Wednesday 29 December 2010

HuRt

Christina Aguilera

http://www.youtube.com/watch?v=ML_-d-UFOkg

Seems like it was yesterday when i saw your face
You told me how proud you were, but i walked away
If only i knew what i know today
Ooh ooh

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you’ve done
Forgive all your mistakes
There’s nothing i wouldn’t do
To hear your voice again
Sometimes i wanna call you
But i know you won’t be there

Ooh, i’m sorry for blaming you
For everything i just couldn’t do
And i’ve hurt myself by hurting you

Some days i feel broke inside, but i wouldn’t admit
Sometimes i just wanna hide, cuz it’s you i miss
And it’s so hard to say goodbye
When comes to this, ooh

Would you tell me i was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who i am?
There’s nothing i wouldn’t do
To have just one more chance
To look into your eyes
And see you are looking back

yeah

Ooh, i’m sorry for blaming you
For everything i just couldn’t do
And i’ve hurt myself
Oo-ooh
If i had just one more day
I would tell you how much that
I missed you since you went away
Oo-ooh

It’s dangerous
It’s so out of line
To try and turn back time

I’m sorry for blaming you
For everything i just couldn’t do
And i’ve hurt myself…
…by hurting you

” Khas untuk seorang insan yang terlalu dekat dimata dan dihati..tapi mengapa kita nampak begitu asing…ampunkan salah dan silap ti…”

Khas untuk tatapan setiap insan.. dan juga insan yang aku sayang….



1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.Jika anda melakukan suatu hubungan berdasarkan perasaan, hanya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke masa.


2. Sayangi dia apa adanya.

Di Dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia memang seorang yang istimewa dan biarkan dia kekal begitu. Jangan sekalipun berfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubahnya, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tidak ada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekalipun mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia.
Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia.
Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia pun telah cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya.
Sentiasa berprasangka baik padanya jika kita juga ingin dia berprasangka baik pada kita. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda ditempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya.
Kerana selamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. PERCINTAAN DAN KEPERCAYAAN
Bercinta dengannya sama saja seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia dengan tanpa alasan yang benar.
Dia bukan hanya akan sesaat menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda,
Memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahwa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sekuatnya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya dengan tulus dalam keadaan apapun.



Bookmark and Share
Julai 29th, 2009 at 12:28 am

Warkah buat anak


Lahirnya anak-anak dalam sebuah keluarga adalah merupakan hari yang paling bahagia untuk kedua-dua suami isteri. Mereka akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Mereka akan berkorban apa saja demi anak-anak.

Kepada anak-anak, percayalah bahawa kasih sayang yang bersemi dalam diri ibu dan ayah tidak sedikit pun luntur. Ayah dan ibumu ini sentiasa mengingati anak-anaknya dan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu walaupun berjauhan.

Cuba bayangkan semasa saat-saat manis kita meluangkan masa bersama, belajar, bermain, melancung, membeli-belah, berkelah, bergurau, gelak ketawa, dan gembira bersama. Itulah saat kebahagiaan yang ayah dan emakmu dapat rasakan dan masih segar dalam ingatan ayah dan emakmu ini.

Tetapi apa yang berlaku di tengah-tengah perjalanan ini adakalanya diluar kekuasaan kita. Perpisahan ini bukanlah kehendak ayah dan emakmu yang sebenar-benarnya, hanya Allah SWT yang lebih mengetahui. Janganlah jadikan kejauhan ini sebagai dendam yang membara dalam diri anak-anakku.


Kedua-dua orang tua kami

Janganlah kita menjadi hakim, dan janganlah pula kita menjadi pendakwa atau pembela. Tugas seorang anak hanyalah menghormati ayah dan emakmu sebagai seorang ayah, hormatilah tanggungjawab yang ayah dan emakmu cuba laksanakan, hormatilah kasih-sayang yang ayah dan emakmu ingin berkongsi dengan anak-anaknya.

Ingatlah anak-anakku, ibubapa akan merasa gembira apabila anak-anaknya gembira, ibubapa akan merasa bangga bila anak-anaknya berjaya, ibubapa akan menutup mata dengan aman apabila anak-anaknya mendoakannya. Tetapi ayah dan emak akan merasa sedih apabila anaknya bersedih, emak dan ayah akan merasa kecewa apabila anaknya gagal, seorang ayah akan merasa berdosa apabila anak-anaknya tidak mendoakannya.
Setiap racun ada penawarnya, setiap kesilapan ada puncanya, setiap dugaan akan ada kenikmatannya.

- Untuk tatapan kami dan anak-anakku..


 Kami juga kini bergelar ayah& ibu kepada anakku Aniq...

Buat semua insan bergelar ibubapa…

Kasih ibubapa sepanjang masa, walau jauh di mata tetapi dekat di hati. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga. Demikian besarnya pengorbanan ibu dan bapa.
Ti sayang mak dan ayah…

Kalimah Penuh Makna Dikala Suami Dirundung Duka



SEMUA manusia tidak dapat lari daripada masalah, apatah lagi buat lelaki yang bergelar suami yang menjadi ketua keluarga. Namun begitu, kaum adam ini tidak seperti wanita, mereka tidak betah meluahkan masalah yang dihadapinya dengan terus terang. Sebaliknya lebih rela menyimpan kesemuanya sendirian.


Bagi isteri pula, melihat suami berhadapan dengan masalah dan kekecewaan ada kalanya mereka kehilangan kata-kata. Tidak tahu kalimat apakah yang harus dikeluarkan untuk meredakan perasaan suami yang dirundung duka. Sedangkan ketika itulah kata-kata hikmat daripada isteri amat diperlukan.
Berikut adalah antara keadaan sukar yang mungkin dialami oleh suami anda. Dengan kalimat penuh kasih sayang yang keluar daripada mulut anda, setidak-tidaknya pasangan tidak akan terbeban dengan masalah yang membelenggu dirinya.


Suami kehilangan pekerjaan
Suami pulang dari pejabat dengan wajah muram dan kecewa. Rupa-rupanya dia baru saja kehilangan pekerjaan apabila namanya termasuk dalam senarai nama pekerja yang diberhentikan oleh syarikat. Suami kecewa kerana perkara ini seharusnya tidak berlaku, memandangkan anda baru saja menambah bilangan ahli keluarga.

Penyelesaian – Bagi seorang lelaki, pekerjaan merupakan pserkara utama dalam hidup mereka. Selain sebagai sumber kewangan untuk menyara keluarga, pekerjaan juga buat lelaki adalah simbol harga dirinya. Kehilangan pekerjaan Apatah lagi secara tiba-tiba pasti akan membuatkan seorang lelaki berasa takut tidak lagi dihormati oleh isteri, keluarga dan juga orang di sekelilingnya. Untuk membangkitkan kembali semangatnya, pilihlah kata-kata yang membuatkan dirinya berasa tidak terancam.

Katakan:
  1. “Saya akan sentiasa bersama abang.”
  2. “Abang, saya faham apa yang abang hadapi sekarang. Insya Allah, akan ada rezeki lain untuk kita.”
Kurang berjaya berbanding rakanSelepas bertemu dengan rakan-rakan lama dalam satu Majlis ‘reunion’ teman sekampus, suami asyik mengeluh. Setelah disiasat, rupanya suami terasa rendah diri kerana kurang berjaya berbanding rakan-rakan lain yang kini sudah memiliki kereta mewah dna juga rumah besar. Sementara dirinya pula hanya sekadar berkereta kecil dan rumah pula masih menyewa lagi.

Penyelesaiannya – Simbol sebuah kejayaan selalunya dilihat daripada jumlah harta dan juga kejayaan karier. Oleh itu ramai lelaki akan berasa tertekan malah tidak bererti jika apa yang dimilikinya lebih rendah jika dibandingkan dengan orang di persekitarannya.
Faktor lain yang menimbulkan rasa tertekan adalah keinginan untuk memberi yang terbaik untuk orang-orang yang dikasihi terutama keluarganya. Dalam keadaan ini, suami berasa tidak hebat seperti rakan-rakannya dalam membahagiakan keluarganya. Sebaiknya ketika ini, ucaplah kalimat yang menunjukkan betapa bahagianya anda bersamanya. Kata-kata ini akan membuatkan dirinya lebih bersyukur dengan apa yang ada di depan matanya.
Katakan:
  1. “Mungkin kawan-kawan abang kerjanya lebih hebat tapi kita tidak kekurangan apa-apapun.”
  2. “Saya tetap bangga dengan apa yang abang ada sekarang.”
Suami mengalami kerugian besar

Suami mengakui ditiup dan kerugian wang yang besar akibat terlalu percayakan seorang rakan. Wang yang dipinjamkan itu tidak dikembalikan pada tempoh yang ditetapkan setelah rakan yang dipercayai itu menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Lebih malang lagi, wang tersebut sebenarnya adalah wang simpanan untuk kegunaan pendidikan anak yang bakal memasuki kolej tidak lama lagi. Anda memang Tersangat kecewa dengan hal tersebut, namun pada masa yang sama tidak mahu hubungan menjadi keruh kerana perkara ini.


Penyelesaian

Biasanya lelaki lebih banyak menggunakan logik akal dalam membuat keputusan termasuklah dalam menentukan langkah hidup dan kariernya. Jadi boleh bayangkan betapa kecewanya suami jika ditiup sebegini, sedangkan dirinya sudah melakukan pertimbangan yang sewajarnya. Yang menbuatkan dirinya lebih kecewa adalah kerana diperlakukan sebegitu oleh rakannya sendiri.

Oleh sebab kerugian tersebut berpunca daripada dirinya, maka si dia akan berasa sangat bersalah, sekalipun anda tidak berkata sedemikian padanya. Kalimat yang mengatakan bahawa anda akan sama-sama menanggung masalah tersebut akan membuatkan suami berasa lebih
lega dan optimis untuk bangkit kembali.

Katakan:
  1. “Mari kita sama-sama cari jalan penyelesaiannya.”
  2. “Tak mengapa sayang, saya yakin kita akan dapat kumpul kembali wang itu.”
Suami disahkan tidak suburSetelah tida tahun berkahwin dan masih tidak dikurniakan cahaya mata, anda membuat pemeriksaan pakar. Setelah ujian dilakukan, doktor mengesahkan bahawa suami anda tidak subur dan berkemungkinan besar tidak dapat memebrikan anda zuriat.
Sejak perkara itu diketahui, suami mula menjauhkan diri daripada anda. Dia menolak langsung cadangan untuk menjalani rawatan kesuburan, agar anda dapat memb=perolehi cahaya mata.
Penyelesaian

Ketidakmampuan memberikan keturunan pastinya merupakan pukulan yang cukup besar bagi seorang lelaki. Mereka akan berasa hidup tidak bererti kerana tidak dapat membahagiakan pasangannya.
Rasa tertekannya semakin besar apabila keluarga pula sering melontarkan pertanyaan menjurus tentang anak seperti, “bila lagi nak timang anak” atau “siapa yang tidak subur antara kamu berdua” dan sebagainya.
Dalam keadaan sebegini, anda sebagai isteri sebaiknya cuba membuatkan dirinya brasa lebih berharga. Ucapkan kalimat yang menunjukkan anda menerima dirinya seadanya. Hindari daripada bertanya tentang apakah dia berasa sedih atau bertanya sesedih manakah dirinya. Tunda dulu perbincangan tentang kemungkinan mengambil anak angat atau rawatan kesuburan kerana kedua hal ini akan menbuatkan dirinya makin ‘down’.
Katakan:

1.  Pedulikan apa yang orang cakap.” 
2.  “Apapun keadaan abang, saya akan tetap bersama abang.”
 
Sertakan dengan tindakan

Mengucapkan kata-kata yang memberikan semangat buat suami untuk menghadapi masalahnya, sebenarnya masih belum cukup. Ia harus disertakan dengan tidakan yang konsisten dengan kata-kata semangat anda.
Sebagai contoh bila anda berkata,


“Abang, saya faham apa yang abang hadapi sekarang. Insya Allah, akan ada rezeki lain untuk kita”

setelah suami diberhentikan kerja, maka ia harus disertai dengan sikap berhemat dan tidak melakukan pembaziran. Sia-sia saja anda menyakinkan suami jika di saat suami kehilangan kerja dan keadaan kewangan keluarga mendesak, anda membuat pembaziran pula.
Sekiranya ini yang anda lakukan, maka suami akan sukar mempercayai kata-kata anda lagi. Selain kata-kata semangat, sentuhan juga mampu mengungkapkan perasaan cinta dan sokongan anda, terutama ketika suami tdak mampu berkata apa-apa lagi pada anda. Dalam keadaan ini, dakaplah dirinya dan biarkan hatinya tenang. Elakkan dari memaksa suami bercerita kerana ia akan membuatkan dirinya makin tertekanMengucapkan kata-kata yang memberikan semangat buat suami untuk menghadapi masalahnya, sebenarnya masih belum cukup. Ia harus disertakan dengan tidakan yang konsisten dengan kata-kata semangat anda.


Sebagai contoh bila anda berkata, “Abang, saya faham apa yang abang hadapi sekarang. Insya Allah, akan ada rezeki lain untuk kita” setelah suami diberhentikan kerja, maka ia harus disertai dengan sikap berhemat dan tidak melakukan pembaziran. Sia-sia saja anda menyakinkan suami jika di saat suami kehilangan kerja dan keadaan kewangan keluarga mendesak, anda membuat pembaziran pula.

Sekiranya ini yang anda lakukan, maka suami akan sukar mempercayai kata-kata anda lagi. Selain kata-kata semangat, sentuhan juga mampu mengungkapkan perasaan cinta dan sokongan anda, terutama ketika suami tdak mampu berkata apa-apa lagi pada anda. Dalam keadaan ini, dakaplah dirinya dan biarkan hatinya tenang. Elakkan dari memaksa suami bercerita kerana ia akan membuatkan dirinya makin tertekan.



Mei 4th, 2009 at 12:25 am

Jadilah isteri yang disenangi suami

Ahmad Baei Jaafar

Jadilah isteri yang disenangi suami

Hayat sesuatu perkahwinan umat Islam pada akhir-akhir ini tidak lama, paling lama boleh bertahan ialah selama lima tahun tetapi yang paling singkat ialah 7 hari. Ketidakserasian dikatakan punca berlakunya perpisahan mereka.
Persoalannya bagaimana perkahwinan itu boleh terjalin kalau tidak serasi. Adakah sebelum berkahwin mereka tidak melihat keserasian itu? Mengapa pula selepas berkahwin baru didapati hubungan mereka tidak serasi?

Barangkali benarlah kata orang tua-tua, “cinta itu buta”. Sewaktu bercinta mereka tidak nampak cacat celanya. Waktu bermadu kasih, semua yang buruk nampak cantik dan indah belaka. Jadi, keserasian tidak dapat dikesan kerana manusia dikatakan boleh berlakon melindungi watak sebenar.
Walau bagaimanapun hujah keserasian itu tidak begitu kuat untuk diterima kerana keserasian boleh datang selepas berkahwin.

Jadi, punca sebenarnya ialah pasangan itu tidak pandai membina keserasian. Suami dan isteri gagal memahami hak dan tanggungjawab masing-masing.
Dalam ruangan yang terbatas ini saya ingin membawa pembaca untuk menghayati sebuah hadis iaitu Nabi s.a.w. bersabda:

Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taatlah kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran. Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka.”


(Hadis riwayat Al-Imam Bazzar).

Menurut hadis di atas, dua perkara yang sering diabaikan oleh isteri ialah; mentaati suami dan mengakui hak suami. Lazimnya selepas pasangan pengantin diijabkabulkan mereka enjoy dengan kebebasan yang mereka peroleh. Mereka terlupa untuk mengenali secara lebih mendalam isi hati masing-masing atas alasan sudah kenal lama.

Sebenarnya alam perkenalan, bertunang dan alam rumah tangga tidak sama perjalanan hidupnya. Kalau sekiranya selepas berkahwin, gaya hidupnya sama seperti zaman perkenalan sudah tentu akan berlaku kompleks yang tidak kesudahan. Apa tidaknya, tanggungjawab tidak diberi perhatian, hak suami isteri tidak dijaga, dan pantang larang hidup berkeluarga sering dilanggar.

Pada waktu itu kesalahan suami isteri, boleh dimaafkan dengan cara baik kerana darah masih panas dan manis. Tetapi jika setelah tiga bulan kesalahan sama terus diulangi, tentu akan timbul rasa kurang senang hati pasangannya. Ketika itu akan berlakulah pertengkaran kecil.

Inilah realiti masyarakat kita pada hari ini, si isteri tidak tahu meletakkan ketaatan kepada suami kerana dia menganggap dirinya dengan suaminya sama sahaja. Suaminya tidak ada keistimewaan berbanding lelaki lain yang dia kenali.
Boleh jadi suami sejak berkahwin sehingga ke saat itu, tidak pernah menunjukkan kewibawaannya, ilmunya mungkin kurang, agamanya juga kurang, dan pendapatannya juga mungkin kurang daripada isterinya. Bagaimanakah dalam keadaan itu si isteri boleh menghormati suaminya?

Barangkali kalau suami pada hari perkahwinannya telah menunjukkan kewibawaannya sebagai pemimpin, pembimbing, pendidik, tegas, kasih sayang, dan amanah pasti isteri akan taat kepadanya. Biarpun suami tidak ada ilmu sehebat isteri, tetapi dengan kewibawaannya memimpin keluarga, cukup besar ertinya kepada si isteri. Isteri mamang mahu seorang lelaki yang boleh membela hidupnya hingga ke akhirat.

Walau bagaimanapun berdasarkan hadis di atas, isteri yang boleh taat suami dan menjaga hak suami walaupun suaminya tidak berwibawa, walaupun miskin, dan tidak cukup ilmu, wanita inilah yang akan berboleh pahala seperti berjihad di medan perang.

Menyentuh sikap isteri yang tidak mahu mengakui hak suami, ia berpunca daripada kegagalan suami mendidik isteri pada awal perkahwinan. Mungkin dia tidak tahu apakah hak suami yang perlu dijaga. Kalau tidak masakan isteri tidak boleh menghormati suami dan menjaga haknya.

Tanpa didikan itu, seorang isteri mungkin tidak membenarkan suaminya menyentuh tubuhnya selagi tidak diadakan majlis kenduri kahwin. Ada juga isteri yang tidak membenarkan tubuhnya disentuh suami kerana tidak sanggup mengandung dan masih tidak mahu anak. Malah ada juga isteri yang tidak mahu disentuh suami kerana masih terbayang bekas kekasihnya.

Biasanya dalam keadaan itu suami akan terus bersabar. Dia masih sayangkan isteri, apatah lagi telah mengeluarkan wang yang banyak untuk mengahwininya, sudah pasti dia cuba memaafkannya. Harapannya lambat laun isterinya akan insaf dan berubah. Tetapi berapa lama dia boleh bersabar?

Sebenarnya dalam Islam suami berhak terhadap tubuh isterinya. Isteri ibarat ladang yang boleh dibajak dan dituai, begitu juga sebaliknya. Tetapi apabila hak itu disekat dan tidak diiktiraf, akan musnahlah segala harapan dan perkahwinan itu hanya menunggu retak. Suami ketika itu tidak akan rasa sayang lagi akan wang pelaburannya dan akan bertindak menceraikan isterinya.

Jadi, isteri perlu pelihara dua perkara di atas untuk disenangi suami dan beroleh pahala yang besar.

Wallahu aklam.


Bookmark and Share  
April 29th, 2009 at 6:43 pm

Jika Engkau Pergi

Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta


Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan


Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu


Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata


Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama


Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah


- Imran Ajmain

April 16th, 2009 at 5:54 pm

Mutiara Hikmah

Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : Siapakah yang akan mengambil daripadaku beberapa perkataan lalu beramal dengannya atau memberitahu siapa yang akan mengamalkannya? Jawabku : Saya, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah SAW memegang tanganku dan mengira lima. Sabda baginda ;”Jauhkanlah larangan-larangan nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling beribadah; relalah dengan apa yang telah Allah SWT kurniakan kepadamu nescaya engkau akan menjadi manusia paling kaya; berbuat baiklah kepada jiran nescaya jadilah engkau orang mukmin sejati; Kasihilah orang lain sepertimana engkau mengasihi dirimu sendiri nescaya engkau menjadi sebenar-benar muslim dan janganlah engkau banyak ketawa kerana ia akan mematikan hati”. (Maksud hadis)

Daripada Abi Hurairah RA rasulullah SAW menyatakan mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dikasihi daripada mukmin yang lemah. Dan dalam semua kebaikan maka rebutlah perkara yang memberi faedah kepada dirimu. Dan mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan kamu bersifat lemah. Dan apabila kamu ditimpa bencana jangan kamu mengatakan kalaulah aku berbuat begini tentu akan jadi begini. Bahkan hendaklah kamu berkata bahawa ini adalah suatu ketentuan Allah dan berlaku dengan kehendakNya. Sesungguhnya perkataan ‘kalau’ ini membuka pintu perbuatan syaitan.” (Maksud Hadis).

Mencari kekayaan dan kesenangan dunia tanpa dibatasi dengan keimanan dan kemuliaan akhlak akan menjejaskan ketenteraman, mencalar keadilan dan menghakis kemanusiaan. (al-Iman wa al-Hayah - Syeikh Yusuf al-Qaradhawy).

Orang yang dilanda keluh kesah, kesempitan dada, kosong jiwa, resah dan kesepian hanyalah orang yang tidak memperoleh nikmat iman dan keyakinan.(al-Iman wa al-Hayah - Syeikh Yusuf al Qaradhawy).

“Keimanan berperanan besar dalam membatasi jiwa menusia yang sarat dengan sifat loba, tidak cukup dengan yang sedikit, tidak puas dengan yang banyak dan tidak memadai dengan yang halal.”./al-Iman wa al-Hayah - Syeikh Yusuf al-Qaradhawy).

Ilmu adalah panduan, harta adalah alat. Kedua-duanya adalah untuk menegakkan kebenaran, bukan untuk mencari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan kesombongan dan kebanggaan. (Kata-kata Hukama’).

Jika hati tercemar dengan keburukan dunia, akibatnya terhalanglah ukhuwah yang ikhlas, lantaran hati yang tandus dan malas memikirkan kebenaran. Akhirnya hilang segala nikmat yang Allah SWT berikan, tiada rasa lazat keimanan dan yang tinggal hanyalah tekanan. Insaflah wahai saudaraku, jika kita terlanjur jalan, usah malu mohon keampunan, malah bersegeralah untuk dibimbing kembali kepangkal jalan. Semoga Allah SWT beri keampunan dan kerahmatan .(Kata-kata Hukama’)

Kenapa ada benci pada sesuatu yang tidak sepatutnya kita membenci. Kenapa kedekut kasih sayang pada orang yang sepatutnya kita memberi? Kenapa bakhil kemaafan pada orang yang menyakiti? Kenapa tiada ukhuwwah, padahal insan lebih mulia daripada haiwan. (Kata-kata Hukama’)

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil.” (Mafhum Surah AI-Ma’arij :19-21).

Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (Mafhum Surah al-Saf :3)

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan perkataan yang menyakitkan (Mafhum Surah AI-Baqarah: 263).

Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau sebesar zarah sekalipun. (Hadis riwayat Muslim).

Allah  SWT  tidak melihat kepada fizikal atau rupa paras kamu. Sesungguhnya Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kamu.(Hadis riwayat Muslim).

Siapa yang akan diberikan kebaikan (nikmat) oleh Allah diberikannya penderitaan(lebih dahulu). (Hadis riwayat Bukhari).

Sesiapa yang bertengkar dalam sesuatu pergaduhan tanpa usul periksa nescaya ia akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga ia mati. (Hadis riwayai Abu Dunya).

Manusia lumrah melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat. (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tarmizi).

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya. (Khalifah Umar al-Khattab).

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri clan mengucapkan kata-kata yang lemah-lembut. (Khalifah Umar al-Khattab).

Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya. (Khalifah Ali bin Abi Talib).

Aku dapati bahawa manusia yang paling lama mengalami kesusahan ialah pendengki, yang paling tenang hidupnya adalah orang yang qana’ah (iaitu memada dengan yang ada), yang paling rendah kehidupannya ialah mereka yang menolak dunia, dan yang paling besar penyesalannya ialah orang yang berilmu tetapi melampaui batas.(Kata-kata Hukama’).

Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah apabila berkata-kata lebih disukainya daripada mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi. (Yazid bin Abi Habib).

Siapa yang berasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, bererti ia telah mengizinkan syaitan untuk masuk ke dalam perutnya. (Ahmad Athaillah).

Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah SWT dan jika menerima bala harus sabar dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayat daripada Allah manakala bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus beristighfar. (Abu al-Abbas AIMasri).

Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu bersifat pemaaf, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman. (Abul Qasim Al-Junaid).

Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (malaslah) anggota tubuh daripada beribadah. (Ahli Hikma.)

Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan melihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya memantulkan kata hati yang sesungguhnya. (Ahli Hikmah).

Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang tidak lekas marah, yang pemalu, yang merasa cukup (qana’ah), yang menjaga diri daripada meminta-minta dan menjadi bapa kepada keluarga yang bertaqwa. Allah SWT marah pada orang yang keji perbuatannya, buruk lidahnya, suka meminta-minta, yang memaksa dan yang kurang cerdik. (ahli Hikmah).

Sebuah musibah akan terasa menjadi kenikmatan jika kita berjaya menghadapinya dengan rasa syukur, sabar dan bertawakal serta merenungi hikmah dari setiap kejadian. (Kata-kata Hukama’).

Rasulullah SAW pernah bersabda : Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika. (al-Hadis).

Kunci kebahagiaan seorang hamba adalah jika apabila dia mampu bersyukur atas kurniaanNya, bersabar atas cobaan-Nya dan bertaubat atas dosanya. (Kata-kata Hukama’)

Jadikanlah masalah itu sebagai ianda cinta ALLAH SWT pada kita bukan sebagai bebanan.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).

Kata-kata yang lemah lembut dan beradab dapai melembutkan hati dan manusia yang keras. ((Hamka/.

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, berfambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya. ( Hamka ).

Pergaulan mempengaruhi didikan minda. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah anda hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia agar dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. (Imam AlGhazali).

Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan orang itu. (Hamka).

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka).

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).

Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. ( Hamka).

Adil dalam budi pekerti ialah mengamalkan iffah (lembut hati). Adil menghadapi Iawan adalah bersifat dengan sifat syaja’ah (berani). Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan sifat bertangguh dan lalai. Adil di dalam masyarakat ialah menenggelamkan kepentingan diri sendiri demi kepentingan masyarakat keseluruhannya ( Hamka ).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.llmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.llmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa. Agama ticlak menyuruh,kalau suruhan ticlak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).

Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka).

Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela. Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur. ( Hamka ).

Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia namun kepercayaan tentang adanya ALLAH itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).

Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana susunan batu-bata sebuah bangunan, yang satu menguatkan yang lain. (maksud hadis ).

Apabila sempuran akal, maka akan berkuranglah perkataan. (Saidina Ali Abi Talib).

Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan ticlak mengerjakan amal soleh. (ulama).

Sifat pemarah adalah musuh utama akal rasional. (Saidina Ali Abi Talib ).

Sedalam mana pun ilmu seseorang itu, tidak mungkin memberi manfaat kepada dirinya selagi ilmunya tidak dipandu oleh akal. (Lukmanul Hakim).

Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).

Salah satu tugas agama ialah memelihara akal. Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu pengetahuan, melatih diri berfikir dan merenungkannya. (Hamka).

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam AI-Ghazali ).

Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).

Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).

Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka don mempelajarinya. (Kata-kata Hukama’)

Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain. (Kata-kata Hukama’)

Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka. (Kata-kata Hukama’)

Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa. (Katakata Hukama’)

Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang. Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang. (Kata- kata Hukama’)

Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian. (Kata-kata Hukama’).

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu. (Kata-kata hukama’).
April 8th, 2009 at 11:48 pm

Friday 24 December 2010

Andai Maut Datang Menjemput...

Andai maut datang menjemput
Cukupkah bekalan ku disana nanti
Sedangkan kurasa suku pun tak sampai
Ntah ada ntahkan tiada..

Andai maut datang menjemput
Bersediakah aku untuk meniti
Sedang peganganku masih goyah
masihku terbuai keindahan dunia
Iman ku tidak sekuat mana

Andai maut datang menjemput
Cukup sudahkah amalanku
Untuk dihitung disana nanti
Untuk menentu ke syurga atau neraka kunanti

Andai maut datang menjemput
Sempatkah ku mohon kemaafan
Pada insan-insan yang ku sakiti
Dalam sedar dalam tak sedar
Sedangkan ucapan maaf masih tak terucap dibibir

Andai maut datang menjemput
Cukup kuatkah mereka mengiringi pemergianku nanti
Redha atau tidak
Ku mohon Cuma hadiahkanlah
doa dan Alfatihah
untuk peneman dan pemudah..

Ketika mautku sedang menjemput
Ku mohon ampunilah segala kesalahanku
Halalkanlah segala makan minumku
Ajarilah aku mengingati Tuhan dan Rasulku
Mandikahlah aku..
solatkan aku
Dan Talkinkan aku…

Ku tahu ku yakin
Mati itu pasti…
 
 
April 1st, 2009 at 11:41 pm

Maaf...Kerna Aku Pernah Membencimu..

Teman
Maafkan aku untuk pengalaman ini
Sungguh bukan niat melukakan hatimu
Juga bukan niat untuk memalingkan wajahku darimu
Maafkan aku…
 
Teman,
Tahukah kamu bahawa benteng hatiku telah hancur?
Aku sedar bukanlah kamu yang meluluhkannya
Hanya saja….
Sudahlah, aku  tidak mahu mengungkitnya lagi…!!

Yang penting
Kini aku sedang berjuang untuk membangun kembali benteng itu!
Lebih kukuh dan lebih kuat tentunya..

Teman,
Percayalah
Sungguh bukan harapanku untuk menghapus namamu dalam hatiku…
Aku sendiri tak tahu bila waktu namamu telah terhapus!
Mungkin,
Namamu ikut hilang sewaktu benteng hatiku hancur dulu…

Teman,
Tahukah kamu bahwa aku perlu perjuangan yang sangat berat untuk membangun kembali tembok-tembok yang mengelilingi sakitnya hatiku…?!
Tahap demi tahap kuselesaikan dengan berjuta air mata..
Aku bersyukur kerna Tuhan selalu menyediakan semua yang aku perlukan untuk menyelesaikan pekerjaanku…
Hanya saja,
Kini aku menghadapi tahap tersulit dalam menyelesaikan benteng itu
Tahap dimana aku harus mengukir kembali namamu…

Teman,
Lama aku berpikir
Haruskah aku mengukir namamu lagi bila bentengku telah sempurna…
Hngga akhirnya aku memutuskan untuk terus bertanya padamu…
Mahukah engkau menolongku untuk mengukirkan lagi namamu dalam hatiku?
Ukiran yang indah dalam relung persahabatan denganku…

Teman,
Sungguh, aku tak mampu terlalu lama menyimpan dendam dan amarah dalam hatiku…
Maafkan aku … kerna aku pernah membencimu…

Teman,
Aku mengasihimu
dan aku berdoa kiranya Tuhan memberkatimu…

Mac 30th, 2009 at 12:46 am

Jalan Yang Kupilih

Jalan itu telah ku pilih
Dan ku jumpai kamu di dalamnya

Hitam memang hitam
Tapi putih tetap terjaga

Aku terbawa masuk dalam padang rasamu
Dalam suka ataupun duka
Kan ku cuba untuk selalu di dekatmu
Namun dalam karam kau menghilang

Lewat rasamu..
Tataplah aku!
Safana jiwaku berumput resah
Bayunya berhembus rindu
Lautan rasa bergemuruh
Hingga dada ini terasa sesak

Lelakiku,
Perih yang kau rasa juga milikku
Lalu mengapa kau jalani liku penuh luka itu bersendirian..
Tanpa berbahagi denganku

Kau telah pergi jauh
Katamu,
Itulah yang terbaik untuk kita..
Terutamanya untukku

Tapi tidak,
Kaulah sebahagian hidupku
Selalu bersamamu adalah hasrat terindah yang kan ku buat nyata

Lalu,
Kenapa kita tak bertukar rasa?
Agar kita kan lebih saling memahami
Hingga lara dan ceria kan terbahagi sempurna.

sumber: http://www.kemudian.com/users/bahasaperempuan/

Mac 29th, 2009 at 9:27 pm

Doa Dari Al-Quranul Kareem..



