Friday 30 November 2012

Alhamdulillah...

Aku bersyukur kepada Allah kerana bengak kat peha kiri aniq dah surut..alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah atas segala rahmat dan kasih sayangnya..



Senyum aniq penawar hati ayah dan ibu...

12 Dis 2012 ni aniq masih lagi kena di Jumpa Pakar kat Hospital Putrajaya dan seterusnya bulan 1 nanti..

Tak kisahlah kami akan tetap jugak pergi checkup cam biasa..

Ya Allah terima kasih atas kasih sayang dan limpah rahmatmu kerana mengkabulkan doa kami..semoga anakku Muhammad Aniq Aqmar bin Azlan sentiasa dalam rahmat dan perlindunganMu..

Amin..

Tuesday 27 November 2012

Segalanya dari Allah...

Aku tak tahu macammana nak mulakan catatan kasihku hari ini..tak tahu perasaan yang bagaimana nak aku gambarkan..sedih ke..terkilan ker..terkejut ke atau sebenarnya aku telahpun menerimanya dengan tenang..



Blighted Ovum plasenta ? Silent Miscarriage ?? kantung ada tapi bayiku tiada?? mana perginya ??
 yer.. akhirnya dengan redha aku terima aku dah kehilangan kandunganku....aku menerima dengan redha ..aku tak mahu segala persoalan itu terus menghantui aku walaupun sebagai manusia aku tetap mencari dengan akal logikku ini..namun hanya Allah yang mengetahui segalanya..

Aku terima semua ini..aku bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.. ya..bila kita tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan, jadi Allah ambil ianya kembali... Ya ! sebagai hamba aku tidak lari melakukan kesilapan dan inilah pengalaman yang harus aku kutip sebagai pengajaran...

Monday 26 November 2012

Tiada Rezeki kami...

Segala yang berlaku adalah ditakdirkan mungkin ini bukan rezeki kami..segala yang Allah tentukan ada hikmahnya..dan aku percaya semua ini adalah kebaikan dan rahmat Allah atas segala yang berlaku...


24 November 2012

Aku, lan adan aniq balik perak pulak minggu ni, minggu lepas dah beberapa hari ada kat N9..lgpun  abah ncik balik suh makan durian sama cam makayah kalau berbuah jer durian anak-anak mesti balik..mungkin takut terkilan anak-anak tak merasa makan...

Pagi sabtu tu cam biasa aku bangun dan masak sarapan pagi..perut aku ni sakit jugak tapi sampai bila nak ikutkan rehat jer nanti sarapan nak makan pe..abah pagi-pagi dah ke dusun kesian pulak setiap kali kami balik abah terkejar-kejar belikan sarapan..jadi aku masakkan nasi goreng..lauk-pauk semalam pun ada lagi.. selepas sarapan aku mengajak lan ke Pasar Pagi Bota belikan barang-barang dan lauk untuk tengah hari nanti.. hampir keselurauhan pasa raku berjalan seronok sangat..tapi ujan rintik-rintik pulak terpaksalah aku bawakan barang lan kena dukung aniq..jalan punya pasal ok jer... balik tu aku terus rehat sekejap lagi nak siap-siap unruk masak tengah hari pulak..ncik cakap cu nak datang nak kena masak lebih mujur lauk semalam ada dua periuk lagi..aku tambah-tambah jer..

Mungkin terlalu penat petang tu aku tertudir bangun nak mandi jer aku tengok ada cecair coklat aku tunjukkan pada lan tapi in shaa allah takde pape rasanya ini mungkin sebab aku terlalu penat...

25 November 2012

Bangun pagi aku meneruskan rutin biasa menyediakan sarapan pagi...pagi ni buat nasi goreng jugak cuma tukar resepi..heee..siap-siap semua kerja aku masik berehat aku tengok cecair cokla tu ada lagi..aku khabarkan pada lan..risau jugak rasa ati..macam-macam kemungkinan aku fikirkan tapi dalam hati tetap berdoa moga tiada apa-apa yang berlaku pada kandunganku. Lan mengajak aku ke Hospital tapi aku takut ramai orang jadi kami buat keputusan ke Klinik.. Dari Bota sampailah ke Ayer Tawar klinik banyak yang tutup..yang bukak pulak Pakar sakit wanita takde...last2 keptusanku kami ke checkup kat Putrajaya jerlah esok..lagipun petang ni dah nak bertolak balik...perut akupun takde la sakit teruk sangat...

26 November 2012

Bangun pagi aku tengok coklat-coklat tu ada lagi..bimbang jugak aku rasa arini camner pun aku mesti kena gi klinik....tapi kat opis aku tanyakan juga kawan-kawan diaorang kata biasa jer tapi naluri ibu ni lain...

Pukul 10 aku gi jugak dengan lan tu pun sbb aku nampak cam ada darah sikit...sampai jer klinik aku terus daftar dan terus juga buka Buku Merah..hee tercapai jugak hasrat hati tu pun dan lewat 4 hari ni...aku ikuti semua prosedurnya...dan akhirnya nurse Bilik 16 tu merujuk aku ke Bilik Doktor disebabkan cecair coklat tu..hati aku berdebar tapi In shaa allah takde apa yang berlaku...Buku Merahku dilekatkan sticker merah menunjukkan aku mempunyai risiko tinggi dimasukkan ke Wad..aduhai...penuh pen merah pulak tu dalamnya...

