Tahniah buat adik iparku Azman Kamaruddin dihari konvokesyennya di UiTM Shah Alam dalam bidang Ijazah kejuruteraan Elektrikal... semoga berjaya
Alhamdulillah seisi keluarga hadir dihari konvonya ini....termasuklah aniq ku! mujur aniq tak meragam...hee...moga satu hari nanti aniq juga berjaya dalam pelajaran dan seterusnya berjaya dalam kehidupan....
amin...
Ya Allah dakulah hambaMu yang mencari keredhaanMU untuk menikmati hidup yang sementara di dunia ini. Ku Syukuri kerna Kau beri peluang untukku bergelar anak, isteri dan ibu..kulalui kisah kasihku dengan sempurna atas keizinanMu... Ku coretkan untuk tatapan insan tersayang dihati..moga kekal sebagai kenangan..
Sunday, 20 May 2012
Saturday, 19 May 2012
19 Mei 2012
Mungkin tarikh ini tidak pernah berada dalam lipatan diari hidupku selama ini..namun hari ini akan tercatat dan aku tak pasti berapa lama ia akan berada dalam diari hatiku...
Setiap insan mempunyai perasaan begitu juga aku dan suamiku... sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri...
Namun kasih dan sayang penguat segalanya...
Mungkin ada kata-kata yang tidak kita sedari terlafaz saat hati dan minda dikuasi amarah..
Mungkin aku yang bersalah dan setiap insan memang tak lepas dari melakukan kesilapan..
Syukur alhamdullillah kesilapan memberi kita satu pengajaran yang amat bermakna..dan pada tarikh hari ini juga aku mempelajari bahawa cinta dan kehidupan itu mempunyai banyak cerita dan warna..
namun yang paling kupelajari bahawa kasih sayang kami amat-amat utuh!
SemoGa kasih sayang ini berkekalan hingga akhir hayatku..
Aku tak mampu melawan takdir Allah S.W.T..namun bukankah doa itu kunci segala-galanya..
Ya aku berdoa moga kami sentiasa bersama-sama dalam suka dan duka..Amin....

Harijadi Suamiku tercinta- 18 Mei 2012
Hari ini ulangtahun suamiku yang ke 28... rasanya tahun nie lah tahun yang aku tak termampu untuk lakukan apa-apa persediaan untuk menyambut hari yang paling bermakna dalam hidup suamiku tercinta...
pelbagai dugaan suamiku tempuhi dibulan kelahirannya ini...bermula dengan kehilangan opahnya pada 27 April 2012..dengan kesibukkanku sepanjang bulan Mei ini dengan CVO yang tak henti-henti..bersambung pulak dengan kehilangan yang tanpa terduga iaitu Pakcik suamiku Cu Tapa pada 13 Mei 2012.. sesungguhnya kehilangan kali ini benar-benar memberi tamparan buat suamiku.. aku dapat lihat betapa suamiku terlalu sedih... dan ini membuatkan aku serba salah untuk menyambut dengan cara yang bagaimana.. takkan dalam duka kami nak bergembira..memotong kek seperti tahun yang sebelum ini.. lalu terbit dalam hatiku untuk menyambutnya pada hari Kenduri Doa Selamat di kampungku kelak...namun hasrat itu belum dapat aku luahkan kerana dua tiga hari ini suamiku kerap kali berdiam diri..mungkin kerana kepenatan dan mungkin juga masih dalam kesedihan...
Sejak hari Cu meninggal kami berulang alik untuk Majlis Tahlil sepanjang tiga malam itu..aku lihat suamiku memang sangat-sangat kepenatan..dengan kerja di opis..dengan hal-hal lain sehinggakan langsung tiada masa untuk diri sendiri...terasa betapa cepatnya putaran masa..sampai aku rasakan untuk bercakap dengan suamiku ku pun masa terlalu cemburu..masing-masing melayan penat dan melakukan rutin sendiri...
