Tuesday 2 February 2010

Aduhai sayangku aduhai...

ANIQKU BATUK...

kebelakangan ni aku lihat aniq batuk-batuk..batuknya berkahak tapi mungkin dia kecil lagi, jadi dia belum pandai lagi untuk keluarkan kahak tu...aku pun tak tahu apa puncanyer..tapi memang kasihan sangat aku tengok aniq..dah lah kecik lagi...minum susu pun asik tersedak jer...

ayah mak cakap tak pernah pulak dengar bayi dalam pantang batuk, tapi aniq jadi camnie pula...mak ayah risau andainyer ini kesan-kesan dari penyakit 'misteri' yang pernah aku alami dulu..

aku dan lan bawa aniq pergi klinik juaseh tapi doktor cakap aniq tak boleh diberi sebarang ubat..kahaknyer pun tak boleh disedut..aduhai susahnyer hatiku..batuk aniq makin teruk..jawapan yang kitaorang terima tak jugak positif..tak jugak redakan hatiku..

menjelang malam batuk aniq makin kuat..tiap kali itulah aku menangis..syukur lan ada kat kg..2 hari sekali dia balik kerumah menjenguk aku dan aniq..sian dia, penat ulang alik jauh..

aniq batuk lagi..rasa cam makin teruk jer..jadi mak pun cerita kat maktih, mak tih pulak rekemen kitaorang POLIKLINIK YEE..katanyar ini klinik pakar kanak-kanak. Malam tu aku, lan ngan emak pergi jugak ke bahau tapi orang terlalu ramai jadi kitaorang plan pergi esok..

awal-awal pagi ahad tu kitaorang pergi kesana..menunggu dah lah lame.memang ramai patient kat klinik ni..rata-ratanyer semua kanak-kanak...sejurus nama aniq dipanggil kitaorang berdua pun masuk..

kata doktor paru-paru aniq takder masalah cuma banyak lendir..kemungkinan lendir yang tak habis disedut..aniq cuma diberi ubat..balik tu lan terus bagi walaupun aku rasa was-was mengenangkan nasihat doktor kat Klinik Juaseeh aritu..

Malam..aniq masih belum ada perubahan...batuk aniq makin kuat..nafas aniq pun makin tersekat-sekat..mukanya merah padam menahan batuk yang tak henti-henti

aku, lan  dan seisi keluarga dah tak mampu nak tahan tengok aniq macam nie..dah beberapa malam aku asik menangis jer melihat keadaan aniq..jiwa keibuan aku dah tak mampu nak tahan lagi..aku hanya mampu menangis dan terus berdoa untuk keselamatan si kecilku ini...kata mak aku dalam pantang, aku tak boleh susah hati nanti penyakit lain yang datang...tapi ibu mana yang SABAR..jiwaku merintih..aniq yang batuk sakitnya macam aku yang rasa..
beginilah jiwa setiap ibu didunia ini..aku kini sedar beginilah yang ayah dan mak rasa selama ini..aku baru mempunyai seorang anak..tapi mak ayah berhadapan dengan karenah 8 orang anak...pengorbanan ibubapa takkan mampu anak bayar walau sejuta emas selautan belian pun...takkan mampu terbayar...

2 Oktober 2010..

Petang ni semua ada kat rumah...abg izan pun datang tengok kan aniq..masa tengah dok sembang-sembang, tiba-tiba aniq batuk..batuknya sampai dah tak mampu nak bernafas..

kerana tak mampu tahan lagi..melihat aniq camtu, aku kami cepat-cepat bersiap-siap untuk ke Hospital. batuk aniq makin kuat...puas lan tepuk-tepuk belakang aniq, tapi aniq masih juga camtu..ayah ngan semua kat rumahcepat cepat-cepat sarankan kami hantar aniq ke Hospital....aku capai apa yang perlu terus aku, mak ngan lan ke Hospital

aku tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan kami ketika itu..hampir luluh jantung kau..kami dah tak pikir apa..yg penting kami boleh sampai secepat yang mungkin ke Hospital sejauh 35KM tu..

No comments: