Saturday 19 May 2012

Harijadi Suamiku tercinta- 18 Mei 2012

Hari ini ulangtahun suamiku yang ke 28... rasanya tahun nie lah tahun yang aku tak termampu untuk lakukan apa-apa persediaan untuk menyambut hari yang paling bermakna dalam hidup suamiku tercinta...

pelbagai dugaan suamiku tempuhi dibulan kelahirannya ini...bermula dengan kehilangan opahnya pada 27 April 2012..dengan kesibukkanku sepanjang bulan Mei ini dengan CVO yang tak henti-henti..bersambung pulak dengan kehilangan yang tanpa terduga iaitu Pakcik suamiku Cu Tapa pada 13 Mei 2012.. sesungguhnya kehilangan kali ini benar-benar memberi tamparan buat suamiku.. aku dapat lihat betapa suamiku terlalu sedih... dan ini membuatkan aku serba salah untuk menyambut dengan cara yang bagaimana.. takkan dalam duka kami nak bergembira..memotong kek seperti tahun yang sebelum ini.. lalu terbit dalam hatiku untuk menyambutnya pada hari Kenduri Doa Selamat di kampungku kelak...namun hasrat itu belum dapat aku luahkan kerana dua tiga hari ini suamiku kerap kali berdiam diri..mungkin kerana kepenatan dan mungkin juga masih dalam kesedihan...

Sejak hari Cu meninggal kami berulang alik untuk Majlis Tahlil sepanjang tiga malam itu..aku lihat suamiku memang sangat-sangat kepenatan..dengan kerja di opis..dengan hal-hal lain sehinggakan langsung tiada masa untuk diri sendiri...terasa betapa cepatnya putaran masa..sampai aku rasakan untuk bercakap dengan suamiku ku pun masa terlalu cemburu..masing-masing melayan penat dan melakukan rutin sendiri...

18 Mei 2012

Malam ini tepat pukul 12 genaplah umur suamiku 28 tahun...kebetulan malam ini adalah malam jumaat, aku dan suami tak jugak berkesempatan join majlis tahlil kat surau rumahku..Ya Allah kami masih belum dapat menjadi tetamu di Taman Syurga itu...sesungguhnya itu adalah rezeki yang ditentukan Allah..mungkin bukan rezeki  kami menjadi tetamu di taman syurga..lalu kubaca surah Yassin dirumah bersempena malam yang mulia ini juga kudoakan bacaan ini untuk keselamatan..kebahagian..untuk suamiku dan seisi keluargaku...kerana tiada hadiah yang lebih berharga dari doa.. Moga ianya jadi bekalan hidup kami

Malam ini aku sememmangnya tak sabar untuk wish suamiku namun melihatkan suamiku yang sibuk dengan laptop dan melayan perasaan aku tak tahu cara bagaimana untuk mengucapkannya tambahan pulak aku betul-betul penat..aku tahu mood suamiku sekarang tak menentu sebagai orang yang dekat dengannya aku terasa sangat sunyi..namun semua itu ke pendamkan dalam hati..lalu letak kepala jer aku terus tertidur sehingga pagi...

pukul 630 baru aku tersedar dan aku terus mengucup pipi suamiku sampai mengucapkan selamat harijadi..aku buka FBnya dan terus ku postkan ucapan khas untuknya..biarpun aku adalah orang kedua yang wish namun aku tahu aku adalah orang pertama dalam hatinya...

Sesampainya kami di Opis kami sarapan bersama-sama...dalam hatiku macam-macam plan untk meraikan harijadi suamiku aku fikir malam ini aku akan sambut harijadinya diluar..kami akan makan sama-sama dengan ina kerana bagiku menyambut 3 orang rasanya kurang meriah...

Tengah hari ini aku plan nak balik tapi suamiku tak pasti lagi..lagipun hari ini hari jumaat suamiku perlu berjemaah di masjid menunaikan Solat Jumaat lalu kubatalkan hasrat itu..biarlah dia mengerjakan ibadah di hari yang Mulia ini tambahan lagi  hari ini adalah hari lahirnya..aku risau andai balik tengah hari kelam kabut sampai tak sempat suamiku ke masjid nanti...

Aku keluar dengan laura ke Kajang...namun aku rasa pelik kerana suamiku lansung tak hantar mesej mahupun menelifon aku.. tepat pukul 3 aku keluar ke kajang lagi kerana laura terlupa cop. Sepanjang jalan itu aku berkali-kali telifon dan mesej lan.. tak cukup telifon dia aku telifon kawan dan Office lan namun masih juga tiada yang angkat..lalu aku telifon kawanya ita, dan katanya mereka sedang Mesyuarat.. hati lega selega-leganya...betapa aku bimbangkan suamiku..aku terlalu menyanyanginya..mesej terakhirnya katanya akan ke Shah Alam...aku bimbangkan suamiku..aku tak sanggup sekiranya terjadi sesuatu ke atas suamiku...

Mulanya memang marah tetapi sebenarnya risau itu lebih mengatasi segalanya..aku tak marahkan suamiku..aku terlalu sayangkannya..mendengar dia sedang mesyuarat seolah memberi aku nyawa baru..Alhamdullillah suamiku berasa di Sekolah..tiada apa-apa yang berlaku terhadap suamiku...kerana dialah nadi hidupku dan aniq..

Tepat pukul 4.30 akau dan lora sampai kat ofis..aku sangat-sangat penat. Plan untuk buat OT hari ini aku batalkan..lalu aku tumpang laura balik rumah. Dalam kereta lan telifon dan menceritakan segala-galanya. Aku dah dapat agak sebenarnya namun sajer aku mengujinya dengan rajukku..sebenarnya tiada apa-apa..merajuk pun tidak marah jauh sekali..tiada apa yang penting melainkan suamiku masih berada dibawah perlindungan Allah S.W.T

Sesampainya aku dirumah ina mengadu padaku perutnya sakit.. Ya Allah dugaan apa pulak untuk adikku ini.. dari gambaran ceritanya aku agak rahimnya jatuh @ prolapse..aduhai adikku patutlah aku lihat 2-3 hari ini ina kurang bermaya...aku susah hati sangat tambahan pulak ina baru lepas operation..aku terus mesej kawan opis tipah..makcik yang kami pernah gi urut tu takde, tapi ada seorang lagi boleh cuma tak berapa kuat..padaku bolehlah utk sementara asalkan tiada apa jadi kat ina malam ni..nak jalan pun aku tengok susah.. sesampai jer lan kat rumah terus aku khabarkan kat dia malam tolong hantarkan ina ngurut kat banting..nak cerita lebih takut malu pulak ina..ini hal orang perempuan....lagilah ina malu kat lan nanti..lalu aku terlupa untuk bercerita..kerana dalam otakku aku ni macam-macam hal..

Esok aku kena kerja..malamnya pulak Majlis tahlil hari ke- 7 arwah Cu...takkan aku nak datang tangan kosong..masalah ina lagi...memikirkan rumah yang tak berkemas lagi..memikirkan penat badan lagi..sambutan harijadi lan lagi..aduhai semua menerpa aku tak tahu nak luah kat mana....

Aku masuk kebilik, lan sedang bermain komputer..aku masuk untuk ceritakan segalanya dan bergurau kunun-kunun merajuk dengannya..aku tahan gelak dalam hati tapi melihat raut wajah lan lain macam jer..aku bergurau tapi dia ambil serius dan langung tak bercakap-cakap denganku..Ya Allah langsung aku tak faham sikapnya... berapa lama hendak bersedih...malas nak berterusan aku mendiamkan diri..pukul 7.30 aku kejut lan untuk ke Banting..

Sesampainya di rumah Tukang urut itu, suamiku langsung tak masuk..dalam hatiku mungkin dia penat dan tidur dalam kereta. selesai adikku berurut kami pun pulang... Dalam perjalanan pulang aku mempelawa suamiku makan malam dikedai sahaja dan seterusnya meraikan harijadinya namun jawapan suamiku hanya sepatah dan terus mendiamkan diri..aku malas nak bercakap dengan lanjut bimbang adikku perasan kami 'dingin'...

 Sesampainya kami dirumah suami ku terus ke bilik..bermain komputer dan terus melelapkan diri..air kopi mahupun makanan didapur langsung tak dijamah..aku benar-benar buntu..apa salahku...mataku tak lena..aku menanti-nanti suamiku dapat berkata sesuatu namun masih dia diam membisu.. jam sudahpun pukul 3pagi..entah masa bila tika melayan perasaan aku pun terlena hingga pagi...

No comments: