Thursday 31 March 2011

Info Sihat

Info Sihat

Aniq nak tumbuh gigi

Semalam aku ngan lan cuti..dah lama sangat plan nak gi klinik bawa aniq..sian sangat dah kat aniq..

kul 11 aku, mak ngan lan bertiga ke Klinik Pakar Kanak-Kanak J. Yong...sib baik jalan tak jem sangat. sampai jer kat klinik aniq ditimbang..naik 200g jer..8.4kg..tp aku rasa berat aniq cam dh turun, dah seminggu cirit birit jer

aniq kena sedut gas, doktor kata kahak dia banyak sangat...aku tanyakan juga pasal ruam lampin n cirit birit aniq..kata doktor tu stage dia..1 kemungkinan aniq suka masukkan barang dalam mulut..once lagi maybe nak tumbuh gigi...

pagi tadi tengah siap-siapkan aniq untuk bagi ubat..kitaorang pun ngangakan mulut aniq..sah bayi kami ni nak tumbuh gigi...patut ler meragamnyer lain macam sangat..




Aniq senyum dah nampak gigi..hihihihi

lepas ni aniq jangan gigit ayah ngan ibu tau...

terima kasih mak, ayah ngan akak yang jaga aniq minggu nie..tak sanggup aku nak antar aniq kat nurseri..nt makin teruk ruam dia..terima kasih mak..ayah ..akak..pengorbanan kalian amatlah ti ngan lan hargai..

aniq bila besar nt jangan lupa jasa dan budi atuk, wan ngan umi tau....

Sunday 27 March 2011

mandi kolam@ Putrajaya...

Dah lama sangat aku janji ngan ipan nak ajak mandi kolam..malam ni dorg dah nak balik kedah..so petang tadi kitaorang otw dari serting terus singgah kolam kat Presint 9..so apa lagi ipan ni memang suka kolam terus jer terjun..huhuhuhu...aikal malu-malu padahal kalau kat umah, dialah gangster..apalah dak pok nie...










aniq tunggu eh..besar nanti ibu bawak mamdi kolam...arini aniq tengok abg ipan ngan abg aikal mandi jerlah ehh..kita tunggu jer tepi nie..

Saturday 26 March 2011

Majlis kenduri Doa Selamat

Alhamdulillah tercapai juga hasrat kami sekeluarga untuk mengadakan kenduri doa selamat untuk kami seisi keluarga..bermula dengan niatku untuk aniq..akhirnya abg izan mencadangkan untuk sama-sama joint sekali wat kenduri untuk anaknya qaleesya dan baby yang bakal lahir nanti...makayah pulak niatkan doa selamat untuk semua cucu-cucu dan anak-anaknya..Alhamdulillah semuanya disatukan dalam 1 majlis....

puas kami mencari tarikh yang sesuai..

 kebetulan ina ngan anak-anak balik cuti sekolah, untuk meramaikan ahli keluarga jadi kami tunggu tarikh hari ini...

 Malam 26 Mac 2011 berlansung la majlis kendiri ini...Moga Allah memberkati hajat kami...

Terima kasih ayah, mak dan seisi keluarga yang bertungkus lumus untuk kendiri ni...tak lupa kepada yang masak..yang mengupas bawang..dan jiran-jiran yang menolong..minta maaf sebab kalian 'mengalirkan airmata' dek asap yang penuh rumah..huhuhuhu..ampunnnn
















terima kasih semua..luv u all...

Thursday 24 March 2011

Aniq oh aniq....kesian sayangku..

Aku cuti arini..tak sanggup rasanya nak anta aniq kat nurseri lagi..aku betul-betul terasa tekanan dan dugaan bila melibatkan perkara berkaitan aniq...aku tahu orang lain takkan mampu menjaga aniq sebaik keluarga sendiri..tapi aniq masih bayi..dia tak tahu apa pun..sebelum ni aniq tak pernh alami benda nie..

kemarin aniq menangis..kuat sangat...mungkin ruam lampin tu dah melecet..itu yang aniq rasa pedih bila kena air..tapi nak tak nak aku kena juga cuci berak ngan kencing dia gunakan air...tiap kali aniq menjerit sakit...tangisan dia betul-betul merentap hati aku...

aku tak tahu apa aku nak buat..aku takkan mampu cari tempat yg terbaik untuk jaga aniq..semua nurseri sama jer..selagi mereka tak terkena kat batang hidung sendiri, selagi itu mereka akan lalai dengan tanggungjawab dan pekerjaan mereka..mereka buat kat anak oran..aku doakan tuhan akan membalas perbuatan diaorang..aku tak doakan untuk anak mereka..tapi biarlah mereka yg tanggung sendiri..

mungkin aku salah jika tak bekalkan krim untuk ruam lampin...tapi semua barang telah aku sediakan cuma sapukan jer..itupun mereka tak buat..semua nak cari jalan mudah jer..kalau tak mahu kerja mengadap berak bayi..kenapa pilih kerja PENGASUH?????? cari lah kerja lain...

aku geram sangat tapi aku tak tahu mana nak aku luah rasa geram nie..aku tak nak bermasam muka dengan mereka sebab muka itulah aku nak hadap hari-hari selama aniq dihantar kat nurseri ni...aku cuba imbang supaya tak terus tenggelam dalam api benci...

Ya Allah.aku lemah dalam dugaan nie..aku cuma minta aniq sentiasa dilindungi, dikasihi dan sihat selalu..tentang ruam aniq ni aku mohon tuhan percepatkan lah moga ia cepat sembuh...4arini aku akan jaga aniq sendiri kat rumah...moga-moga cepat sembuhnyer..

sayang ibu kuat kan hati ehh...nangis lah sayang ibu ngan ayah akan sentiasa memeluk dan memujuk aniq...

Monday 21 March 2011

Sepupu-sepupu aniq datang!

19 Mac 2011..

Semalam aku ngan lan balik n9..yerlah sementara ina ngan anak-anak ada kat sini kena lah balik..ni pun ntah bila pulak dapat jumpa lagi...abg ngan family dia pun mesti akan balik..so dapat ler aniq berkumpul dengan sepupu-sepupu dia sebelah aku..sebelah lan senang dapat jumpa sebab semua ada dekat-dekat sini jer...

so pagi sabtu tu kitaorang gerak balik n9... aritu masa amik ina kat KL sentral tu, dapat jumpa pun tak lama sebab kitaorang berdua kerja..nak main-main ngan diaorang pun dapat kejap jer...

so balik minggu ni dapat lah aniq berjumpa dengan sepupu-sepupunya sebelah daku..cuma aniq belum berkesempatan berjumpa dengan kak anis dan kak farisa ner saja...tunggu lah sayang nanti kita gi kedah ehh...

macam-macam kerenah anak-anak saudara ku ni...semuanya masih kecik-kecik lagi..pepun keletah itu amagt menghiburkan hati..aniq tunggu ehh, nanti dah besar cikit bolah main bola eh...

qaleeysa..irfan...aikal...

tengah pam bola...

3 budak comel...

penuh bilik aku dorg nak main ngan aniq

huhuhu cam kembar..

kakak sayang baby...

cayang aniq ngan ipan..

ayah pun nk bergambar juga..

dua ni asik gaduh jer,,hehehehe

gelagat cucu atok..


posing dik...

Wednesday 16 March 2011

Aniqku 6 Bulan....

14 Mac 2011...Isnin




Hari ini cahaya hati kami dah berusia 6 bulan....huhuhu aniqku dah makin besar.sekarang aniq dah pandai angkat punggung nak kedpan or belakang kot..tak sabar nak tengok aniq 'jalan-jalan'..mesti nanti tak duduk diam punya..

arini aku ngan lan amik off..kitaorang ada agenda yang nak dicari kat 'united trading' mintak-mintak dimurahkan rezeki dan diperkenankan apa yang kami hajati..maybe leh jadi adiah birthday aniq ke 6 bulan so boleh kami simpan buat memori..

petang ni aniq ada appoinment klinik putrajaya and aniq akan kena cucuk lagi..go baby go aniqku kuat..moga Allah sentiasa melindungi dan semoga aniqku sihat selalu..

mak, ayah and akak sampai dalam pukul 2 lebih..malam ni ina ngan anak-anak naik train datang sini..school holiday..

aniq kena cucuk..sib baik nangisnyer tak lama...kuat anak ibu n ayah nie..



pagi esok awal-awal pagi nak amik ina ngan anak-anak kat KL sentral...

