Friday 8 December 2006

Cinta Berputik..heeee

7 Disember 2006


Hari ini aku kerja macam biasa...kat opis aku dok kat tempat jer, malas nak berjalan2 tempat orang..lgpun ntahla layan internet lagi best..heee


aku dan lan pun bermesej2 macam biasa..pagi2 mesti lan akan hntar mesj wish kat aku..kalau dia antar dulu pun aku akan hantar..dah jadi rutin kot..aku harap kitaorang akan jadi bestpren..tapi sku suka sangat sebab ada orang yg caring sangat kat aku..


tengah-tengah buat kerja, bateri henpon pulak abih..aku pun cas ler kat tempat abg indera..


dalam pukul 11 lebih, mesej aku berbunyi..tapi aku tak sedar sebab dok sibuk kat tempat typewriter..tak lama kemudian tu, henpon aku pulak berbunyi, rupanya lan tipon..dia tanya dah baca mesej ker..


lepas letak tu baru aku baca...


katanya...dia tak anggap aku sebagai kawan..dia nak lebih dari itu....dan bertanya sudikah aku menerimanya..


aku terkejut juga tapi hati aku rasa gembira sangat..ternyata aku sememangnya pun berharap macam tu jugak..sekurangnya aku tahu camne hubungan aku dengan dia..


lalu akupun balas mesej tu tanda terima....heeee.....sukanyer...



dari tarikh harini bermula lah hubungan kami lebih dari seorang kawan..malam ni kami janji nak jumpa kat tempat biasa...Dataran Putrajaya..


Jadi tiap-tiap hari selepas balik kerja, malamnya kami mesti jumpa..tiap-tiap tu hari kecuali ketika aku balik kampung. Dari situ aku tengok kesungguhan lan untuk bersama aku. Dia tak kira penat..tak kira masa, dia mesti jugak datang jumpa aku..


Aku pun mulalah aktiviti baru..memasak....balik kerja je, aku siap-siap masak..malamnya aku bawa bekalan untuk kitaorang makan berdua kat Dataran...seronok sangat...moga cinta ini berkekalan hingga akhir hayat...




( gambar kitaorang kat Pantai Morib 2006 )


Masa makan kat Dataran..


Dalan Kereta OTW ke Dataran

Alhamdulillah terubat luka dihati aku nie..aku harap akulah orang terakhir dalam hidupnya.

Saturday 2 December 2006

Our First Date....

1 Disember 2006



Kini hampir 2 minggu kami berkawan...tiap2 hari ada jer benda yg dimesejkan...yang dibualkan...aku seronok sebab aku dah ada kawan untuk berbicara..aku senang berkawan dengan dia..namanya Lan..tapi aku senang kot ber saya- awak jer..nak sembang sebut nama cam kekok jer...

Ujung minggu lepas dia ke Pahang bersama mak ayah dia sbab ada kenduri kat sana..kebetulan ahad tu aku free..dari dok rumah aku keluar berjalan ke KL..masa bermesej tu, tu tengah tunggu bas. katanya bila kitaorang kawan rapat ni dia takkan bagi aku jalan sorang2 lagi...kemana aku pergi dia akan teman kan..heee janji nya...aku nk tengok..nanti aku nak tuntut janji dia..

dari dia juga aku dapat tahu dia ada 2 orang kawan perempuan yg lain..dari situ aku dapat teka sesuatu..biarlah kami sebagai kawan biasa jer..lgpun ada orang lain yg suka kat dia..aku ok jer...dalam hati aku nak tolak jauh2 bila berkawan dengan 'pakwe' orang ni...sudah sudahlah cerita dulu...

Hari demi hari kami sentiasa bermesej...tak pun dia pasti akan telifon aku...lambat sikit jer balas mesti dia hantar mesej lagi...

Suatu hari dia minta untuk kami bertemu..dah lama sangat kitorang berkenal melalui mesej jer..jadi malam ini kami berjanji untuk berjumpa..heee..berdebar jugak..kawan2 aku kebetulan tak keluar, jadi diaorang pun amik kesepatan gak pesan makanan...dah ler hari jumaat, pasar malam ada....

Tepat pukul 8 aku siap2..kitaorang janji nak jumpa dalam pukul 830..dah siap aku cuma tunggu mesej dia jer...mula-mula aku ingat cam tak jadi jumpa jer, sebab dh lambat dari yg dia janjikan..lgpun aku takut dia main2 jer.rupanya tak..dalam pukul 840 lebih camtu, dia mesej dah ada kat bawah..hint dia...kereta waja..dari tingkap pe lagi kawan2 aku pun bukan main jenguk dari atas..sah tu lah dia,....

aku pun turun bawah..

                                                           ( Gambarnya si diaTahun 2006 )

Aku sebenarnya paling tak suka bila jumpa orang tu doak dalam kereta...tapi takpelah lepas sampai kat kereta dia, aku pun naik. mungkin sebab takde plan nak kemana, aku pun gatau minta tolong hantar kan aku ke Pasar Malam..lgpun ada makan yg dipesan oleh kawan2. dia pun ikut jer..

lepas balik hantar makanan..kami pun lepak kat Jambatan..

                                                      Disinilah kami dating malam tu....


Kedai mamak Presint 8

 Dia tak banyak cakap..suara pun perlahan jer...heee..terasa aku ni cam banyak jer nak mengenakan dia..kami berbual-bual..macam2 yg kami bualkan..aku seronok..gelak-gelak lagi..NAMA penuhnya AZLAN..umurnya baru 22 tahun...orang PERAK..dari situ kami bercerita kisah masing2..membuka kisah2 sedih yg aku simpan dalam hati...kisah tempat kerja..kisah kawan2 dan keluarga...

rupanya banyak persamaan kami..

selepas bersembang...jam hampir pukul 10 lebih..kami berdua pergi minum kat kedai Mamak kat Presint 8..apa yg aku tengok henpon dia tak berhenti berbunyi..sah! ramai aweks nie...biar lah dia kawan jer..dia minta pulang awal sebab nk ke Shah Alam tolong kawannyer pindah..hmmm akasan biasalah tu..ntah2 ada temu janji lain... lgpun lewat2 malam dah nie, nak ke Shah Alam pulak...musykil nie...ah biarlah dia..

Dia pun hantar aku balik kerumah...sampai jer kerumah aku cuma senyum2 jer..hmmm aku suka cara dia..kawan2 aku mula mengusik..takpe kalau dia mesej lagi aku esok maksudnya dia masih nak kawan ngan aku..kalau tak mungkin setakat ni jer...

hatiku mula berbunga.....