Monday 7 January 2013

Ajar Anak Membaca...


KES1: Saya mempunyai anak berusia 2 tahun yang sudah mengenali ABC dengan lancar sejak berusia setahun lebih..tetapi saya tidak tahu bagaimana langkah untuk mengajar anak saya membaca. untuk pengetahuan anak saya belajar melalui youtube jadi dia kurang berminat belajar melalui buku. apakah cara untuk mengajar anak saya membaca sedangkan beliau tidak berminat belajar dengan kaedah buku.

Here is my humble opinion which might not be 100% right.
1. Saya menganggap diri saya sebagai 'Pengamal Kaedah Fonik'. Saya telah mengguna Kaedah Fonik untuk mengajar kanak-kanak membaca semenjak tahun 1989. So Saya yakin 100% anak kecil tidak perlu mengenal nama huruf, abc(ei, bi, si) untuk pandai membaca. In fact kanak-kanak yang tidak mengenali nama huruf lebih cepat menguasai kemahiran membaca berbanding kanak-kanak yang sudah tahu abc. Menurut Prof Diane McGuiness, penulis buku Why Our Children Cant 't Read, "Teaching abc is the first roadblock to reading."

Dr Robert Logan dalam bukunya The Alphabet Effect menyatakan "Abc to 4,5 & 6 year old children is meaningless."

Cuba baca perkataan ini: nasi
Adakah anda menyebut, en-ei-es-ai?
Atau anda terus sebut 'nasi'?

Tentu sekali jawapan anda adalah yang kedua.

For your information, 'nasi' adalah gabungan bunyi-bunyi /nn-aa-ss-ii/. Cuba anda ulang sebut bunyi-bunyi ini dengan cepat. Jadi 'nasi' kan?

So jelas sekali kita tidak menyebut abc bila membaca. So why teach abc?

Therefore If you want your child to become an expert reader, speller & writer, STOP teaching him the letter names. Teach him speech sounds instead. Ajar anak anda Lagu Aksi Abu Ada Ayam untuk Bahasa Melayu dan/atau Cory Cat Phonics Song untuk Bahasa Inggeris.

2. Ajar nama huruf setelah anak anda lancar membaca supaya dia tahu "Itu bunyi aa, namanya 'a'(ei). Itu bunyi mm, namanya 'm'(em) dan seterusnya.

Jangan ajar anak anda membatang perkataan dan mengeja-ngeja seperti ini, "n(en)... a(ei), na, s(es) ... i(ai), si, na...si".

2. Dalam blog ini juga terdapat banyak post mengenai apa yang boleh dilakukan untuk reading readiness bagi kanak-kanak berumur 0-3 tahun.
By 3 years old, you can formally teach your child to read. Anda boleh gunakan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku
Untuk BM atau Readeasy Phonics untuk BI.

3. Berkaitan dengan anak kecil menonton tv/YouTube/ipad/etc, banyak Pakar Kanak-Kanak melarang anak di bawah 2 thn menonton tv/YouTube/ipad sama sekali. Anak di bawah 2 thn perlukan interaksi dengan ibubapa serta orang-orang yang hampir dengannya. Iya, mereka akan lebih smart jika ibubapa banyak bercakap & berinteraksi dengan mereka. Kepelbagaian & jumlah perkataan yang digunakan akan mempengaruhi IQ kanak-kanak. So stop putting babies infront of TVs/computers. Between ages 3-5 you can expose them to tv/computers moderately.

Research menyatakan anak yang terdedah kepada tv/komputer pada umur yang sangat muda akan mengalami masalah focus, attention span dan tidak berminat dengan buku. Jadi Ibubapa atau pengasuh taska perlu creative. Gunakan Bacalah Anakku apabila anak berumur 3 tahun atau apabila anak sudah bersedia untuk belajar membaca. Make your lesson fun. Play games. Anda boleh merujuk kepada buku Permainan Kreatif to keep your child interested to learn to read. Anda juga boleh join kursus kami.

___________________________________________________

P/S.. soalan ni saya yang hantar dah lama dah tak ingat dah bila tarikhnya......alhamdulillah ada jawapannya dan Insya Allah akan cuba mengubahnya untuk kebaikan Aniq..terima kasih Puan empunya Blog http://cepatmembaca.blogspot.com/

No comments: