Tuesday 29 November 2011

Ucapan dari suami tercinta...

Gembiranya hari ini.. bukak facebook ada ucapan annivesary dari suamiku tercinta.... i love you so much.. semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat....



Monday 28 November 2011

Gigi Aniq dah banyak.....

lama aku perhatikan gambar ni..hambar aniq tersenyum lebar... tiba-tiba terdetik dalam hatiku..dah banyak rupanya gigi putera kami nie...bukan tak prihatin tapi susah tul nk ditunjukkan giginya...tiap kali aku bersihkan giginya dengan tuala, tiap kali itulah jari aku digigitnya...

Alhamdulillah aniq sihat dan perkembangan pembesarannya teratur.. sekarang aniq dah mula suka makan coklat..aduhai susahnya hatiku, kalau boleh nak jer aku jauhkan makanan-makanan camtu..gigi aniq baru tumbuh kang rosak pulak..dia apa yang tahu kan..main makan jer...

lihat lah gigi saya...
appun aku harap gigi aniq sihat dan kuat..teratur dan membuahkan senyum yang manis buat kami semua....Amin...

28 November 2011..

Hari ini genap 2 tahun usia pernikahanku dengan suamiku tercinta..




Ya Allah tiada lain yang kuharapkan dalam melayari bahtera rumahtangga ini selain dari kebahagian, keceriaan, kasih sayang dan keamanan yang berkekalan..

Sesungguhnya dalam tempoh 2 tahun ini, aku bersyukur kerana dari awal hingga ke hari ini kasih sayang antara kami masih utuh..tiada apapun yang berubah... 5 tahun dulu lelaki itu kukenali...2 tahun yg lalu lelaki itu ku nikahi dan lelaki itulah yang kasih sayangnya tidak berbelah bahagi terhadap diriku sehingga ke hari ini...lelaki itulah suamiku Azlan bin Kamaruddin...

Ya Allah rapatkan kasih sayang antara kami..satukan lah hati-hati kami.. janganlah Kau dugaku dengan dugaan yang berat..janganlah kau alihkan perhatian dan kasih sayang Mu dan suamiku dari ku...


Amin...

Aku berjanji aku akan setia hingga ke akhir hayat... aku mohon agar aku tetap menjadi isterinya didunia dan akhirat... Ya Allah berikanlah aku kekutan untuk menjadi isteri yang baik dan solehah buat suamiku...

*******************************************************************************



8.30 mlm..

Kami masih lagi dalam perjalanan pulang dari Perak ke Putrajaya.. Nak buat macam mana jalan jem.. Telifon aku dan Lan berbunyi.. reminder Annivesary kami... aku tersenyum kearah lan didepan yang juga tersenyum...

Tepat 8.30mlm ( 28 November 2009 ) Majlis akad nikah kami bermula...

Aku mengusik lan.. Kami sah jadi suami isteri selepas 3x lafaz... mengenangkan semua itu kami dua-dua tertawa... terlupa pulak aniq sedang lena tidur... heee...

Plan nak gi beli kek..makayah pun ada kat rumah tapi memang tak sempat.Takpelah esok kami akan celebrate..esok adalah Annivesary kami bersanding....

Ya Allah bahagianya hidupku moga hingga akhir hayat kami bahagia seperti hari ini...

Sunday 27 November 2011

Lumut @ Perak...





Hari ini kami sekeluarga combined dengan ayah alang sekeluarga gi jalan-jalan kat Lumut. Plan asal iaorang nak ke Pangkr tapi dengan cuaca yang tidak mengisinkan, just dapat jalan-jalan Lumut pun jadi ler..

So berangkatlah 2 buah kereta kesana..ar ( abg lan ) pun join sekali dengan kitaorang.. otw mula-mula cergas lagi tapi apakan daya memang penat sangat, sedar-sedar jer lan tengah cari parking...memang penat sangat, aniq pun aku dah tak terlayan..heeee

Pusing punya pusing dapat juga park rapi nun kat area fun fair..jauh jugak ler menapak..

Kami semua pun berjumpa kat dataran baru Lumut..sempat ler berposing2..ni first time aniq jejak kaki kat Lumut.. dan ini pulak kali kedua kitaorang join ayah alang sekeluarga ke Lumut. Kali pertama pada sehari selepas kami bersanding kat Perak... TQ ayah alang belanja kitaorang makan... nasi goreng ikan masin tu sedap !

Taku jugak ler aku dok kat tepi laut lama-lama..macam-macam singgah kat otak..ni kalau terjadi tsuuuuu aduhai mana nak selamatkan diri... alahai kat situ otak aku pergi... Tapi alhamdulillah cuaca baik waktu nak balik tu jer hujan...

Apapun seronok sangat..terbang jugalah RM-RM membeli belah makanan laut kat sana...Insya Allah panjang umur sampailah lagi kami kesana....











Thursday 24 November 2011

Hadiah Hi-Tea abg....







Seronok sangat hari ini abg bawa balik hadiah dari Majlis Hi-Tea.. abang senyum-senyum aku lagi lah senyum lebar kat telinga sebabnya...semua hadiah ni abg hadiah kan pulak kat aku...heee.... sayang abang...

tak cukup hadiah duit RM100 pun kami kongsi sama-sama... sayang abang...

seronok tengok sujul abang... dia dapat Sijil Pengurusan Kewangan terbaik 2011 !!!! tahniah sayang usaha dengan gigih lagi tahun depan tau...

terima kasih sayang... i love you... muahhhhh




Hi-Tea SKPM @ IOI Resort...




Seronok tengok majlis Hi-Tea SKPM.. bukan maiun lagi temanya oren-hitam.. sama cam baju team bola sepak Malaysia... Majlis ni buat kat IOI Resort.. cuti sekolah pun dah nak bermula seronok diaorang nie makan-makan....

Enjoy tengok gambar-gambar diaorang nie









Tahniah..abg dapat Sijil Pengurusan Kewangan Terbaik berserta RM100....heee



Wednesday 23 November 2011

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

 
Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,

Sunday 13 November 2011

Hadiah Harijadi Mak @ Genting Highland 2011

Bersempena dengan Harijadi mak semalam serta niatku untuk membawa mak dan ayah kat naik skyway..Alhamdulillah hari ini tertunai juga segalanya..terima kasih suamiku kerana memahami hasrat hati aku dan seterusnya dengan senang hati bersetuju dengan permintaanku untuk ke Genting Highland.. Terima kasih sayang..i love you so much!

Tepat pukul 9pg kami pun turun kebawah untuk memulakan perjalanan..dari pukul 7.00 kami dah pun ready untuk kesana..Bekalan makanan pun dah siap untuk menjamu selera..Akak sediakan nasi goreng..ina pulak sediakan bihun goreng dan aku pulak sambal tempe, sambal sotong tak lupa sosej...siap semua kitaorang pun ready to go

Ya Allah rahmatilah perjalanan kami dan selamatkan lah perjalanan kami pergi dan balik...jauhkan lah kami dari segala bala dan bencana..amin..

Aku sangat-sangat gembira inilah hadiah harijadi mak yang termampu untuk aku buat..buat mak i love you..ur my life...moga mak gembira......
Masa untuk bertolak

Ina sekeluarga
i love you...


Ayah..Edi..Aniq..Akak..Ipan..Mak..Aikal & Ina


Senyum sayang...2nd time kancil kami kesana...

Masukkan Bekalan dalam kereta..1st time Persona kesana...


Jamu selera dulu sebelum ke Puncak Genting....

Comel kami masih tidur ...@ Gohtong Jaya


beratur untuk naik skyway....sib baik tak ler berapa ramai sangat cam 1st dulu

Debaran pertama...kami terpisak dlm 2 Gondola..

Mak senyumm....

ayah ni mesti cover takut nie..heee...pepun senyum jer ayah....

with my birthday sweetheart..

Dalam gondola ni cuma mak..ayah..ipan..ina..lan..aniq & aku jer..

Gondola yg dinaiki akak, edi dan haikal...


sesampainya di Puncak Genting Highland...






dulu dalam stroller sekrang aniq dah jalan sendiri...



















Kabus tebal...OTW nak balik ke Gohtong jaya..











Selamat Tinggal dan Jumpa lagi....