Assalamu’alaikum wa rahmatullah
Didoakan sekalian pembaca dalam sihat sejahtera serta dalam ketenangan menguruskan kehidupan.
Sesungguhnya, dalam pada kita sibuk dengan kerja harian, tidak lupa untuk saya mengingatkan diri saya untuk berdoa bagi memperoleh keikhlasan niat dan memohon keredhaan Allah dalam kerja harian.
Moga bermanfaat!
Doa Mohon Kesejahteraan Dunia Akhirat
Al Baqarah : 201 : Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.
Al A’raf :156 : Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan didunia ini dan diakhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau.
Doa Mohon Ketabahan Hati/Iman Terhadap Diri Sendiri dan Orang Tidak Beriman
Al Baqarah : 250 : Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.
Ali Imran : 147 : Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap kamu yang kafir.
Doa Mohon Keringanan Beban dan Ampunan
Al Baqarah : 286 : Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya, Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami menanggungnya. Beri kami, ampuni kami dan rahmatilah kami, Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.

Doa Mohon Terhindar dari Kesesatan
Ali Imran : 8 : Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberikan petunjuk kepada kami, dan limpahkanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah pemberi (anugerah).

Doa Mohon Ampun & Rahmat, dll.

Ali Imran : 16 : Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka.
Al A’raf : 155 : Ya Tuhanku, ampunilah saya dan saudara saya dan masukkanlah kami kedalam rahmat Engkau, sebab Engkau adalah yang paling Maha Penyayang. Engkaulah yang memimpin kami, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat, kerana Engkau adalah Pemberi ampun yang sebaik-baiknya.
Al Mukminun : 109 : Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat yang paling baik.
Al Mukminun : 118 : Ya Tuhanku berilah ampunan dan rahmat, kerana Engkau adalah Pemberi rahmat yang paling baik.
Al A’raf : 23 : Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami an meberi rahmat kepada kami, pastilah kami menjadi orang yang merugi.
Al A’raf : 143 : Maha suci Engkau, aku bertaubat dan aku orang yang pertama beriman.
Hud : 47 : Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari permohonan yang aku tiada ketahui (hakikatnya). Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan menjadi orang yang merugi.
Ibrahim : 41: Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya perhitungan (hari kiamat).
At Tahrim : 8 : Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Nuh : 28 : Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapaku, dan orang yang masuk kerumahku dengan beriman serta semua orang beriman lelaki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu melainkan kebinasaan.
Al Baqarah : 32 : Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Doa Mohon Keturunan, Anak/Isteri/Suami Yang Sihat/Soleh, Bahagia dan Jodoh
Ali Imron :38 : Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar kan doa.
Al A’raf : 189 : Sungguh, jikalau Engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur.
Al Anbiya : 89 : Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling baik.
Al Furqan : 74 : Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang taqwa.
Ash Shafaat : 100 : Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang tergolong soleh.
Doa Mohon Dimasukkan Golongan Orang Beriman
Ali Imran : 53 : Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti Rasul, karena itu masukkanlah kami kedalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah).
Al Maidah : 83 : Ya Tuhan kami, kami telah beriman maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan Nabi Muhammad SAW).
Doa Mohon Bebas Seksa Api Neraka/Kehinaan, Mohon Ampun dan Husnul Khatimah
Ali Imran : 191-194 : Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan (alam) ini sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. Ya Tuhan kami, sesungguhnya barang siapa yang Engkau masukkan kedalam neraka, sungguh telah Engkau hinakan dia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolongpun. Ya Tuhan kami, kami telah mendengar penyeru yang mengajak : Berimanlah kalian kepada Tuhanmu. Maka kami telah beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan wafatkanlah kami bersam orang-orang yang abror (banyak berbakti). Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau jajnikan kepada kami dengan perantaraan Rasul-Rasul Engkau dan janganlah Engkau hinakan kami dihari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak pernah menyalahi janji.
Al Furqan : 65 : Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab jahanam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal.
Doa Mohon Perlindungan dari Orang Zalim dan Mohon Pemimpin Yang Adil
An Nisa : 75 : Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri yang dholim penduduknya ini, dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau dan berilah kami penolong dari sisi Engkau.
Yunus : 85-86 : Kepada Allahlah kami bertawakal, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau dari (tipu daya) orang-orang kafir.
Al Mumtahanah : 4-5 : Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi orang-orang kafir dan ampunilah kami ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Al Qasas : 21 : Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang zalim itu.
Doa Mohon Tidak Termasuk Orang Zalim
Al A’raf : 47 : Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama orang-orang yang zalim.
Al Mukminun : 93-94: Ya tuhanku, jika Engkau sungguh-sungguh hendak memperlihatkan kepadaku azab yang diancamkan kepada mereka, Ya Tuhanku maka janganlah Engkau jadikan aku berada diantara orang-orang yang zalim.
Doa Minta Husnul Khatimah
Al A’raf : 126 : Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (Islam).
Yusuf : 101 : Engkaulah pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh.
Doa Mohon Kelapangan Dada
Taha : 25-28 : Ya Tuhanku, lapangkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan lidahku agar mereka mengerti perkataanku.
Taha : 33-35 : Agar kami dapat bertasbih kepada Engkau, dan banyak mengingat Engkau, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mengetahui (keadaan kami).
Doa Mohon Tambah Ilmu
Taha : 114 : Ya Tuhan kami, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.
Asy Syu’ara : 83 : Ya Tuhan kami, berilah aku ilmu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh.
Doa Dihindar dari Menjadi Golongan Jahil
Al Baqarah ayat 2: Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan Yang jahil (yang melakukan sesuatu Yang tidak patut)”. (2:67)
Doa Mohon Disembuhkan Dari Penyakit
Al Anbiya : 83 : (Ya Tuhanku), aku ini tengah ditimpa malapetaka (penyakit) dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang diantara semua penyayang.

