Monday 24 February 2014

Ujian dan Dugaan buatmu anakku....

Assalammualaikum...

" Ya Allah dakulah hambamu yang bersyukur dan berterima kasih atas kurniaan kesihatan yang telah Kau berikan buat anakku Muhammad Aniq Aqmar"


IMBAS KENANGAN OKTOBER 2013

29 Oktober 2013

Pagi ini aku dan kak fizah bergegas kembali ke Klinik Pakar Orthopedik, Hospital Putrajaya. Pelbagai perasaan menyelubungi hatiku..rasanya luluh hati selepas mendapat panggilan dari Bahagian X-Ray, Hospital Serdang semalam bahawa prosedur MRI Aniq ditunda kepada 4 Disember 2013..bermakna hampir 2 bulan lagi kami terpaksa menunggu.. Hatiku tak tertahan lagi melihatkan keadaan kaki aniq mana mampu aku menunggu sekian lama lagi...

Sesampainya aku di Sana, tanpa nombor giliran...tanpa temujanji.. aku terus meminta untuk berjumpa Dr. Fong. Seorang doktor wanita yang aku ingat, dia telah diarahkan oleh Dr. Archiat Fansuri untuk menguruskan segala kes aniq dengan urgent.. Alhamdulillah aku bersyukur Allah pertemukan kami dengan Dr Archiat Fansuri.. 

Aku terus masuk kebiliknya dan terus bercerita berkenaan penangguhan tersebut mereka juga terkejut dan sedaya-upaya mencari hospital yang lain untuk aniq segera menjalani ujian MRI. Aku sendiri rasa amat terharu apabila hampir 4 doktor berkunjung dan masing-masing sedaya upaya mendoakan dan mencari alternatif lain. Aku cuma orang biasa dan seorang ibu tetapi layanan dari Doktor2 tersebut amatlah mengharukan.. 

Aku ingat lagi kata-kata Dr. Archiat.." Puan jangan risau, kita akan sedaya upaya tolong puan.. walaupun puan bukan saudara saya, saya tetap akan tolong puan.." Dr. Archiat. Doktor Jun, Doktor Fong & Doktor Hafiz call IKN, Putrajaya tetapi alatannya masih belum lengkap untuk Ujian MRI keatas seorang budak...dan pilihan terakhir ialah menjalani ujian MRI di Pusat Swasta...

Biarpun berharap agar ujian ini dilakukan di Hospital Kerajaan, tapi aku dan lan telah berfikir sedalamnya andai ada sesuatu kami rela berhabis duit... Aku bersetuju untuk melakukan Ujian MRI aniq Hospital Swasta.. Namun amat mengejutkan aku apabila sekali lagi Allah memudahkan kami.. Segala Ubat-Ubatan dan Keperluan aniq termasuk Ambulan akan disediakan oleh Hospital Putrajaya..maksudnya kami cuma perlu membayar penggunaan mesin MRI sahaja dan yang lainnya semua di Support oleh Hospital Putrajaya termasuk dengan seorang nurse dan Doktor Iringan Aniq.... Ya Allah, aku bersyukur kemudahan yang telah engkau limpahkan....

Aniq akan tetap dimasukkan ke dalam wad untuk prosedur esok....Aku hampir menitiskan airmata..sungguh aku amat-amat terharu.. Dr. hafiz telah menghubungi Pihak Hospital Columbia Asia, Puchong untuk menetapkan temujanji kami esok. Kos bayaran untuk mesin itu dikhabarkan kepada kami berjumlah RM1100.. petang itu juga aku dan lan ke Bank menguruskan wang untuk bayarannya... tiada apa yang lebih berharga dari aniq kami.....

ANIQ TIDUR DI WAD

Rasanya kali terakhir aniq dimasukkan ke Wad masa aniq cirit birit dulu..rasanya masa tu umur aniq antara 8 bulan kot..hari ini aniq kena masuk semula. Aku mengambil cuti.. risaunya aku kerenah aniq nanti.. telahan aku tepat.. aniq tak betah tinggal di Wad. Berkali dia mengajak aku balik...ada jer ragamnyer...aduahai aniq sayang....

Tepat pukul 6.00 pagi...aniq masih lagi terlena...rsanya malam tadi aniq tidur tidak lena..langsung tak mahu ditingalkan hingga aku terpaksa membawa aniq sekalipun jika mahu ke toilet...aduhai anakku...mungkin disebabkan tempat yang baru...aku juga begitu ...usai sembahyang hajat aku terus membaca surah Yassin memohon Allah permudahkan segalanya...rasa beratnya hati.... 

PROSEDUR MRI

kami telahpun diterangkan prosedur MRI yang akan aniq jalani.. pertamanya aniq akan diberi ubat tidur dan sekiranya ubat tidur masih belum kuat untuk membuatkan aniq tidur, aniq akan diberi ubat bius...Posedur MRI akan dijalankan tanpa ada sedikitpun gerakan..dam kemingkinan masa sehingga 45minit...Aniq harus berpuasa bermula jam 3 pagi ini, Allah memudahkan segalanya, selalunya aniq akan merengek minta susu namum dari malam tadi hingga ke pasgi ini, aniq langsung tak minta susu..

Mendengar penerangan prosedur tersebut..Allah sahaja yang tahu perasaan kami...Ya Allah janganlah Kau duga kami dengan dugaan yang berat..

PAGI... 30 OKTOBER 2013

Seawal jam 630 pagi aku telahpun bersiap2 kerana tepat pukul 7 pagi kami akan menaiki ambulan ke Columbia Asia, Puchong. Aku merenung aniq, mendoakan yang terbaik buat permata hatiku..rasanya kering airmataku..aku masih menunggu kedatangan lan kerana suamiku akan mengikut kami dengan menaiki kereta. Aku dimaklumkan bahawa segala persiapan telah dibuat dan sebentar lagi kami akan bertolak.. Nurse meminta aku membawa aniq ke Bilik prosedur untuk dipasang drip...aduhai lagilah aniq menangis kerana tangannya dicucuk..aku memujuk aniq..sayunya hatiku mendengar tangisan aniq..aduhai sayangku sabarlah nak akan ujian buatmu....moga dengan ujian ini kita akan lebih bersyukur sayang... Suamiku sampai sejurus selepas aniq dicucuk, dia memujuk aniq..reda tangisan aniq...

MENAIKI AMBULAN

Segalanya telah tersedia tepat pukul 730, aku dan aniq menaiki ambulan. Kami ditemani oleh seorang nurse, Kak izan dan Doktor Pengiring Doktor Hafiz Boharin.. dalam ambulan aku diminta untuk memberi aniq minum ubat tidur... Ya Allah, demi anakku aku harus kuat.. tak banyak ubat tidur itu kerana aniq telah muntahkan semula.. mungkin salah aku juga..mana mungkin seorang ibu sanggup menyuapkan anaknya ubat tidur.... dalam perjalanan aku berbual-bual dengan Dr. hafiz berkenaan kesihatan Aniq..Pelbagai kemaungkinan berkenaan bengkak kaki aniq itu dan ujian MRI ini akan menghurai segalanya..suamiku masih dibelakang.. Federal Highway agak sibuk dipagi-pagi waktu bekerja ini dan siren ambulan terpaksa dibunyikan..

HOSPITAL COLUMBIA ASIA, PUCHONG.

Sesampainya di Hospital Columbia, aniq agak meragam.. aku tercari-cari suamiku..pasti suamiku terperangkap dalam jem..namun aku bersyukur Ya Allah, Suamiku terpacul..Ya Allah telah kau permudahkan segalanya. Suamiku mengendong aniq sementara kami mendaftar setelah itu kami ke Bahagian X-ray. Kami diterangkan prosedur yang akan aniq lalui.. Mesin tersebut sangat sensitif hinggakan satupun alatan dari besi tidak dibenarkan dibawa masuk.. Lan dukung aniq kedalam dan aku hanya meninjau dari luar..mesin itu agak besar dan mempunyai torowong dimana aniq akan dimasukkan bawah torowong itu. Pakaian aniq semua dibuka kecuali diapers.. Aku hanya menahan hati...aku duduk dikerusi bimbang andai aku tak mampu menahan hati.. 

AIRMATA KAMI

Aku mencuba sekuatnya menahan hati...Prosedur akan dimulakan... Lan mendukung aniq masuk kedalam.. Aku tak pasti apa prosedur seterusnya. Aku terkejut melihat lan keluar dengan linangan airmata.. Dia gagal menahan airmatanya katanya sejurus selepas aniq disuntik bius, aniq masih lagi sedaya upaya untuk bangun dan terus kuat mengengam tangannya agar tidak dilepaskan...Ya Allah airmataku tak tertahan lagi..aku menuju ke Surau, usai Dhuha, airmata menjurai-jurai...Ya Allah lindungilah anakku Aniq....

DUGAAN LAGI

Aku masih sabar menanti diluar... tiba-tiba beberapa orang doktor menerpa ke Bilik MRI. Aku agak takut dengan situasi itu..mereka bercakap sesama sendiri. Hanya Allah yang tahu hati kami... rupanya Mesin MRI tiba-tiba breakdown. Tidak cukup dengan Technician, Enginener dipanggil untuk menyelesaikan masalah.. Pintu bilik MRI dibuka dan aku hanya melihat aniq dari jauh.. Dr Hafiz memangil kami masuk sementara kerja-kerja pemulihan dibuat. Aku minta suamiku masih sekali, namun dia menolak..dia tak sanggup melihat aniq dalam keadaan itu...

SAYANGKU SEDANG TIDUR

Aku berdiri ditepi mesin memandang anakku.. lalu mengambil kerusi untuk duduk berdekatan anakku..aniq sedang tidur..aniq diselimutkan.. Nadi dan pernafasan aniq dipantau oleh Dr. Hafiz. Alat itu berbunyi..Aku banyak bertanya dan mujur Dr Hafiz sangat peramah.. Dr muda itu telahpun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata..aku diajak bersembang mungkin itu salah satu terapi untuk menenangkan perasaan.. dia juga seorang bapa dan pasti dia faham situasi kami.. Aniq masih lagi lena.. hampir 40minit juga kami menunggu mesin itu berfungsi semula dan aku melihat Pakar memanggil Dr Hafiz menandakan prosedur akan dimulakan semula.. Aku melihat aniq bergerak dan menurut Dr. Hafiz bius aniq akan ditambah lagi...

TAMAT PROSEDUR..

jam hampir melewati pukul 12.. tak lama kemudian lampu MRI dipadam menandakan prosedur telah tamat.. Kami diminta mengambil aniq..  Lan terus menerpa ke arah aniq..Aniq masih belum sedar sepenuhnya dan diberi bantuan pernafasan melalui oksigen.. menurut doktor sekiranya aniq masih lagi tidak sedar, aniq akan diberi ubat...segalanya bergantung dengan keadaan..Aniq tertidur di bahu suamiku.. kini kami sedang menunggu laporan MRI aniq dan prosedur bayaran..

ANIQ SEDAR SEMULA...

Ya Allah girangnya hatiku,,mata dan tangan aniq bergerak-gerak...Aniq sudahpun sedar semula biarpun masih mamai-mamai..aku mengucup aniq..Ya Allah syukur prosedur aniq berjalan dengan lancar...

HEMANGIOMA @ AVM

Alhamdulillah...

Menurut Doktor Hafiz..bengkak dikaki aniq dikenali sebagai hemangioma @ AVM iaitu penyakit berkenaan dengan kecacatan urat saraf darah... Kami bersyukur sekurannya ianya bukan ketumbuhan... Penerangan sepenuhnya akan kami perolehi dari Doktor apabila pulang ke Hospital nanti..biarpun penerangan itu pendek ia cukup mengubat segala kesusutan kami....kami bertolak balik semula ke Hospital Purtrajaya

TIADA UBAT

kami ke Wad 2C semula...Laparnya perutku Allah sahaja yang tahu..barulah ada selera makan...;)
Kami menunggu dengan sabar kedatangan doktor pakar melawat aniq

Tepat pukul 5ptg.. kami dikunjungi oleh Doktor Archiat, Doktor Jun dan seorang doktor pelatih. Dari jauh kami melihat Dr. Archiat dengan senyuman..sempat lagi dia bergurau mengatakan hari ini baru dia melihat kami tersenyum kerana sebelum ini hadir dengan wajah yang duka..aku hanya ketawa..dalam hati kami tak sabar untuk mendengar penerangan tentang Aniq..

menurut Doktor Archiat, buat masa ini tiada ubat untuk penyakit aniq ini.. ianya akan sembuh sendiri dan akan memakan masa sehingga 10 tahun... Ini adalah berkenaan dengan urat saraf darah dimana lebih sesuai di katakan bercelaru dan bergumpal...