Friday 4 March 2011

Pemakanan Utama Bayi

Menjelang bulan kelima atau keenam, bayi anda akan memulakan satu lagi fasa baru yang menyeronokkan dalam kehidupannya – pemakanan!

Jika anak anda itu anak sulung, anda mungkin tidak mengetahui betapa mencabarnya proses memberi makan kepada bayi. Sesetengah bayi suka makan dan sungguh gembira bila disuapkan. Ada juga yang menolak apabila cuba disuapkan, memusingkan kepala dan meronta-ronta menghampakan ibu yang puas mencuba. Sememangnya proses pemakanan bukan sesuatu yang mudah dipelajari setiap bayi.
Sebelum bermula, anda perlu bersiap sedia – dari segi mental, emosi dan psikologi. Anda perlu tahu yang bukan salah anda jika bayi menolak makanan istimewa yang anda bertungkus-lumus menyediakan untuknya.
Bersedia untuk:
  • Makanan bertaburan: Bayi mungkin lebih suka bermain dengan makanan dari memakannya.
  • Masa menyuap yang panjang: Kadang-kadang bayi mungkin kurang berselera. Bersabar dan putuskan samada ingin berhenti menyuapnya dan menyambung semula apabila bayi sudah lapar.   
  • Penolakan: Jangan ambil hati jika bayi tidak menyukai makanan yang anda sediakan. Ia adalah suatu proses peralihan dan bayi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.
  • Tindakbalas terhadap makanan tertentu. Awasi anak anda untuk sebarang tanda alergi seperti ruam dan gangguan pernafasan.
  • Selera tidak menentu: Sesuatu yang digemarinya minggu ini mungkin tidak disukai pada minggu depan.

Cara bermula

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan masa paling sesuai untuk memulakan makanan pejal ialah apabila bayi berusia enam bulan. Elakkan dari memulakan pemakanan terlalu awal kerana buah pinggang dan sistem penghadaman bayi masih belum matang. Susu masih perlu diberikan kerana bayi memerlukan kalsiam, protein, vitamin dan mineral untuk membina gigi, jisim tulang dan otot yang kuat.   
Cara terbaik untuk bermula ialah dengan menanam rasa keseronokan sewaktu makan! Biarkan bayi duduk berama-sama keluarga di meja makan semasa makan walaupun dia tidak makan waktu itu. Dia hanya perlu melihat ahli keluarga yang lain mengambil makanan, mengunyah, menelan dan menikmati perhubungan sosial semasa makan bersama.   
Untuk bulan-bulan pertama, makanan bayi perlu dilecekkan menjadi lumat untuk memudahkan penghadaman. Mulakan dengan hidangan yang kecil, mungkin satu atau dua sudu teh. Selebihnya boleh disimpan dalam peti ais. Setelah gigi bayi mula tumbuh, kepingan makanan yang lebih besar dan biskut bayi boleh diberikan untuk dikunyah. 
Setelah mencapai usia satu tahun, dia boleh berkongi sedikit makanan yang sesuai untuk bayi di meja makan seperti nasi dan sedikit ikan, sayuran atau ayam.
Sediakan sudu plastic supaya bayi dapat berlatih makan. Jangan biarkan bayi makan bersendirian untuk mengelakkannya dari tercekek. Awasi abang dan kakaknya semasa makan jika mereka cuba untuk berkongi makanan dengannya. 

