Tuesday 14 September 2010

Saat-saat hampir bakal bergelar ibu..

mak datang melawat bawa Lontong..tima kasih mak..ti sayang mak..
12 September 2010... 2.00am

Perut ngan belakang aku sakit sangat..aku betul-betl dah tak tahan..aku langsung tak bole tidur..lan sapu minyak and urut belakang pun takde perubahan pape..aku kejut mak ngan akak..lan ajak gi cek kat hospital takut aku dah dekat-dekat nak bersalin..so dalam pukul 3lebih kitaorang berempat pun gi hospital kuala pilah..sampai tempat daftar jer, aku disuruh ke dewan bersalin sebeb aku lepas dari due date..

kat dewan tu nurse tu pun cek la tekanan darah la...mula2 tinggi maybe aku takut kot..lastly ok..sedih aku bila aku kena tahan wad for abserve 24hours..jumpa doktor dia cakap baru buka 1cm..masuk ler aku kat wad 10..sedihnyer...ikutkan lan nak aku bersalin kat hospital putrajaya...tapi nk wat camner..aku ingat siang nt aku nak minta keluar wad..gpun aku dah tak sakit lagi...

siangnya semua datang melawat aku kat wad..makayah..,lan..family abg,..ina n anak2, akak,dikwan n edi..semua datang, dorg baru balik dari beraya kat jelai..aku biasa jer, sakit sikit2 jer..aku ada minta keluar, doktor cakap kalau takder pape esok aku boleh keluar..huhuhuhu seronoknyer..tak sabar nk tunggu esok..tak seronok dok kat katil nie..kat sini ada 4 katil jer..katil sebelah aku ni asik kosong jer..aku takut tido sorang2..dh ler dekat ngan tandas..tak sabar tul aku tunggu esok..mak masakkan aku lontong..sedap sangat..aku tahu lan frust sebab dia nak sangat aku bersalin kat Putrajaya..tapi nak wat camner sayang,takkan nak lari wad kan..esok dah boleh kuar...

sian sayang kena ulang alik dari umah - kuala pilah..jauh tu..

13 september 2010..

hari ini ikutkan aku dah boleh keluar..tpi tiba-tiba perut ngan belakang aku sakit sangat..aku tak dapat gambarkan sakit yang mcam mana..darah penuh kat kain aku..aku menagis..makan pun aku dah tak lalu..aku betul-betul dh tak tahn..doktor cek baru 2cm..tapi sakitnya aku dah tak tahu nak cakap camner..aku dok ulang alik bilik prosedur..ubat tahan sakit pun dah tak lut..aku menangis masa lan datang ngan ayah..mak masakkan laksa..tapi aku dah tak mampu nak jamah pape.sakitnya membantutkan selera makan aku...aku tak boleh keluar wad..aku rasa aku dah tak mampu nak travel ke Putrajaya lagi..nak bangun dari katil pun aku dah tak mampu..

mak, ayah lan semua dok ulang alik melawat aku..sampaikan terpaksa dorg tido kat masjid..yerlah nak ulang alik dari umah ke kuala pilah bukannyer dekat..aku malu nak nangis depan mak ayah..aku rasa nyawa aku ni ntah panjang ke tak..nurse tu cakap semua yag masuk wad sama-sama aku, semua dah bersalin..tinggal aku jer..katanya pagi esok aku kena jugak bersalin...kandungan aku dah lewat semingggu..

dari katil belakang, aku dipindah kat katil dekat-dekat kaunter untuk mudahkan nurse n doktor datang cek aku..kalau aku sakit dorg suruh panggil jer..malam ni aku sakit sangat..padahal aku baru jer di cucuk ubat tahan sakit...aku langsung tak dapat tidur..aku hanya mampu menangis jer..pinggang aku rasa cam nak putus..kuurut-urut pun langsung takda kesan..aku tak tahu macam mana nak gambarkan kesakitan yang aku tanggung..uniform ku dh penuh dengan darah..dah beberapa kali aku tukar kain...

aku bernasib baik sebeb nurse ngan doktor kat sini semua baik2 belaka...layanan dorang mesra..

14 september 2010..3.am
aku mesej kat lan aku kena masuk dewan bersalin pukul 6pg esok...mesej aku tak berbalas..aku pasti lan dah tidur..sakit aku masih tak reda-reda lagi..tuhan jer yang tahu sakit yang kurasa..aku baca doa-doa yang termampu..dalam hati aku berdoa sempat jumpa lan sebelum aku masuk dewan bersalin esok...

6.30pg..

seorang nurse datang mengejutkan aku dari tidur..aku diberi pakaian bewarna putih..katanya ini pakaian untuk aku pakai dalam wad bersalin..aku sempat mesej lan gtau aku akan ditolak masuk ke dewan bersalin..aku tak dapat ujumpa lan..tapi aku minta maaf dan mohon dia doakan aku dan bayiku selamat...lalu akupun ditolak masuk ke wad bersalin..seorang nurse bertanyakan mana suamiku,katanya kesian kat aku masuk ke wad bersalin tanpa sempat berjumpa dengan seisi keluargaku..

aku dibaringkan atas katil wad..tapi jalannya masih belum terbuka walaupun sakit au tak tak mampu nak tahan lagi..air ketuban dah pun dipecahkan awal 7pagi tadi..oleh kerana aku masih belum ada tanda-tanda unuk bersalin aku ditolak ke bilik 5, dalam wad itu juga.dalam sakit-sakit tu aku sempat juga mendengar beberapa ibu yang telah selamat bersalin..ada yang amik masa lama, ada juga yang senang jer bersalinnyer..aku pulak dah tak mampu tahan lagi..pinggang aku rasa dah nak putus...sakitnya aku tak tertanggung lagi..2 orang nurse pelatih ditempatkan disisi aku..dekat dorang la aku mengadu sakit..tekak aku lapar dan dahaga sangat..dari semalam aku langsung tak menjamah makanan..

2.00pm

aku masih lagi belum bersalin..dah hampir 4jam aku dalam bilik nie..aku hanya mampu berbaring..setiap kali doktor datang,jawapan mereka masih lagi negetif..jalannya belum lagi terbuka..aku tahu lan dan seisi keluarga ku mesti ada diluar..aku merayu kat pelatih tu minta panggilkan suamiku..tapi katanya tak boleh..dalam wad ini suamiku tak dibenarkan masuk..air pun aku tak boleh minum..sedangkan tekak aku kering sangat..aku hanya mampu menangis..sakitnya aku dah tak mampu nak tangung..inilah sakit yang mak rasa ketika melahirkan aku..aku hanya mampu berdoa pada tuhan kurangkan derita yang aku tanggung ini..

4.00pm

aku masih juga belum ada tanda-tanda untuk bersalin..setiap 1jam ada jer doktor datang memeriksa aku..tapi begitu juga jawapannyer..pinggang aku rasa cam nak putus dah, tiap kali sakit tu datang, tiap kali itulah aku mengerang kesakitan..tiada siapa yang mampu menolong aku..pelatih itu hanya mampu menasihati aku dengan meningati Allah..Ya Allah Maha mengasihani..YA Allah..angkatlah kesakitan yang aku tanggung ini..aku dah langung takde tenaga..nyawa aku betul-betul rasa dah nak melayang

6.30pm

aku masih juga belum bersalin..jantung anakku makin lemah..aku dipakaikan topeng oksigen..doktor ta bagi aku buka tapi sakit yang aku tanggung buatkan aku rasa tak selesa..seorang doktor wanita india datang memeriksa aku..katanya jalan baru terbuka 6cm..dia dan beberapa doktor hanya mengelengkan kepala...aku harus juga bersalin secara normal dan perlu menunggu jam 9mlm pula..tapi aku tak mahu..aku dah tak sanggup nak tanggung sakit ni..aku mohon pada doktor untuk ceaser..mulanya dia tak bagi..tapi aku merayu juga..aku dah tak sanggup..lagipun aku bimbang anak dalam kandunganku..akhirnya dia pun mengalah..setelah berbincang dengan seorang lagi doktor..mereka juga menyarankan aku dihantar ke dewan pembedahan sekarang...

dari dalam aku dengar seorang nurse memanggil suamiku.....mungkin untuk memberitahu keadaanku..dikatil aku didatangi seorang doktor menerangkan prosedur pembedahan beserta risiko-risiko..aku menganguk tanda setuju..dengan tangan yang dah tak mampu nak ku angkat..aku sain juga 2 borang itu..menurutnya sebentar lagi aku akan dihantar ke bilik pembedahan.....

No comments: