Sunday 7 December 2008

Disini Cintaku Berbunga..Nov 2006




Kasih… kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini
yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini
yang selalu memuja
Hanya dirimu Yang bertakhta dalam Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…
Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu Hatimu…

 ” Ini lah lagu yang dituju utk ku oleh seorang kawan..teman..kekasih dan kini tunangku…Azlan b Kamaruddin..katanya khas darinya untukku hayati ttg kasihnya padaku..ternyata, sememg inilah lelaki yg sangat-sangat mengasihi dan mencintaiku sepenuh hati…”

Detik Perkenalan


Detik perkenalanku cuma melalui perbualan telifon..itupun atas urusan rasmi..ternyata perbualan yang tak sampai pun dua minit tu berkekalan sehingga kini..Alhamdulillah..ku kira inilah hadiah dari Tuhan untukku…hadir merawat kelukaan dihati..

18 Nov 2006  aku membalas mesej yang diberinya..itupun sekadar menjawap teka teki..

20 Nov 2006 - Aku MC arini, saat inilah aku berbalas-balas mesej dgn dia, sememangnya aku nak sangat-sangat tahu siapa empunya diri. dia tahu segala ttgku, katanya kitaorang pernah berbual….
kami terus berhubung melalui SMS ..dia menjadi tempat untuk aku meluahkan segala suka dan duka..mencari penawar hati…

1 Disember 2006 - Dia meluahkan hasrat untuk bertemu denganku..seperti yang dijanji, selepas Isyak aku bertemu..kebetulan hari jumaat ada pasar malam kat Putrajaya, kami kesana..Setelah mengirimkan pesanan rakan serumahku, kami berbual di Jambatan..sekadar berbual ttg diri masing2..keluarga..kerjaya dan turut menyinggah hal-hal masa silam…

Sejak malam itu kami semakin rapat…dan sememangnya hatiku mula tercuit suka.. dia tak pernah sekalipun lupa untuk menghubungiku..setiap detik pasti menyinggah mesej dan panggilan untukku..mengenalinya membuatkan ku merasa diriku tidak keseorangan…

7 Disember 2006 - seperti biasa, setiap pagi aku pasti menerima ucapan darinya..tapi hari ini dia berhasrat untuk menjadikn diriku lebih dari seorang teman..dan aku menerimanya dengan hati yg terbuka..dan sememangnya aku juga menanti ucapan itu..bermulalah diari hidupku sebagai kekasihnya…

Inilah cinta sejatiku..kami berjanji untuk mengelak dari  bertengkar @ berselisih faham..alhamdulillah sepanjang lebih 2 tahun ni tiada dugaan utk kami dan tiada perselisihan antara kami..kami menyulam cinta dengan benang-benang kebahagiaan..dia tak pernah melupakan aku..di terlalu banyak bekorban untuk diriku…tingginya kasih sayang dia padaku…
 
Aku bahagia…


Hari-hari kulalui dengan hari yang sangat-sangat membahagiakan..tidak pernah ada insan lain yg kukenali sepertinya..Ketulusan hati..keiklasan..kejujurannya yang tak pernah berubah sehingga kini..itulah dia ‘Lelakiku’….Setiap saat..setiap masa akulah yang sentiasa diutamakan melebihi dirnya sendiri…

29 & 30 Disember 2007 - Kami sepakat sama-sama menghadiri kursus pra perkahwinan..inilah perancangan pertama kami untuk mengukuhkan hubungan..

6 Disember 2008-  genap 2 tahun..kami mengikat janji…dan aku kini bergelar tunangnya…dan yang pasti inilah insan yang ku harap menemaniku sehingga ke akhir usia….

Untuk Insan tersayang…Azlan bin Kamaruddin…ayang cinta dan sayang abg…
 
 
   

 



 


 

Pertunanganku..6 Disember 2008

6 Disember 2008


hari ini satu sejarah tercatat dalam hidupku..aku kini sudahpun bergelar tunangan orang...tunang kepada insan tersayang, Azlan bin Kamaruddin..tiada lain doaku semoga hubungan ini akan berakhir ke jinjang pelamin..moga kami tabah menhadapi dugaan mendatang..


kepada ayah, emak dan seluruh ahli keluarga ku...tiada apa yang mampu ku ucap kerana begitu banyak bantuan dan pengorbanan kalian curahkan..terima kasih...













Sunday 23 November 2008

Jalan-Jalan Temerloh

Kami sekeluarga dapat jemputan kenduri kawan akak kat Temerloh, Pahang...