Jam dah pun dekat pukul 1 barulah nombor giliran aku naik..doktor cakap sepatutnya aku harus awal-awal dapatkan rawatan..perkara-perkara seperti ini tidak boleh ditangguh..aku cuma tersenyum tahu salah sendiri..doktor bawakan aku untuk discan..selepas berbaring doktor mulakan sesi rawatannya..alangkah terkejutnya ku mendengar kata-kata doktor dan keputusan scan tu...doktor kata kantungnya ada tapi janin tiada... Ya Allah pucat aku mendengarnya namun entah mengapa terasa kekuatan untuk menerima takdir itu bagai hadir.. Aku pernah melihat sewaktu aniq di scan dalam kandungan ku dulu..ada bunyi jantungnya tapi kali ini lain sangat..kantung dalam rahimku kosong.... Doktor wanita itu masih lagi cuba memujukku katanya kmungkinan scan ini tak secanggih di Hospital..jadi dia keluarkan surat untuk rawatan lanjutku ke EPAU, Hospital Putrajaya..Keputusan Scan tu dikepilkan sekali dalam Buku Merahku dan perlu dikepil sekali dengan surat rujukan doktor ..

Hospital Putrajaya....
Hampir 2 jam lebih menunggu dengan melihat pelbagai ragam manusia..melihat detik gembira manusia-manusia yang berada di Kaunter Dewan Bersalin ni barulah namaku di panggil masuk ke Bilik Operasi EPAU.. Setelah berbaring aku melalui prosedur yang sama iatu di Scan melalui atas dan juga bawah... kedua-dua keputusan itu tetap sama...Empty Sac ! kantung dalam rahimku kosong.. aku hanya berdiam dan sesekali bertanya kerana aku tak mampu berfikir kenapa dan mengapa benda ini terjadi...mana bayiku?? Menurut doktor kantungku tidak apa-apa malah jalan juga tidak terbuka namun cuma rezeki yang tiada kerana kantungku kosong...

Doktor menawarkan aku 2 pilihan sama ada menjalani Proses D&C di Hospital Kajang atau menunggu 2 minggu untuk natural abortion iaitu kantung akan keluar dengan sendirinya..dalam tenpoh 2 minggu aku akan alami bleeding dan bersedia ke Hospital sekiranya berlaku sesuatu...dan aku memilih pilihan kedua iaitu menunggu...

11 Disember 2012 ..aku harus ke EPAU semula.. mungkin untuk D&C kot....dan tarikh ini aku akan terpisah terus dengan kandunganku secara paksa...dan melalui tempoh pantang 6 bulan awal dari tarikh bersalinku...13 Jun 2013

Perasaan ??? entahlah aku pun antara percaya dan tidak percaya.. pelbagai kemungkinan..pelbagai andaian yang terbit segalanya seolah misteri.. aku mula mencari cerita-cerita dalam laman web ternyata ramai yang megalami nasib sepertiku dan ada juga misteri-misteri disebalik kejadian ini..dan aku pula berserah sahaja kerana aku tahu ini bukan rezekiku...

namun sekurangnya aku telah berusaha..melalui kawan opis aku berubat tradisioanl.. walau jawapannya tak sama tapi keadaanya itu serupa..janinku tiada nadinya...

Allah yang Maha Mengetahui..ini bukan rezeki kami.

Balik rumah aku masih lagi membelek-belek Buku Merahku yang baru sanagt dibuka..aku cuba membaca tulisan-tulisan yang tertera dan sesekali aku melihat keputusan imbasan doktor..Ya! memang kosong....

lan menegur meminta aku menyimpan Buku Merahku mungkin tak mahu aku terus bersedih tapi aku bernasib baik kerana aku telahpun mempunyai Aniq juka dibandingkan insan lain...


Sehingga kini aku bukan tak sedih tapi aku tahu 'karma'.. Apabila kita tidak bersyukur Allah akan tarik nikmat yang telah diberikan..anakku lebih bahagia disamping penciptaNya dari disamping kami..

Cuma aku tak mampu nak maafkan diri sendiri lagi..moga masa akan menentukan segalanya..

Thursday 22 November 2012

Buku Merah....


Dah lewat 4 hari dari tarikh sepaptutnya aku buka Buku Merahku.. Ya Allah kenapalah banyak sangat dugaan kali ini. 22hb hari itu aku sempat singgah ke Klinik Desa kat kampungku tapi sombong dan malasnya Nurse tu nak daftarkan Buku Merahku..alasannya aku masih boleh buka di Putrajaya..sedangkan bukan ada patient pun masa tu...

