Friday 28 December 2012

Jika Aku ditanya...

Dalam hidup ini perlbagai persoalan yang timbul..begitu juga pelbagai soalan yang ditanya demi mencari jawapan dan kepuasan diri.



jika diriku ditanya..inilah jawapan dari hatiku...Biarpun pelbagai soalan yang kerap kali mengangu fikiran dan hatiku...biarpun kadang-kadang diri ini marah dengan soalan yang kerap kali diulang..namun jawapanku tetap sama...

Ditanya tentang IMAN & TAQWA..Ya ! aku masih lagi belajar untuk menjadi mujahidah dan mukmin sejati..aku masih belajar untuk membaiki diri sendiri..aku masih lagi belajar demi untuk mendidik hamba-hamba Allah yang akan lahir dari rahimku..aku masih belum cukup ilmu didada jadi ku mohon Allah buka dan permudahkan jalan untuk aku menimba ilmu..

Jika ditanya tentang KASIH SEJATI.. Kasih sejatiku pada AYAHku ABU HASSAN BIN MAT dan EMAKku HILIMAH BINTI YASIN.. kasih sejati yang membawaku ke dunia dan syurga. Kasih yang tidak ternilai.. kasih yang kini menjadi tangungjawabku untuk berbakti.. biarpun adakala hati ini berkata-kata namun kasih ini tidak pernah luntur..kasih AYAH dan EMAK sangat tulus...begitu juga kepada ABANG..KAKAK-KAKAK dan ADIK-ADIKKU..birpun mereka tak tahu tapi mereka sentiasa dihatiku...

Jika ditanya tentang CINTA.. Cinta itu sangat berharga padaku..dihati ini cintaku hanya pada suamiku  AZLAN BIN KAMARUDDIN.. Biarpun ini bukan cinta pertama, namun dialah CINTA TERAKHIRKU.. dialah dimata dan dialah dihati biarpun dimana aku berada..tiada dua dan tiada yang lain.. CINTA yang membuahkan PERMATA HATI yang sangat comel.. MUHAMMAD ANIQ AQMAR dan tempat kami meluahkan SAYANG yang berpanjangan padanya..


Jika ditanya tentang TANGGUNGJAWAB.. begitu besar padaku ertinya..dan betapa luasnya dan beratnya dibahuku.. Biarpun aku arif bahawa tangungjawapku kini pada rumahtanggaku..namun aku perlu membahagi sama rata kepada ahli keluarga..mereka juga bawah tangungjawabku..bukan mudah untuk melepaskan tangungjawap yang aku pikul sejak dulu kerana dari dulu aku membawanya bersama-sama..

Jika ditanya tentang CERITA DUKA..semua orang mempunyai kisah duka, yang membezakan semua itu adalah cara penerimaan dan kesan-kesannya..aku belajar dari kisah duka dan aku berterima kasih kepada duka-duka itu yang membawaku kepada insan yang membahagiakan ku..

Jika ditanya tentang BAHAGIA..aku sangat bahagia..aku sangat beruntung...aku mempunyai segalanya atas izin ALLAH S.W.T.. aku ada ayah dan mak yang sangat menyayangiku..aku ada abang..ada kakak..ada adik..ada suami...ada anak..ada anak-anak saudara yang comel-comel.. ada pekerjaan yang menjamin masa depanku...ada harta untuk bekalan anak-anakku..jadi apa lagi yang membuatkan aku tidak bahagia...

Jika ditanya tentang RUMAHTANGGAKU.. aku bahagia..suamiku sangat penyayang..sangat ringan tulang..sangat penyabar..sangat menghargaiku..Aku inginkan rumahtanggaku diberkati Ilahi. Aku impikan kami hidup dalam KEHIDUPAN ISLAM yang sebenar-benarnya. Kami mendidik anak-anak akan cinta dan ketaatan kepada ALLAH S.W.T..kerana sesungguhnya kehidupan Islam itu adalah sebaik-baik kehidupan didunia dan akhirat



Jika ditanya tentang ANAKKU.. Sejak aniq dalam rahimku lagi aku amat berharap besar nanti Aniq akan berbakti kepada masyarakat.. aku nak Aniq jadi seorang DOKTOR. Membantu insan-insan yang memerlukan..Aku berdoa Aniq menjadi anak yang terbaik buat kami..anak yang SOLEH agar Aniq akan mendoakan kami didunia dan diakhirat.

Jika ditanya tentang DUIT.. duit itu sangat penting...duit itu adalah segala-galanya padaku kerana tanpa duit hidup jadi tak tentu arah..semua orang mencari duit.. betulkah duit itu boleh beli kasih sayang ?? aku tak mahu mengia atau menidakkan...

Jika ditanya tentang TEKANAN.. hidup ini adakalanya penuh dengan tekanan..aku sedaya upaya memacu tekanan itu agar aku tak tersimpang...biarpun adakalanya aku kalah berhadapan dengan tekanan yang mengekori aku..

Jika ditanya tentang PENGALAMAN HIDUP.. aku tak pasti berapa banyak pengalaman hidup yang  kukutip selama 30 tahun hidupku didunia ini.. mungkin pada orang lain pengalaman itu biasa tapi cubalah berada ditempatku...

Jika ditanya tentang KEPERCAYAAN.. saya sangat-sangat mempercayai insan yang saya sayang.. saya percaya setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangan..namun andainya kepercayaan itu dimungkiri..cermin yang pecah itu tak mungkin bertaut..dan andai bertaut. retaknya tetap tak mampu di sambung...

Jika ditanya tentang KESUKAAAN.. aku suka membeli.. kadang-kadang aku rasa aku seorang yang suka membazir walaupun aku sudah menjadi orang yang secermat mungkin..kadang-kadang apa yang aku beli tu akhirnya dibuang jer tapi aku tetap akan beli lagi kalau harga murah...camner tu...aku kumpul barang-banrang yang aku sendiri tak guna...buka ajer kabinet dan almariku penuh dengan barang-barang yang tak berguna pun..hurm..

Jika ditanya tentang MAKANAN.. aku suka masak jika ada yang suka makan..aku akan masak apa yang SUAMIKU suka.. makan mesti nak sedap kan..aku rasa gembira sangat bila lihat suamiku makan dengan berselera dan rasa sedih pulak bila dia complain..huhuhuhu..aku makan apa saja dan badanku naik 10kg dalam masa 2 tahun..jadi keputusanku sekarang aku harus BERDIET...

Jika ditanya tentang IMPIAN.. aku tak pasti impian hidupku..cukuplah ia sempurna dari segala segi.. mungkin aku takde simpanan beribu-ribu tapi hidupku sempurna..aku membeli segalanya yang aku suka..itu juga adalah impianku yang ingin aku miliki. Aku tidak memasang angan-angan untuk 10 tahun akan datang cukuplah sampai waktu nanti aku dapat menjejakkan kaki ke TANAH SUCI MEKAH bersama keluargaku..

Jika ditanya apa yang aku BENCI.. Aku benci dengan sikapku yang kadang-kadang aku sendiri tak mampu nak mengawalnya..jika suka aku terlalu suka..jika takut aku terlalu takut..jika susah hati aku terlalu tertekan... aku tak mampu nak seimbangkan keadaan..

Jika ditanya apa yang aku lakukan jika SEDIH.. aku akan menjauhkan diri kerana kesedihan membuatku jadi asing dalam dunia ini. Tiap kali aku bersedih,  aku rasakan aku ditolak perlahan-lahan masuk ke dalam 'dunia' yang sangat sunyi..dimana 'dunia' itu hanya aku sendiri dan tiada siapa memerlukan aku lagi..aku dapat rasakan 'dunia'  itu ada denganku sejak aku dari dulu lagi..

Jika ditanya APA SEBENARNYA YANG AKU IMPIKAN..terlalu banyak..terlalu banyak.. tapi bukan untuk diriku tetapi untuk insan-insan tersayang disekelilingku... Aku doakan kemurahan rezeki buat seisi keluargaku...

Terlalu banyak soalan namun jawapannya adakalanya hanya..mendiamkan diri....kerana tidak semua soalan mempunyai jawapan dan andainya jawapan hanya mengguriskan perasaan aku rasa...


" berdiam itu adalah lebih baik....."

Benar kan!

Thursday 27 December 2012

Saya sangat LELAH dengan dugaan.....

"   Saya sangat lelah dengan dugaan demi dugaan..walau tak sebesar mana dan saya tahu setiap dugaan itu pengakhirannya sangat manis dan penuh hikmah namun sebagai manusia yang serba lemah dan serba kekurangan saya terasa sangat LELAH... tolonglah beri saya ruang untuk bernafas dan menghirup udara yang segar tanpa bebanan... "



Friday 14 December 2012

Kulalui juga proses EPROC...

11 Disember 2012..

Aku hadir lagi ke unit EPAU, Hospital Putrajaya seperti yang tertulis dalam buku temujanji..lamanya hari ni menunggu tension sangat..masuk jer hari ini aku di cheukup oleh doktor wanita berbangsa india..Dr Saritha namanya..muda lagi. Setelah melalui prosedur seperti sebelum ini beliau menetapkan aku harus juga melalui prose ERPOC keran hampir 2 minggu tempoh yang diberi kantung bayiku masih juga tidak mengecut dan jatuh dengan sendirnya...

13 Disember 2012..

Pagi ni aku datang ke Dewan Bersalin semata untuk ambil darah..aku dilayan dengan baik oleh doktor yang bernama Dr Baizura..cantik dan lembut orangnya..entah bagaimana aku boleh pitam selepas ambil darah..mungkin aku terlalu banyak berfikir akan prosedur yang akan aku lalui esok..mungkin kot..selepas itu aku kembali ke pejabat seperti biasa...aku harus berpuasa dari makan dan minum start pukul 12 malam ni...

14 Disember 2012

Seawal 715pg aku dan suamiku dahpun keluar rumah menuju ke Hospital..Sesampainya kami aku terus mendaftar masuk di Kaunter Kemasukkan Wad dan terus naik ke tingkat 1.. DayCare Ward.. Aku masuk berdaftar dan kemudian diarah menukar uniform hospital.. sebelah dalamnya aku dikehendaki memakai uniform berwarna putih..uniform ni seingat aku sewaktu aku menjalani pembedahan ceaser aniq dulu, uniform inilah yang aku pakai...uniform yang bertali dan diikat dibahagian belakang...yang sebelah luarnya aku diberi baju dan kain bewarna hijau..susah tul nak pakai kain ni.. susah sangat aku ajak suamiku sekali masuk tempat bersalinan untuk tolong aku pakai uniform..senang ada orang tolong ikatkan...

Selepas itu aku dibawa ke katil bernombor 11 dan suamiku setia menunggu bersebelahan denganku..biarlah kali ini suamiku ada bersama-sama..aku ingat lagi masa kelahiran aniq dulu aku tak sempat jumpa suamiku sebelum aku ditolak masuk ke Dewan Bersalin..mujur sempat juga jumpa semasa aku ditolak masuk ke Dewan Bedah...

Aku berbaring dan lan duduk bersebelahanku..hari ini ada 3 orang wanita yg sama-sama dgnku akan menjalani erpoc..mereka ini juga senasib dgnku..aku tak berbual pun lgpun masing-masing ada teman disisi.. aku berbual dgn suamiku sehinggalah nurse memaklumkan bahawa kami perlu t/tangan 3 surat iaitu surat keizinan bius...surat transfer darah ( jika perlu) dan surat keizinan erpoc..ya nak taknak kami perlu t/tangan ini cuma prosedur biasa...

Doktor Bius bernama Fatimah datang menerangkan kepadaku risiko bius..aku hanya senyum..ya! sebelum ni  dah 2 kali aku merasa dibius! sakitnya tuhan yang tahu...

