Tuesday 14 September 2010

Aku seorang ibu...

6.00pm
Kaunter Dewan Bersalin Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah

Keadaan aku betul-betul dah tak berdaya..tenaga yang aku rasa 0-0 ni aku gagahkan juga untuk sign borang kebenaran  dan borang tanggung risiko..aku tak sempat membaca semua isi kandungannya..tapi penerangan doktor tadi walaupun buat aku kecut perut, namum demi bayi dalam sakit yang tak tertanggung ini, aku tetap dengan niatku untuk menjalani pembedahan sahaja...biarlah apapun yang terjadi selepas ini aku redha...dan nyawaku itu menjadi pilihan yang terakhir...

6.20pm
Aku masih terbaring dalam bilik Bersalin, baju bersalinku telahpun ditukarkan menandakan sebentar lagi aku akan ditolak masuk ke Bilik Operation..hatiku lega, hilang sebentar rasa sakit yang aku tanggung kerana aku tahu tak lama lagi aku akan bersalin..yer..dah tertulis inilah cara kelahiran anakku..ceaser....

2-3 orang nurse berada disekelilingku..mereka menolak aku keluar dari Dewan Bersalin..ketika itu salah seorang  nurse yang agak senior bertanyakan suamiku..dia suruh aku berjumpa dahulu dengan suamiku..aku tahu dan itulah harapanku untuk bertemu dengan suami dan seisi keluargaku..dari jauh lagi aku nampak kelibat suamiku dan seisi keluargaku..mereka mengerumuniku...

Bagaikan hampir pecah empangan airmataku..aku lihat..Suamiku..Mak..Ayah..Akak..Ina..Ipan dan Aikal berada disekelilingku..aku sempat mengucup tangan suamiku aku memohon ampun dan maaf atas segala salahku..begitu juga dengan mak..ayah dan lain-lain..sayup-sayup aku dengar mak bersuara..." Mak ampunkan segala dosa ti..mak halalkan semua makan minum tie..." aku masih sempat mendengar biarpun tangan mak hampir terlepas dari gemgaman tanganku...betapa saat itulah yang paling berharga padaku..aku memandang semua yang ada satu persatu...dengan kudrat yang ada aku tersenyum aku tak mahu memperlihatkan derita sakit yang aku tanggung..Seandainya inilah pertemuan terakhir dan seandainya nyawaku tak panjang..biarlah pandangan terakhir mereka ialah senyumanku bukan airmataku....

Aku pun melepasi mereka dan terus ditolak masuk ke Bilik Operatin sementara menanti persiapan mereka berjalan lancar...aku dibaringkan atas katik..diatas badanku lampu putih yang besar menungguku...segala peralatan telah tersedia dan pakaianku sekali lagi ditukar....

Seorang Pakar Bius yang aku cam sewaktu dalam wad dulu datang lagi...Doktor Berbangsa india..lembut jer orangnya..dia menenangkan aku..menerangkan prosedur demi prosedur yang akan aku jalani sebentar lagi..aku redha..yer...se redha -redhanya..dalam mulutku tak putus-putus aku berdoa dan membaca ayat-ayat suci yang mana mampu aku ucapkan..dan awal-awal lagi aku mengucap kalimah Allah bimbang seandainya aku tak sempat mengucapkannya nanti...

Prosedur pembedahan pun bermula...didadaku penuh dengan wayar-wayar aku pun tak tahu apa fungsinya..aku dibius separuh sedar..dadaku ditutup setinggi bantal tapi aku masih mampu melihat gerak-geri petugas-petugas di Bilik Tersebut..semua sibuk dengan bahagian kerja masing-masing..

7.29pm

Tiba-tiba aku terdengar bunyi tangisan bayi..sekuat-kuatnya...dan dengan secepat kilta itu juga aku melihat seorang petugas membawa bayi dalam kain hijau itu menghilang terus entah kemana.. Pakar Bius tadi datang lagi kepada ku dengan lembut ucapanya..." Congratulation..awak dah jadi Ibu....congratulation..."

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah..itu sahaja yang terucap dibibirku...terasa hilang sakit yang aku tanggung sejak  5 hari lalu..hilang sekelip mata..aku tak sabar nak menatap wajahnya..Pakar bius tadi datang semula menerangkan kepada ku prosedur sekarang iaitu mengeluarkan uri dan seterusnya akan menjahit tempat pembedahan itu semula semula...prosedur ini akan dijalankan dalam tempoh 1jam..

Inilah bayiku..hamba Allah yang berada di rahimku...


Aku masih berbaring menanti untuk menatap wajah bayiku..tak lama kemudian nurse tersebut datang menghampiriku..”dik ini bayi adik..girl or boy? Katanya sambil menunjukkan jantina anakku..dengan yakin aku menjawap “boy….” Hatiku girang…

“Alhamdulillah..alhamdulillah.. airmataku bagai nak menitis….aku memandang bayiku..kulitnya merah…Aku memandang matanya..hidungnya..mulutnya..jari tangannya…jari kakinya….Ya Allah sempurnanya anugerah yang telah Kau berikan padaku Ya Allah..Termakbul segala doaku selama ini..Amin Ya Rabbal Alamin… Nurse meminta aku menyusukan bayiku..Bayiku diletakkan diatas dadaku dan terus dia menyusu..aku tahu bayiku ini mesti lapar sebab dah dua hari aku tak mampu nak jamah makanan…..

Bayiku dibawa keluar mungkin untuk diazankan..aku pun tak pasti bagaimana prosedurnya  mungkin awal-awal lagi bayiku ini telahpun di Azankan oleh suamiku….

8..20pm

Selesai sudah pemedahanku…seluruh tempat jahitanku telah pun dibersihkan dan kini aku Cuma menunggu masa untuk ditolak keluar ke Wad…

8.40pm

Aku sampai ke Wad 10..mujur katilku yang terakhir berdekatan dengan tandas..aku diangkat dan dibaringkan di atas katil..oleh kerana aku masih dalam Bius..kaki dan tangan ku terasa amat berat dan tidak boleh digerakkan..aku amat dahaga tapi kata nurse aku harus menunggu 6 jam baru aku boleh minum…Aduhai keringnya tekakku..tuhan jer yang tahu…seluruh akhli keluarga ku masuk menemuiku..hatiku gembira..aku bersyukur Tuhan masih memanjangkan nyawaku untuk bersama seisi keluargaku..suamiku menghampiriku..memandangkanku dengan sepenuh kasih sayang..keadaanku masih lagi lemah..

kini kami masih menunggu bayiku ditolak masuk ke wad ini..kata nurse sebentar lagi bayiku akan dibawa ke sini…

Keadaanku sebaik sahaja ditolak masuk ke Wad 10

Saat-saat hampir bakal bergelar ibu..

mak datang melawat bawa Lontong..tima kasih mak..ti sayang mak..
12 September 2010... 2.00am

Perut ngan belakang aku sakit sangat..aku betul-betl dah tak tahan..aku langsung tak bole tidur..lan sapu minyak and urut belakang pun takde perubahan pape..aku kejut mak ngan akak..lan ajak gi cek kat hospital takut aku dah dekat-dekat nak bersalin..so dalam pukul 3lebih kitaorang berempat pun gi hospital kuala pilah..sampai tempat daftar jer, aku disuruh ke dewan bersalin sebeb aku lepas dari due date..

kat dewan tu nurse tu pun cek la tekanan darah la...mula2 tinggi maybe aku takut kot..lastly ok..sedih aku bila aku kena tahan wad for abserve 24hours..jumpa doktor dia cakap baru buka 1cm..masuk ler aku kat wad 10..sedihnyer...ikutkan lan nak aku bersalin kat hospital putrajaya...tapi nk wat camner..aku ingat siang nt aku nak minta keluar wad..gpun aku dah tak sakit lagi...

siangnya semua datang melawat aku kat wad..makayah..,lan..family abg,..ina n anak2, akak,dikwan n edi..semua datang, dorg baru balik dari beraya kat jelai..aku biasa jer, sakit sikit2 jer..aku ada minta keluar, doktor cakap kalau takder pape esok aku boleh keluar..huhuhuhu seronoknyer..tak sabar nk tunggu esok..tak seronok dok kat katil nie..kat sini ada 4 katil jer..katil sebelah aku ni asik kosong jer..aku takut tido sorang2..dh ler dekat ngan tandas..tak sabar tul aku tunggu esok..mak masakkan aku lontong..sedap sangat..aku tahu lan frust sebab dia nak sangat aku bersalin kat Putrajaya..tapi nak wat camner sayang,takkan nak lari wad kan..esok dah boleh kuar...

sian sayang kena ulang alik dari umah - kuala pilah..jauh tu..

13 september 2010..

hari ini ikutkan aku dah boleh keluar..tpi tiba-tiba perut ngan belakang aku sakit sangat..aku tak dapat gambarkan sakit yang mcam mana..darah penuh kat kain aku..aku menagis..makan pun aku dah tak lalu..aku betul-betul dh tak tahn..doktor cek baru 2cm..tapi sakitnya aku dah tak tahu nak cakap camner..aku dok ulang alik bilik prosedur..ubat tahan sakit pun dah tak lut..aku menangis masa lan datang ngan ayah..mak masakkan laksa..tapi aku dah tak mampu nak jamah pape.sakitnya membantutkan selera makan aku...aku tak boleh keluar wad..aku rasa aku dah tak mampu nak travel ke Putrajaya lagi..nak bangun dari katil pun aku dah tak mampu..

mak, ayah lan semua dok ulang alik melawat aku..sampaikan terpaksa dorg tido kat masjid..yerlah nak ulang alik dari umah ke kuala pilah bukannyer dekat..aku malu nak nangis depan mak ayah..aku rasa nyawa aku ni ntah panjang ke tak..nurse tu cakap semua yag masuk wad sama-sama aku, semua dah bersalin..tinggal aku jer..katanya pagi esok aku kena jugak bersalin...kandungan aku dah lewat semingggu..

dari katil belakang, aku dipindah kat katil dekat-dekat kaunter untuk mudahkan nurse n doktor datang cek aku..kalau aku sakit dorg suruh panggil jer..malam ni aku sakit sangat..padahal aku baru jer di cucuk ubat tahan sakit...aku langsung tak dapat tidur..aku hanya mampu menangis jer..pinggang aku rasa cam nak putus..kuurut-urut pun langsung takda kesan..aku tak tahu macam mana nak gambarkan kesakitan yang aku tanggung..uniform ku dh penuh dengan darah..dah beberapa kali aku tukar kain...

aku bernasib baik sebeb nurse ngan doktor kat sini semua baik2 belaka...layanan dorang mesra..

14 september 2010..3.am
aku mesej kat lan aku kena masuk dewan bersalin pukul 6pg esok...mesej aku tak berbalas..aku pasti lan dah tidur..sakit aku masih tak reda-reda lagi..tuhan jer yang tahu sakit yang kurasa..aku baca doa-doa yang termampu..dalam hati aku berdoa sempat jumpa lan sebelum aku masuk dewan bersalin esok...

6.30pg..

seorang nurse datang mengejutkan aku dari tidur..aku diberi pakaian bewarna putih..katanya ini pakaian untuk aku pakai dalam wad bersalin..aku sempat mesej lan gtau aku akan ditolak masuk ke dewan bersalin..aku tak dapat ujumpa lan..tapi aku minta maaf dan mohon dia doakan aku dan bayiku selamat...lalu akupun ditolak masuk ke wad bersalin..seorang nurse bertanyakan mana suamiku,katanya kesian kat aku masuk ke wad bersalin tanpa sempat berjumpa dengan seisi keluargaku..

aku dibaringkan atas katil wad..tapi jalannya masih belum terbuka walaupun sakit au tak tak mampu nak tahan lagi..air ketuban dah pun dipecahkan awal 7pagi tadi..oleh kerana aku masih belum ada tanda-tanda unuk bersalin aku ditolak ke bilik 5, dalam wad itu juga.dalam sakit-sakit tu aku sempat juga mendengar beberapa ibu yang telah selamat bersalin..ada yang amik masa lama, ada juga yang senang jer bersalinnyer..aku pulak dah tak mampu tahan lagi..pinggang aku rasa dah nak putus...sakitnya aku tak tertanggung lagi..2 orang nurse pelatih ditempatkan disisi aku..dekat dorang la aku mengadu sakit..tekak aku lapar dan dahaga sangat..dari semalam aku langsung tak menjamah makanan..

2.00pm

aku masih lagi belum bersalin..dah hampir 4jam aku dalam bilik nie..aku hanya mampu berbaring..setiap kali doktor datang,jawapan mereka masih lagi negetif..jalannya belum lagi terbuka..aku tahu lan dan seisi keluarga ku mesti ada diluar..aku merayu kat pelatih tu minta panggilkan suamiku..tapi katanya tak boleh..dalam wad ini suamiku tak dibenarkan masuk..air pun aku tak boleh minum..sedangkan tekak aku kering sangat..aku hanya mampu menangis..sakitnya aku dah tak mampu nak tangung..inilah sakit yang mak rasa ketika melahirkan aku..aku hanya mampu berdoa pada tuhan kurangkan derita yang aku tanggung ini..

4.00pm

aku masih juga belum ada tanda-tanda untuk bersalin..setiap 1jam ada jer doktor datang memeriksa aku..tapi begitu juga jawapannyer..pinggang aku rasa cam nak putus dah, tiap kali sakit tu datang, tiap kali itulah aku mengerang kesakitan..tiada siapa yang mampu menolong aku..pelatih itu hanya mampu menasihati aku dengan meningati Allah..Ya Allah Maha mengasihani..YA Allah..angkatlah kesakitan yang aku tanggung ini..aku dah langung takde tenaga..nyawa aku betul-betul rasa dah nak melayang

6.30pm

aku masih juga belum bersalin..jantung anakku makin lemah..aku dipakaikan topeng oksigen..doktor ta bagi aku buka tapi sakit yang aku tanggung buatkan aku rasa tak selesa..seorang doktor wanita india datang memeriksa aku..katanya jalan baru terbuka 6cm..dia dan beberapa doktor hanya mengelengkan kepala...aku harus juga bersalin secara normal dan perlu menunggu jam 9mlm pula..tapi aku tak mahu..aku dah tak sanggup nak tanggung sakit ni..aku mohon pada doktor untuk ceaser..mulanya dia tak bagi..tapi aku merayu juga..aku dah tak sanggup..lagipun aku bimbang anak dalam kandunganku..akhirnya dia pun mengalah..setelah berbincang dengan seorang lagi doktor..mereka juga menyarankan aku dihantar ke dewan pembedahan sekarang...

dari dalam aku dengar seorang nurse memanggil suamiku.....mungkin untuk memberitahu keadaanku..dikatil aku didatangi seorang doktor menerangkan prosedur pembedahan beserta risiko-risiko..aku menganguk tanda setuju..dengan tangan yang dah tak mampu nak ku angkat..aku sain juga 2 borang itu..menurutnya sebentar lagi aku akan dihantar ke bilik pembedahan.....

Saturday 11 September 2010

bayiku tidur........

11 September 2010....

Hari ini hari raya aidilfitri yang kedua..aku takde plan nak kemana pun..malam tadi ntah pukul berapa aku dapat tidur, sakitku makin kuat jer..pagi ni aku tak rasa sangat bayiku bergerak..kata doktor bila bayi makin besar, pergerakannya makin perlahan sebeb tiada ruang..mula-mula aku biar jer, tapi bila dah dekat pukul 11 aku makin risau..jadi aku amik keputusan untuk pergi cek kat hospital. aku bimbang sekiranya terjadi pape kat kandungan aku nie..

aku, lan, ina ngan aikal pun otw gi  hospital..hati aku ni belah bahagi juga sbb takut kena tahan wad...sib baik sesampai nyer kat batu kikir, tiba-tiba aku rasa bayiku menendang...huhuhuhu seronoknyer..bayi aku  ni tidur rupanya, nak naik keta jalan-jalan baru bangun eh sayang...

aduh leganya...susah tul hati kami tadi...ni dh lega..

so pe lagi, dihadapan sm integrasi jempol tu kitaorang pun u-turn balik....hihihihi sonoknyer..dpt lagi beraya kat rumah..cadang nyer nak gi umah maktih arini tengok makwan....

Friday 10 September 2010

10 September 2010..Aidilfitri ku rai...

10 September 2010..

Alhamdulillah aku masih oleh menyambut hari raya bersama-sama suami dan keluargaku di Negeri Sembilan...Terima kasih kepada anakku yang memahami ibu dia yang nak makan ketupat ngan rendang makwan dia..yerlah akalu aku bersalin 8hb..confirm 44hari takleh makan benda lain dalam pantang nie..


pagi 9 September 2010 aku sampai kat n9 ngan ina sekeluarga..gembiranya mak ayah semua dah balik..alaong jer takder..


ayah ngan abg  melapah kepala lembu

gaya chef..

ni tolong kacau ngan tlg rasakan jer

oh sup ku...terbakar ni


tema tahun ni color kuning..ni color mak

hari ini kitaorang dah siap-siap..rumah pun dah kemas..masak-masak untuk raya pun dh plan.. Abg izan, dikwan..dikdi.. pakat 3orang beli kepala lembu untuk raya nie..selesai melapah jer, malam ni ready untuk masak sup..of course aku dah diarah siap sedia untuk masak sup malam nie.


sebab yang lain semua keluar shopping malam raya so tinggal ler aku ngan lan je kat umah..jadi kitorang berdua jadi ler chef..dalam sakit2 aku nie sampat jugak masak ekk..baik anak ibu dalam perut ni, tak banyak ragam...


selesai jer masak sup, aku pun berehat..tak larat dah nak wat pape lagi..nak tido ler..yeyeyeyeye ESOK HARI RAYA..

aku dah paham sangat dah..malam jer mesti perut ngan pinggang aku jadi sakit sangat..beberapa kali jugak aku kejut lan urutkan pinggang aku..syukur suamiku tak merungut..diikutkan jer..di ajaknyer aku ke hospital, tapi esokkkan rayer, tak nak ar...

so tahan ler aku nie mengahdapi sakit-sakit yang semakin lama makin kerap..rasa cam nak tercabut pinggang aku nie..dalam sakit-sakit aku pun terlena...

pagi nyer bergemalah takbir raya....

 Kitaorang sekeluarga macam biasa menyambut raya daengan bersalam-salaman dan bermaaf-maafan..kemudianyer sesi bagi duit raya dan makan bersama-sama..


mak salam ngan ayah..membuka acara

ayah..ampunkan tie....

lan ngan ayah..first time katanyer..

mak..ampunkan ti..

kekok tak sayang...

sesi kami pula suami-isteri...

aku sekeluarga..aniq dalam perut..

ayah mak ngan anak2 yg still single

keluarga abg izan..zahra qaleeesya & sarina

keluarga ina...taufik raya tahun ni tak dapat balik...alif haikal..alif irfan..

Alhamdulillah aku dapat sambut raya kat rumah..dapat sambut raya berdua dengan lan..Insya Allah tahun depan sambut bertiga..


ruang tamu atas..

terima kasih sayang anakku kerana memberi peluang tahun ini aku menyambut hari raya sebagai seorang isteri..tahun depan sebagai ibu dan isteri lak..





Tanggal 8 September 2010...

Hari ini genap kandunganku 40 minggu...

Hari ini ikutkan tarikh aku bersalin..tapi sampai arini aku masih lagi bekerja..tanda-tanda bersalin pun takde lagi. kat opis orang dah ramai yang cuti balik kampung...yerlah raya dah tinggal sehari jer lagi..

last check up aritu aku di forward kat pakar O&G hospital Putrajaya sebab kepala baby aku tak engage kat laluan keluar..aku risau gila...aku tak paham jugak istilah2 perubatan ni..tapi lepas check kat pakar tu, alhamdulillah takde pape...cuma aku confius...kat klinik punyalah ramai yg check semua kata kepala baby tak engage..naik risau aku...

ikutkan hari ni aku apply cuti tapi last minute aku cancel cuti sebab ina nak balik sini, aku ngan lan yg nak kena amik dia kat KL Sentral..jd tak dapat lah kitaorang balik kg awal..

Aku gi klinik untuk checkup macam biasa..nurse-nurse pun senyum-senyum bila tgok tarikh arini sepatutnya aku due..tp takde tanda pape pun..aku kena jumpa doktor sebab badan aku ni dah sakit2 semacam jer...menurut doktor aku bila-bila masa jer boleh bersalin..so be carefull..buat persediaan yang sepatutnya dalam kereta...

Sib baik lah doktor tu baik sangat..dia memahami situasi aku yg dh tak larat nak berjalan bawak perut nie..aku diberi MC...sonoknyer..first time aku dapat MC sepanjang aku ngandung ni..aku pun balik umah berehat..kemas pe yg patut sebab pagi esok nak amik ina, lepas tu terus nak balik beraya kat N9..

malam nya aku wat keje cam biasa jer..semua baju2 barang2 dah kemas, nanti senang lan angkat masuk kereta jer...tak banyak baju pun kitaorang bawak..

tiba-tiba dalam bilik air aku tgok ada tompokan darah..aku terkejut giler..memang gelabah sangat...

aku cepat2 khabarkan kat lan..dia pun pe lagi, takut ler..dalam tkaut2 tu sempat jugak aku terpikir..

aahhh sudah!  raya kat wad lah aku nanti nie..aduh...jangan la anak..sian kat ibu nie...

kitaorang terus ke hospital n terus ke wad bersalin....aku sempat capai kain batik sebab kawan dh pesan awal2...kitaorang bawa juga sepaasang baju bayi n sikit keperluan lain yg dh mmg ready dlm kereta..

hampir 30 minit jugak aku rest ats katil wad, after check upsemua..doktor gatu jalan belum buka,cuma show jer..aku dibenarkan pulang...alhamdulillah...lega rasa hati...

aku dah mula rasa berdebar..takut nak menghadapi hari aku bersalin .....

pagi tu aku pun gi amik ina kat KL sentral..pastu terus balik n9 untuk beraya...

so arini aku tak tak jugak bersalin...yieeehaaaaaa dapat makan ketupat ngan rendang....