Monday 6 May 2013

Arrghhh.. serabutnya dan kusutnya hatiku..

Ya Allah.. lapangkanlah dada ku ini.. sesungguhnya saat-saat ini aku dalam keadaan gelisah dan tertekan..


lalu amalkan lah..

" Allahumma inni a'udzubika minal hammi wal-hazan.."

Ya Allah aku bermohon dijauhkan dari perasaan sedih dan gelisah....


Thursday 2 May 2013

Andai ini ujian buatku....

30 April 2013..



Aku dah tak mampu nak rahsia lagi.. aku keluar makan dengan lan..aku khabarkan juga kerisauan yang membenak fikiranku...aku tak mampu menyimpannya seorang... lalu aku ke klinik..

Aku keseorangan kerana suamiku harus balik ke Pejabat.. bila nombor giliranku dipanggil aku terus menyatakan segalanya..doktor menjalankan pemeriksaan dan katanya aku harus mendapat rawatan lanjut ke Hospital.. sekeping surat diring bersama untuk aku mendapatkan tarikh temujanji...

Hatiku rawan.. gelisah.. Ya Allah inikah dugaan untukku...

Airmataku tak mampu nak ditahan lagi..aku menagis dihadapan suamiku.. aku tak tahu perasaan yang bagaimana harus aku gambarkan.... mataku tak mampu untuk lena..fikiranku apatah lagi....

1 Mei 2013

Atas cadangan suamiku..kami balik ke kampungku.. aku percaya setiap penyakit ada ubatnya.. rawatan islam dan rawatan moden tetap aku percaya..

lalu kami ke rumah Pakcik baharum, kawan ayah.. mendengar kata-katanya hatiku sedikit lega.. moga Allah membantuku....

2 Mei 2013

Tepat pukul 9 kami ke Hospital Putrajaya... suamiku mengambil cuti semata-mata untuk menemaniku..hakikatnya aku takut dengan  segalanya... namun dalam hati aku sedang membina semangat untuk diriku.. aku sedang membina diri untuk redha... kata-kata doktor itu aku amati satu persatu.. terdapat sinar harapan dalam kata-katanya... moga Allah merahmati doaku... dan jauhkan aku dari duka ini

9 Mei 2013 ini aku harus datang semula untuk menjalani ujian patalogi..doktor sudahpun maklumkan untuk mengambil sampel dan menjalankan ujikaji makmal.. hakikatnya aku takut..sangat takut.. dan keputusan akan aku terima pada 30 mei 2013 nanti..



Doaku..

" Ya Allah aku redha segala ujianMu namun Ya Allah aku adalah hambaMu yang lemah, bantulah daku dalam mengharungi kehidupan ini.. Tabahkanlah hatiku dan tunjukkan jalan keluar yang terbaik buatku.. Andai ini yang telah tertulis aku redha andai ini sekadar UjianMu aku mohon Kau ringankanlah.. Kau berikanlah kesihatan yang baik buatku dan selutuh ahli keluargaku... Amin.."