Apabila bayi enggan makan

Masa makan boleh bertukar menjadi medan perang apabila bayi yang enggan makan bertempur melawan ibu yang bersungguh-sungguh ingin menyuapnya. Apabila ini terjadi, lebih baik mengalah dan bertenang. Memaksa bayi makan adalah sesuatu yang tidak produktif. Bayi mungkin tidak menyukai makanan tersebut untuk selamanya. 
Adalah penting untuk kita mengetahui kenapa bayi tidak mahu makan. Di antara sebabnya termasuk:
  • Masih kenyang: Adakah bayi baru saja minum susu? Adakah masa makan sebelum ini terlalu rapat? Kebanyakan bayi akan makan apabila lapar, oleh itu amat penting untuk menjadualkan masa makan dengan betul.
  • Terlalu mengantuk atau letih: Bayi akan meragam jika tidak cukup rehat. Biarkan dia tidur dan suapkan makanan selepas dia bangun.
  • Tekanan: Memaksa bayi makan boleh menimbulkan penentangan. Masa makan sepatutnya menggembirakan dan waktu untuk rileks.
  • Terlalu terangsang: Adakah televisyen sedang menayangkan filem aksi? Bayi akan leka dan lupa untuk makan.    
  • Mengalih perhatian: Adakah terdapat kanak-kanak lain bermain berdekatan rumah anda? Adakah dia baru saja mendapat permainan baru? Dia akan lebih berminat untuk bermain dari makan. Alihkan semua gangguan untuk membolehkan dia makan.

Tip memberi makan:

1. Isikan hujung sudu plastik dengan sedikit makanan bayi
2. Jangan campurkan garam, gula dan rempah dalam makanan bayi
3. Jangan berikan makanan yang tidak dapat dihabiskan kepada bayi untuk menggelakkan risiko keracunan makanan
4. Kekacang hanya boleh diberikan kepada bayi setelah dia mencapai usia lima tahun
5. Awasi makanan yang anda mempunyai alergi kerana bayi anda mungkin mewarisi keadaan yang sama
6. Elakkan makanan rendah lemak dan kaya serat kerana bayi memerlukan kalori untuk membesar
7. Beri satu jenis makanan pada satu- satu masa supaya anda dapat memantau makanan yang menyebabkan alergi                                                                              

Aniq batuk lagi..

2 Mac 2011...

Aniq batuk lagi...ni kali kedua aniq diserang batuk..dulu tu masa aniq dalam pantang..

tapi aku perasan sejak aniq dijaga kat nurseri ni, aniq selsema dah dekat 2 bulan...tak elok2..baby-baby lain pun semua selsema..aku tak tahu apa puncanyer..mungkin cara diorang mandikan atau mungkin aircond kat bawah sejuk..

aku tak berapa selesa sebenarnya aniq kat nurseri..tapi apakan daya yang mampu aku buat...kat mana lagi aku nak hantar aniq...kat klang jauh sangat...kalau letak kat kampung, lagi lah jauh..

4 Mac 2010....

malam tadi aniq batuk tak henti-henti..sian aniq tidur tak lena..dan paling mengejutkan aku bila aniq muntah dan tersembur semua susu yang dia minum..aku dan lan betul-betul cemas...

pagi ni kami terus ke Klinik Putrajaya..aku minta lora tolong puncah kan..sampai jer kat klinik kami menunggu lama juga sebab no aniq 6546..sekarang baru 6515...kat triage ngan bilik 1 oklah cepat juga...

menurut doktor kat dada aniq ada bunyi kahak..aniq tak boleh diberi sebarang ubat, jadi pilihan cuma aniq boleh diberi sedutan gas...kami bersetuju jadi kitaorang pun pergi ke bilik prosedur 22..

aku cuma tunggu kat luar..lan yang uruskan semua...dari luar aku terdengar juga aniq merenggek.kata lan dia tak selesa ada  benda tu kat mulut dia..siap tu kitaorang pun masuk semual ke bilik doktor...

hampir jam 9.20 kami pun selesai cuma menunggu untuk ambil ubat titis dan cream muka aniq..

10.30pg..aku antar aniq semla kat nurseri ..berat rasa hati sebenarnya..aku memang geram ' betina' tu..aku doa apa yang dia buat kat anak orang, tuhan akan membalas kepada dia...

dan kepada aniq..ibu doakan semoga Allah sentiasa melindungi aniq...

Tahun Pertama Bayi

Mamababyworld.com Tahun Pertama Bayi

very interesting post!...untuk perkembangan aniq..aku selalu baca web nie...thank atas perkongsian ilmu..

oh aniq ku sayang...

14hb nie aniq dah 6 bulan....