Tuesday 21 November 2006

Yes! Rahsia terbongkar....


20 November 2006

Hari ni pagi-pagi lagi aku terus ke Klinik..Aku ada appoinment klinik sebab gigi bongsu aku ni dah sakit sangat..tak boleh nak tahan lagi..apa lagi, kenalah cabut..aku pun seronok ler dapat MC..lepas kuar klinik ler aku terus balik rumah berehat...

Kat klinik aku berbalas-balas mesej lagi dengan empunya nombor 012 4374705..nama nyer aku tak tahu jadi ber saya - awak jerlah...aku suka, sebab pagi2 lagi dia dah wish aku..kemudian dia ada keje, aku pulak terus le masuk bilik doktor gigi..dalam hati..sukanyer ada jugak teman nk mesej bila sorang2 cam gini...

aku balik umah dah dekat pkul 12..rehat kejap pastu sambung bermesej balik..aku tak puas hati ni..hari ni aku nak tahu jugak sapa dia...yang aku pelik dia siap gtau aku lagi tua dari dia..dia tahu nama penuh aku..ic aku..hmmmm lengkap tul...

mula lah aku wat sesi soal jawap..belit sana..belit sini...akhirnya aku dapat agak bila dai cakap..waktu kerja dia tak menentu, kalau ada report baru dia ada kerja..sah maintenance...heeee..yup 100 markah aku dapat..

akhirnya....

si Dia pun mengaku...betul..aku agak mungkin dia salah seorang yang datang betulkan rumah aku minggu lepas, tapi tekaan aku salah..katanya dia tak pernah tengok aku..aku lagi lah tak pernah tengok dia...

rupanyer....

selepas aku dapat call dari RAMSTAR yang rumah aku akan dibaiki maintenance..aku terus mintak kat CC kuar..tapi aku menyinggah kat RHB Bank..mungkin aku terlewat dari yg dijanjikan, jadi Technician yg menunggu kat depan pintu umah aku pun, mintak si DIA ni tolong call kan..

jadi dia lah orang yg call aku aritu semata nk bgtau Technicians dah ada depan pintu..aku cuma jawap " sorilah saya tengah otw.."

isk..isk..

jadi terpecah lah rahsia yg aku dok pikir2 beberapa ari nie...tak sangka juga, dengar suara jer leh nk kenal orang nyer ek...pelik..kih3..

wat masa nie dia cakap kitaorang tak payah berjumpa, just kenal dalam henpon jer..aku ok jer..aku pun senang cara camni...so starat arini selalu kitaorang bermesj..setiap masa tu yg aku rasa ada 'orang lain ' yg lebih caring ttg aku...

tapi hati aku ni was-was aku takut aku tersalah jumpa..tapi what ever..kawan tak salah kan.....

Sunday 19 November 2006

Detik-Detik perkenalan...

18 November 2006




Hari ini aku balik kampung..kebetulan semua ada kat umah ayah. kebetulan ayah sewa sebuah rumah ldang Inas tempat ayah amik projek kelapa sawit. Petang esok aku dah nak balik Putrajaya so rehat2 lah kat sini dulu...dok umah tak buat pe pun..tido jer....


bergambar sebelum balik serting......

Petang...kami siap2 kan beg nak balik serting. Tak tau la naper tukar plan lak balik sering lak..tengah-tengah aku dok kemas-kemas beg..henpoh aku pulak bunyi mesej...


'' ada tiga penjaga rahsia...2 telah tiada jadi tinggal siapa yang menjaga rahsia..." lebih kurang gitu lah mesej yang aku terima..dub..dub..dada aku berdebar..pehal pulak ni rahsia2 pulak..dah la aku ni memang bnyak rahsia...huhuhu...takut aku...


kat kak fizah aku tunjuk kan mesej tu..mulanya aku nak buat tak tahu jer...aku memang malas nk layan mesej2 org yg aku tak kenal nie..tapi kata kak fizah balas jerr...aku pun balas lah..aku jawap lah seorang lagi sebab 2 dah mati..dia pun kata betul..hihihihi klakar tul orang nie...kami pun berbalas2 mesej..aku tanya nama..dia cakap dia tak de nama...klakar tul..aku tanya mana dapat no henpon dia tak nak gtau...katanya just mesej ngan berkawan tanpa nama...tapi aku tak boleh lah..mesti kena siasat nie..


aku open balik inbox aku....rupanya sebelum ni dia ada hantar mesej..pun mesj kata-kata pujangga juga...tak paham aku dia nie...tapi dalam hati aku siap ler, aku mesti siasat mana dia dapat no aku..mana tau ada yg nak mengenakan aku ker...


                                         gambar waktu dah siap -siap nak balik..nov 2006