Saturday 19 May 2012

19 Mei 2012

Mungkin tarikh ini tidak pernah berada dalam lipatan diari hidupku selama ini..namun hari ini akan tercatat dan aku tak pasti berapa lama ia akan berada dalam diari hatiku...




Setiap insan mempunyai perasaan begitu juga aku dan suamiku... sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri...

Namun kasih dan sayang penguat segalanya...

Mungkin ada kata-kata yang tidak kita sedari terlafaz saat hati dan minda dikuasi amarah..

Mungkin aku yang bersalah dan setiap  insan memang tak lepas dari melakukan kesilapan..

Syukur alhamdullillah kesilapan memberi kita satu pengajaran yang amat bermakna..dan pada tarikh hari ini juga aku mempelajari bahawa cinta dan kehidupan itu mempunyai banyak cerita dan warna..

namun yang paling kupelajari bahawa kasih sayang kami amat-amat utuh!


SemoGa kasih sayang ini berkekalan hingga akhir hayatku..

Aku tak mampu melawan takdir Allah S.W.T..namun bukankah doa itu kunci segala-galanya..

Ya aku berdoa moga kami sentiasa bersama-sama dalam suka dan duka..Amin....

No comments: