Ya Allah dakulah hambaMu yang mencari keredhaanMU untuk menikmati hidup yang sementara di dunia ini. Ku Syukuri kerna Kau beri peluang untukku bergelar anak, isteri dan ibu..kulalui kisah kasihku dengan sempurna atas keizinanMu... Ku coretkan untuk tatapan insan tersayang dihati..moga kekal sebagai kenangan..
Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts
Tuesday, 14 August 2018
Thursday, 5 July 2018
Mengamit Bahagia...
5 Julai 2018...
Bahagia itu indah bila kita disayangi insan tersayang. Benar dugaan itu sentiasa ada..pasang surutnya..hingga adakalanya hati berbisik..
Istana dibina hampir 10 tahun..bagai tak terasa masa berlalu.. suka duka silih berganti..perasaan juga datang dan pergi tapi biarlah apapun yg terjadi moga tiada penyesalan dihati..
Saya harapkan rahmat Allah..saya harapkan kasih dan syg yg disulami keimanan.. saya mahu menjadi Makmum kepada suami saya dan saya harapkan sidia yg menjadi Imam utk saya dan anak-anak saya..
Petang ni tumpang bermanja..
"Abg, tolong potongkan kuku.." Terus tangan diraih..kedua-dua sekali...
rasanya lama dah tk bermanja begitu..😉😉
Terkenang saat jari ini disarungkan cincin ikatan kita.. moga tidak terlupa..😚😚

Wednesday, 27 June 2018
Pelengkap Hidupku:: Eren & Romi..
Tetiba jatuh cinta dengan bait lirik lagu ni.. mula-mula dengar macam biasa je tapi sekarang macam terkesan sangat kat hati..
Janji dan kenangan.. moga satu masa nanti Allah ubati segalanya...
Moga Allah sentiasa mendengar doaku untukmu...
Janji dan kenangan.. moga satu masa nanti Allah ubati segalanya...
Moga Allah sentiasa mendengar doaku untukmu...
Monday, 25 June 2018
Tak Tahu Kemana...
Kekadang senyum sendiri..
Impian hidup pun samar-samar tak tahu arah tujunya kemana.. ingat tu je...nak bawak diri pun tak tahu kat mana... dekat tangan ada kunci.. ada kereta tapi arah tuju pun tak tahu juga..bukan nak kemana pun, nak keluar kejap release tension je, tapi..kemana ko nak pergi, arah pun tak tahu hala...
Ada yang kata hidup saya takde life... kawan tak ada.. tv tak tengok.. media sosial takde.. hiburan langsung tak ada..
Nak mengadu? dekat siapa... dihadapan anak, ibu mesti nampak kuat.. dihadapan suami, saya mesti tersenyum riang..
Meluah tu kan untuk kurangkan tekanan tapi tidak bagi saya, nanti banyak duka dari suka... selalu begitu akhirnya dah takde apa nak diluahkan.. pendam sendiri itu lagi baik...
hmmmm....
Saturday, 23 June 2018
PR1MA Presint 11..Rumahku Syurgaku....
Inilah harta buat bekalan anak2 kelak.. Alhamdulillah rezeki kat Putrajaya ni..
Inilah rumah kami...tak cantik mana pun tapi cukuplah bila stress balik umah tak serabut..
Inilah rumah kami...tak cantik mana pun tapi cukuplah bila stress balik umah tak serabut..
Thursday, 21 June 2018
Keliru...
Saya masih keliru....
Adakalanya tertanya mengapa keinginan ini terasa tidak dipenuhi sedangkan segalanya didepan mata..
Adakala terasa hidup ini sunyi sedangkan kasih sayang itu tercurah disekeliling..tetapi kenapa terasa masih lagi kesunyian..
Jauh dan semakin jauh..

Wednesday, 20 June 2018
Ketika Cinta Itu Berubah.....
Ketika Cinta Itu Berubah....
Sesungguhnya hanya Allah pemilik hati... satu masa dia sangat2 kau cintai sepenuh hati lalu tak mustahil satu ketika Allah membuang perasaan itu....
Diam dan terduduk...
Sesungguhnya hanya Allah pemilik hati... satu masa dia sangat2 kau cintai sepenuh hati lalu tak mustahil satu ketika Allah membuang perasaan itu....
Diam dan terduduk...
