Sunday 27 October 2013

Aniq sayang...Allah sedang menguji kita...

Allah sedang menguji Aniq sayang...sebab Allah tahu Aniq anak yang baik dan kuat..Aniq anak ibu yang sangat baik..sangat tabah..sangat istimewa...ibu, ayah dan semua sayangkan aniq...

Aniq sayang..

sejak aniq dalam kandungan ibu lagi Allah menguji kita kerana Allah sayangkan ibu dan Aniq..ketika ibu bertarung nyawa hidup dan mati kerana 'sesuatu' yang ibu sendiri tak tahu puncanya...aniq setia menemani ibu.. Allah melindungu aniq dalam rahim ibu.. pelbagai ubatan yang ibu makan untuk berubat sayang..namun sayang ibu sangat kuat dan Allah melindungi Aniq sehinggalah 9 bulan dalam kandungan ibu...

Ketika ibu amat-amat tertekan dengan dugaan..dengan kesakitan..Anak ibu sentiasa menemani ibu..anak ibu sangat kuat...

Aniq oh sayang... sepatutnya 8 September 2010 hari aniq akan dilahirkan..tapi sayang ibu sangat baik...Aniq tunaikan hasrat ibu nak makan ketupat dan rendang makwan...14 September 2010 barulah aniq melihat dunia ini..Itupun secara paksa..Aniq tahu dari 11 September ibu masuk wad..nurse-nurse cakap, semua orang dah bersalin tapi anak ibu ini tetap tidak mahu menjenguk bumi...kenapa sayang...ibu tahu sebab aniq tak mahu berpisah dengan ibu kan..tapi sayang ibu menanti untuk melihat permata ibu ini...

14 September 2010...Kesakitan yang ibu tanggug ibu tak mampu tahan sayang...ibu menangis...ibu meronta tapi selepas 12jam ibu inta untuk dibedah..doktor marah tetapi akur dengan permintaan ibu..ibu dah tak sabar nak melihat aniq...andai kata nyawa ibu sampai disini ibu tetap mahu melihat anak ibu dahulu.. saat terdengar tangisan aniq ketika menjergah dunia..hilang segala sakit..hilang segala derita sayang..aniqlah segala-galanya pada ibu..ibu tak sanggup berpisah dengan aniq...Aniq anak yang sangat baik..ketika bayi-bayi lain menangis dan saat itu ibu  sakit menangggung akibat ceaser, Aniq tidur dalam dakapan ibu..oh anak ibu bertuahnya ibu..

Genap 3 hari umur aniq..kita balik kerumah.. ketika ibu-ibu lain bimbang anak terkena jaundis, anak ibu langsung tidak diduga begitu.. aniq bebas dari jaundis...anak ibu sihat..

Namun ibu dan aniq diduga..Aniq tiba-tiba batuk dan luka jahitan ibu pula terbuka..ibu tak kisah apapun yang berlaku pada ibu tapi doa ibu aniq akan sihat...

Sekali lagi ibu dan aniq kena masuk wad..namun kita terpisah wad..Allah sahaja yang tahu betapa airmata ibu tak mampu tertahan-tahan lagi..ibu menangis dan menangis sebab ibu tak sanggup apapun berlaku terhadap Aniq..ibu terpaksa tinggalkan aniq diwad lain tapi mujur hamba Allah itu baik menjaga aniq di kaunter ketika ibu dirawat... demi Allah sayang sekiranya berlainan bangunan pun ibu tetap sanggup berjalan.. demi anak ibu..itulah rutin ibu..sekejap2 ibu keluar wad ibu menjenguk anak ibu..kekadang saat ibu sampai Aniq sedang lena tidur..kekadang aniq bermain sendirian..anak ibu sangat kuat...dalam wad NICU tu aniqlah bayi yang paling besar...tak padan baru 2 minggu...anak ibu sangat tabah....

Keluar je aniq dari wad..Aniq pula terpaksa menemani ibu..lihat sayang, dari kecil lagi aniq tak pernah tinggalkan ibu...aniq sentiasa menemani ibu saat ibu sakit...

Ibu ingat lagi sewaktu aniq sembelit sebab bertukar susu..biarpun anak ibu menangis teresak-esak..namun aniq tetap kuat..aniq tetap meneran..kuatnya anak ibu ini..

ibu ingat lagi saat aniq ditahan wad.. Anak ibu tetap cergas..tetap riang...Aniq tarik jarum ditangan aniq sampai doktor pun terkejut...

Ibu ingat lagi saat Aniq demam dan suhu mencecah 40C.. Aniq tetap kuat..aniq tak menangis pun..anak ibu sangat kuat...

Setiap bulan ayah menemani aniq mengambil suntikan..sekalipun aniq tak pernah menangis..aniq lali dengan suntikan...

Aniq tahu ibu merintih kerinduan saat ibu terpaksa menghantar Aniq kat Klang..ibu terpaksa sayang ibu tak san

30 Ogos 2012... tarikh ini merampas segalanya dari ibu..pukul 3 pagi aniq menangis mengadu pada ibu...peha Aniq tiba-tiba bengkak...Ya Allah dugaan apakah ini..ibu apakah ini sehingga ibu tak pernah sedar peha aniq bengkak...dari mana ia datang...dan kenapa berlaku begini pada aniq..

Sejak dari itu kita sentiasa berulang alik ke Hospital...tak cukup dengan hospital ibu cuba juga perubatan islam...

Tiada yang lebih melukakan hati seorang ibu dari melihat anak yang ibu kandung 9 bulan ini sakit.. dari kecil ibu sabar menanti..ibu melihat anak ibu meniarap...merangkak..bertatih dan kini anak ibu telahpun berlari namun kenapa sekarang setiap pagi anak ibu sukar berjalan.. Ya Allah dugaan apakah ini...

Namun anak ibu tetap kuat..ketika kaki aniq sakit..aniq tetap cuba berjalan..bertatih semula seperti yang ibu lihat dahulu..tapi tahukah aniq hati ibu turut hancur berkecai..airmata ibu tak tertahan-tahan...

September 2013...kaki aniq sakit semula dan kini bengkak itu tak juga surut-surut..Ya Allah dugaan apakah ini.. dari Putrajaya..ibu tukarkan rawatan aniq ke PPUKM..kini ibu tukarkan semula ke Hospital Putrajaya.. 30 Oktober ini aniq akan menjalani ujian MRI kat Hospital Serdang.. Allah sahaja yang tahu betapa dukanya hati ibu..

Allah sedang menguji kita aniq kerana Allah tahu anak ibu seorang yang kuat..yang tabah... Tabahlah sayang menghadapi ujian ini, In shaa Allah, Allah telah janjikan hikmah yang sangat banyak...tentang ibu..ibu tak sekuat mana sayang..birpun luaran ibu tak mampu nak mengalirkan air mata namun hakikatnya hati ibu sangat-sangat lemah.. ibu tetap mohon Allah jangan berterusan menguji kita kerana ibu bimbang ibu tak mampu menghadapainya...ibu takut ibu terus tersungkur kerana kekuatan ibu makin pudar...

kini tinggal beberapa hari menjelang 30 Oktober 2013.. petang 29hb ni aniq akan ditahan wad dan paginya aniq akan dibawa dengan ambulan ke Hospital Serdang...kuatkah ibu aniq..ibu sangat bimbang..

Moga Allah ringankan ujian ini.. ibu doakan anak ibu sentiasa sihat..ibu tak sanggup sesuatupun menduga aniq... Ibu dah kehilangan kedua-dua adik Aniq....biarlah aniq sentiasa bersama ibu hingga akhir hayat ibu...


Sunday 22 September 2013

we're going to Langkawi....:))))

22 September 2013... hari yang di tunggu dah pun menjelma..we're going to Langkawi...yeee haaaa... habiskan cuti  @ Langkawi sampai hari khamis..rest and rest...


remember wati  only 20kg okiey.. jangan nak shoping sakan macam bawak flight sendirik..hope everything we'll be okey..may our journey full fill with happy and lucky..yerlah tpt orang kan..moga tak sesat jalan...




Wednesday 18 September 2013

Good Job.... Suamiku....!

Alhamdulillah....

Syukur kepada Allah atas kemurahan rezeki buat suamiku...

Dia telahpun menerima undangan untuk dilantik sebagai Fasilitator bagi Daerah Sepang khas untuk Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah Secara Elektronik (eSPKWS) bagi sekolah-sekolah seluruh Daerah Sepang...Bermula daripada 17 - 19 September 2013 ni dia akan mengajar,  membantu dan mencurahkan ilmu kepada para peserta bengkel dari seluruh Daerah tersebut...


Perkara ni telah diumumkan oleh Guru Besarnya dalam mesyurat dengan guru-guru dan staf sekolah.. seronoknya aku melihat suamiku gembira.. iyerlah kami cuma Pembantu Tadbir je.. mungkin pada orang lain apalah sangat tapi ini lah rezeki kami menyara seisi keluarga.. dan inilah khabar gembira buatku juga buat suamiku kerana inilah peningkatannya dalam bidang pekerjaannya... tepukan gemuruh dan ucapan tahniah dari seluruh warga SKPM akan menjadi titik semangat buat suamiku untuk berkhidmat dengan lebih baik...



Suamiku sangat lembut hati dan suka membantu... bukan aku yang memuji tetapi setiap orang yang mengenalinya.. kata mereka mungkin inilah ganjaran yang diterimanya kerana Allah lebih tahu sesuatu yang terbaik buat hambanya..

Biarpun adakala terdengar jenaka sinis yang menguris hatiku..mungkin pada mereka itu gurauan tapi biarlah gurauan itu kena pada tempatnya.. jangan meminggir pada yang rendah dan jangan terlampau mendongak pada yang tinggi kerana rezeki itu semua datangnya dari Allah..


Apapun selamat berkhidmat sayang....

Saturday 14 September 2013

Potong Kek 3th... Happy Birthday Sygku Aniq

14 September 2013...

Hari ini genap usia anak ibu 3 tahun... Ibu dan ayah serta semua doakan kesihatan..kejayaan..kebahagian dan kerahmatan buat anak ayah dan ibu..Muhammad Aniq Aqmar bin Azlan... cahaya dan permata kami..

Ibu dan ayah sayang aniq.. ibu harap aniq jadi insan yang terbaik buat semua..
















Cara Aku Berpantang....


13 September 2013... Bermulalah episod hidup aku untuk kali keduanya berpantang sendirin tanpa mak..takpe lah mak pun banyak urusan kat umah..edi pun tak berapa sihat lagi..rasanya itu lebih penting..aku ni pantang gugur je bukan ada baby nak kendong pun... dan sepanjang berpantang inilah aku cutikan aniq 2 minggu...huhuhu..

balik dari Hospital dah pun jam 5.30.. aku singgah dulu kat kedai, makan Sup Daging.. kat rumah ina dah pun siap-siap tumbuk  Ikan Bilis ngan Blender Lada Hitam...laukku sepanjang tenpoh 44 hari ini.. aku biasajer cuma sakit ckit-ckit jer kat ari2.. in shaa allah 2-3 hari ni sihat ler..

Silap aku tak sediakan segalanya dengan lebih awal...stokin ntah kemana..sampai umah aku terus tido mungkin sebab kesan ubat tidur tu ada lagi.. tepat pukul 8 mlm, husband aku kejut ajak keluar beli barang2 untuk aku berpantang..aku ok jer..pakai stokin lan..pakai sweater..seluar panjang dan kami ke Pasar Malam..
tiba-tiba kat umah ni semua berpantang sebab pantang tengok sambal ikan bilis..hish..hish..
Beginilah Inilah rutin aku berpantang..MC dapat seminggu jer dan minggu berikutnya aku akan sambung pantang kat Langkawi...memang takdir Allah nak aku berahat 2 minggu ni..nak keluarkan aku dari masalah & stress kat Pejabat tu..Alhamdulillah indahnya peraturan Allah...

Alhamdulillah sesampainya di Pasar malam, semua yang aku cari ada.. mulalah memborong Buah Delima.. Jamu Godoq @ Ubat Periuk..Stokin baru 3 Pasang.. Cuka Kurma dan air gamat.. rasanya lengkap dah untuk aku berpantang...yang lain-lain stoknya ada lagi kat peti ais..

Cuka Kurma..Air Gamat & Ubat Periuk..

Air Periuk @ Jamu Godog

Balik tu terus aku rebus ubat periuk tu untuk minum... Cuka Kurma tu aku campur dengan cuka biasa untuk Sambal Ikan Bilis Lada Hitam aku.. banyak khasiat cuka kurma ni..

Suhun makan dengan ikan bilis n lada hitam..



Pagi bangun tidur..aku akan minum air periuk dan sedikit sarapan biskut @ roti..dalam pukul sepuluh camtu aku minum air cuka kurma dan sup suhun ada hitam.. petangnya makan biskut dan berkala aku minum air gamat ataupun air kopi cicah biskut... Sambal Ikan Bilis Lada Hitam tulah lauk harianku..tak miss punya walaupun ada lauk yang lain..

