..adikku yg cantik..comel..dan agak pendiam..Masa kecil adikku ini anak kesayangan ayah kerana adikku ini rajin..Kini adikku ini telahpun berkahwin dan mempunyai 2 putera..Alif Irfan dan Alif Haikal..tiada lain kuharap cuma aku tak mahu adikku ini derita…aku sangat-sangat benci orang yg membuat adikku derita..

12 Febuari 1986 - Ini adik lelakiku..Nor Hazzuan namanya..ank yg lahir dan ayah ‘bernazar’ kiranya mendapat anak lelaki. Adikku ini lain kerana berada dlm kandungan emak, 12 Bulan..anak kesayangan mak dan ayah kerana itu segalanya dipenuhi..adikku ini mengikut jejakku dilahirkan di Hospital yg sama dgnku.. kerana kecemasan, mak dikejarkan ke hospital besar..mungkin saat mak lahirkan aku juga begitu..Kami hampir2 kehilangannya ketika dia ditimpa kemalangan pada 1999.Alhamdulillah Allah panjangkan umurnya.
.
13 Februari 1991 - Inilah adik bongsu ku, Adnan Affendi..satunya anak yg mengikuti jejak ayah, lahir di Pulau Pinang…mungkin yg lain aku masih kecil dan tidak mengingati apa-apa..tp adikku ini lahir ketika aku berumur 9 tahun.aku belajar menjaga dia..dia membesar dlm perhatianku..mungkin kerana dijaga oleh kami, adikku tidak seperti dijaga oleh mak kerana emak bekerja..aku tahu adikku ini agak asing..dan membawa diri..tapi aku sangat sayangkan adikku ini.. Parut dipipinya itu sering mengingatkan kesalahanku..Maafkan alang..

18 Mei 1984..hari ini adalah hari lahir cintaku. Azlan bin Kamaruddin..banyak persamaan antara aku dan dia..kami berkongsi segala-galanya..Insan yg menjaga aku dengan baik sekali..insan yg sanggup berkorban segalanya untukku..Anak kepada pasangan Kamaruddin dan Saonah dilahirkan di Perak..Ibunya juga mempunyai saudarakembar seperti juga ibuku..Dia lah insan yg kutemui hanya kasih sayang yg sentiasa dihati..

1 Disember 2006 - Hari ini buat firstdate aku bertemu buah hatiku yg  kini bergelar tunanganku. Setiap kali tiba tarikh ini, kami akan berkunjung ke tempat kami mula-mula bertemu…..

7 Disember 2006 - Hari ini kami mungkin akan dikenang sebagai Anniversary kami.terbuka pintu bahagia dan tertutuplah pintu duka…

6 Disember 2008 - Hari yg kami nantikan..hari pertunanganku..kini aku bergelar tunangan insan tersayang…

28 November 2009 - Hari paling bersejarah dalam hidupku..setelah 3x lafaz akad, malam ini aku bergelar isteri  kepada Azlan bin Kamaruddin..tiada lain yang harap selain dari jodoh yang berkekalan sehingga akhir hayat

29 November 2009 - Hari ini berlangsungnya Majlis Kenduri Kahwin dirumahku...dengan paluan kompang, aku dan suamiku bersanding di Pelamin yang dibuat sendiri oleh oleh seisi keluargaku...terima kasih semua..

12 Disember 2009 - Aku menjejakkan kaki ke kerumah Mertuaku sebagai menantu..Majlis Bertandang ku  ini diakhiri dengan outdoor dekat kompleks Pasir Salak..

18 Ogos 2002 - Hari ini lahirnya puteri hati along..tapi aku tidak dapat bersama menyambutnya. Ayah dan mak yg setia menanti along dihospital..hari ini Lahirnya puteri yg comel sekali..Anis Fiona, nama yg secantik orangnya…semua org cakap dia seiras dgnku..dan sememangnya aku amat sayang dia..

4 Januari 2003 - Kukira hari ini takkan mampu kulupa sepanjang hidupku..Aku pasti tidak sekuat dan setabah adikku ina..di Hospital Kajang ini, akan pasti tersimpan memori ini dalam hatiku…lahirnya Muhammad Alif Irfan..putera adikku..anak yg pintar, yg comel..putera hatiku dan keluargaku..Tiada lain kuharap, besar nanti..jagalah mama baik2..kesiankan mama..sengsara dan derita mama irfan tiada siapa yg tahu..

14 Ogos 2007 - Buat kali pertama along pulang lama ke negeri sembilan..kepulangan yg sangat-sangat dinanti makayah.. along pulang untuk melahirkan Puteri keduanya..Anis Farisa di hospital Kuala Pilah..Puteri yg comel..secomel kakaknya..malangnya aku kerana jarang bertemu puteri ini..moga dia tidak melupakan kami..

10 Oktober 2008 - Hari ini lahirnya putera adikku yg kedua..Muhammad Alif Haikal..putih seputh salju..aku hampir pitam melihat adikku, mungkin aku sememangnya takut melihat darah..kesakitan yg adikku tangung amat meninggalkn kesan dihatiku..cuma kuharap ina jgn lupa jasa makayh, jasa akak menjaga na..walaupun keputusan na ambil tu melukakan hati kami..tapi alg pasti mungkin na ada alasan na sendiri..

8 Oktober 2009 - Hari ini hari yang menggembirakan buat abgku Nor hafizan dan pasangannya sarina..mereka kini dudah bergelar ibu dan bapa kepada seorang puteri Nur Zahra Qaleesya..aku dan akak yg bagi nama nie..lahirnya cuma 1.8kg..aku tak berkesempatan untuk melihat kelahirannya kerana ketika itu mereka menetap di kedah. Kini bayi comel ini sudah pun boleh berjalan...

14 September 2010 - hari ini telah menjadi sejarah dalam hidup kami suami-isteri..aku kini bergelar ibu dan lan bergelar ayah kepada anak yang menjadi lambang cinta kami..Muhammad Aniq Aqmar, nama diberi..Yang Terpuji, Menawan, putih dan cantik maksud namanyer...Moga aniq membesar mejadi anak dan muslim yang terbaik..hanya itu doa ibu & ayah...

26 November 1979 - Ini hari lahir sahabat baik merangkap kakakku…Roza Atlia..kini dia menetap di Kluang bersama suaminya…

16 Disember 1981 - Ini juga harijadi sahabtku..Fazillah namanya..bekerja di SPR..aku mengenali dia ketika sama-sama kerja di bahagian ini..katanya, harijadiku sama dengan harijadi arwah ayahnya…