Thursday, 14 June 2018
#BPG dihati....
Disember 2017..
Aku ditempatkan dari UPKS ke BPG..biarpun mula-mula ianya merupakan tamparan dan cabaran yang sangat-sangat mencengkam perasaan namun lama-lama ianya sebati dihati...
Alhamdulillah semakin hari semakin baik dan harap moga terus berkekalan begini..
Dan..
Hanya Allah yang tahu hikmah pertemuan dan perjalanan itu.. tak mampu dilupa kerana tergantung dihati.. moga Allah mentakdirkan sesuatu yang seperti dalam doaku..
Bukan tidak kumohon dijauhkan dugaan ini

Thursday, 4 January 2018
Coretan 2018....Perjalanan yang baru
Coretan 2018..
Perjalanan yang baru di tempat yang baru..tugas yang baru... moga segalanya baik-baik sahaja..
walaupun berat untuk kekal..tapi sama berat rasa untuk terus bertahan dan terus mencuba..
Hidup ini sangat berwarna-warni.. biarlah ia bewarna walaupun yang terbentang hitam dan putih sahaja...
Tabahlah haliza..tabahlah... kerana hidup ini perlukan pelajaran dan belajar...
Betapa berat hati untuk meninggalkan masa lalu..berat lagi sekiranya kamu terus hidup dalam dunia lalu.. Bukalah mata hati..kerna Allah tahu hati yang sesak..hati yang gundah itu lebih dekat denganNya...
Percayalah.. apa yang ada pada hari ini adalah berkat Ketabahan dan Kesusahan di masa lalu..
lalu...
Engkau Tersenyumlah...

Tuesday, 12 April 2016
Saya Sayang Suami Saya
Assalammualaikum..
Suami saya...Insan yang saya kenali hampir 10 tahun yang lalu.. 1.12.2016 ni genaplah 10 tahun.. Azlan bin Kamaruddin namanya... insan yang telah menerima saya seadanya..insan yang sangat-sangat menyayangi saya sepenuh hatinya.. Insan yang membuatkan saya rasa dihargai...
6 Disember 2008.. kami mengikat tali pertunangan dan seterusnya 28 Disember 2009 kami diijabkabulkan... Dunia baru yang kurasa bahagia dan kami dikurniakan 2 putera...
Ayah yang bertanggungjawab..yang tak pernah lepas tangan dalam urusan kedua putera kami... dialah yang mandikan...dialah yang menyiapkan.. dialah yang menghantar aku dan anak-anak...segalanya dia lakukan bersamaku.. Dialah yang mengemas rumah..dialah yang mop lantai.. dialah yang mencuci baju..dialah yang mencuci bilik air dan segala-galanya tanpa mengharapkan kudratku..
Seingat aku boleh dikira aku mop lantai.. buang sampah mmg jauh sekali aku lakukan sejak berkahwin..begitu juga mencuci bilik air..kini basuh baju pun aku tak buat...segalanya diuruskan suamiku...
Sayang yang bagaimana lagi aku nak cari dalam dirinya biarpun kadang2 hasutan syaitan membuatkan aku masih mencari-cari silapnya...
kadang-kadang aku tertanya, layakkah aku mencium syurga.. kerna redhaku adalah redha suamiku...
Aku sayang suamiku..moga Allah mendengar doaku...
janganlah Kau uji kasih sayang kami..dekatkanlah hati kami..sihatkanlah suamiku dan andainya ajal sudah menyapa,.biarlah aku sehidup dan semati dengannya..aku tak sanggup kehilangannya walaupun sesaat...

Monday, 22 February 2016
Something Wrong Somewhere...
Oh hati....
Moga segala yang bermain diminda dan dihati hanya ilusi semata...namun bagai ada yang tak kena, cuma aku tak tahu apa dan dimana...
Moga Allah menunjukkan aku jalan penyelesaiannya dan sentiasa ku doakan segalannya dalam baik-baik belaka....

Monday, 11 May 2015
Our home sweet home...
Alhamdulillah
Dah dapat kunci umah PR1MA kami bulan mac aritu, Alhamdulillah segalanya di permudahkan....ready to decorate our home sweet home...muaahssss cak....
Cantik tu mesti tapi budget tu lagi penting..so plan is...