Doa Penyesalan
Al Anbiya : 87 : Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.

Doa Mahu Naik Kendaraan

Hud : 41 : Dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Penyayang.
Az Zukhruf : 13-14 : Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.

Doa Minta Dipertemukan Dengan Yang Dinanti
Yusuf : 83 : Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semuanya kepadaku, sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Doa Mohon Keamanan Negara Dan Dijauhkan Dari Syirik
Ibrahim : 35 : Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku dari pada menyembah berhala.
Al Baqarah : 126 : Ya tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman kepada Allah dan hari kemudian.
Doa Mohon Rezeki
Ibrahim : 37 : Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan keluargaku dilembah yang tidak ada tanaman apapun didekat rumah Engkau yang dimuliakan. Ya Tuhan kami, agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati-hati manusia tertarik kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.
Al Qasas : 24 : Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memerlukan sesuatu kebaikan (rezeki) yang Engkau turunkan kepadaku.
Doa Mohon Ditetapkan Dalam Ibadah
Ibrahim : 40 : Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang selalu mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
Doa Mohon Rahmat Bagi Orang Tua
Al Isra’ : 24 : Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya, sebagaimana mereka telah mendidik aku waktu kecil.
Doa Mohon Tempat Yang Baik
Al Isra’ : 80 : Ya Tuhanku, masukkanlah aku pada tempat masuk yang benar (baik) dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dab berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuatan yang menolong.
Al Mukminun : 29 : Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik yang memberi tempat.
Doa Mohon Kemenangan
Al Anbiya’ : 112 : (Muhammad) berkata: “Ya Tuhanku, berilah keputusan dengan adil [976]. Dan Tuhan kami ialah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Yang dimohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu katakan”.
Al A’raf : 89 : Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.
Asy Syuara : 117-118 : Nuh berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah mendustakan aku; maka itu adakanlah suatu keputusan antaraku dan antara mereka, dan selamatkanlah aku dan orang-orang yang mukmin besertaku.
Az Zumar : 46 : Katakanlah: “Wahai Allah, Pencipta langit dan bumi, Yang mengetahui barang ghaib dan yang nyata, Engkaulah Yang memutuskan antara hamba-hamba-Mu tentang apa yang selalu mereka memperselisihkannya.
Doa Mohon Perlindungan Dari Godaan Syaitan
Al Mukminun : 97-98 : Dan katakanlah: “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku.”
Doa Mohon Nama Baik Setelah Meninggal dan Pewarisnya
Asy Syuara : 83, 84, 85, 87, 88 : (Ibrahim berdo’a): “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh, dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai surga yang penuh kenikmatan, dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan, (iaitu) di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna.
Doa Syukur
An Naml : 19 : Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.
Al Ahqaf : 15 : Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni’mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.
Doa Minta Pertolongan - Doa Nabi Nuh dan Lut
Al Mukminun : 26 : Nuh berdo’a: “Ya Tuhanku, tolonglah aku, sebab mereka mendustakan aku.”
Al Ankabut : 30 : Lut berdo’a: “Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat kerosakan itu”.
Mendoakan Orang Mukmin
Al Mukminun : 7-9 : (Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): “Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala, Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga ‘adni yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapak-bapak mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar”.
Al Hasyir : 10 : Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.
Doa Mohon Dibersihkan Dari Orang-Orang Kafir
Nuh : 27 : Nuh berkata: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorangpun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi. Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat maksiat lagi sangat kafir.
Doa Mohon Diterima Amal Baik
Al Baqarah : 127 : Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
Doa Minta Diterima Segala Doa
Maryam : 48 : dan aku (Ibrahim) akan berdo’a kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdo’a kepada Tuhanku”.
Doa Minta Petunjuk
Al Qasas : 22 : Dan tatkala ia menghadap kejurusan negeri Madyan ia (Musa) berdo’a (lagi): “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan yang benar”.
Al Kahfi : 10 : Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).
Al Kahfi : 24 : Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini.
Doa Ketika Bertemu Musuh dalam Peperangan
Al Baqarah : 250 : Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.
Doa Nabi Musa Ketika Melihat Kelalaian Manusia
Al A’raf ayat 155-156: Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah Kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi ampun. “Dan Tetapkanlah untuk Kami kebaikan Dalam dunia ini dan juga di akhirat, Sesungguhnya Kami kembali (bertaubat) kepadamu”
Doa Memohon ampun dan pengasihan Allah untuk diri sendiri dan saudara (Doa Nabi Musa a.s. Bersama Nabi Harun)
Al A’raf ayat 151: Nabi Musa berdoa Dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah Kami ke Dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari Segala Yang lain Mengasihani”. (7:151)
Doa atas Kesabaran dan Kematian dalam Islam
Al A’raf ayat 126: “Wahai Tuhan kami, Limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah Kami Dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”. (7:126)
Doa Nabi Syuaib, Ditentukan Keadilan dan Kebenaran Sebaiknya
Al A’raf ayat 89: Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara Kami dan kaum Kami Dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik hakim”. (7: 89)
Doa Pembuka Majlis dan Pujian
Al A’raf ayat 43: Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin Kami (dengan taufiqNya)
Doa Hadapi Stress
Ali ‘Imran ayat 173: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)”. (3: 173) - Hasbunallahu wa ni’mal wakil.
Menurut Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa di atas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh Nabi Ibrahin a.s. sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika golongan kafir menakut-nakutkan Nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang
Mac 26th, 2009 at 7:53 pm