Thursday 30 August 2012

Ya Allah..Lindungi aniqku...

30 Ogos 2012

Baru lepas 2 hari harijadiku yang ke 30.. gembira tahun ni dapat sambut dengan mak ayah..kami makan-makan kat luar...tapi hari ini kegembiraan hatiku bagaikan disentap...

5.45am..

Aniq tiba-tiba merenggek sambil mulutnya tak hendti mengadu padaku kakinya sakit..perutnya sakit...
Ya Allah kenapa dengan anakku..aku memegang kaki kirinya, bagaikan ada bengkak di bahagian kiri pehanya. aku mengurut tapi aniq mengelak langsung tidak benarkan kami memegang kakinya... hati cuak sangat.. lan mengurut-ngurut kaki aniq..aku lihat aniq sangat mengantuk...sangat-sangat mengantuk namun mulutnya masih merenggek mengadu sakit..hatiku tak tenteram....

7.22am

Kami sampai di Klinik Presint 9..sehingga pukul 930 barulah nomnor giliran aniq dipanggil..masuk ke bilik doktornya, dia memeriksa kaki aniq dan terus minta aku bawakan aniq untuk di X-Ray..hatiku tak tenang..dalam hatiku berdoa moga tiada khabaran yang buruk..aku tak sanggup....

Kami ke tempat X-ray..lan yang bawakan aniq kasuk ke Bilik X-ray..mulanya seperti sedia kala tapi tiba-tiba dari luar aku dengar suara tangisan aniq...sayunyer hatiku mendegar tangisan aniq.. Ya Allah kuatkanlah hatiku...aku tak sanggup diuji begini..

Keluar jer aniq aku terus bertanyakan aniq...kata lan, aniq takut..sebab itu dia menangis...

10.30am

Nombor giliran aniq dipanggil semula ke Bilik Doktor no. 4, kali ini aku tak sanggup masuk berdua sahaja dengan aniq..aku meminta suamiku masuk bersama-sama kerana aku tak sanggup..aku sememangnya tak sanggup mendengar sekiranya sesuatu yang diluar jangkaan berlaku...

Menurut gambaran X-ray, tulang aniq tiada apa-apa tetapi doktor juga tidak pasti kenapa kaki aniq bengkak... sekiranya dalam tempoh 2 minggu bengkak dalam kaki aniq tidak surut, aniq akan durujuk ke Pakar Tulang... itu yang kami dimaklumkan tapi hatiku..oh hatiku..aku tak sanggup...aku tak sanggup...

Ya Allah lindungilah aniqku...berikanlah kesihatan yang baik buat anakku Muhammad Aniq Aqmar kerana dialah hati dan jiwa kami...amin ya rabbbal alamin....



Tuesday 21 August 2012

Meraikan Harijadi ayah dan Abang Izan

18 Ogos 2012 & 19 Ogos 2012...


18 Ogos merupakan tarikh hari lahir abang izandan anak buahku anis fiona...dan hari ini juga merupakan hari puasa terakhir esok seluruh umat islam akan menyambut 1 syawal...

19 Ogos 2012... hari ini adalah hari lahir ayah ke 59 tahun... selamat hari lahir ayah.. kebetulan hari ini adalah hari raya aidilfitri...

plan punya plan kami sepakat menyambutnya pada hari raya ke tiga....

Siangnya kami masak-masak kt rumah..buat bihun goreng dan kuah lodeh...malamnya barulah potong kek bersama family kami jer...

moga tahun hadapan kami dapat menyambutnya bersama-sama lagi..












Sunday 19 August 2012

Keriangan Aidilfitriku 2012...

baju raya kami..tema ungu...

ibu dan ayah tercinta..

anak makayah yang masih single....

kel;uarga abang izan,,,

kami sekeluarga...

keluarga ina.....kurang seorang...

bersalaman dan bermaafan..makayah maafkan salah silap ti yer...

Giliran suamiku..

abang...maafkan salah silap ayg yer


Melawat makwan di rumah maktih...

duit raya untuk aniq....

mana satu nak sambut dulu yer aniq!


keluarga bahagia....


Friday 17 August 2012

Cerita Ramadhan 2012 Ku..

Alhamdulillah

Kami masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menjalani ibadah di bulan ramadhan pda tahun ini..Amin Ya Rabbal alamin kami masih lagi diberi peluang menebus segala dosa-dosa dan beribadah dalam bulan yang mulia ini cuma kami yang masih terleka adakala lalai juga...Puasa tahun ini seronok sebab kami berbuka dan bersahur beramai-ramai..ada ina, ipan dan haikal...kalau berdua jer tak seronok..nak masak pun takde mood. Mujur ina ada sebenarnya sebab inalah yang sering mengetuk pintu mengejutkan aku yang sangat lenalah kalau tido..heee

Awal Ramadhan..

Awal ramadhan tahun ini aku dan lan menyambutnya di Kampungku kerana tahun lepas kami menyambutnya di Perak. Seronokya dapat 'mantai' bersama-sama ahli keluargaku. Mak menyediakan rendang seperti tahun-tahun yang lepas untuk bersahur. petang berbukanya meja kami dipenuhi dengan pelbagai masakan. sempat juga aku masakkan bubur lambuk dan ayam goreng rempah.. alhamdulillah sepanjang hari berpuasa awal ramadhan ini tiada dugaan buatku..

berbuka berdua...

Tahun ini dua kali permintaan suamiku untuk kami berbuka diluar berdua...amboi suamiku nak mengenang zaman bercintan-cintun dulu kot... kami bungkus KFC dan berbuka di kaki lima Jambatan Putra..seronok sangat menimbas zaman muda-mudi dulu. melihat pasangan-pasang berbuka bersam-sama seperti kitaorang dulu...heeee.. dan yang paling tak kulupa semalam.... HP ku tertinggal kat tepi kolam presint 9, mujur hamba Allah yang budiman itu menjumpai HPku dan menyerahkan kepada kami. Syukur Alhamdulillah atas rezeki Allah yang masih memihak kepadaku..moga aku tak cuai lagi...

Berbuka di tepi tasik

Alhamdulillah seronok tengok budak-budak tu gembira berbuka di tepi tasik bawah jambatan Seri Setia..kami Bungkus KFC..Mini Pizza dan mee makan bawah jambatan.. ala-ala tepi pantai gitu kan!

15 Ramadhan..

kami sekeluarga pulang berpuasa di Kampung suamiku di Perak. Kebetulan Negeri Selangor cuti umum sempena Nuzul Al-AQuran jadi tiga hari kami berada di kampung. Pada aku walaupun berada di Negeri Sembilan ataupun Perak..kedua-dua kampung ini sama jer aku tetap gembira...

18 Ramadhan - 23 Ramadhan..
 keistimewaan yang Allah berikan kepadaku..walaupun begitu aku masih bangun dan berbuka bersama-sama suamiku..

27 Ramadhan...

Ina, Irfan, haikal dan Aniq balik kampung..malam tu kami hantar mereka ke Senawang...sunyinya rumah kami..aku dah takde mood nak masak dan disebabkan itu sahurku semalam dan pagi tadi kelam kelibut..apataknya 5.30 baru suamiku sedar dan aku??? lenanya tidurku termimpi-mimpi..aduhai bini lan ni yer...

Kuih Raya

Aku sempat beli 5 jenis kuih kat The Store manjung untuk rumahku..cukuplah rasanya...dan buat pertama kali sepanjang 29 tahun nak 30 tahun hidupku ini aku buat kuih...hahahaha..Badam Crunch Coklat namanya...begitu excited sekali kan! Alhamdulillah menjadi...sedap ke tak sedap janji boleh makan yer....beria tul mencari coklat sampai ke Subang Jaya. Sib baik buat jugak walaupun tak habis kalau tak mesti kena perli la aku.. asal ke Supermarket jer cari Badam..cari coklat ...

Baju Raya

Raya memang jadi la tahun nie! Buat mak ayah rezeki tahun ni dapat aku belikan Sepasang baju Melayu dan kurung sedondon Biru. Sekarang ni aku dalam proses jahitkan baju mak labuci dan manik. itu yang pukul 12 malam tadi baru tidur. Buat Isha dan Ida sepasang baju bewarna kuning sedondon dengan aniq. Itu aku beli kat Nilai. Buat kami sekeluarga pula sedondon Ungu.. tak cukup Baju Melayu dan Kurung Ungu cari pulak T-shirt, Blouse Ungu aniq jer dah 3 pasang baju ungu..aduhai raya sungguh terbang ntah berapa RM..takpela raya setahun sekali..

T-shirt lan semuanya kami beli kat The Store, Manjung. Dapat jugalah kami sepasang sama bewarna ungu...Cuma sampai hari ini seluar jeans masih belum sempat beli..kata suamiku inilah tahun pertama dia tak beli seluar. Sedih bunyinya yek!

Ramadhan bulan Ibadat..

Alhamdulillah aku dapat rasakan tahun ini tahun yang mengembirakan hatiku..melihatkan suamiku sejuk hatiku...Moga selepas ramadhan ini kekal begitu. Sungguh perubahan itu memerlukan masa. Moga dengan azam ramadhan ini keluarga kami diberkati Allah. Biarpun aku cuma sempat berterawih sehari aku berharap agar tahun akan datang aku dapat memenuhinya...

28 Ramadhan 1433..

Pagi ini aku masih lagi kat opis nie..hati dah berkobar-kobar semangat nak raya.. Tengah hari ini aku akan amik half day...balik rumah bungkuskan lagi apa yang patut dan seterusnya bertolak balik ke Kampung. Moga Allah permudahkan perjalanan kami.. Moga kami selamat sampai ke Destinasi kami. Begitu juga doaku buat adik dan abangku yang akan balik kampung esok!

Seronoknya raya ku...

Thursday 16 August 2012

Doakan Anak Setiap Hari...



MEMBERONTAK...tengking, jerit, maki, rotan dan seumpamanya hanya akan membuatkan hati anak jadi semakin keras.

“ANAK saya degil, tak mahu dengar cakap!”

“Anak saya malas belajar setiap kali peperiksaan dan ujian di sekolah dia selalu dapat nombor corot!”

“Anak saya malas solat, kalau tak suruh, dia tidak akan buat!”

Sebagai ibu bapa, pasti ada yang pernah mengeluh sebegini. Perkara ini memang biasa terjadi, lebih-lebih lagi sekiranya anak anda sudah boleh bercakap, berfikir dan menilai (walaupun penilaian berdasarkan tahap peringkat umur mereka saja).

Kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga tujuh tahun memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’.

Apa yang berlaku adalah ketiadaan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak. Di samping itu, kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya, perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Justeru, sekiranya anak anda degil, sering memberontak, membaling barang dan memusnahkan permainan, siapakah yang bersalah?

Sudah tentu orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Berikut Laman-Seri kongsikan beberapa panduan yang boleh digunakan bagi menangani anak sebegini.

1. Fahami bahasa anak
FAHAMI ANAK...fahami bahasa anak dengan bertanya secara lembut kepada mereka.

Cuba fahami bahasa anak anda dengan bertanya secara lembut kepadanya. Sebaiknya tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan sama ada sedang memasak atau membasuh baju dan berikan perhatian kepada anak.

Selalunya ibu bapa bercakap sambil lewa saja tetapi sebaiknya, pandang muka dan tatap matanya dengan penuh kasih sayang.

Berapa kali dalam sehari kita bertentang mata dengan anak? Perhubungan mata sangat penting dalam apa jua jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil. Ingatlah, kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa.

2. Luangkan masa bersama anak

Sebaik sahaja anda pulang bekerja dan mengambil anak dari pusat jagaan kanak-kanak, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur untuk memasak atau mengangkat kain di ampaian.

 
LUANGKAN MASA...berikan perhatian pertama kepada anak sejurus pulang dari tempat kerja.


Berikan perhatian pertama kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama pembantu rumah atau di tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya yang anda sangat sayangkannya.

Bermain-main dengannya kira-kira setengah jam, barulah anda minta diri untuk ke dapur. Mudah-mudahan dia akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya sudah diperoleh.

3. Ajar supaya bersabar dan jangan buat acuh tidak acuh

Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan anda tidak dapat melakukannya kerana sedang sibuk di dapur.

Layan dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tidak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya anda sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan orang tua. Kita tidak boleh mengharap dia patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan dia demikian.

Ingatlah, anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Fahami personaliti anak


Cuba fahami personaliti anak anda. Setiap anak dikurniakan Allah dengan personaliti tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai inginkan perhatian.

Oleh itu, jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya atau bertepuk tangan jika dia menyanyi. Bagaimanapun, anda boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.

Sekiranya anak suka menjerit, anda boleh meminta dia menjerit di dinding berulang kali sehingga dia letih. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari.

Sekiranya dia mengulanginya semula, anda suruh dia lakukan perkara yang sama sehingga dia berhenti. Berikan dia hadiah sekiranya anda dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam sehari. Katakan padanya, “Mama berikan hadiah coklat kerana abang/kakak tidak menjerit hari ini.” Dengan ini, anak akan faham bahawa ibu bapa tidak menyukai perbuatan itu.

5. Ingatkan diri sendiri

Sentiasa ingatkan diri anda mengenai sifat positif anak yang keletah dan kerenah anak yang menghiburkan.

Tumpukan perhatian anda kepada kelebihan itu. Jangan mengingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang. Bayangkan anak dengan semua sifat positif yang anda inginkan setiap kali berinteraksi dengan anak.

Anda juga boleh berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut pada ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan anda kepadanya.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibu bapa yang membuat peraturan, disiplin dan galakan kepada anak.

6. Periksa dan buat koreksi

Periksa siapa yang biasa ditemui anak-anak anda setiap hari. Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah itu (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh).

Adakah terdapat mereka yang membawa unsur negatif? Jika ada, sebolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.

7. Jika marah

Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras.

Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibu bapa memarahi mereka, maka semakin kuat pemberontakan mereka.

Anak-anak pada usia ini tidak ‘makan’ dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.

Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak serta dakap, peluk, cium, sayang dan dudukkan anak di atas pangkuan, berilah nasihat secara hikmah.

Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat itu salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.

Semoga bermanafaat!

Wednesday 8 August 2012

Berbuka puasa di tepi tasik...

8 Ogos 2012

Hari ini kami semua keluar berbuka puasa diluar tapi bukan kat mana-mana kedai atau restoran tapi kat tepi tasik..heeee..mencuba cari lain dari yang lain..yerlah kesian budak-budak tu asik terperap kat rumah jer kan...

so balik dari opis aku dan lan terus ke alamanda membungkus KFC..aduhai suamiku asik KFC jer kan! kemudian kami singgah kat carrefour beli mini pizza dan buah tembikai...cukup kot rasanya..ina dan budak2 kat rumah awal2 lagi kami dah suruh ready...

sesampai jer kat rumah terus bungkus pe yang patut dan tak lupa tikar...kami pun kesana mencari tempat yang menarik.. dan tempat yang terpilih ialah tepi tasik bawah jambatan yg aku lalui untuk ke opis...












setelah siap susun semua makanan dan azan magrib dari Masjid Besi berkumandang..kami pun berbuka bersama-sama....alhamdulillah...seronok sangat!