Saturday 26 May 2012

Kenduri @ Taman Datuk Senu, Sentul

26 Mei 2012

Ini adalah kenduri sebelah keluarga ibu mertuaku..kebetulan abah dan ncik ada kat sini kami semuapun melapangkan diri hadir.. lagipun kata suamiku dia nak sangat kenal dengan saudara-saudara sebelah ibunya sementara mereka ada..

Semua adik beradik suamiku ada kecuali abg ipar dan Ar..

semuanya ok cuma kami sampai lewat sebab sesat..tapi bukan kami yang lainnyer..dah saing pun sesat lagi..huhuhuhu..last2 2.30 baru kami sampai kat dewan pengantin....

lepas makan kami pun berposing...















Friday 25 May 2012

Majlis Makan malam bersma keluarga suamiku di rumah kami.,.....

25 Mei 2012

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..amin...

inilah adalah majlis kedua aku dan seisi keluarga suamiku makan bersama-sama di rumah kami...

 Insya Allah jika termampu ingin juga aku jadikan ianya setiap tahun..insya allah...


















Cerita My Open House!

Atas permintaan dan 'gurauan' aku memenuhi juga permintaan biras-biras dan iparku untuk buat makan-makan dekat rumah kami.. Memang dah lama niatku cuma masa dan keadaan jer yang tak mengizinkan.. Tetapi malam ini sesuatu yang tak dirancang menjadi juga..

Masa konvo man tu diaorang setuju untuk makan-makan dirumahku pada 25 Mei 2012. Bermula lah episod pencarian menu-menu yang akan kusediakan malam tu YANG mesti ada LAKSA.. yang lain terpulanglah kata suamiku..

bantuan dari mak..jauh import dari kampung....
Macam-macam hal dahlah sepanjang minggu ni aku sibuk sangat..memang stress giler lah..mujur ada insan-insan yang membantu..syukran-syukran..

Terima kasih mak..seisi keluarga..sahabat-sahabatku..dan utama suamiku..

Hasilnya... menu yang aku sediakan malam itu ialah

* Gulai Jantung dengan Udang
* Rendang Ayam
* Ayam Goreng Rempah
* Sayur Bayam
* Kerang Rebus
* Sambal Belacan dan Sambal Kicap
* Laksa
* Bubur Kacang
* Air Oren & Kopi panas

Menu dari birasku..

* Udang masak kunyit & Kacang - Yong
* Tomyam -  Kak Eton
* Carrot Cake Secret Recipe -  Kak Anis

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada kekurangannya..tak kisahlah yang penting dah lepas..nak komplen ker..nak puji ker aku tak kisah pun..

Yang penting suami aku suka...


Sunday 20 May 2012

Hari Konvo adik iparku @ UiTM Shah Alam

Tahniah buat adik iparku Azman Kamaruddin dihari konvokesyennya di UiTM Shah Alam dalam bidang Ijazah  kejuruteraan Elektrikal... semoga berjaya

Alhamdulillah seisi keluarga hadir dihari konvonya ini....termasuklah aniq ku! mujur aniq tak meragam...hee...moga satu hari nanti aniq juga berjaya dalam pelajaran dan seterusnya berjaya dalam kehidupan....

amin...















Saturday 19 May 2012

19 Mei 2012

Mungkin tarikh ini tidak pernah berada dalam lipatan diari hidupku selama ini..namun hari ini akan tercatat dan aku tak pasti berapa lama ia akan berada dalam diari hatiku...




Setiap insan mempunyai perasaan begitu juga aku dan suamiku... sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri...

Namun kasih dan sayang penguat segalanya...

Mungkin ada kata-kata yang tidak kita sedari terlafaz saat hati dan minda dikuasi amarah..

Mungkin aku yang bersalah dan setiap  insan memang tak lepas dari melakukan kesilapan..

Syukur alhamdullillah kesilapan memberi kita satu pengajaran yang amat bermakna..dan pada tarikh hari ini juga aku mempelajari bahawa cinta dan kehidupan itu mempunyai banyak cerita dan warna..

namun yang paling kupelajari bahawa kasih sayang kami amat-amat utuh!


SemoGa kasih sayang ini berkekalan hingga akhir hayatku..

Aku tak mampu melawan takdir Allah S.W.T..namun bukankah doa itu kunci segala-galanya..

Ya aku berdoa moga kami sentiasa bersama-sama dalam suka dan duka..Amin....