Setiap malam sebelum tidur suamiku akan urut kaki ngan badan dan lepas tu tungku aku dengan bantal panas aka Tngku moden..mujur ada..mana nak cari tungku batu sekarang kan.. sebelum pakai stokin aku lumur pulak tapak kaki dengan Mintak Angin Anugerah...panas giler..



Terima kasih suamiku kerana menjagaku..menjaga kesihatanku... letih dan penat balik kursus pun tetap akan tungku seluruh badanku..terima kasih sayang..

Alhamdulillah aku berbengkung walaupun bukan bengkung cam bersalin tu... sapu dulu kat perut ngan sekeliling pinggang dengan Losyen Halia Cosway..

mana aku nak cari tukang urut kan..so dah 3x petang aku dan suami berurut elektrik kat Pusat Perubatan Al-Jabbar, Dengkil....

In shaa allah moga 44 hari  ini aku mampu menjaga diriku dan berdisiplin sebaik mungkin....

Friday 13 September 2013

ERPOC....sekali lagi.....

13 September 2013 @ Hospital Putrajaya

Dengan ketentuan dan izin Allah aku sebagai hambanya tak mampu lari dari takdir ini...buat kali keduanya aku kehilangan sekali lagi kandunganku... ERPOC @ D&C..

12 September 2013 @ 7.00 mlm...

aku dan suami bergegas ke Unit Kecemasan & Trauma, Hospital Putrajaya.. ini kerana ptg tu perut aku sakit dan tiba-tiba keluar satu ketulan berwarna merah... sesampainya disana dan melalui beberapa prosedur aku diklasfikasi sebagai incomplete miscarriage..aku turut membawa ketulan itu bersamaku.. aku dihantar ke Dewan Bersalin untuk scan sekali lagi.. tunggu punya tunggu aku diperiksa oleh Dr. Emily.. sangkaan meleset ketulan yang keluar itu bukan kantungku...biarpun hampir 3 minggu bleeding, kantung itu masih lagi tidak keluar dengan sendirinya.. menurut Dr.Emily, kantungku masih berada diatas dan sukar untuk gugur namun tidak mempuyai janin.. oleh demikian aku harus juga melalui proses ERPOC @ cuci rahim...

Aku cuma tersenyum dan mengangguk... dulu juga begini.. dan jawapan ini juga yang keterima dahulu...jadi aku sudah lali dan aku telahpun menerimanya dengan hati yang terbuka.....

Pagi 7.30 @ 13 September 2013... aku sudahpun mendaftar masuk ke Wad Jagaan Harian, Hospital Putrajaya ditemani suamiku tercinta.. aku ditempatkan di Katil No. 14 sementara menunggu prosedur selanjutnya.. Setelah dimasukkan ubat untuk bukaan rahim, aku berbaring sambil menunggu giliran aku ke Bilik OT.. aku bersembanghg-sembang sambil bermain hp...aku memandang suamiku.. insan yang amat menyayangiku.. dan begitu juga aku...




Dalam hatiku sentiasa berdoa Allah mengampunkan dosaku...memudahkan prosedur hari ini dan yang paling utama aku doakan Allah memelihara auratku... Alhamdulillah Allah memperkenankan doaku...

Pukul 1030 aku ditolak masuk ke Bilik OT.. dalam kekalutan aku terlupa bersalaman dengan suamiku... Ya Allah moga masih aku berkesempatan berjumpa dan mencium tangan suamiku...ampunkanlah keterlupaan ku

Sesampainya aku di Dewan Bedah.. aku berbaring dan menunggu waktu untuk dimasukkan ke Dewan No. 9.. Sesampainya di  Bilik Dewan No. 9.. aku berbaring dan dikelilingi semuanya doktor-doktor wanita... alhamdulillah... Aku berbaring dan mulanya tangan kiriku dicucuk untuk drip air tetapi suntikan Dr. Radha itu tidak menepati dan sekalian kali tangan kananku pula dimasukkan jarum... dengan lafaz bismillah, Allah mempermudahkan..

Aku diterangkan prosedur sementara aku mula dipasangkan topeng oksigen.. aku disuruh mengucap dan mengingati Allah dan bersekali itu ubat tidur dimasukkan...mataku semakin berat dan saat itu aku langsung tidak sedar....