1. Elektrik... my incik lan yang buat so upah free..barang je beli
2. Barang-barang .. guna yamg sedia ada..so memang kena kurangkan la sebab umah cinonit je..
3. Wallpaper... dah beli kat kaison..pasang sendiri...free,,,
4. Kipas..Lampu.. dah beli ready masa sebelum GST..
5. Grill - mula nak pasang sendiri tapi susah sangat so upah.. terbang 1.9k
6. Cat... beli je..wat sendiri...
7. Table Top + kicen wall.. antara buat sendiri atau upah...mahal jugak ni...
8. Langsir... tengah2 survey dan belajar nak buat sendiri je utk sliding..yang bilik amik je yg sedia ada...
yang lain-lain tengah dalam plan lagi,,,
In Shaa Allah...harta anak-anak,,

Tuesday, 30 December 2014
Monday, 1 December 2014
Ceritera Cinta kami...2014
Alhamdulillah
Ceritera cinta hambaMu
_________________________________________________________________
Ceritera cinta hambaMu
_________________________________________________________________
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang..
Tak pernah ku duga 18 November 2006 saat pertama berbalas mesej dan sejak itu menjadi teman walaupun cuma mendengar suara.. setiap saat dan ketika mesej bertalu merawat hati kami yang ada luka.
Tak pernah terduga 1 Disember 2006 saat hari bertama kami bertemu..berkenalan dan bersua muka.. dan mungkin juga itu cinta pandang pertama...
tidak terduga pada 7 Disember 2006, terucap kata-kata cinta..sebagai janji untuk bersama, berkongsi cerita suka dan duka..
Kita bersama mendaki tangga impian tatkala sama-sama menghadiri Kursus Pra Perkahwinan pada 30 & 31 Disember 2007, bersama merancang untuk fasa kedua mengukuhkan cinta.
Dan... 6 Disember 2008, bersempena dua tahun menyemai cinta, cincin diiring sebagai tanda, aku kini menjadi tunangannya...
Tak ku lupa malam 28 November 2009, ijab dan qabul menjadi saksi, dihadapan Allah dia berjanji menjagaku hingga ke akhir hayat..
Tak pernah kulupa 29 November 2009 & 12 Disember 2009, kami dirai bagai raja dalam sepersalinan serba ungu dan coklat diraikan ibubapa dan sanak-saudara, penuh kegembiraan..penuh kemeriahan sebagai tanda cinta kami akhirnya bersatu jua...
Anugerah Allah yang Maha Esa, 14 September 2010 lahirlah permata atas nama cinta Muhammad Aniq Aqmar..kasih dan sayang yang sungguh-sungguh membahagiakan...
dan...
24 Julai 2014.. lahirnya permata kedua kami... putera hati yang kami nanti, Muhammad Arif Aqmar nama diberi.. dengan penuh harapan setelah 2 kali kami kehilangan...
Atas nama cinta..cinta yang kami bina...moga cinta ini diberkati dan dirahmati Allah S.W.T..ibubapa dan seluruh keluarga,,,
Tahun ini..2014
Suka-duka..susah-senang..tawa-tangis..gurau-rajuk.. ketawa-airmata dan segala-galanya mengiringi cinta kami yang pada 7 Disember 2014 sudahpun menginjak 8 tahun dan 28 November 2014 telahpun 5 tahun melayari bahtera rumahtangga...
Moga kita sentiasa bahagia...
Tuesday, 25 November 2014
Pengemukaan Dokumen bagi Penolong Pegawai Tadbir N27
23 November 2014
Alhamdulillah
Aku bersyukur atas segala rezeki yang Allah berikan..
Sangat teruja hari ini dan betapa gembiranya hatiku..nasib baik aku terdetik nak cek folder 'junk email' rupanya ada khabar gembira,,,
aku terima email dari SPA untuk mengemukakan dokumen bagi tawaran lantikan sebagai Penolong Pegawai Tadbir...amin ya rabbal alamin....telah lama aku dan rakan-rakan calon cs yang lain menanti...
Saban hari ada info dari rakan-rakan lain di Telegram..rupanya hari ini aku pula mengkhabarkan berita gembira ini buat info rakan-rakan kami yang lain...
Moga rezekiku sekeluarga di murahkan Allah S.W.T...
Amin....