Harijadi Suamiku tercinta- 18 Mei 2012

Hari ini ulangtahun suamiku yang ke 28... rasanya tahun nie lah tahun yang aku tak termampu untuk lakukan apa-apa persediaan untuk menyambut hari yang paling bermakna dalam hidup suamiku tercinta...

pelbagai dugaan suamiku tempuhi dibulan kelahirannya ini...bermula dengan kehilangan opahnya pada 27 April 2012..dengan kesibukkanku sepanjang bulan Mei ini dengan CVO yang tak henti-henti..bersambung pulak dengan kehilangan yang tanpa terduga iaitu Pakcik suamiku Cu Tapa pada 13 Mei 2012.. sesungguhnya kehilangan kali ini benar-benar memberi tamparan buat suamiku.. aku dapat lihat betapa suamiku terlalu sedih... dan ini membuatkan aku serba salah untuk menyambut dengan cara yang bagaimana.. takkan dalam duka kami nak bergembira..memotong kek seperti tahun yang sebelum ini.. lalu terbit dalam hatiku untuk menyambutnya pada hari Kenduri Doa Selamat di kampungku kelak...namun hasrat itu belum dapat aku luahkan kerana dua tiga hari ini suamiku kerap kali berdiam diri..mungkin kerana kepenatan dan mungkin juga masih dalam kesedihan...

Sejak hari Cu meninggal kami berulang alik untuk Majlis Tahlil sepanjang tiga malam itu..aku lihat suamiku memang sangat-sangat kepenatan..dengan kerja di opis..dengan hal-hal lain sehinggakan langsung tiada masa untuk diri sendiri...terasa betapa cepatnya putaran masa..sampai aku rasakan untuk bercakap dengan suamiku ku pun masa terlalu cemburu..masing-masing melayan penat dan melakukan rutin sendiri...

18 Mei 2012

Malam ini tepat pukul 12 genaplah umur suamiku 28 tahun...kebetulan malam ini adalah malam jumaat, aku dan suami tak jugak berkesempatan join majlis tahlil kat surau rumahku..Ya Allah kami masih belum dapat menjadi tetamu di Taman Syurga itu...sesungguhnya itu adalah rezeki yang ditentukan Allah..mungkin bukan rezeki  kami menjadi tetamu di taman syurga..lalu kubaca surah Yassin dirumah bersempena malam yang mulia ini juga kudoakan bacaan ini untuk keselamatan..kebahagian..untuk suamiku dan seisi keluargaku...kerana tiada hadiah yang lebih berharga dari doa.. Moga ianya jadi bekalan hidup kami

Malam ini aku sememmangnya tak sabar untuk wish suamiku namun melihatkan suamiku yang sibuk dengan laptop dan melayan perasaan aku tak tahu cara bagaimana untuk mengucapkannya tambahan pulak aku betul-betul penat..aku tahu mood suamiku sekarang tak menentu sebagai orang yang dekat dengannya aku terasa sangat sunyi..namun semua itu ke pendamkan dalam hati..lalu letak kepala jer aku terus tertidur sehingga pagi...

pukul 630 baru aku tersedar dan aku terus mengucup pipi suamiku sampai mengucapkan selamat harijadi..aku buka FBnya dan terus ku postkan ucapan khas untuknya..biarpun aku adalah orang kedua yang wish namun aku tahu aku adalah orang pertama dalam hatinya...

Sesampainya kami di Opis kami sarapan bersama-sama...dalam hatiku macam-macam plan untk meraikan harijadi suamiku aku fikir malam ini aku akan sambut harijadinya diluar..kami akan makan sama-sama dengan ina kerana bagiku menyambut 3 orang rasanya kurang meriah...

Tengah hari ini aku plan nak balik tapi suamiku tak pasti lagi..lagipun hari ini hari jumaat suamiku perlu berjemaah di masjid menunaikan Solat Jumaat lalu kubatalkan hasrat itu..biarlah dia mengerjakan ibadah di hari yang Mulia ini tambahan lagi  hari ini adalah hari lahirnya..aku risau andai balik tengah hari kelam kabut sampai tak sempat suamiku ke masjid nanti...

Aku keluar dengan laura ke Kajang...namun aku rasa pelik kerana suamiku lansung tak hantar mesej mahupun menelifon aku.. tepat pukul 3 aku keluar ke kajang lagi kerana laura terlupa cop. Sepanjang jalan itu aku berkali-kali telifon dan mesej lan.. tak cukup telifon dia aku telifon kawan dan Office lan namun masih juga tiada yang angkat..lalu aku telifon kawanya ita, dan katanya mereka sedang Mesyuarat.. hati lega selega-leganya...betapa aku bimbangkan suamiku..aku terlalu menyanyanginya..mesej terakhirnya katanya akan ke Shah Alam...aku bimbangkan suamiku..aku tak sanggup sekiranya terjadi sesuatu ke atas suamiku...

Mulanya memang marah tetapi sebenarnya risau itu lebih mengatasi segalanya..aku tak marahkan suamiku..aku terlalu sayangkannya..mendengar dia sedang mesyuarat seolah memberi aku nyawa baru..Alhamdullillah suamiku berasa di Sekolah..tiada apa-apa yang berlaku terhadap suamiku...kerana dialah nadi hidupku dan aniq..