Aku tersedar apabila namaku dipanggil berulang-ulang kali... Alhamdulillah prosedur itu telahpun selesai dan aku akan dihantar ke katilku semula.. sesampainya di katil suamiku setia berada bersamaku, menyuapkan bubur..air...sebelum meminta izin keluar untuk Solat Jumaat.


Biarpun lemah tapi sebenarnya aku telahpun mengajar diriku untuk kuat... aku harus kuat untuk menempuhi ujian yang mendatang...

Tepat pukul 4 aku dibenarkan balik dan bermula lah episod diriku untuk berpantang sendirian semula.....

Thursday 12 September 2013

Goodies Bag Birthday Aniq @ Permata Negara

Dari minggu lepas sibukpikir apa nak ditaruk dalam Goodies Bag Birthday Aniq ???...  hari sabtu aritu ibu ngan ayah dah gi survey kat Dengkil tapi masih lagi tak memenuhi citarasa ibu... ibu nak yang simple dan bermakna..hahahah..apa ek...

Fikir punya fikir akhirnya ibu rasa ibu nak buat sesuatu goodies tu nanti...COKLAT OREO... yeeehaaaaa..



Tugas 1 -... ibu cetak kad kecik untuk lekat atas kotak plastik tu..takpe yg dulu ada ibu edit jer..tugas ni mencabar sikit ni dhla ibu takder printer color..sib bik tempat uncle ihsan ada.. takpe wati...sila-sila...he3..ayat dia...

Tugas ke- 2... beli coklat..beli kotak plastik.. beli biskut dan sumi... sumi ni kena lebih nie...hish...confirm tak cukup ler..kan dh betul 2x ngulang Mydin beli biskut ngan sumi..ayah ngan auntie lora jadi mangsa...


Tugas ke-3..Kad luar tu kena ada la..kena la besockit n ada gambo aniq.. dh plastiknya warna oren, temanya jd oren juga ler.. cam rezeki jer kena pulak jaga KBP.. sempat aku mendecoratenya.. print?? tpt biasa....


Tugas ke-4... cfirmla mama kena tolong ibu.. acuannya ada satu jer..ibu pulk penuh dengan appoinment hospital..mujur mama membantu..tolong cairkan coklat..masukkan dalam acuan dan lepas siap semua ni baru masukkan dalam goodies bag..



Ibu kesempitan masa sangat.. malam ni dah 12hb.. esok ibu dah kena warded.. pagi esok 60 goodies ni nak kena hantar ke sekolah aniq buat kawan-kawan aniq..sian sayang ibu tak dapat meraikan dengan kawan-kawan, esok aniq kena cuti dah.. ayah jer hantarkan n cikgu edarkan...

siap jugak akhirnya 60 pek....
Takpelah sayang yang penting aniq ada dengan ibu..ayah..mama..abg haikal dan abg irfan.. nanti kita makan kek sama-sama yer sayang...


Wednesday 11 September 2013

Redha...dan akan terus redha....

Tarikh 13 September 2013.....Tinggal sehari lagi genap usia putera hati kami Muhammad Aniq Aqmar 3 tahun.. mungkin pada hari ini aku tengah sibuk-sibuk memikirkan sambutan harijadi aniq yang bagaimana..kek tempah dimana.. tetamu yang nak kami jemput atau paling yang utama kami fikirkan..HADIAH aniq...he3..

tapi tahun ini aku akan berada di hospital.. untuk kali keduanya...ERPOC..bermakna aku kini kehilangan buat kali keduanya kandunganku..kandungan tanpa janin atau bligted ovum...

Selepas tarikh ini aku akan berpantang semula dan menurut suamiku selepas ini kami tetap akan mencuba dan seandainya tertulis apapun takdirnya kami tetap redha..

Biarpun pelbagai lagi persoalan demi persoalan yang timbul namun bagiku ialah..bukan rezekiku dan Allah akan gantikan sesuatu itu dengan yang lebih baik.. biar apapun disebaliknya namun redha itu adalah lebih manis berbanding aku memikirkan sesuatu yang tidak nampak oleh mata kasarku....


Aku redha.. aku redha atas segala yang Allah takdirkan..seandainya ditakdirkan aku hanya mempunyai ANIQ AQMAR ku seorang..aku tetap redha asalkan aniqku sihat..beriman...berjaya dan menjadi anak yang terbaik buatku dan suamiku..bukankah kualiti itu lebih baik dari kuantiti...

