Friday 14 September 2012

Selamat Ulang Tahun ke-2 sayang!

14 September 2012...

Hari ini aniqku genap 2 tahun...sudah besar sayang ibu nie.. petang ni ibu ngan aayah akan hadiahkan aniq sesuatu yang aniq suka...taaadaaaa!!!! ipin! heeee... aniq suka tengok upin dan ipin...

tahun ni aniq dapat 4 hadiah.. basikal dari ayah..ipin dari ibu..bekas air dari ayah dan ibu...t-shirt dari uncle shukri dan upin dari auntie lora... moga tahun-tahun akan datang aniq akan dapat hadiah lagi..yang penting aniq mesti rajin belajar tau!

sayang anak ibu dan ayah nie..moga besar nanti aniq tak lupa ayah dan ibu...




















14 September 2012

Hari ini 14 September 2012




Hari bahagia ini cahaya mataku Muhammad Aniq Aqmar genap berusia 2 tahun... Selamat Hari Jadi sayang ibu.. Aniq akan sembuh sayang..Allah akan sentiasa lindungi aniq..Allah uji kita kerana Allah sayang pada kita nak... Insya Allah doa ibu selalu dengan aniq... Aniq anak yang kuat, aniq akan sihat seperti biasa sayang....ibu akan doakan aniq sentiasa... AMIN..

IBU DAN AYAH SAYANG ANIQ..MALAM NIE KITA POTONG KEK UNTUK ANIQ YER..DAN TUNGGU HADIAH DARI AYAH DAN IBU......TAAAADAAAAAAA!!!!!!

Tuesday 11 September 2012

Aniqku sayang...

Inilah permata hatiku..Muhammad Aniq Aqmar bin Azlan..Lagi 3 hari genaplah aniqku 2 tahun... Ibu sayang aniq...

Seolah baru semalam ibu dapat anugerah dari Allah S.W.T aiatu aniq.. ibu dan ayah sangat-sangat sayangkan aniq..

gambar ni sejam selepas Aniqku dilahirnkan pada 14 september 2012 @ 8.30mlm

Aniq ketika ini baru jer berumur 2 hari.....

Aniq berumur 4 hari..hari ini aniq ngan ibu dapat balik rumah.....
Sayang ibu jadi bayi kaunter...ibu dan aniq kena tahan wad semula..aniq batuk...
Aniq dah pun berumur sebulan....sihat dan bijak anak ibu....

genap aniq sebulan..ayah cukur rambut aniq....



Aniq masih belum meniarap...tapi sayang ibu dah pun tumbuh gigi...aniq masa ni hampir 4 bulan..

makin sihat anak ibu...masa ni umur aniq baru 5 bulan..

Hari pertama aniq meniarap... 4 bulan 6 hari unur aniq...

Aniq sayang ibu dah pun merangkak....susut sikit badan aniq...



Aniq dah mula belajar untuk duduk...aktif sangat sayang ibu nie...

Anak ibu demam....demam buat kali yang pertama....

Aniq dah mula belajar sembahyang....sejuk perut ibu..aniq anak yang soleh...

Aniq dah pun 10 bulan..masa ni aniq dah belajar bertatih....

Gigi aniq pun dah makin banyak....

Aniq dah pun setahun...hari ini aniq akan kena cucuk lagi...
Alhamdulillah..anak ibu dah melalui segala fasa..dan kini anak ibu dah berjalan....

dan kini berlari-lari.....
Gambar aniq ketika berusia 1 tahun 10 bulan.....



Dah besar aniq..gambar aniq dipagi raya aidilfitri 2012... tak sampai sebulan lagi aniq dah pun 2 tahun...



  dan sesungguhnya ibu dan ayah sangat-sangat meyanyangi aniq...


Oh Hatiku....

11 September 2012



Esok genap 2 minggu tempoh masa yang doktor bagi berkenaan bengkak kat kaki aniq..Ya Allah ya tuhan ku hanya Engkau yang tahu betapa rawannya hatiku..aku tak tahu kat mana aku nak luah betapa susahnya hatiku...

Pagi ini seperti biasa aku urut kaki aniq...aniq kata sakit.... mendengar perkataan sakit itu bagai menyentap2 jantungku....

Airmata aku tahan lagi..aku tak sanggup ada sesuatu pun terjadi kepada 'nyawa' ku ini...aku harus menunggu sehingga esok untuk bawa aniq ke klinik..tapi rasanya bagai terlalu lama untuk aku menunggu esok..

Ya Allah janganlah Kau duga kami dengan dugaan yang tak mampu kami menghadapinya... aku tak sanggup berlaku sesuatupun kepada aniq ku... kenapa dan mengapa bengkak tu ada kat kaki aniq...apa puncanya... pertanyaan ini selalu menghantuiku..kenapa...kenapa...

Aku masih menahan airmataku..aku tak sanggup menghadapi semua ni....



Ya Allah dengarlah doakau..sihatkanlah anakku Muhammad Aniq Aqmar...jauhkan lah dia dari segala bala dan bencana... jauhkanlah ya Allah...amin ya rabbal alamin....