Biarpun sedikit lega kerana ianya bukan ketumbuhan yang bahaya, namun kami dimaklumkan untuk menjaga kaki aniq supaya tidak cedera...tidak jatuh..tidak patah..tidak luka.. kerana disitu beribu urat darah...

ANIQ TANGGUH SEKOLAH

Mendengar nasihat doktor..aku dan suamiku mengambil keputusan menangguhkan persekolahan aniq di Permata. Kami bimbang andainya aniq akan cedera...biasalah kanak-kanak manakan mahu hendak duduk diam...

PERUBATAN ALTERNATIF

Biarpun percaya sepenuhnya akan perubatan moden..kami tetap juga berkunjung ke perubatan alternatif yang lain.. Awal-awal lagi Pakcik Saifudiin dan Pakcik Bahadum katakan bahawa penyakit aniq adalah berkaitan dengan otot dan bukannya tulang atau ketumbuhan.. mereka diberi keistimewaan 'melihat' dengan izin Allah tanpa sebarang alat pun.. dan sebenarnya kata-kata mereka banyak menenangkan hati kami..

Kami juga berkunjung berjumpa seorang ustaz di Seri Menanti, mungkin ada benarnya pada awalnya ianya adalah gangguan kerana kaki aniq sakit setelah satu malam aku  bermimpi kaki aniq dipijak gajah.. sedarnya aku dari mimpi itu aniq menangis dan kakinya tiba-tiba bengkak sedangkan sebelum itu aniq sihat.. Segala yang berlaku adalah rahsia Allah dan Allah sahaja yang mengetahuinya...

Dimana sahaja kenalan memberitahu pusat perubatan kami akan berkunjung. kami juga mengunjungi Darul Shifa dan Pusat Perubatan Cahya Syifak di Kajang.. 

Tak lupa juga kami mengirim doa buat sahabat dan saudara yang mengerjakan Haji.. memohon mereka mendoakan aniq di hadapan Kaabah.. terima kasih dan hanya Allah yang mampu membalasnya...

kali terakhir kami membawa aniq berurut dengan Nek Wan di Presint 11. Nek Wan sangat lembut dan baik orangnya... Nek Wan di perkenalkan oleh seorang cikgu di sekolah suamiku.. Nek Wan tinggal di terengganu dan kadang-kadang datang ke Putrajaya mengunjungi rumah anaknya disini..

Alhamdulillah berkat segala doa, bengkak kat kaki aniq beransur-ansur pulih seperti sediakala.. Allah telah menunaikan doa kami..

JANUARI 2014

Kini aniq sudahpun menyambung persokolahan semula sejak Januari yang lalu.. Aniq semakin lincah...makin pandai...makin bijak dan bertambah kerenahnya... 

Bulan 7 nanti aniq akan dapat adik...kandunganku yang ke-4

Allah menguji kami namun aku melihat ujian itu sebagai percaturan yang sangat cantik.. Aniq sentiasa ingat sakit dikaki dan kerana itu aniq sangat berhati-hati..dalam bilik air aniq akan berjalan dengan perlahan dan menerima kataku bahawa aniq tak boleh berendam lame..lalu sehingga kini kami tidak lagi mengunjungi kolam atau air terjun..segalanya demi kebaikan aniq...

Kiranya dulu aku bertanya kenapa kandunganku tiada...aku telahpun menerima jawapannya... Allah lebih tahu bahawa belum masanya.. kini setelah aniq sembuh aku mengandung semula... Allah lebih tahu aku sangat lemah jadi Allah tidak mendugaku dengan dugaan yang berganda... Allah Maha Penyayang terhadap hamba-hambanya.....

Moga Allah selalu melindungi cahaya mataku dan seisi keluargaku... 

Amin....


2 comments:

vitamin sana sini said...

Assalamualaikum puan, boleh saya tau rupa bengkak kaki anak puan.

anak saya pun ada bengkak di kaki. tapi sya belum buat MRI lagi

Watie Abu Hassan said...

Salam puan..sy minta mmaf sbb lmbt blas..ini no. hp saya 0196381806..pn whatsapp saya..