Balik dari rumah kenduri tu kitaorang pun jalan-jalan sekitar temerloh..nampak jeti kitaorang pun singgah..luasnyer sungai pahang nie...pepun menarik gak tempat ni...


Ayah ngan mak

Ayah, akak mak bergambar kat kereta

Dikdi dan Ijai

Dah nak balik nie..

tengok buaya...heeee

sama tak...anak emak nie..

my lovely dan cute mother..

Thursday 30 October 2008

Perjalanan pengubahsuaian Perodua Kancil Kami

Assalamualaikum...... Sedikit pengalaman pengubahsuaian @ penukaran enjin...


Enjin Standrd Rawang.. 660cc 6v SingleCam N/A

Hanya mampu mencapai kelajuan 120km/j je..
kalau dapt lebih dari tu kira nasib jela..
amat menyakitkan hati bila nk memotong @
kena cucuk rapat dengn keta beso!

Maka... Bermula la pencarian enjin yg sedikit berkuasa..

Dok pening sama ada nak masuk enjin L2s @ L502s..
akhirnya setelah mendapat feedback dari kawan2 Kcarlife maka aku buat keputusan untuk masuk enjin L502s ber kod JBJL 16v TwinCan TURBO. Dari segi kuasa kuda still sama dengan L2s iaitu 64 kuasa kuda, perbezaan hanya pada Cam dan jumlah piston di mana L2s SingleCam 3 piston, L5 TwinCam 16V 4 piston, perbezaan hanya pada Pickup ( L2s lebih pickup dari L5 ) dan dari segi Long Distance ( Lebih kepada L5 ).
Dapat sekali dashboard L5, konsol gear, stereng, meter merah L5, lampu kaki.

Tangki juga disertakan sekali..

Keadaan enjin pada halfcut... mgkin lama sangat tersadai kat Jepun...

 Di angkat ke atas lori untuk di bawa ke bengkel...

 Hantar ke bengkel Abu Bakar Baginda Bangi...

Turun enjin lama.. bnyk leaking.. & juga masalah "dalaman" enjin..
 Setelah enjin diturunkan.....

 Masa untuk pemasangan enjin L502s JB-JL

 Keadaan setelah enjin dinaikkan...Teruja untuk merasai kuasanya...!


 Pemasangan pendawaian dari halfcut L5

 Enjin sekarang... Ber cc660 jgk.. tapi 16v TwinCam TURBO berbanding enjin asal yg hanya 6v SingleCam N/A..

 Interior L502s.. Sangat berbeza dari interior asal yang terlalu simple!


Bernadikan L502s TwinCam 16v TURBO..
Best untuk long distance..
Boleh mencapai 190km/j ( tanpa Speed Cut ) dalam keadaan standard.

Tidak menyakitkan hati masa memotong & time kena cucuk dgn keta beso!

Next plaining nak pakai tebo subaru tag biru @ Td04-09.
& management..

Di sini disertakan sekali tips-tips semasa mencari halfcut.. & boleh juga digunakan untuk mencari kereta terpakai... ( Tips ni aku dapat dari goooogle je.. & aku edit mana yang perlu )

1) Buka radiator cap. Pastikan air dalam tu hijau, lepas tu jangan tutup, biarkan terbuka & pastikan air dalam tangki spare cukup.

2) Buka oil cap & tengok keadaan dalam enjin samada berkarat @ kekuningan, kalau karat, maknanya enjin da lama tak hidup, kalau kuning, okla tu...kalau depan kesan hangus...(bau minyak hangus) sendri mau ingat.

3) Tarik deep stick...lap 1x...tengok ada kesan minyak tak...(biasa kalau ade dia jadi berbelang)...kalau ada belang tu...maknanye enjin da lama tak idup @ minyak enjin lama tak tukar.

4) Kalau enjin turbo...cuba lihat sekeliling turbo (terutama pada bahagian ekzos) samada leaking atau tak...kalau leaking...tak payah ambik.

5) Biasanya hafkat ada ekzos separuh...korbankan skit tangan korang yg bersih tu, "colek" skit pada bahagian dalam ekzos tu...tgk ada minyak ke tak...kalau ada minyak...(atau kesan minyak enjin)...maknanya valve seal dah bocor.

6) Tengok mileage...(jangan percaye sgt nih, ade gak yg meter pusing)

7) Perhatikan juga sekeliling head dan rocker cover...kat sini biasa ada banyak habuk melekat, jadi hitam...tu takpa...boleh cuci...tapi..kalau basah ngan minyak, tak payah amik.

