Showing posts with label Puitis. Show all posts
Showing posts with label Puitis. Show all posts

Wednesday, 27 June 2018

Pelengkap Hidupku:: Eren & Romi..

Tetiba jatuh cinta dengan bait lirik lagu ni.. mula-mula dengar macam biasa je tapi sekarang macam terkesan sangat kat hati..

Janji dan kenangan.. moga satu masa nanti Allah ubati segalanya...



Moga Allah sentiasa mendengar doaku untukmu...





Wednesday, 14 March 2018

Pertemuan

Tidak pernah dirancang 

Semuanya  diatur kemas oleh yang di atas…

Yang Maha Mengetahui suara-suara hati nurani,

Yang Maha Berkuasa membolak balikkan hati insani,

 naluri yang mengimpikan teman pendamping di sisi…

Walaupun bukan aku yang kau harapkan 

Namun akulah yang hadir dalam hidupmu

 Mungkin kehadiranku tidak pernah kau nanti

Namun tidak pernah ku kecewa 

Apatah lagi kesal di hati ini

 Malah aku amat mensyukuri pertemuan ini

 Kerana dengannya

Terjalin ikatan antara dua hati

Perpisahan

Ternyata amat menyakitkan

Sering kali mengundang air mata

Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama

Bagaikan disentap pergi serta-merta

Walaupun begitu

Ingatlah…

Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah

Terimalah dengan penuh redha…

Sekiranya ingatanmu singgah padaku

Kirimlah sepotong doa tika itu

 Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini 

Andai bukan di dunia fana ini

Biarlah di Jannatul Firdausi

 yang kekal abadi…


Sumber : https://sueciadlishah.wordpress.com/tag/takdir-pertemuan-dan-perpisahan/

Thursday, 17 July 2014

Ramadhan 1435

Salam Ramadhan 1435..

Buat tatapan ibu ayahku.. suamiku...anak-anakku dan seisi keluargaku...

Andai ini ramadhan terakhirku...
daku memohon sepuluh jari 
memohon ampun dan maaf 
andai tidak berkesempatan merayakan aidilfitri
disisi kalian lagi..

Daku memohon maaf
atas segala salah dan silap
atas segala kata-kata yang menyinggung hati dan perasaan
atas segala perbuatan yang buruk dimatamu
halalkan lah segala makan minumku selama ini
halalkanlah andai terambil hak yang bukan milikku
dan maafkan
segala rahsia yang kubawa pergi...
namun ketahuilah
kamu sentiasa dihati..

Ayah..
Suaramu yang pertama ku dengar didunia ini
iqamatmu..doamu.. mengiringku kedunia ini
tak pernah kulupa perit getirmu membesarkanku
tak terbalas budi baikmu
tak terbayar pengorbananmu

Emak
Kerna kasihmu aku didunia ini
kasihmu yang terlalu tulus
mak...tak terbayang saat kau berjuang melahirkanku
terima kasih mak..pengorbanan mak tak terbalas olehku
Iringlah daku dengan doa-doamu
kini aku jua berjuang antara hidup matiku

Suamiku
Syurgaku ditelapak kakimu
aku yang kau ambil hak dari keluargaku dengan ijab dan qabul
redhalah daku seperti mana  saat kau redha menerimaku sebagai isterimu..
ampunkanlah isterimu ini
andai tidak dapat lagi bersamamu
menemani hari tua mu
seperti mana yang pernah kita impikan bersama

Anak-anakku
Maafkanlah ibu...
andai tangan ini tak mampu mengusap rambutmu
andai bibir ini tak mampu mengucup dan mendoakan kamu
kamulah harta ibu
janganlah kamu lupa ibu dalam doamu

Saudara-saudaraku
tak pernah ku lupa saat kita berlari..
mengejar saat indah ketika kecil bersama
tika susah..tika senang
tika lapar
saat dewasa menginjak datang
kita masing-masing mengejar waktu mencari sesuap nasi untuk keluarga
namun kalian sentiasa dihati
maaf andai terlupa merisik berita
biarpun dalam hati kalian sentiasa bertahkta

maafkan daku andai sampai disini kita bersama...

ingatilah daku dalam doamu....


Monday, 27 June 2011

Tangisan seorang ISTERI...insan yang menemani hidupmu SUAMIku....



Untuk si suami, dari satu sudut yang sangat jauh di dalam lubuk hati si isteri...

Jika isteri menangis di hadapanmu…. 
hargai lah ia sblm terlewat…
Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
 
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, 
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, 
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
 
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya..
 
Wahai suami, jika seorang istri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terperuk terlalu dalam …
 
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? 
 
Di balik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHAN’nya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN..
 
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal.…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…




Wednesday, 8 June 2011

Andai dirimu tahu...lelakiku...

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah juga seorang perempuan yang bekerja, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.

Friday, 24 December 2010

Andai Maut Datang Menjemput...

Andai maut datang menjemput
Cukupkah bekalan ku disana nanti
Sedangkan kurasa suku pun tak sampai
Ntah ada ntahkan tiada..

Andai maut datang menjemput
Bersediakah aku untuk meniti
Sedang peganganku masih goyah
masihku terbuai keindahan dunia
Iman ku tidak sekuat mana

Andai maut datang menjemput
Cukup sudahkah amalanku
Untuk dihitung disana nanti
Untuk menentu ke syurga atau neraka kunanti

Andai maut datang menjemput
Sempatkah ku mohon kemaafan
Pada insan-insan yang ku sakiti
Dalam sedar dalam tak sedar
Sedangkan ucapan maaf masih tak terucap dibibir

Andai maut datang menjemput
Cukup kuatkah mereka mengiringi pemergianku nanti
Redha atau tidak
Ku mohon Cuma hadiahkanlah
doa dan Alfatihah
untuk peneman dan pemudah..

Ketika mautku sedang menjemput
Ku mohon ampunilah segala kesalahanku
Halalkanlah segala makan minumku
Ajarilah aku mengingati Tuhan dan Rasulku
Mandikahlah aku..
solatkan aku
Dan Talkinkan aku…

Ku tahu ku yakin
Mati itu pasti…
 
 
April 1st, 2009 at 11:41 pm

Maaf...Kerna Aku Pernah Membencimu..

Teman
Maafkan aku untuk pengalaman ini
Sungguh bukan niat melukakan hatimu
Juga bukan niat untuk memalingkan wajahku darimu
Maafkan aku…
 
Teman,
Tahukah kamu bahawa benteng hatiku telah hancur?
Aku sedar bukanlah kamu yang meluluhkannya
Hanya saja….
Sudahlah, aku  tidak mahu mengungkitnya lagi…!!

Yang penting
Kini aku sedang berjuang untuk membangun kembali benteng itu!
Lebih kukuh dan lebih kuat tentunya..

Teman,
Percayalah
Sungguh bukan harapanku untuk menghapus namamu dalam hatiku…
Aku sendiri tak tahu bila waktu namamu telah terhapus!
Mungkin,
Namamu ikut hilang sewaktu benteng hatiku hancur dulu…

Teman,
Tahukah kamu bahwa aku perlu perjuangan yang sangat berat untuk membangun kembali tembok-tembok yang mengelilingi sakitnya hatiku…?!
Tahap demi tahap kuselesaikan dengan berjuta air mata..
Aku bersyukur kerna Tuhan selalu menyediakan semua yang aku perlukan untuk menyelesaikan pekerjaanku…
Hanya saja,
Kini aku menghadapi tahap tersulit dalam menyelesaikan benteng itu
Tahap dimana aku harus mengukir kembali namamu…

Teman,
Lama aku berpikir
Haruskah aku mengukir namamu lagi bila bentengku telah sempurna…
Hngga akhirnya aku memutuskan untuk terus bertanya padamu…
Mahukah engkau menolongku untuk mengukirkan lagi namamu dalam hatiku?
Ukiran yang indah dalam relung persahabatan denganku…

Teman,
Sungguh, aku tak mampu terlalu lama menyimpan dendam dan amarah dalam hatiku…
Maafkan aku … kerna aku pernah membencimu…

Teman,
Aku mengasihimu
dan aku berdoa kiranya Tuhan memberkatimu…

Mac 30th, 2009 at 12:46 am

Jalan Yang Kupilih

Jalan itu telah ku pilih
Dan ku jumpai kamu di dalamnya

Hitam memang hitam
Tapi putih tetap terjaga

Aku terbawa masuk dalam padang rasamu
Dalam suka ataupun duka
Kan ku cuba untuk selalu di dekatmu
Namun dalam karam kau menghilang

Lewat rasamu..
Tataplah aku!
Safana jiwaku berumput resah
Bayunya berhembus rindu
Lautan rasa bergemuruh
Hingga dada ini terasa sesak

Lelakiku,
Perih yang kau rasa juga milikku
Lalu mengapa kau jalani liku penuh luka itu bersendirian..
Tanpa berbahagi denganku

Kau telah pergi jauh
Katamu,
Itulah yang terbaik untuk kita..
Terutamanya untukku

Tapi tidak,
Kaulah sebahagian hidupku
Selalu bersamamu adalah hasrat terindah yang kan ku buat nyata

Lalu,
Kenapa kita tak bertukar rasa?
Agar kita kan lebih saling memahami
Hingga lara dan ceria kan terbahagi sempurna.

sumber: http://www.kemudian.com/users/bahasaperempuan/

Mac 29th, 2009 at 9:27 pm

Dari Masa Silam.....

Redupnya mentari di ufuk sana
Larutkan aku dalam pusaran kepedihan
Semua anganku mengalir terbawa dalam  senja
Seiring derasnya aliran tasik itu
Tempat di mana aku selalu berdiri
Untuk waktu yang lama, sangat lama

Langit perlahan berubah jadi kelabu
Hanyutkan aku pada gelombang masa lalu
Aku tak kuasa menahan semuanya
Seperti bebatuan yang tak berdaya menentang arus  itu
Tempat di mana aku selalu menanti
Waktu itu memang telah lama berlalu, sangat lama

Apa bezanya senja ini dengan malam itu
Saat kau goreskan seukir senyum
Senyum tangisanku
Waktu itu sangat menghancurkan hatiku
Untuk seperempat, atau mungkin sepertiga dekad

Di kala gerimis hujan pada pagi hari
Jatuh mengalir dan tiada pernah tergenang
Tinggalkan sang embun yang tak lama lagi juga kan menghilang
Ketika kau berdiri di jambatan itu, dan kita bersenda di jalanan itu
Namun itulah memorimu dan memoriku
Tempat yang mungkin takkan pernah kau jejak lagi berdua denganku
Untuk selamanya
Mac 23rd, 2009 at 12:57 am

Kesedihan..

kesedihan itu pedih .. 
kesedihan itu sakit .. 
kesedihan itu payah .. 
kesedihan itu memeritkan ..   

ujian itu bukan musibah … 
ujian itu penanda aras iman … 
ujian itu tanda kasih Allah … 
ujian itu tanda sayang Allah …   

kasih sayang itu yang kurindui …. 
rinduMu yang kudambakan …. 
kusujud syukur atas ujian ini ….   

Ya Allah .. 
aku memohon kekuatan dan ketetapan.. 
hanya padaMu ..

Monday, 23 March 2009

Doa Kekasih..

Ya Allah ya tuhanku,
Sekiranya dia tercipta untukku, dan telah Engkau tuliskan aku miliknya, maka satukanlah hati kami, dan tetapkanlah hati kami diantara satu sama lain. Sesungguhnya ya Allah, aku terima dia sepenuhnya, sebagaimana telah Engkau ciptakan dia dan aku mohon padaMu, kiranya perasaan kami sama, maka bukakanlah hatinya untuk menerima aku seadanya, sebagaimana telah Engkau ciptakan aku, supaya Dia menerima segala kekuranganku. Engkau titipkanlah kerinduan diantara kami supaya kebahagiaan itu abadi, dan ya Allah, landaskanlah perhubungan kami pada jalan yang Engkau redhai, supaya dapat kami menyempurnakan agama kami. Jodohkanlah kami dan permudahkanlah segala urusan diantara kami.

Ya Allah yang Maha Pengasih,Sekiranya aku bukan pemilik rusuknya, bukan dia yang Engkau takdirkan untukku, maka ya Allah, Engkau bawalah dia pergi daripadaku, lupuskanlah rasa cinta dan kasihku padanya. Sesungguhnya ya Allah, peliharalah aku daripada sakitnya perpisahan dan selamatkanlah aku daripada pedihnya kekecewaan. Engkau tenangkanlah hatiku dan pasrahkanlah aku akan takdirMu.
Ya Allah yang maha mengetahui,
Sesungguhnya, hanya Engkau yang mengetahui segala yang tersirat. Walau apapun akhirannya, aku bermohon padaMu supaya dia sentiasa di dalam lindunganMu, selamatkanlah dia daripada bahana di dunia dan di akhirat nanti, permudahkanlah segala urusannya dan ya Allah, Engkau berikanlah dia yang terbaik untuk hidupnya. Bantulah dia supaya semuanya nanti seimbang, di dunia dan di akhirat. Dan ya Allah, lindungilah dia daripada kejahatan orang padanya, walau dalam bentuk apa sekalipun.

Ya Allah yang maha penyayang,
Aku pasrah atas apa yang telah Engkau tuliskan untukku. Hanya Engkau yang mengetahui segala sesuatu, maka aku bermohon padaMu, berikanlah aku yang terbaik untuk hidupku. Permudahkan segalanya untukku dan bantulah aku agar sempurna hidupku, seimbang semuanya di dunia dan di akhirat nanti. Sesungguhnya ya Allah, aku terlalu ingin bahagia, aku ingin benar-benar bahagia, maka Engkau lapangkanlah hatiku dan cukupkanlah segalanya buatku. Pertemukanlah aku dengan dia yang merinduiMu, dengan dia yang mencintaiku, lebih daripada aku mencintainya agar kebahagiaan itu milikku.

Aku hambaMu ya Allah, sepenuhnya aku serahkan padaMu… 

Amin

khas untuk cintaku…..

Azlan b Kamaruddin