Tiada siapa mampu meramal nasib yang mendatang.. aku sendiri tak mampu melawan dugaan demi dugaan..tapi Allah selang selikan dugaanku dengan rezeki yang aku sendiri tidak menyangka...bukankah itu sesuatu yang sangat manis untuk dikenang daripada aku memikirkan sesuatu yang masih ghaib...

Aku mengakui bahawa aku cuma hamba yang lemah dan terlalu banyak melakukan dosa-dosa yang aku sedari mahupun tidak aku sedari..moga Allah masih membuka pintu keampunan buatku dan suamiku...

Moga dugaan dan keredhaan ini membawa kami ke fasa hidup yang lebih baik...

Amin..

Sunday 11 August 2013

Keputusan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir...

Alhamdulillah selesai sudah penantianku...keputusan dah pun keluar..aku  dimaklumkan aku akan menjadi calon simpanan sehinggalah dilantik secara tetap..mulai program tranformasi SPA, setiap calon simpanan tiada lagi tempoh sah laku  seperti dahulu iaitu setahun...tetapi skrg setiapcalon simpanan akan kekal menjadi calon simpanan sehinggalah dilantik secara tetap...alhamdulillah...

Moga Allah murahkan rezekiku dan seisi keluargaku untuk aku menjawat jawatan ini..aku sekolah setakat SPM jer..ini sahaja caraku untuk meningkatkan kehidupanku dalam bidang kerjaya...

walaupun pada mulanya aku agak kecewa..namun muhasabah diriku kerna aku harus bersyukur kerana mengikut statistik SPA jumlah yang dipanggil temuduga adalah 49 ribu lebih dan kekosongan adalah 67 orang sahaja manakala 1000 orang adalah calon simpanan.. hampir 48ribu lagi calon disenaraikan tidak berjaya jadi tidaklah aku harus bersyukur bahawa rezekiku masih ada hinggakan Allah tentukan aku tergolong dalam kumpulan 1000 itu...



Wednesday 31 July 2013

I'm going to be mum again.....;))))

Alhamdulillah....

Sepatutnya 20hb julai ni aku dah period tapi tunggu punya tunggu nape still tak period lagi...ehem..ehem peknen tak..huhuhuhu..suka nyer...

Aku pun apa lagi terus sambar 2 alat peknen test kat watson.. punya tak sabor la katakan..malam tu terus buat..tapi cam kabur jer...tak puas hati pagi tu aku repeat lagi tapi bukan after bangun tidur lepas tidurbalik masa sahur tu aku test negetif pulak...

24hb Julai 2013


Tak puas hati..aku gi beli lagi peknen test... sorok2 beli kang lan kata membazir pulak kan... cam tu jugak keputusan dia..malam positif..naper pagi jadi negetif..aduhai..main nyorok-nyorok pulak..

tapi dah 2 naik negetif..tak jugak datang period maskudnya memang kompom la peknen kan... tapi peut aku ni kerap pulak rasa sakit....aku pulak dalam sakit-sakit ni bantai makan durian..tapi alhamdulilah takde pape pun..

tak puas hati punya pasal... aku terus gi Klinik wat checkup... aku story mori kat doktor tu so 16hb Ogos ni aku kena datang buat scan...tak puas hati jugak balik dari klinik aku gi beli lagi peknen test,,kali ni beli yang mahal sikit.. walupun still kabur2 tapi naik jugak 2 garisan...sah peknen...

cuma nape yer hati aku ni tak berapa sedap sangat....

Allah memberi aku peluang puasa penuh tahun ni..tiada sikit pun alahan seperti yang lepas-lepas..pening2 biasa ngan muntah sebab banyak makan tu biasa la...he3.. aku masih macam biasa..bangun pagi sediakan sahur..petang bekocoh2 sediakan makan berbuka..berterawih..shopping raya.... kudratku seperti biasa...alhamdulillah..mana tau kali ni rezeki anak perempuan pulak kan...

tapi yang tak bestnya tengok muka jenglot kat opis tu..aku tau perasaan dan hati aku memang tak berapa senang sebab dia..aku tau tuhan hadirkan ujian dan dugaan untuk aku sebab Allah sayangkan aku tapi aku tak mampu nak buang perasaan benci kat dia...aku takut juga perasaan ini menganggu kandunganku...

pepun aku kena tunggu 16 Ogos ni untuk buat scan... minggu selepas raya ni... moga-moga Allah permudahkan aku dalam menghadapi hari raya.. yelah raya dirumah mertua kan, takkan nak doak sajer...