Thursday, 17 July 2014
Ramadhan 1435
Salam Ramadhan 1435..
Buat tatapan ibu ayahku.. suamiku...anak-anakku dan seisi keluargaku...
Andai ini ramadhan terakhirku...
daku memohon sepuluh jari
memohon ampun dan maaf
andai tidak berkesempatan merayakan aidilfitri
disisi kalian lagi..
Daku memohon maaf
atas segala salah dan silap
atas segala kata-kata yang menyinggung hati dan perasaan
atas segala perbuatan yang buruk dimatamu
halalkan lah segala makan minumku selama ini
halalkanlah andai terambil hak yang bukan milikku
dan maafkan
segala rahsia yang kubawa pergi...
namun ketahuilah
kamu sentiasa dihati..
Ayah..
Suaramu yang pertama ku dengar didunia ini
iqamatmu..doamu.. mengiringku kedunia ini
tak pernah kulupa perit getirmu membesarkanku
tak terbalas budi baikmu
tak terbayar pengorbananmu
Emak
Kerna kasihmu aku didunia ini
kasihmu yang terlalu tulus
mak...tak terbayang saat kau berjuang melahirkanku
terima kasih mak..pengorbanan mak tak terbalas olehku
Iringlah daku dengan doa-doamu
kini aku jua berjuang antara hidup matiku
Suamiku
Syurgaku ditelapak kakimu
aku yang kau ambil hak dari keluargaku dengan ijab dan qabul
redhalah daku seperti mana saat kau redha menerimaku sebagai isterimu..
ampunkanlah isterimu ini
andai tidak dapat lagi bersamamu
menemani hari tua mu
seperti mana yang pernah kita impikan bersama
Anak-anakku
Maafkanlah ibu...
andai tangan ini tak mampu mengusap rambutmu
andai bibir ini tak mampu mengucup dan mendoakan kamu
kamulah harta ibu
janganlah kamu lupa ibu dalam doamu
Saudara-saudaraku
tak pernah ku lupa saat kita berlari..
mengejar saat indah ketika kecil bersama
tika susah..tika senang
tika lapar
saat dewasa menginjak datang
kita masing-masing mengejar waktu mencari sesuap nasi untuk keluarga
namun kalian sentiasa dihati
maaf andai terlupa merisik berita
biarpun dalam hati kalian sentiasa bertahkta
maafkan daku andai sampai disini kita bersama...
ingatilah daku dalam doamu....

Monday, 26 May 2014
Already 33 Weeks.....;)
Alhamdulillah...
Esok 27 Mei 2014 genap anak ibu berusia 33 minggu...Ya Allah tak sabarnya menatap wajah anak ibu ini...peneman ibu, ayah dan abg aniq....abg aniq pun tak sabar nak bermain dan menjaga adik baby... Abg Aniq sayang sangat-sangat dengan adik baby...
ramai yang kata, adik baby girl...ibu sikitpun tak kisah sayang, boy ke girl ke ibu tetap bersyukur...
24 Mei 2014
Ibu, Ayah dan Abg Aniq dah pun shopping sikit barang-barang untuk adik baby...4 tahun lamanya ibu menanti...kasih sayang ibu tak kurang pun tetap sama untuk Abg Aniq dan adik baby...;)
Lagi 7 minggu ibu harus menanti... ibu tak gentar andai nyawa ibu jadi taruhan...namun doa ibu biarlah adik baby selamat, sihat dan sempurna lahir ke dunia ini.. Andai sesuatu terjadi kepada Ibu.. ibu doakan anak-anak ibu akan sentiasa mendoakan ibu...moga ibu sentiasa berada dalam ingatan kalian..

Wednesday, 7 May 2014
Adakah saya diterima seadanya......
" Ketika cinta itu sangat bersinar.. saya BERJANJI untuk menerima dirimu seadanya... namun kini baru saya sedari bahawa saya TERLUPA bertanya..adakah kamu jua menerima saya juga seadanya...kerana hati saya sedang terluka"
Tuesday, 29 April 2014
Genap 29 minggu kandungan ke4 ku...
29 April 2014
Alhamdulillah hari ini genap 29 minggu kandungan ke 4 ku dan merupakan permata hati kami yang ke2... In Shaa Allah andai diizin Allah S.W.T, Aniq akan jadi abang...;)
Biarpun dugaan kali ini agak berat buatku namun aku belajar untuk redha...sejak dari awal kandungan alahanku agak teruk dan kini alahan kulitku juga sentiasa kunjung tiba..semalam aku diberi lagi MC.. tak sanggup rasanya ke pejabat dengan mata yang bengkak..muka yang merah ...aduhai...moga-moga Allah memudahkan segalanya untukku....

Monday, 24 February 2014
Ujian dan Dugaan buatmu anakku....
Assalammualaikum...
" Ya Allah dakulah hambamu yang bersyukur dan berterima kasih atas kurniaan kesihatan yang telah Kau berikan buat anakku Muhammad Aniq Aqmar"
IMBAS KENANGAN OKTOBER 2013
29 Oktober 2013
Pagi ini aku dan kak fizah bergegas kembali ke Klinik Pakar Orthopedik, Hospital Putrajaya. Pelbagai perasaan menyelubungi hatiku..rasanya luluh hati selepas mendapat panggilan dari Bahagian X-Ray, Hospital Serdang semalam bahawa prosedur MRI Aniq ditunda kepada 4 Disember 2013..bermakna hampir 2 bulan lagi kami terpaksa menunggu.. Hatiku tak tertahan lagi melihatkan keadaan kaki aniq mana mampu aku menunggu sekian lama lagi...
Sesampainya aku di Sana, tanpa nombor giliran...tanpa temujanji.. aku terus meminta untuk berjumpa Dr. Fong. Seorang doktor wanita yang aku ingat, dia telah diarahkan oleh Dr. Archiat Fansuri untuk menguruskan segala kes aniq dengan urgent.. Alhamdulillah aku bersyukur Allah pertemukan kami dengan Dr Archiat Fansuri..
Aku terus masuk kebiliknya dan terus bercerita berkenaan penangguhan tersebut mereka juga terkejut dan sedaya-upaya mencari hospital yang lain untuk aniq segera menjalani ujian MRI. Aku sendiri rasa amat terharu apabila hampir 4 doktor berkunjung dan masing-masing sedaya upaya mendoakan dan mencari alternatif lain. Aku cuma orang biasa dan seorang ibu tetapi layanan dari Doktor2 tersebut amatlah mengharukan..
Aku ingat lagi kata-kata Dr. Archiat.." Puan jangan risau, kita akan sedaya upaya tolong puan.. walaupun puan bukan saudara saya, saya tetap akan tolong puan.." Dr. Archiat. Doktor Jun, Doktor Fong & Doktor Hafiz call IKN, Putrajaya tetapi alatannya masih belum lengkap untuk Ujian MRI keatas seorang budak...dan pilihan terakhir ialah menjalani ujian MRI di Pusat Swasta...
Biarpun berharap agar ujian ini dilakukan di Hospital Kerajaan, tapi aku dan lan telah berfikir sedalamnya andai ada sesuatu kami rela berhabis duit... Aku bersetuju untuk melakukan Ujian MRI aniq Hospital Swasta.. Namun amat mengejutkan aku apabila sekali lagi Allah memudahkan kami.. Segala Ubat-Ubatan dan Keperluan aniq termasuk Ambulan akan disediakan oleh Hospital Putrajaya..maksudnya kami cuma perlu membayar penggunaan mesin MRI sahaja dan yang lainnya semua di Support oleh Hospital Putrajaya termasuk dengan seorang nurse dan Doktor Iringan Aniq.... Ya Allah, aku bersyukur kemudahan yang telah engkau limpahkan....
Aniq akan tetap dimasukkan ke dalam wad untuk prosedur esok....Aku hampir menitiskan airmata..sungguh aku amat-amat terharu.. Dr. hafiz telah menghubungi Pihak Hospital Columbia Asia, Puchong untuk menetapkan temujanji kami esok. Kos bayaran untuk mesin itu dikhabarkan kepada kami berjumlah RM1100.. petang itu juga aku dan lan ke Bank menguruskan wang untuk bayarannya... tiada apa yang lebih berharga dari aniq kami.....
ANIQ TIDUR DI WAD
Rasanya kali terakhir aniq dimasukkan ke Wad masa aniq cirit birit dulu..rasanya masa tu umur aniq antara 8 bulan kot..hari ini aniq kena masuk semula. Aku mengambil cuti.. risaunya aku kerenah aniq nanti.. telahan aku tepat.. aniq tak betah tinggal di Wad. Berkali dia mengajak aku balik...ada jer ragamnyer...aduahai aniq sayang....
Tepat pukul 6.00 pagi...aniq masih lagi terlena...rsanya malam tadi aniq tidur tidak lena..langsung tak mahu ditingalkan hingga aku terpaksa membawa aniq sekalipun jika mahu ke toilet...aduhai anakku...mungkin disebabkan tempat yang baru...aku juga begitu ...usai sembahyang hajat aku terus membaca surah Yassin memohon Allah permudahkan segalanya...rasa beratnya hati....
PROSEDUR MRI
kami telahpun diterangkan prosedur MRI yang akan aniq jalani.. pertamanya aniq akan diberi ubat tidur dan sekiranya ubat tidur masih belum kuat untuk membuatkan aniq tidur, aniq akan diberi ubat bius...Posedur MRI akan dijalankan tanpa ada sedikitpun gerakan..dam kemingkinan masa sehingga 45minit...Aniq harus berpuasa bermula jam 3 pagi ini, Allah memudahkan segalanya, selalunya aniq akan merengek minta susu namum dari malam tadi hingga ke pasgi ini, aniq langsung tak minta susu..
Mendengar penerangan prosedur tersebut..Allah sahaja yang tahu perasaan kami...Ya Allah janganlah Kau duga kami dengan dugaan yang berat..
PAGI... 30 OKTOBER 2013
Seawal jam 630 pagi aku telahpun bersiap2 kerana tepat pukul 7 pagi kami akan menaiki ambulan ke Columbia Asia, Puchong. Aku merenung aniq, mendoakan yang terbaik buat permata hatiku..rasanya kering airmataku..aku masih menunggu kedatangan lan kerana suamiku akan mengikut kami dengan menaiki kereta. Aku dimaklumkan bahawa segala persiapan telah dibuat dan sebentar lagi kami akan bertolak.. Nurse meminta aku membawa aniq ke Bilik prosedur untuk dipasang drip...aduhai lagilah aniq menangis kerana tangannya dicucuk..aku memujuk aniq..sayunya hatiku mendengar tangisan aniq..aduhai sayangku sabarlah nak akan ujian buatmu....moga dengan ujian ini kita akan lebih bersyukur sayang... Suamiku sampai sejurus selepas aniq dicucuk, dia memujuk aniq..reda tangisan aniq...
MENAIKI AMBULAN
Segalanya telah tersedia tepat pukul 730, aku dan aniq menaiki ambulan. Kami ditemani oleh seorang nurse, Kak izan dan Doktor Pengiring Doktor Hafiz Boharin.. dalam ambulan aku diminta untuk memberi aniq minum ubat tidur... Ya Allah, demi anakku aku harus kuat.. tak banyak ubat tidur itu kerana aniq telah muntahkan semula.. mungkin salah aku juga..mana mungkin seorang ibu sanggup menyuapkan anaknya ubat tidur.... dalam perjalanan aku berbual-bual dengan Dr. hafiz berkenaan kesihatan Aniq..Pelbagai kemaungkinan berkenaan bengkak kaki aniq itu dan ujian MRI ini akan menghurai segalanya..suamiku masih dibelakang.. Federal Highway agak sibuk dipagi-pagi waktu bekerja ini dan siren ambulan terpaksa dibunyikan..
HOSPITAL COLUMBIA ASIA, PUCHONG.
Sesampainya di Hospital Columbia, aniq agak meragam.. aku tercari-cari suamiku..pasti suamiku terperangkap dalam jem..namun aku bersyukur Ya Allah, Suamiku terpacul..Ya Allah telah kau permudahkan segalanya. Suamiku mengendong aniq sementara kami mendaftar setelah itu kami ke Bahagian X-ray. Kami diterangkan prosedur yang akan aniq lalui.. Mesin tersebut sangat sensitif hinggakan satupun alatan dari besi tidak dibenarkan dibawa masuk.. Lan dukung aniq kedalam dan aku hanya meninjau dari luar..mesin itu agak besar dan mempunyai torowong dimana aniq akan dimasukkan bawah torowong itu. Pakaian aniq semua dibuka kecuali diapers.. Aku hanya menahan hati...aku duduk dikerusi bimbang andai aku tak mampu menahan hati..
AIRMATA KAMI
Aku mencuba sekuatnya menahan hati...Prosedur akan dimulakan... Lan mendukung aniq masuk kedalam.. Aku tak pasti apa prosedur seterusnya. Aku terkejut melihat lan keluar dengan linangan airmata.. Dia gagal menahan airmatanya katanya sejurus selepas aniq disuntik bius, aniq masih lagi sedaya upaya untuk bangun dan terus kuat mengengam tangannya agar tidak dilepaskan...Ya Allah airmataku tak tertahan lagi..aku menuju ke Surau, usai Dhuha, airmata menjurai-jurai...Ya Allah lindungilah anakku Aniq....
DUGAAN LAGI
Aku masih sabar menanti diluar... tiba-tiba beberapa orang doktor menerpa ke Bilik MRI. Aku agak takut dengan situasi itu..mereka bercakap sesama sendiri. Hanya Allah yang tahu hati kami... rupanya Mesin MRI tiba-tiba breakdown. Tidak cukup dengan Technician, Enginener dipanggil untuk menyelesaikan masalah.. Pintu bilik MRI dibuka dan aku hanya melihat aniq dari jauh.. Dr Hafiz memangil kami masuk sementara kerja-kerja pemulihan dibuat. Aku minta suamiku masih sekali, namun dia menolak..dia tak sanggup melihat aniq dalam keadaan itu...
SAYANGKU SEDANG TIDUR
Aku berdiri ditepi mesin memandang anakku.. lalu mengambil kerusi untuk duduk berdekatan anakku..aniq sedang tidur..aniq diselimutkan.. Nadi dan pernafasan aniq dipantau oleh Dr. Hafiz. Alat itu berbunyi..Aku banyak bertanya dan mujur Dr Hafiz sangat peramah.. Dr muda itu telahpun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata..aku diajak bersembang mungkin itu salah satu terapi untuk menenangkan perasaan.. dia juga seorang bapa dan pasti dia faham situasi kami.. Aniq masih lagi lena.. hampir 40minit juga kami menunggu mesin itu berfungsi semula dan aku melihat Pakar memanggil Dr Hafiz menandakan prosedur akan dimulakan semula.. Aku melihat aniq bergerak dan menurut Dr. Hafiz bius aniq akan ditambah lagi...
TAMAT PROSEDUR..
jam hampir melewati pukul 12.. tak lama kemudian lampu MRI dipadam menandakan prosedur telah tamat.. Kami diminta mengambil aniq.. Lan terus menerpa ke arah aniq..Aniq masih belum sedar sepenuhnya dan diberi bantuan pernafasan melalui oksigen.. menurut doktor sekiranya aniq masih lagi tidak sedar, aniq akan diberi ubat...segalanya bergantung dengan keadaan..Aniq tertidur di bahu suamiku.. kini kami sedang menunggu laporan MRI aniq dan prosedur bayaran..
ANIQ SEDAR SEMULA...
Ya Allah girangnya hatiku,,mata dan tangan aniq bergerak-gerak...Aniq sudahpun sedar semula biarpun masih mamai-mamai..aku mengucup aniq..Ya Allah syukur prosedur aniq berjalan dengan lancar...
HEMANGIOMA @ AVM
Alhamdulillah...
Menurut Doktor Hafiz..bengkak dikaki aniq dikenali sebagai hemangioma @ AVM iaitu penyakit berkenaan dengan kecacatan urat saraf darah... Kami bersyukur sekurannya ianya bukan ketumbuhan... Penerangan sepenuhnya akan kami perolehi dari Doktor apabila pulang ke Hospital nanti..biarpun penerangan itu pendek ia cukup mengubat segala kesusutan kami....kami bertolak balik semula ke Hospital Purtrajaya
TIADA UBAT
kami ke Wad 2C semula...Laparnya perutku Allah sahaja yang tahu..barulah ada selera makan...;)
Kami menunggu dengan sabar kedatangan doktor pakar melawat aniq
Tepat pukul 5ptg.. kami dikunjungi oleh Doktor Archiat, Doktor Jun dan seorang doktor pelatih. Dari jauh kami melihat Dr. Archiat dengan senyuman..sempat lagi dia bergurau mengatakan hari ini baru dia melihat kami tersenyum kerana sebelum ini hadir dengan wajah yang duka..aku hanya ketawa..dalam hati kami tak sabar untuk mendengar penerangan tentang Aniq..
menurut Doktor Archiat, buat masa ini tiada ubat untuk penyakit aniq ini.. ianya akan sembuh sendiri dan akan memakan masa sehingga 10 tahun... Ini adalah berkenaan dengan urat saraf darah dimana lebih sesuai di katakan bercelaru dan bergumpal...