Kat Putrajaya pulak aku dah pun pergi tapi ramainya manusia..tak sanggup aku nak menunggu...

entahlah apa nak jadi yer...takpe sayang dah tertulis Buku Merah bayiku akan dibuka di Putrajaya lagipun awal-awal lagi lan dah cakap aku harus bersalin di Putrajaya kali ini dan berpantang juga disini...hurm...sabo jerlah...

In Shaa Allah minggu depan moga-moga aku dapat buku merahku...



Saturday 17 November 2012

Kecewa dan terkilan...



1) " Jangan masukkan semua perkara didalam hatimu kerana ia amt kecil untuk menampung segalanya..."

Berkali-kali mengingatkan diri namun masih juga tak mampu ku buang kecewa dan terkilannya rasa hati..

2) " Tiap kali insan kau sayang membuatmu terluka..lihatlah kembali hubunganmu dengan Allah.."

Berkali juga mengingatkan diri namun masih juga belum mampu menerima kesilapan itu....

3)   " Allah sedang mengujimu kerana Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuanmu..."

Berkali juga mengingatkan diri namun masih juga tak mampu menerima dengan redha....

Ya Allah lemahnya daku dalam menghadapi dugaanMu sedangkan penawar dan jawapannya ada didepan mataku.... kenapa airmata ini tetap jugak tak tertahan-tahan.... dan lantas aku mendiamkan diri....memujuk hati sendiri lalu....

4)    " Lontarkan resahmu di dada Solat....."

Ya Allah disini ku temui ketenangan itu.........biarpun luka masih dihati namun biarlah hanya daku dan Tuhanku yang mengetahuinya......




Hati Seorang Wanita....


Tabahnya dia? kita selalu berkata bergitu kan? bagaimana seorang wanita yang hatinya selembut tisu boleh kuat dan tabah begitu? kita hairan bagaimana wanita yang kasih dan cintanya diabaikan oleh insan tercinta boleh berdiri dan tabah. Kita sangat hairan bagaimana mereka yang dilukai boleh setia dan cekal hadapi semua itu.
Ada 2 sebab mengapa wanita boleh menjadi begitu kuat.



1.Apabila dia begitu menyintai-



Apabila dia begitu menyintai insan di sisinya tak kira diperlakukan umpama permaisuri atau dilayan bagai sampai wanita itu tetap kuat dan setia di sisi insan kesayangannya. Padanya mereka perlu setia dan mengabdikan dirinya selagi hayat dikandung badan terutama jika mereka telah punyai cahaya mata.

2.Apabila dia sangat terluka-


Bila hati seorang wanita sangat terluka mereka akan menjadi kuat luar biasa. Mereka akan jadi bersemangat melalui segala rintangan. Dia ingin mengikis perasaan hiba dan sedih dalam hatinya dan itu yang mampu dia lakukan untuk meneruskan kehidupan di perjalanan yang singkat di muka bumi ini.

Wanita akan menjadi seorang yang manja bila dimanjakan. Mereka akan jadi seorang yang kasar dan ganas bila tak dihormati dan sakiti, dia juga akan menjadi seorang yang tabah bila merasakan keadaan amat meruncing dalam kehidupannya. Itulah wanita, sangat telus dalam menyintai. Carilah wanita yang baik untuk dijadikan permaisuri hati agar kalian akan menikmati kemanisan dalam menyintai wanita selembut Aisyah dan sekuat Maryam serta secekal Siti Fatimah.

Friday 16 November 2012

Suratan Buatku...


Titisan air mataku ini
Pernah jua ia menemani
Adakah dikau mengerti
Pengorbanan yang telah ku beri

Kasih adakah hanya untuk merintih
Setelah dikau pergi
Meninggalkan aku
sendiri sepi

Apa sebenarnya
Kerinduan aku ini
Bukannya untukmu
Tapi kisah lalu

Adakah kau tahu
Semuanya yang berlaku
Kerana itulah
Suratannya buatku

Kuhimpun semua rindu ini
Tersingkap kembali duka pilu
Segala yang pernah ku alami
Kan ku pendam cinta
Untuk selamanya di hatiku


should i trust you......

" I'm not upset that you lied to me, I'm upset that from now on I can't believe you.




and now you'll always make me cries coz of being betraying...where can i express all my sadness...



Monday 12 November 2012

Selamat Hari Jadi Mak ke 64....

Selamat Hari Lahir mak ke 64 tahun... ti sayang mak..mak yang paling memahami dan sayang tie.... tie nak selalu dekat dengan mak... sebab kalau sedih sekurangnya ti ada mak... walaupun ti tak mampu nak luah apa-apa kat mak tapi ti tetap gembira sebab maklah orang yang dengar luahan hati tie... ti sayang mak..

Tahun ni kita sambut harijadi mak kat Restoran Yunkies Hut, bangi...mak gembira tak....moga tahun-tahun yang akan datang ti sentiasa dapat sambut hari lahir dengan mak...amin..










Wednesday 7 November 2012

Sunday 4 November 2012

Makan Malam kat Cheras

Malam ni kitaorang dinner jauh sikit..nun di Cheras..akak belanja....hee3 pepun TQ kak..sedap n berbaloi makan kat kedai nie...