Monday 30 November 2009

Hari Persandingaku..29 November 2009

Pagi nie aku akan bersanding di Pelamin yang ayahku buat khas untukku..susah payah ayah buat untuk realisasikan impian untuk melihatku bersanding diluar rumah..kepada ayah..mak...akak..abg..dikwan..dikdi..ina..taufik..
dan semua yang menolong ti ucapkan terima kasih kerana bersusah payah untuk ti..ti banggga sangat..

tepat pukul 9pg aku dimekapkan oleh andaman pengantin D'Pesona ( batu kikir)..hampir 3jam juga muka aku 'ditenyeh' bermacam2 mekap..heee second time..first time aku mekap masa nikah malam tadi..tak sabar nk lihat hasil kreativiti diaorang nie...

Pukul 11 lebih dh siap, mula pula sesi pakai baju..aku menyarung baju berwarna purple muda..mmg baju nie aku yg nak..aku suka warna nyer...tapi ikut hati aku memamg tak puas hati hasil kerja Kedai Andaman D'Pesona nie..

First.. Baju tidak di 'Oter" ikut ukuran aku..akibatnya badan aku ni nampak gemuk semacam jer...mmg sakit ati giler..bayar nyer mahal tapi hasilnya hampeh...masa nk booking janji nyer macam2...girdle pun tak fit dengan badan..kain nya labuh ngan longgar..sampai aku kena lipat2 kat bahagian pinggang..aduhh mmg tension
secondly..Selendang aku tak dikiat dengan kemas..nampak serabut jer...punya la tebal selendang nie sampai muka aku pun nmapak bulat ( mmg bulat pun tapi jd lagi bulat)..

tang mekap okla..takde la komen sebab sampai aku buat outdoor pun bedak still ada..

tepat Pukul 12.20 dari bilik aku dah dengar paluan kompang menandakan rombongan lelaki dah berarak ke halamanku...berdebar giler..heeee...mak ayah menyambut di pagar..aku dan pengapit ku ( Rosni) pun menuju sama ke pagar untuk bergandingan dengan suamiku..heeee...

kesemapatan nie saya & suami ucapkan terima kasih kepada Rosni dan man ( adik suami) yang sudi jadi pengapit kitaorang...moga cepat jodoh..heeeee

sampai jer di Pelamin...Bermulalah sesi tepung tawar...yang dimulai oleh ayah dan emakku, dan diikuti mertuaku...dan kemudiaan nyer seisi keluarga ku, keluarga suamiku, sanak saudara dan teman2 yg hadir...

habis sesi tepung tawar makan beradab pula..pastu sesi bergambar dan akhir sebelum kami mengadakan sesi outdoor, kami ke sesi potong kek pulak..kepada sahabatku fazillah (SPR) terima kasih atas jasa baikmu menyeponser kek kahwinku..terima kasih sahabatku...

Tak lupa juga kepada mak tih yang siapkan makanan pengantin..kuaga mak & ayah ngah yg jadi ketua dapur..orang-orang kampung Serting Hulu yang membantu..warga2 'lombok'...Abg. Iwan & k. Eita as Photographer..Pn Anna Ng yang datang jauh2 dari KL...terima kasih semua...doakan jodoh kami berpanjangan hingga akhir hayat..

Dan terima kasih tak terhingga kepada seluruh ahli keluargaku..Along & anak2 (jauh dari kedah datang)..Abg Izan, Isteri & Anak ( dari kedah juga) Ina, Taufik & anak-anak ( dari Sungai Petani). Pak ngan man sekeluarga dari Tg. Dawai..Mak Lang sekeluarga dari Johor..Makwan ( mak ayah dari Penang ) seluruh ahli keluarga mak dari serata N9 ..terima kasih kerana meluangkan masa datang ke kenduri dan membantu kenduri ti nie..

Dan kepada Yong & Yop sekeluarga terima kasih kerana buatkan hantaran untuk tie..cantik bangat!

Terima kasih semua..dan tak lupa juga kepada keluarga pihak suamiku..maaf andai ada yang kurang...kami juga tidak sempurna..








 


































Sunday 29 November 2009

Pernikahanku..28 November 2009

Alhamdulillah, setelah hampir setahun kami mengikat tali pertunangan malam ini  aku bakal bergelar suri hidup kepada insan yang sentiasa dihatiku ini, Azlan bin Kamaruddin...
 Alhamdulillah sepanjang tempoh ini tiada dugaan berat walaupun sering kali diusik dengan cerita-cerita yang ' menakutkan 'sepanjang tempoh ini.


persiapan demi persiapan aku dan keluargaku uruskan...biarpun ada sedikit kesalan dihati...aku mohon maaf kepada keluargaku andai ada kata-kata atau perbuatan yang mengusik @ mengecilkan hati meraka...mak ayah...ti minta maaf..mungkin kerana saat - saat yang genting adakalanya jiwaku tertekan..

Malam ini aku dinikahkan di rumahku sendiri di Kg. Serting Ulu, Negeri Sembilan..dirumah ini juga ayah dan ibuku dinikahkan. mungkin kerana berdebar, setelah 3 kali akad, barulah aku selamat bergelar isteri yang sah kepada suamiku...heee kelakar juga ekkk....tapi aku tak gelakpun, senyum2 jer....dalam hati..aduussss mintak2 semuanya berjalan dengan lancar...suamiku oh suamiku...huhuhuhu

takpelah sayang..yang penting kini semuanya selesai....esok majlis bersanding pula...


buat mak..ayah dan keluargaku terima kasih keran bersusah payah untuk ti...


kepada semua yang hadir maafkan lah sekiranya ada kekurangan kerana kita semua tidak sempurna...