In shaa Allah moga Allah permudahkan segalanyer... amin....

Wednesday 3 July 2013

My Careless....

3 Julai 2013...

Oh my careless....im so careless...

Anakku sayang si aniq terkurung dalam bilik air.. mula-mula aku cuba bertindak tanpa aniq sedar tapi usahaku membuka pintu masih gagal...aku berlari ke stor mencapai apa yang termampu namun tak berhasil..sambil-sambil itu aku tetap bersuara menyuruh aniq buka pintu dari dalam namun aniq tetap kata tak bole...dan terus menangis....

Mendengar tangisan aniq yang makin lama makin kuat buat aku juga hampir menangis..sudahlah lan tiada dirumah aku menjerit memanggil ina...samping itu tanganku terus cuba memcahkan pintu plastik tanpa aku sedari darah berhambur-hambur menitik ke pintu...



Melihat darah yang memenuhi pintu, lantai dan tanganku...baru aku tersedar tanganku terluka terhiris dek plastik pintu... aku dah tak rasa sakit yang paling utama ialah anakku...aku betul-betul buntu...

Melihat keadaan ku ina cuba mententeramkan keadaan.... aniq masih menangis...ina menyuruh aniq menjauhkan diri dari pintu dan cara yang terakhir ialah memecahkan pintu...

Alhamdulillah cara itu berhasil... dan darah dijariku memenuhi ruang bilik....masih lagi berhambur keluar...aku  terduduk.. oh tak dapat ku bayangkan sekiranya berlaku sesuatu terhadap anakku sayang...mujur Allah ada dan ina juga ada membantuku...


Inilah peringatan buatku dimasa hadapan... buat anakku sayang inilah pengorbanan seorang ibu dan begini jugalah mak dan ayah berkorban untukku..




Saturday 8 June 2013

Melaka...Kami datang...

Semalam dah lepas aku dari stress Interview EO so arini kami 2-2 amik cuti saje dok umah rehatkan minda.. plan asal nak gi kedah tapi tak sedap hati pulak aritu janji ngan mak sekali..pikir punya pikir last2 dah puul 4 baru amik keputusan.." kita gi Melaka nak tak ayg.." haaaa last minit punya plan..jadi jugak..

Dengan hujan yang lebat kami gi jugak..sampai Melaka hampir jam 7 malam.. salah plan la, sampai jer sana hujan lebat sangat takle nak jalan mana..nak tak nak merata kami cari nak booking hotel.. cari punya cari..call punya call akhirnya kitaorang menetap kat Dream Hotel.. ni pun merata mencari dalam hujan..okla setakat nak tidur jer daripada kena tidur dalam keta kan...


Sampai jer Hotel, Check in..mandi..sembahyang..kami turun makan kat gerai betul-betul berdepan dengan hotel tu.. lepas tu terus naik bilik semula sebab hujan makin lebat...nak kata tak ok tu..bole la Hotel ni.. Bilik ni ada 2 katil single dan yg paling penting toilet dalam bilik..wifi pun ada..

Pukul 1130 kitaorg check out dan terus jalan-jalan sekitar Bandar Melaka... merasalah naik Beca berhias yang tak berapa berhias RM 25.. makan agak mahal jugakla tapi dah takde pilihan asal kenyang dah la.. Aniq buat perangai biasa dia nak mainan.. sebut pasal beca rasanya better jalan jer tak payah amik beca sebab dia pusing sekitar tu jugak..cakap macam jauh lah tapi tak serupa bikin langsung..hantar kitaorang kat A famosa bergambar..then hantar kat tpt makan tu jer...takpe kami halalkan...









Penat....memang penat nak tangga kat A famosa tu..pastu jalan sekitar dengan panasnya.. teringin nak naik bot yang kat sungai ala-ala venice tu tp siang tak best la..nak tunggu malam nak kena check in..petang ni nak balik n9 dah...

Buah Tangan ?? aku sempat beli fridge magnet je.. hihihi.. dodol..budu..cencaluk aku beli masa otw balik n9, singgah kat tampin... bole la melepaskan niat...nanti2 datang lagi lah...