Tak lama kemudian suamiku diminta ke tetamu...seorang doktor lelaki dtg memklumkan proses seterusnya..aduhai malunya kerana doktor tersebut seorang lelaki..namun aku tak mampu mengelak..ubat dimasukkan untuk membuka rahim. kami perlu berbaring sehinggalah dipanggil masuk ke OT

11.40am

dari kaunter aku terdengar namaku disebut-sebut oleh nurse..aku fikir wanita dikatil 10 akan dipanggil dulu..aku bersalaman dengan lan..mengucup pipinya dan suami ku juga mengucup pipiku..aku memohon ampun manalah tahu umurku tak panjang..tak lama kemudian wheelchair ditolak ke katilku..aku dimnta membuka uniform hijau disebelah luar dan tinggallah uniform putih sahaja..dengan iringan mata aku terus ke OT..

Sesampai di Ot aku disuruh berbaring diatas katil..aku diselimut dengan selimut putih.. semua insan dalam bilik OT ni berbaju biru.. aku diletakkan di ruang menunggu..perasaan ku menerawang entah kemana..rasa sedih..sayu..takut semua ada..dan aku terus menunggu..

hampir 30minit menunggu namaku dipanggil dan mereka menolak masuk aku ke dewan pembedahan..aku bertukar katil..aku lihat berbeza dengan hospital kuala pilah..mungkin disini agak canggih..yerlah hospital baru.. tangan aku disuntik dan dimasukkan air dan ubat tahan sakit.. aku diberi bantuan oksigen... aku tak pasti apa yang dimasukkan sekali dalam topeng oksigenku kerana selepas disiruh beberapa kali menarik nafas aku terus tak sedar.....

1.25pm

dalam sayup-sayup aku mendengar namaku dipangil beberapa kali..tapi mataku masih berat nak buka..sekali lagi namaku dipanggil.. Ya Allah.. Alhamdulillah aku masih lagi bernyawa dibumiMu ya Allah... aku sedar sepenuhnya namun badanku terasa lemah...berat sangat..rasanya nak angkat badan sendiri pun tak mampu...
katanya sebentar lagi aku akan dihantar ke Wad semula..

Sesampainya di wad, suamiku tiada..aku tahu banyak urusannya hari ini..aku mesej lan minta dia menemaniku.. Sakitnya ??? Allah sahaja yang tahu.. kejap sakit kejap tak rasanya seolah ada yang menghiris-hiris ari-ari dan pinggangku..aku hanya mampu mengerang perlahan dan mengurut-urut perlahan..

Tak lama kemudian suamiku sampai..aku mengadu sakitku padanya..apalah yang termampu dia lalukan selain menyuruhku bersabar dan mengengam erat tanganku..aku haus sangat..suaraku pun tak keluar..dialah yang menyudu kan air padaku..sesudu demi sesudu...

hampir 30 minit doktor datang memeriksaku..aku dapat rasakan sakitku makin berkurangan namun aku minta juga pil tahan sakit..

Aku masih belum berani berjalan ke tandas namun jika aku tak ke tandas aku tak boleh balik.. setelah aku rasakan aku benar-benar sihat akupun berjalan sendiri ke tandas..menukar baju dan bersedia untuk balik... jam pun menunjukkan hampir 4.30 petang..

Aku diberi cuti sakit selama 8 hari sehingga 21hb Disember 2012.. masa untuk aku merehatkan diri..namun rehat yang mana mampu aku buat sedangkan banyak tangungjawapku yang perlu aku lunaskan dirumah...lagipun kali ini aku berpantang sendiri... mana yang termampu itulah yang akan aku lakukan..

Terima kasih suamiku..Azlan Kamaruddin
Terima kasih Makayah..Ayahanda Abu Hassan & Bonda Puan Hilimah
Terima kasih seisi keluarga yang mendoakanku..
Terima kasih anakku
Terima kasih sahabat..insan-insan yang mendoakanku...


Monday 3 December 2012

Terima Kasih Abang..

Sejak 2menjak ni kaki aku..badan aku asyik lenguh-lenguh jer..tak tahu mengapa mungkin disebabkan keadaan aku macam ni kot...

Bab kakilah yang paling aku tak tahan lenguh jer..kerap kali jugak aku suruh suamiku mengurut kakiku..meletupkan jemari kakiku..macam-macam yer pantang tengok lan senang sikit...heee

jam dah pun pukul 11mlm..tadi ralit sangat aku tengok TV3 drama 'Ke Pintu Bahagia' hidup ni macam-macam kan moga aku tak diduga begitu...

lepas siapkan aniq mandi, suamiku terus bermain dengan laptopnya,  aniq pulak sibuk ngan ABCnya..nak itu..nak ini..mcam-macam permintaan si kecilku..

tak silap gambar ni tahun 2007..

gambar ni tahun 2008

"abang tolong urut kaki..lenguhla..tak bole nak tidur..." pintaku..lan jawap minyak takde tapi kasihankan aku dia urutkan jugak...

" ayah..kaki ibu sakit..." aniq pulak bersuara apaila melihat lan mengurut kakiku..aniq dah arif dan faham sangat..bila nampak minyak panas mesti dia cakap minyak kaki ibu....kaki ibu sakit...cerdik sayang ibu...entah bila aku pun terlena...

Sedang asyik terlena kaki ku buat ragam semula..lenguh semacam jer.mataku terlalu berat nak buka tapi aku tetap mengangkat-angkat kakiku moga-moga lenguh tu berkurangan..lan tadi aku rasa cam bangun buatkan susu aniq...aku tengok jam dah pukul 3 pagi..mungkin ni dia dah tidur semula..malas aku nak kejutkan dia..

TIba-tiba aku rasa selimut totoku ditarik dibahagian kaki.. perlahan aku dengar suara suamiku..

"kaki ayg sakit ker...." lembut suara suamiku,aku mengangguk..

"minyak ni panas tau...". Dalam mataku yang berat untuk dibuka aku menoleh juga pada suamiku yang ditangan kirinya tersedia minyak panas..dituangnya atas kedua belah kakiku dan memicit-micit perlahan..dari kaki kanan ke kaki kiri.. lalu bertanya lagi mana yang sakit...sehinggalah sakit kakiku lega barulah suamiku berhenti memicit... hati sebak dan terharu...

Ya Allah.. betapa aku bersyukur Kau menganugerahkan aku insan sebaik suamiku.. insan yang sudi menjagaku dalam sihat dan sakit.. yang menjagaku dengan penuh kasih sayang...yang menghargaiku setiap masa..

Rasanya gambar ni ambil masa harijadiku tahun 2009
Tiada lain doaku moga kasih sayang kami berpanjangan..moga hatinya tetap padaku..moga kami hidup di dunia dan akhirat bersama-sama...amin...

gambar ni tahun 2010..aku ngandungkan aniq...

Temanku didunia dan diakhirat...





Saturday 1 December 2012

Redhalah..kerana hidup ini harus diteruskan...

STOP...


Sudahlah mulai hari ini aku tak mahu lagi mengenang segala yang telah lepas..dah la apa yang berlaku semua ada hikmahnya sendiri..bukan kah redha itu sangat manis...kenapa perlu kucari kepahitan...



Allah yang tahu dan Allah Yg Maha Pengasih lagi maha Pengasihani terhadap hambanya..biarlah bayiku tenang di dalam Syurga kenapa aku harus tidak redha akan pemnergiannya sedangkan Syurga itu sebaik-baik dan semulia-mulia kehidupan yang ditakdirkan untuknya disana...

Aku redha dengan segala ujian Allah dan aku menerima dan menginsafi segala kesilapanku..Allah telah membuka mata dan hatiku.. Allah telah menyedarkan aku dari hanyut dalam dosa..bukankah itu doaku selalu agar aku tak terus hidup dalam dosa cuma aku tak nampak isyarat yang mana dan bagaimana yang hendak Allah berikan dan kini isyaratnya amat jelas untuk aku menginsafi segala dosa yang aku lakukan...

Ya Allah aku mohon Kau jauhkanlah aku dari dosa-dosa dan Kau ampunilah aku dari segala dosa-dosaku yang lalu..Amin...

Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan pedoman untuk membimbing kami sekeluarga ke jalan yang Kau redhai..dan berikanlah aku kekuatan untuk membimbing anakku Muhammad Aniq Aqmar...