8) Apabila korang dah betul-betul puas hati dengan kriteria-kriteria di atas, barulah suruh dia start enjin...dengar dia punya autochoke, jalan ke tak...rpm akan jadi tinggi masa autochoke ni on.

9) Kat item 1 tu, aku cakap jangan tutup radiator cap kan?...ha...masa enjin baru nak start ni lah banyak rahsia tentang enjin tu yg boleh korang tau...tengok samada air dalam raditor tu melompat keluar ke tak...kalau melompat je...korang suruh tokey tu matikan enjin, simpan balik hafkat tu, tak payah ambik...konpom banyak problem hafkat tu...lepas tu korang biar je sambil tgk air dalam radiator tu, kurang atau tak...dalam masa yg sama, tgk dekat ekzos, mesti ada sedikit asap warna putih @ hitam (Ni normal sebab pembakaran belum lengkap, tambah lak enjin tgh sejuk) dan sedikit air akan meleleh @ merecik melalui ejos...ini tandenya....enjin tersebut berada pada tiptop condition..

10) Perkara yg paling PENTING sekali masa beli hafkat ni, biar enjin hidup sampai kipas automatik jalan sendiri...jangan bukak air cond dulu...biar dia jalan dulu...lantak la kalau tak cukup minyak pun...suruh tokey tu tambah lagik petrol tu...cakap la yg kita nak beli...dia mesti layan punyer...dengar betul-betul dia punya idling, elok ke tak.

11) Bila kipas dah pusing...em...kalau boleh biar sampai cut...tgk ade semput ke tak...kalau semput...mintak turun harga,...mungkin plug dah tak elok...(sampai stage nih, korang mesti beli, kalau tak beli, siap la korang kena hamun ngan tokey tu.

12) Lepas tu...barulah korang cek functional setiap controller...aircond, lampu hujan, lampu besar, lampu highbeam, signal-yg penting nyala, kelip ke tak kelip ke, bukan salah lampu tu, sebab signal belakang takda, so relay jadik tak betul, lepas tu tgk lampu2 meter, temperature tu jangan lupa, jgn lebih separuh, jam,...kalau salah satu dari pada nih tak function, mintak turun harge kaw-kaw punya...

13) Pastikan korang dapat complete with rear disk brek c/w absorber, tangki minyak, dan floor mat...kalau takde, mintak turun harge lagik.

Yg penting sekali.....lepas idupkan engine...biarkan lebih kurang 5minit lepas tu tekan clutch....kalau rpm drop maknanya main bearing dah lingkop.

 http://lanzwiki.blogspot.com/2010/12/percubaan.html

Monday 22 September 2008

Ulu Bendul, Negeri Sembilan...

hari ini aku dah nak balik putrajya..cam biasa ayah akan antar sampai kat Terminal 1..otw gi sana sajer jalan-jalan naik Ulu Bendul..dengar cerita ada taman ular...

tapi tak jumpa pun..

yang untung nyer anak buah aku yg comel ni...ipan..bukan main seronok dia jumpa air..nak mandi ajer...kitaorang tgok kan jerlah....








Thursday 28 August 2008

Harijadiku ke 26....

28 Ogos 2008

Hari ini adalah hari jadi ku yang ke -26..kebetulan kak roza datang Kl..aku ngan kak ros gi jumpa dia..lame tak jumap kak roza....

so lepas balik jumpa dia, aku ngan kak ros terus gi beli kek kat Blok C1...

so sambut jer kat opis..aku tak makan blueberry cake..so kawan2 makanlah yer, yg penting aku mohon doakan kebahagianku dunia dan akhirat...

amin...

petang nt celebrate ngan my love lak..




masa nyanyi..abg mat nor yg paling kuat suara...

birthday girl..

 
sesi potong kek...


Sunday 27 July 2008

Taman Botani, Putrajaya

jom kita relax-relax kat Taman Botani..best gak tempat nie..banyak pokok-pokok...tamannyer tepi tasik..ada aktiviti berbasikal, tapi kitaorang jalan-jalan jer pusing satu taman..

pe lagi..mula ler aktiviti berfoto..buat kenang-kenangan....manatau nt2 dah tak gi lagi...

senyum cam bunga tu tau...

penjaga arah..hee

ala-ala jambatan gantung

tepi tasik..cantik..

kat seafood..


putera buluh betong....
senyummmmmmm