Saturday 8 June 2013

Melaka...Kami datang...

Semalam dah lepas aku dari stress Interview EO so arini kami 2-2 amik cuti saje dok umah rehatkan minda.. plan asal nak gi kedah tapi tak sedap hati pulak aritu janji ngan mak sekali..pikir punya pikir last2 dah puul 4 baru amik keputusan.." kita gi Melaka nak tak ayg.." haaaa last minit punya plan..jadi jugak..

Dengan hujan yang lebat kami gi jugak..sampai Melaka hampir jam 7 malam.. salah plan la, sampai jer sana hujan lebat sangat takle nak jalan mana..nak tak nak merata kami cari nak booking hotel.. cari punya cari..call punya call akhirnya kitaorang menetap kat Dream Hotel.. ni pun merata mencari dalam hujan..okla setakat nak tidur jer daripada kena tidur dalam keta kan...


Sampai jer Hotel, Check in..mandi..sembahyang..kami turun makan kat gerai betul-betul berdepan dengan hotel tu.. lepas tu terus naik bilik semula sebab hujan makin lebat...nak kata tak ok tu..bole la Hotel ni.. Bilik ni ada 2 katil single dan yg paling penting toilet dalam bilik..wifi pun ada..

Pukul 1130 kitaorg check out dan terus jalan-jalan sekitar Bandar Melaka... merasalah naik Beca berhias yang tak berapa berhias RM 25.. makan agak mahal jugakla tapi dah takde pilihan asal kenyang dah la.. Aniq buat perangai biasa dia nak mainan.. sebut pasal beca rasanya better jalan jer tak payah amik beca sebab dia pusing sekitar tu jugak..cakap macam jauh lah tapi tak serupa bikin langsung..hantar kitaorang kat A famosa bergambar..then hantar kat tpt makan tu jer...takpe kami halalkan...









Penat....memang penat nak tangga kat A famosa tu..pastu jalan sekitar dengan panasnya.. teringin nak naik bot yang kat sungai ala-ala venice tu tp siang tak best la..nak tunggu malam nak kena check in..petang ni nak balik n9 dah...

Buah Tangan ?? aku sempat beli fridge magnet je.. hihihi.. dodol..budu..cencaluk aku beli masa otw balik n9, singgah kat tampin... bole la melepaskan niat...nanti2 datang lagi lah...


Thursday 6 June 2013

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 - Part 2

tuk..tuk..tuk.. ku ketuk pintu Bilik P..Sebaik aku tolak jer tombol pintu tu.. aku lihat 2 orang wanita duduk kat kerusi dan meja berhadapan dengan pintu..manakala dihadapannya tersedia 2 kerusi dan satu meja kecil.


Aku memberi salam dan terus menghulurkan fail yang mengandungi segala isi sijil dan resumeku pada salah seorangnya.. tanpa disuruh duduk aku memohon kebenaran untuk duduk serta memaniskan muka semanis yang boleh.. terkenang saat2 interview Nurse..Juru Teknologi makmal..Guru dan akhirnya Pembantu Tadbir. Ini adalah interviewku yang pertama setelah 11 tahun 5 bulan aku berkhidmat dalam Jabatan Kerajaan..aduhai usiaku pun dah menginjak 31 tahun..

Penginterview ku 2 wanita yang manaseorang agak berusia dan seorang lagi angaranku umutnya 36-37 tahun la..cantik danberkulit putih.. Dia seorang jer yang bertanya soalan padaku manakala seoranglagi aku lihat begitu tekun menyemak segala sijil-sijil dan dokumen yang aku bawa..sesekali dia memandang bila mana aku tak mampu nak jawap soalan..hish...

Aku kira penat juga aku menghafal introduce question..tapi haram sepatah pun aku tak disuruh introduce diri.. duduk jer aku terus ditanya..." calon KPSL kan..apa tugas utama kamu kat pejabat.." terkial-kial jugak aku nak jawap sebab dalam otak ready n intoduce diri.. orangnya cantik tapi kedekut tul nak senyum..tambah lagi la gerun aku nie..

tu soalan pertama.. aku juga dinta soalan-soalan berikut...

2. Berapa Orang EO kat Opis kamu.. - aku jawap 2-3 org alasan aku taktau sebab tak dok bahagian admin

3. Kamu tengok diaorang aktif tak.. - aku jawap tak pasti sebab bukan 1 bahagian.. aku refer pada PPUU

4. Apa tugas diaorang kat Opis kamu.. - aku jawap diorg urus perolehan..tatatertib..perjawatan..gagap                                                                       jugak..

5. Kamu rasa sikap apa yang seorang EO tu perlu ada.. - ni dia nak 3 jer tapi aku nak jawap 3 pun susah.. lastly aku bg jawapan mst seorang yg 1) berketrampilan dan bijak meminpin.... 2) berintegriti ( kena reject ).. 3) mahir dalam sesuatu bidang ( okla dia kata ) yg last tu hampir 3 minit baru aku leh jawap..4) bijaksana jer... alhamdulillah dia menerima jawapan aku yg macam budak sekolah rasanya..

6. Puas hati tak dengan tugas sekarang - puas hati

7. Apa risiko atau cabaran dalam bidang tugas sekarang - ni cakap aku terdedah dengan rahsia dan rahsia yang sangat2 orang nak tahu.. contohnya perjalanan sesuah kes... hentam jer...

8. Pernah handle Fail Terperingkat n Peringkat apa.. - aku jawap Fail Jemaah Pengampunan - Rahsia

9. Apa warna Fail Peringkat Rahsia - Merah palang Pink.. pink??? aku tengok dia kerut kening..he3.. merah jambu ikukan tapi besa la

10. Last ques.. Surat terperingkat daftar dalam Buku daftar apa..ni dia bagi aku masa..dia suh pikir takkan tak ingat..aku jawap aku tak rekod surat terperingkat..dia jawap balik dalam AK ada.. yg terlintas kat fikiranaku cuma AM92.. aku pun jawap AM92 kot.. dia perbetulkan rupanya aku miss angka 4.. jawapannya AM 492..

Truly aku cakapku memang gagap..memang blur walaupun semua tu ikutkan kaacng sangat pada orang2 yang ready dan steady..aku blur sangat.. aku diberi masa untuk berfikir lagi..baik jugak interviewer aku ni tapi muka dia yang garang tu buat aku kosong sangat..

Interview aku ni berlansung tak sampai pun 15 minit..10 minit pun taktau la sampai ke tak.. habis aku jawap soalan last tu dia cuma tanya " awak betul-betul nakke jawatan ni.." aku mstla jawap yer...sangat berharap...

Dia kata dia cumamemperaku dan yang akan melantik adalah SPA.. takpela ada rezeki aku adala.. dari cara aku jawap tadi pun aku rasa aku takde rezei jer.. penat aku baca buku satu pun tak ditanya..aduhai..

Dia tiada soalan lagi katanya dan aku dibenarkan keluar.. aku mengambilfail dan aku senyum kepada kedua-dua interviewer aku tu..aku dah usaha rezeki Allah yang bagi..

Sampai kat tepi bangunan tu aku terserempak semula mamat yang interview sebelum aku tu.. sempat jugak aku bercerita dengan dia..diapun terkejut sebab aku kena interview tp cepat  keluar..malunya aku mst dia pikir aku tak reti jawap n kena halau keluar..waaaaaaa...sampai ati dia.. dia kata dia pun geram dgn interviewer sbb tanya soalan ntah hapa2..dia ckpklu ada rezeki dia trima kalu takde pun dia cakap dia bukan merempat. berani gila dia nie cakap camtu kt interviewer..

Sementara tunggu suamiku ambil aku duduk kat pondok depan opis aku dulu tu... aku rasa aku dah lepas bebanandan time skrg aku tak nak pikir dah pasal tadi.lan sampai jer kami terus ke Alamanda, makan..baru aku ada selera..

tunggu la result kuar nt..pepun aku terima.....




Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 - Part 1

Kat opis ni sibuk jer semua orang bercerita pasal Interview EO sebab salah sorang kwan opis aku dapat..hmmm seronoknya dia aku ni entah bila lah rezekinya. aku dah pun lulus exam KPSL bulan Julai 2009.. Exam PTK pun dah dapat 4-4 tahun yg sama..tapi masih juga belum ada rezeki kenaikan pangkat...hmmmm

Tiba-tiba balik tempat aku cek email ada panggiln interview...hah..hah..terpingga-pingga aku dibuatnya.. Ya Allah macam tak percaya jer..aku belek sekali lagi email tu aku akan di interview pada 6 Jun 2012 kat SPA Parcel C..alhamdulillah..hmm kena rahsia ni aku tak nak gtau sapa-sapa lagi pun ni baru interview kan...

Persiapan pertama aku kena sediakan semua dokumen yang dia nak..aku anggar aku ada lebih kurang 1 bulan untuk membuat persediaan..iaitu untuk readykan ilmu didada untuk menjawap..huhuhu..stresssss....

Bermula lah episod aku mentelaah semula buku n internet mencari pengalaman kawan2 yg dah lepas interview..semaknya tak sanggup, cepatla masa berlalu..selagi tak lepas selagi tulah aku tak senang duduk.Alhamdulillah ada kesemapatan aku menunaikan sembahyang hajat dan Sembahyang Dhuha memohon dan bertawakal kepada Allah S,W.T..

Tibanya 6 Jun 2013... aku ambil cuti arini walaupun aku akan di interview pada sesi petang..usai sembahyang Dhuha, aku telifon mak dan ayah memohon doa dan restu...gtau adik beradik dan juga ipar duai..manakala suamiku..dialah insan yang setia disisi..menghantar dengan iringan doa dan restu...teringat kenangan sewaktu interview dulu2..ayahlah insan penyayang yang sanggup membonceng motor menghantarku hingga ke Alor Setar..sebab ayahlah aku berada di Putrajaya ini..

Kebetulan hari ini Hari Khamis...semua penjawat awam akan memakai Pakaian Batik.. Aku takdelah beria sangat, pakai je Baju Batikku yang sedia ada..cuma aku takde kasut tutup depan itu jer yang aku beli untuk dipakai interview hari ini.. kat tudung juga aku sematkan name tag ku..cam pelik jer tak penah skema camni..hahahaha

Aku akan di interview di Bilik P dan no. giliranku yang ke 21..maksudnya lagi seorang dan selepas itu nama aku akan dipanggil.. aku sempat berbual-bual dengan 2orang calon..setiap yang hadir penuh dengan harapan..begitu juga aku.. andai tertulis rezekiku, alhamdulillah andai tiada sekurangnya aku tetap bersyukur kerana tahun 2015 nanti aku dahpun KUP N22...

Sebaik sahaja keluar calon no. 19, aku lihat mukanya pucat sangat..yang termampu aku tanya ialah..lelaki ke perempuan? dia jawap 2-2 perempuan...ah sudah..habislah aku... katanya hampir 45minit dia di interview...apa lah soalan tu ek...aduhai..

Jam hampir 2.30.. bermakna calon yang ke-20 ni dahpun hampir setengah jam kat dalam...lamenyer..dia lelaki, ala-ala farid kamil aku tengok..

Tap..pintu bilik P dibuka dia pun keluar..muka nak sengih pun tak jugak..emosi pun ada jugakla sikit..dia senyum selamba kat aku dan cakap..." tak payahlah, balik jer...." aku terpingga jugak, kecut perut aku dengan kata-kata dia tu..sambungnya..." Diaorang suh masuk..."

Aku menjenjeng kemas fail dan terus ketuk pintu.....