Tepat pukul 4.30 akau dan lora sampai kat ofis..aku sangat-sangat penat. Plan untuk buat OT hari ini aku batalkan..lalu aku tumpang laura balik rumah. Dalam kereta lan telifon dan menceritakan segala-galanya. Aku dah dapat agak sebenarnya namun sajer aku mengujinya dengan rajukku..sebenarnya tiada apa-apa..merajuk pun tidak marah jauh sekali..tiada apa yang penting melainkan suamiku masih berada dibawah perlindungan Allah S.W.T

Sesampainya aku dirumah ina mengadu padaku perutnya sakit.. Ya Allah dugaan apa pulak untuk adikku ini.. dari gambaran ceritanya aku agak rahimnya jatuh @ prolapse..aduhai adikku patutlah aku lihat 2-3 hari ini ina kurang bermaya...aku susah hati sangat tambahan pulak ina baru lepas operation..aku terus mesej kawan opis tipah..makcik yang kami pernah gi urut tu takde, tapi ada seorang lagi boleh cuma tak berapa kuat..padaku bolehlah utk sementara asalkan tiada apa jadi kat ina malam ni..nak jalan pun aku tengok susah.. sesampai jer lan kat rumah terus aku khabarkan kat dia malam tolong hantarkan ina ngurut kat banting..nak cerita lebih takut malu pulak ina..ini hal orang perempuan....lagilah ina malu kat lan nanti..lalu aku terlupa untuk bercerita..kerana dalam otakku aku ni macam-macam hal..

Esok aku kena kerja..malamnya pulak Majlis tahlil hari ke- 7 arwah Cu...takkan aku nak datang tangan kosong..masalah ina lagi...memikirkan rumah yang tak berkemas lagi..memikirkan penat badan lagi..sambutan harijadi lan lagi..aduhai semua menerpa aku tak tahu nak luah kat mana....

Aku masuk kebilik, lan sedang bermain komputer..aku masuk untuk ceritakan segalanya dan bergurau kunun-kunun merajuk dengannya..aku tahan gelak dalam hati tapi melihat raut wajah lan lain macam jer..aku bergurau tapi dia ambil serius dan langung tak bercakap-cakap denganku..Ya Allah langsung aku tak faham sikapnya... berapa lama hendak bersedih...malas nak berterusan aku mendiamkan diri..pukul 7.30 aku kejut lan untuk ke Banting..

Sesampainya di rumah Tukang urut itu, suamiku langsung tak masuk..dalam hatiku mungkin dia penat dan tidur dalam kereta. selesai adikku berurut kami pun pulang... Dalam perjalanan pulang aku mempelawa suamiku makan malam dikedai sahaja dan seterusnya meraikan harijadinya namun jawapan suamiku hanya sepatah dan terus mendiamkan diri..aku malas nak bercakap dengan lanjut bimbang adikku perasan kami 'dingin'...

 Sesampainya kami dirumah suami ku terus ke bilik..bermain komputer dan terus melelapkan diri..air kopi mahupun makanan didapur langsung tak dijamah..aku benar-benar buntu..apa salahku...mataku tak lena..aku menanti-nanti suamiku dapat berkata sesuatu namun masih dia diam membisu.. jam sudahpun pukul 3pagi..entah masa bila tika melayan perasaan aku pun terlena hingga pagi...

Sunday 13 May 2012

Al - Fatihah..buat cu suamiku...

13 Mei 2012


Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptaNya..begitu juga pakcu.. Mustapa Basha binti Besah..kebetulan cu suamiku ini adalah adik kepada kawan ayahku....
Selang sehari selepas kami melawatnya pada hari Jumaat 12 Mei 2012 kami menerima perkhabaran Cu dah tiada.. Al fatihah...Moga roh cu ditempatkan ditempat orang yang beriman..amin..

Memang pemergiannya memberi satu kehilangan buat suamiku tapi sebagai manusia kita harus redha sekurangya dia tak menanggung derita lagi..cukuplah 10 bulan yang lalu..

Kebetulan ketika itu kami di Serting, lalu aku tinggalkan aniq kat serting dan kami bergegas pulang kesana. Aku tak sempat menyambut hari ibu tapi sekurangya aku puas hati kerana aku telahpun sediakan kek khas untuk mak..walaupun kek itu orang lain yang beli tapi niatku khas untuk mak kerana aku sayang mak.!

Syukur kami sempat sampai ke Masjid Kampung Pandan dan jenazah dikebumikan selepas solat asar..

Al- fatihah semoga Allah ampunkan segala dosa cu dan tempatkan dia ditempat orang yang beriman..amin....


Wednesday 2 May 2012

Muktamad! aku let go kan steamer ironku...

Muktamad...

Akhirnya aku jual juga steamer ironku...menyesal jugak beli.. tapi sekurangya impian ku tercapai untuk pakai stand steamer iron... kalau nk ikut mudah mmg la tapi hasilnya tak seberapa... ahh ! malas dah nak pikir aku jual jer.. pembelinya orang raub... selamat tinggal steamer ironku... aku nak cari microwave lepas nie...



siap dah..tinggal nak seal jer

siap di balut..tinggal nak pos jer ke Raub Pahang...