18 Mei 2012
Malam ini tepat pukul 12 genaplah umur suamiku 28 tahun...kebetulan malam ini adalah malam jumaat, aku dan suami tak jugak berkesempatan join majlis tahlil kat surau rumahku..Ya Allah kami masih belum dapat menjadi tetamu di Taman Syurga itu...sesungguhnya itu adalah rezeki yang ditentukan Allah..mungkin bukan rezeki kami menjadi tetamu di taman syurga..lalu kubaca surah Yassin dirumah bersempena malam yang mulia ini juga kudoakan bacaan ini untuk keselamatan..kebahagian..untuk suamiku dan seisi keluargaku...kerana tiada hadiah yang lebih berharga dari doa.. Moga ianya jadi bekalan hidup kami
Malam ini aku sememmangnya tak sabar untuk wish suamiku namun melihatkan suamiku yang sibuk dengan laptop dan melayan perasaan aku tak tahu cara bagaimana untuk mengucapkannya tambahan pulak aku betul-betul penat..aku tahu mood suamiku sekarang tak menentu sebagai orang yang dekat dengannya aku terasa sangat sunyi..namun semua itu ke pendamkan dalam hati..lalu letak kepala jer aku terus tertidur sehingga pagi...
pukul 630 baru aku tersedar dan aku terus mengucup pipi suamiku sampai mengucapkan selamat harijadi..aku buka FBnya dan terus ku postkan ucapan khas untuknya..biarpun aku adalah orang kedua yang wish namun aku tahu aku adalah orang pertama dalam hatinya...
Sesampainya kami di Opis kami sarapan bersama-sama...dalam hatiku macam-macam plan untk meraikan harijadi suamiku aku fikir malam ini aku akan sambut harijadinya diluar..kami akan makan sama-sama dengan ina kerana bagiku menyambut 3 orang rasanya kurang meriah...
Tengah hari ini aku plan nak balik tapi suamiku tak pasti lagi..lagipun hari ini hari jumaat suamiku perlu berjemaah di masjid menunaikan Solat Jumaat lalu kubatalkan hasrat itu..biarlah dia mengerjakan ibadah di hari yang Mulia ini tambahan lagi hari ini adalah hari lahirnya..aku risau andai balik tengah hari kelam kabut sampai tak sempat suamiku ke masjid nanti...
Aku keluar dengan laura ke Kajang...namun aku rasa pelik kerana suamiku lansung tak hantar mesej mahupun menelifon aku.. tepat pukul 3 aku keluar ke kajang lagi kerana laura terlupa cop. Sepanjang jalan itu aku berkali-kali telifon dan mesej lan.. tak cukup telifon dia aku telifon kawan dan Office lan namun masih juga tiada yang angkat..lalu aku telifon kawanya ita, dan katanya mereka sedang Mesyuarat.. hati lega selega-leganya...betapa aku bimbangkan suamiku..aku terlalu menyanyanginya..mesej terakhirnya katanya akan ke Shah Alam...aku bimbangkan suamiku..aku tak sanggup sekiranya terjadi sesuatu ke atas suamiku...
Mulanya memang marah tetapi sebenarnya risau itu lebih mengatasi segalanya..aku tak marahkan suamiku..aku terlalu sayangkannya..mendengar dia sedang mesyuarat seolah memberi aku nyawa baru..Alhamdullillah suamiku berasa di Sekolah..tiada apa-apa yang berlaku terhadap suamiku...kerana dialah nadi hidupku dan aniq..
Tepat pukul 4.30 akau dan lora sampai kat ofis..aku sangat-sangat penat. Plan untuk buat OT hari ini aku batalkan..lalu aku tumpang laura balik rumah. Dalam kereta lan telifon dan menceritakan segala-galanya. Aku dah dapat agak sebenarnya namun sajer aku mengujinya dengan rajukku..sebenarnya tiada apa-apa..merajuk pun tidak marah jauh sekali..tiada apa yang penting melainkan suamiku masih berada dibawah perlindungan Allah S.W.T
Sesampainya aku dirumah ina mengadu padaku perutnya sakit.. Ya Allah dugaan apa pulak untuk adikku ini.. dari gambaran ceritanya aku agak rahimnya jatuh @ prolapse..aduhai adikku patutlah aku lihat 2-3 hari ini ina kurang bermaya...aku susah hati sangat tambahan pulak ina baru lepas operation..aku terus mesej kawan opis tipah..makcik yang kami pernah gi urut tu takde, tapi ada seorang lagi boleh cuma tak berapa kuat..padaku bolehlah utk sementara asalkan tiada apa jadi kat ina malam ni..nak jalan pun aku tengok susah.. sesampai jer lan kat rumah terus aku khabarkan kat dia malam tolong hantarkan ina ngurut kat banting..nak cerita lebih takut malu pulak ina..ini hal orang perempuan....lagilah ina malu kat lan nanti..lalu aku terlupa untuk bercerita..kerana dalam otakku aku ni macam-macam hal..
Esok aku kena kerja..malamnya pulak Majlis tahlil hari ke- 7 arwah Cu...takkan aku nak datang tangan kosong..masalah ina lagi...memikirkan rumah yang tak berkemas lagi..memikirkan penat badan lagi..sambutan harijadi lan lagi..aduhai semua menerpa aku tak tahu nak luah kat mana....
Aku masuk kebilik, lan sedang bermain komputer..aku masuk untuk ceritakan segalanya dan bergurau kunun-kunun merajuk dengannya..aku tahan gelak dalam hati tapi melihat raut wajah lan lain macam jer..aku bergurau tapi dia ambil serius dan langung tak bercakap-cakap denganku..Ya Allah langsung aku tak faham sikapnya... berapa lama hendak bersedih...malas nak berterusan aku mendiamkan diri..pukul 7.30 aku kejut lan untuk ke Banting..
Sesampainya di rumah Tukang urut itu, suamiku langsung tak masuk..dalam hatiku mungkin dia penat dan tidur dalam kereta. selesai adikku berurut kami pun pulang... Dalam perjalanan pulang aku mempelawa suamiku makan malam dikedai sahaja dan seterusnya meraikan harijadinya namun jawapan suamiku hanya sepatah dan terus mendiamkan diri..aku malas nak bercakap dengan lanjut bimbang adikku perasan kami 'dingin'...
Sesampainya kami dirumah suami ku terus ke bilik..bermain komputer dan terus melelapkan diri..air kopi mahupun makanan didapur langsung tak dijamah..aku benar-benar buntu..apa salahku...mataku tak lena..aku menanti-nanti suamiku dapat berkata sesuatu namun masih dia diam membisu.. jam sudahpun pukul 3pagi..entah masa bila tika melayan perasaan aku pun terlena hingga pagi...

Sunday, 13 May 2012
Al - Fatihah..buat cu suamiku...
13 Mei 2012
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptaNya..begitu juga pakcu.. Mustapa Basha binti Besah..kebetulan cu suamiku ini adalah adik kepada kawan ayahku....
Selang sehari selepas kami melawatnya pada hari Jumaat 12 Mei 2012 kami menerima perkhabaran Cu dah tiada.. Al fatihah...Moga roh cu ditempatkan ditempat orang yang beriman..amin..
Memang pemergiannya memberi satu kehilangan buat suamiku tapi sebagai manusia kita harus redha sekurangya dia tak menanggung derita lagi..cukuplah 10 bulan yang lalu..
Kebetulan ketika itu kami di Serting, lalu aku tinggalkan aniq kat serting dan kami bergegas pulang kesana. Aku tak sempat menyambut hari ibu tapi sekurangya aku puas hati kerana aku telahpun sediakan kek khas untuk mak..walaupun kek itu orang lain yang beli tapi niatku khas untuk mak kerana aku sayang mak.!
Syukur kami sempat sampai ke Masjid Kampung Pandan dan jenazah dikebumikan selepas solat asar..
Al- fatihah semoga Allah ampunkan segala dosa cu dan tempatkan dia ditempat orang yang beriman..amin....

Wednesday, 2 May 2012
Muktamad! aku let go kan steamer ironku...
Muktamad...
Akhirnya aku jual juga steamer ironku...menyesal jugak beli.. tapi sekurangya impian ku tercapai untuk pakai stand steamer iron... kalau nk ikut mudah mmg la tapi hasilnya tak seberapa... ahh ! malas dah nak pikir aku jual jer.. pembelinya orang raub... selamat tinggal steamer ironku... aku nak cari microwave lepas nie...

![]() |
| siap dah..tinggal nak seal jer |
![]() |
| siap di balut..tinggal nak pos jer ke Raub Pahang... |
Monday, 30 April 2012
Mandi-Manda @ Teluk Batik, Perak
Hari ini dapat kami bersuka ria..bermandi manda di Teluk Batik..lagipun esok dah nak balik Putrajaya. Rasanya kali terakhir aku datang sini sebelum kami kahwin tu pun hari hujan jadi terbatal niat suamiku nak mandi laut...
Aku memang tak berapa minat mandi laut tapi tengokkan diaorang teringin jugak tapi apakan daya baju tak tukar so jadi photographer jerlah...
Sian aniq nangis-nangis geli pasir..aduhai sayang kami ni masih belum mau kena pasir..masuk pasir dalm kasut terus tak nak jalan..dah camtu memang kena usik lah kat semua..sian sayang ibu..heeee....takpe la nanti biasakan diri tau bila dah besar..
Lepas diorang mandi manda dan membersihkan diri kami pun nak pulang tapi sempat jugak bershopping sakan..heeee..
aku belikan aniq 2 pasang baju..aku dan lan seorang satu t-shirt. tak lupa juga buat ina sekeluarga tanda ingatan dari teluk batik....
Friday, 27 April 2012
Al - fatihah buat Opah suamiku
27 April 2012
Petang tu aku masih di Pejabat melaksanakan kerja-kerja CVO..tiba-tiba aku menerima panggilan suamiku bahawa Opahnya telahpun meninggal dunia..Al-fatihah.. Ya Allah sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati..dan sudah terlalu lama opah menanggung sakit didunia..
Malam ini kami semua akan balik ke Perak..walaupun kami tidak berkesempatan untuk menatapnya buat kali terakhir tapi sekurangya kami dapat menghadiri Majlis tahlilnya..jenazahnya dikebumikan sesudah magrib..
Aku dan gerak bertolak dari Putrajaya terus ke Kajang menumpangkan kakak lan. Sudah pasti jalan akan sesak kerana lusa cuti Hari Pekerja jadi suamiku membuat keputusan untuk tidak menggunakan Lebuh Raya PLUS
Aku mengenali Opah dari sebelum kami berkahwin lagi...walaupun opah sudah tidak ingat sesiapa lagi tapi kudratnya kuat sehinggalah dia sakit dan terus terbaring..
Dan tiada lain doaku semoga Opah ditempatkan ditempat orang yang beriman..amin...
Kami semua sampai dikampung hampir-hampir jam 3.00 pagi..
Petang tu aku masih di Pejabat melaksanakan kerja-kerja CVO..tiba-tiba aku menerima panggilan suamiku bahawa Opahnya telahpun meninggal dunia..Al-fatihah.. Ya Allah sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati..dan sudah terlalu lama opah menanggung sakit didunia..
Aku dan gerak bertolak dari Putrajaya terus ke Kajang menumpangkan kakak lan. Sudah pasti jalan akan sesak kerana lusa cuti Hari Pekerja jadi suamiku membuat keputusan untuk tidak menggunakan Lebuh Raya PLUS
Aku mengenali Opah dari sebelum kami berkahwin lagi...walaupun opah sudah tidak ingat sesiapa lagi tapi kudratnya kuat sehinggalah dia sakit dan terus terbaring..
Dan tiada lain doaku semoga Opah ditempatkan ditempat orang yang beriman..amin...
Kami semua sampai dikampung hampir-hampir jam 3.00 pagi..
Thursday, 26 April 2012
Aniq dah belajar gosok gigi...
Bulan lepas kebetulan aku dan ayah ke klinik kerana aniq terjatuh hingga hidungnya berdarah... mulanya ke Presint 11 kemudian kami diarah ke KK Preint 9..aduhai lamanyer menunggu..dahla aniq takmau dok diam..hangin aku dibuatnya.... dah tak larat menunggu kat tempat duduk tu aku pun berjalan-jalan sekitar klinik..tiba-tiba aku ternampak 2 orang nurse pergigian mempromosikan sambil memberi nasihat berkenaan penjagaan gigi...apa lagi aku bukan boleh tengok sajer benda-benda camgitu...heeee..tambah-tambah kalu ada bab free gift..saya suka! saya suka!...
Lepas jer client tu pergi aku dan aniq pun terus duduk..kami berbual-bual bekenaan penjagaan gigi sikecil ku ini..gigi aniq dah hampir penuh dah patut benor aniq diajar mengosok gigi.. memang selama ni aku gosokkan tapi just guna kain jer...dan tiap kali itulah jari aku digigit sekuat hatinya....amboi aniq yer...
selepas mendengar penerangan nurse tu, berkobar-kobar semangatku untuk mencari berus gigi aniq..
Selang beberapa hari kebetulan aku ke mydin jadi aku terus membelikan aniq berus gigi yang bersesuaian dengan usianya...bersemangat aku nak mengajar aniq gosok gigi...biar gigi aniq cantik dan sihat..namun harapanku tak kesampaian..aniq menolak.. lebih teruk lagi aniq buat berus gigi dia tu jadi berus kabinet..aduhai sayangku aniq..kena beli baru ler jawapnyer nanti....
Satu hari kami kat opis berbual-bual..kebetulan kak jariah bertanyakan gigi aniq yang dah penuh..kak jar cakap aniq dah boleh guna ubat gigi..barulah aku tahu ada ubat gigi utk kanak-kanak jadi kami pun mencari dan jumpa..MUKMIN JUNIOR untuk aniq...
bermulalah rutin aniq gosok gigi..walaupun adakala macam-macam kerenah aniq tapi yang penting dari sekarang aniq kena belajar...
hee... sayang aniq

Monday, 23 April 2012
Rumah PR1MA ku..
Pagi nie aku terima mesej daripada Pejabat PM berkenaan rumah PR1MA ku..lama sangat senyapnyer dah berbulan-bulan..ingatkan memang senyap terus...
dalam masa 14 hari ni dia akan hantar borang untuk pemprosesan...maybe..pepun ALhamdullillah ku bersyukur kepada Allah...tak lama kemudian aku terus echeck email yahoo ku....
surat inilah yang kuterima....
Tiada lain yang kudoakan sgar segalanya berjalan dengan lancar...moga rezeki kami ada....tahun ni pun umur ku dah meningkat sudah patut sangat kami mempunyai rumah...Moga rezeki Allah ini dimurahkan buat kami sekeluarga...
Amin....

Sunday, 22 April 2012
Saturday, 7 April 2012
akhirnyaaaa...Stand Steamer Iron milikku...
Jalan punya jalan akhirnya kami singgah kat Berdaya Kiara....tak sangka akhirnya sayangku belikan juga stand iron aku ni...dh lama benor teringin..
senang jer gunanya just isi air...on plug..tunggu wap keluar pastu iron jer kat baju..amat sesuai untuk insan-insan cam aku yang asik baju terbako jer delk iron biasa...so iron ni panas camner pun tak effect pape...
Pepun bersempena hadiah yang baru kuterima ini....tak lain yang aku ingin ucapkan..
terima kasih sayang......
Subscribe to:
Posts (Atom)