Tuesday 30 August 2011

Pagi Aidilfitri- Syawal 1432

1 Syawal 1432...

Aidilfitri ini moga membawa kegembiraan dan kebahagian buat kami sekeluarga..
Buat kali pertama aku beraya di perantauan..heeeee....cam jauh jer bunyinya ek. tapi aku bukan keseorangan pun..raya ini aku sambut bertiga, alhamdulillah.....moga tahun-tahun mendatang kami masih dapat menyambutnya bersama-sama...Amin..

 seronok beraya dekat kampung lan..aku tak rasa kekok pun sebab makayah mertuaku telah pun ku angap seperti ibubapa ku sendiri..aku bersyukur kerana diterima dengan baik dalam keluarga ini..yang penting ibudan bapa serta asik-beradiknya menerima aku seadanya... kata lan inilah kali pertama mereka bersalam-salaman dan bermaaf-maafn dipagi raya...alhamdulillah....

Buat insan tersayang, suamiku Azlan bin Kamaruddin...i love you so much...ayang minta maaf atas segala salah dan silap...buat mak ayah kat kampung..raya tahun depan kita sambut sama-sama yer....

inilah gambar-gambar aku beraya kat Perak..sayang sekali gambar kami bertiga takder... takpelah nanti  ambil lagi..




















Monday 29 August 2011

Cerita Aidilfitri 1432

Buat kali pertama dalam hidupku aku menyambut raya dengan berjauhan dari mak ayah..selama 28 tahun dalam hidupku aku dapat bersalam..bermaaf-maafan sesama ahli keluarga ku tapi raya tahun ini aku beraya di kampung halaman suamiku di Perak..mulanya agak janggal tapi aku tahu layanan ibubapa mertua terhadapku serupa seperti anak kandung sendiri..mengenangkan itu, aku tak rasa betah pun malah sedikit teruja merayakan hari raya aidilfitri ini ditempat lain....

27 Ogos 2011

Pagi ini aku bertolak balik ke Negeri Sembilan..hari ini aku akan berbuka puasa di kampung...malam ini tepat pukul 12 adalah hari lahirku...sampai di kampung mak dan ayah tengah sibuk-sibuk dengan persiapan raya..petang ini kami berbuka bersama-sama..sayangnya aku tidak berpuasa..nak buat camner..Allah bagi cuti...

28 Ogos 2011

Pagi ini kami bersahur bersama-sama..makanan malam tadi ada lagi..mak masak lauk ikan tongkol dengan daun asam gelugor..gembiranya hari ini hari jadiku ke 29 tahun..tepat pukul 12mlm tadi suamiku orang pertama yang mengucapkannya...

3.00 ptg

Aku, lan dan aniq keluar ke Bahau..kata lan nak carikan 'hadiah' untukku..malam nanti kami akan meraikan harijadiku di kampung...aku tahu lan berhasrat sangat nak belikan aku jam tangan..tapi aku dahpun ada 2 jam tangan..1 pemberian ayah dan 1 lagi pemberian mak..cuma 2-2 jam tu rosak..jadi kami ke Bahau betulkan jam tangan aku tu..jadi aku katakan pada lan tak perlu rasanya hadiah jam lagi... kami ke Econ save dan seterusnya ke Kedai Kek...

7.18 mlm

Kami berbuka puasa bersam-sama..aku sediakan mee hailam untuk tambahan makanan..selepas itu mulalah aku meniup lilin kek harijadiku..gembiranya hatiku ini, dapat juga ku sambut harijadi ku tahun ini kat kampung....

29 Ogos 2011

5.00am

Kami bersahur..ku kira hari ini hari terakhir kami bersahur bersama-sama...sekejap lagi aku akan bertolak balik ke Perak....

9.00 am

Semua beg dan barang-barang dah siap sedia dalam kereta..sekejap lagi aku akan bertolak balik ke Perak..sebelum bertolak..aku bersalam dan bermaaf-maafan dengan makayah dan adik-beradikku yang lain...dan yang takkan ku lupa ialah 'duit raya'. itulah perkara wajaib untuk makayah, adik-beradik serta anak-anak buahku...

kukira selagi nyawaku dikandung badan, selagi kudrat dan izin suamiku ku dapat..aku takkan abaikan mak dan ayah..seperti tahun-tahun sebelum aku bergelar isteri..aku pastikan sepasang Baju Melayu ayah dan Baju Mak akan tetap aku belikan sekiranya ada rezeki yang lebih itu juga akan kuhadiahkan pada anak buahku.. kerana ku tahu raya ini untuk semua. Aku tahu mungkin ada yang kurang mampu...rezeki Allah yang ku dapat ini ingin aku kongsikan bersam-sama mereka..

Kami pun memeulakan perjalanan dengan doa semoga selamat sampai ke kampung lan....

3.00pm

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Kampung Telok Bakong, Perak..sesampai jer disana, abah dan incik sedang sibuk menyediakan lemang..aku hanya mampu menolong mana yang mampu...kelihatan seisi keluarga kak nyah dan bapa saudara lan sudahpun berada di kampung

7.20

kami berbuka puasa bersama-sama...sebentar lagi akan bergemalah takbir raya....

ALLAHU AKBAR ALLAH..HU AKBAR ALLAH..HUAKBAR..LA IILLAH HAIILLALLAH....


hatiku sayu mengenangkan mak ayah di kampung..namun kesediahan tu terubat kerana raya tahun ini amat bermakna kerana aku kini bukan berdua..kami menyambut raya ini bersama-sama putera tercinta...buah hati kami....Muhammad Aniq Aqmar...



Sunday 28 August 2011

Harijadiku yang ke - 29

28 Ogos 2011

Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya aku masih lagi berada di dunia ini..telahku selamat menjalani ibadah dibulan mulia nie bersama-sama dengan insan-insan yang tersayang...

tiada lain yang mengembirakan selain dapat bersama-sama dan bergembira bersama-sama insan yang dicintai...buat suamiku..anakku tersayang dan keluargaku yang terutama..terima kasih..

Buat insan yang paling kucintai..MAK..terima kasih mak kerana melahirkan ti dengan selamat..dengan sempurna kedunia ini..terima kasih mak..ti sayang sangat kat mak...













Monday 15 August 2011

Ramadhan Al-Mubarak 1432

Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak...



Alhamdulillah dengan izin Allah kami dapat lagi bertemu dengan bulan yang mulia ini..tiada lain yang ku harap agar dibulan mulia ini dapat mengaut sebanyak mungkin pahala-pahala yang telah Allah S.W.T janjikan...Ya Allah Kau permudahkanlah segala amal ibadah kami dibulan mulia ini.. 

Awal puasa tahun ini aku menyambutnya di Perak..takpelah sebab ayah dengan mak tinggal kat rumahku jadi sepanjang minggu ini aku berpeluang untuk bersahur dan berbuka puasa bersam-sama ayah dan mak..seperti tahun lepas aku jarang ke Bazar..aku selesa untuk masak jer apa yang ada..

Sebut bulan Ramadhan ni pasti tak terlepas nak sebut pasal persiapan hari raya...awal-awal lagi aku dan lan dah pun prepare sepasang Baju Melayu dan Sepasanag Baju kurungku sedondon..heeee..tema kami tahun nie..MAROON!!! termasuk juga untuk mak dan ayah..dan pastinya tidak lupa untuk aniqku tersayang....

Aku bersyukur kerana tahun ni aku berpeluang menyambut hari raya sebagai seorang ibu...ingat lagi tahun lepas ikutkan due aniq 8hb tapi mungkin ingin memberiku peluang menyambut hari raya sebagi seorang isteri...aniq lewat seminggu dari tarikh ini maka lahirlah puteraku ini pada hari raya ke-4....Alhamdulillah

Yang pastinya aku gembira dan bahagia kerana bersama-sama suami dan anak tercinta..Aku sentiasa berdoa umur kami dipanjangkan...

Tahun ini aku bakal beraya di kampung lan kat Perak..ini kali pertama aku beraya dirumah mertua..takpelah bukan orang lain pun..Abah dan encik pun ibu dan bapaku juga....

dan doaku yang tak putus-putus di Bulan Mulia ini ialah aku mengharapkan keampunan Allah kepada daku dan suami..kebahagiaan rumahtangga kami..keampunan Ibu dan Ayahku, Adik-beradikku dan tak lupa juga kudoakan kesihatan ayah, emak dan ina lebih baik....tak lupa juga kudoakan kejayaan Aniq didunia dan Akhirat..moga Aniq jadi anak yang soleh... kuharap mustajablah doaku ini..Amin

Sunday 14 August 2011

Aniqku 11 Bulan

14 Ogos 2011..

Hari ini genap usia bayiku 11 Bulan..Alhamdulillah semakin hari semakin membesar bayiku dengan sempurna dan sihat atas izin Allah yang Maha Esa...amin ya rabbal alamin....

Kini aniq dah pandai merangkak dan dahpun pandai berdiri...bukan main lajunya dia merangkak sekarang..dan makin banyak ragamnya sekarang..

aniq-aniq penat ibu dan ayah tau melayan aniq..dah macam-macam sekrang sayang ibu nie...dah pandai merajuk dan paling terrar baling barang..mana sayang ibu belajar nie...??? amboiiiii..........

Tiada lain yang ibu doakan...ibu dan ayah sentiasa doakan aniq berjaya dunia dan akhirat..aibu doakan aniq menjadi anak yang terbaik duia dan akhirat... amin..