Biarpun sedikit lega kerana ianya bukan ketumbuhan yang bahaya, namun kami dimaklumkan untuk menjaga kaki aniq supaya tidak cedera...tidak jatuh..tidak patah..tidak luka.. kerana disitu beribu urat darah...
ANIQ TANGGUH SEKOLAH
Mendengar nasihat doktor..aku dan suamiku mengambil keputusan menangguhkan persekolahan aniq di Permata. Kami bimbang andainya aniq akan cedera...biasalah kanak-kanak manakan mahu hendak duduk diam...
PERUBATAN ALTERNATIF
Biarpun percaya sepenuhnya akan perubatan moden..kami tetap juga berkunjung ke perubatan alternatif yang lain.. Awal-awal lagi Pakcik Saifudiin dan Pakcik Bahadum katakan bahawa penyakit aniq adalah berkaitan dengan otot dan bukannya tulang atau ketumbuhan.. mereka diberi keistimewaan 'melihat' dengan izin Allah tanpa sebarang alat pun.. dan sebenarnya kata-kata mereka banyak menenangkan hati kami..
Kami juga berkunjung berjumpa seorang ustaz di Seri Menanti, mungkin ada benarnya pada awalnya ianya adalah gangguan kerana kaki aniq sakit setelah satu malam aku bermimpi kaki aniq dipijak gajah.. sedarnya aku dari mimpi itu aniq menangis dan kakinya tiba-tiba bengkak sedangkan sebelum itu aniq sihat.. Segala yang berlaku adalah rahsia Allah dan Allah sahaja yang mengetahuinya...
Dimana sahaja kenalan memberitahu pusat perubatan kami akan berkunjung. kami juga mengunjungi Darul Shifa dan Pusat Perubatan Cahya Syifak di Kajang..
Tak lupa juga kami mengirim doa buat sahabat dan saudara yang mengerjakan Haji.. memohon mereka mendoakan aniq di hadapan Kaabah.. terima kasih dan hanya Allah yang mampu membalasnya...
kali terakhir kami membawa aniq berurut dengan Nek Wan di Presint 11. Nek Wan sangat lembut dan baik orangnya... Nek Wan di perkenalkan oleh seorang cikgu di sekolah suamiku.. Nek Wan tinggal di terengganu dan kadang-kadang datang ke Putrajaya mengunjungi rumah anaknya disini..
Alhamdulillah berkat segala doa, bengkak kat kaki aniq beransur-ansur pulih seperti sediakala.. Allah telah menunaikan doa kami..
JANUARI 2014
Kini aniq sudahpun menyambung persokolahan semula sejak Januari yang lalu.. Aniq semakin lincah...makin pandai...makin bijak dan bertambah kerenahnya...
Bulan 7 nanti aniq akan dapat adik...kandunganku yang ke-4
Allah menguji kami namun aku melihat ujian itu sebagai percaturan yang sangat cantik.. Aniq sentiasa ingat sakit dikaki dan kerana itu aniq sangat berhati-hati..dalam bilik air aniq akan berjalan dengan perlahan dan menerima kataku bahawa aniq tak boleh berendam lame..lalu sehingga kini kami tidak lagi mengunjungi kolam atau air terjun..segalanya demi kebaikan aniq...
Kiranya dulu aku bertanya kenapa kandunganku tiada...aku telahpun menerima jawapannya... Allah lebih tahu bahawa belum masanya.. kini setelah aniq sembuh aku mengandung semula... Allah lebih tahu aku sangat lemah jadi Allah tidak mendugaku dengan dugaan yang berganda... Allah Maha Penyayang terhadap hamba-hambanya.....
Moga Allah selalu melindungi cahaya mataku dan seisi keluargaku...
Amin....
Subscribe to:
Posts (Atom)