Thursday 26 April 2012

Aniq dah belajar gosok gigi...

Bulan lepas kebetulan aku dan ayah ke klinik kerana aniq terjatuh hingga hidungnya berdarah... mulanya ke Presint 11 kemudian kami diarah ke KK Preint 9..aduhai lamanyer menunggu..dahla aniq takmau dok diam..hangin aku dibuatnya.... dah tak larat menunggu kat tempat duduk tu aku pun berjalan-jalan sekitar klinik..tiba-tiba aku ternampak 2 orang nurse pergigian mempromosikan sambil memberi nasihat berkenaan penjagaan gigi...apa lagi aku bukan boleh tengok sajer benda-benda camgitu...heeee..tambah-tambah kalu ada bab free gift..saya suka! saya suka!...

Lepas jer client tu pergi aku dan aniq pun terus duduk..kami berbual-bual bekenaan penjagaan gigi sikecil ku ini..gigi aniq dah hampir penuh dah patut benor aniq diajar mengosok gigi.. memang selama ni aku gosokkan tapi just guna kain jer...dan tiap kali itulah jari aku digigit sekuat hatinya....amboi aniq yer...

selepas mendengar penerangan nurse tu, berkobar-kobar semangatku untuk mencari berus gigi aniq..

Selang beberapa hari kebetulan aku ke mydin jadi aku terus membelikan aniq berus gigi yang bersesuaian dengan usianya...bersemangat aku nak mengajar aniq gosok gigi...biar gigi aniq cantik dan sihat..namun harapanku tak kesampaian..aniq menolak.. lebih teruk lagi aniq buat berus gigi dia tu jadi berus kabinet..aduhai sayangku aniq..kena beli baru ler jawapnyer nanti....

Satu hari kami kat opis berbual-bual..kebetulan kak jariah bertanyakan gigi aniq yang dah penuh..kak jar cakap aniq dah boleh guna ubat gigi..barulah aku tahu ada ubat gigi utk kanak-kanak jadi kami pun mencari dan jumpa..MUKMIN JUNIOR untuk aniq...

bermulalah rutin aniq gosok gigi..walaupun adakala macam-macam kerenah aniq tapi yang penting dari sekarang aniq kena belajar...

hee... sayang aniq






No comments: