Thursday 28 February 2013

Anak Ibu Demam....

19 Februari 2013

Petang ni rutin kami cam biasa dari opis, kami terus ke Permata jemput aniq. Tapi masuk-masuk dalam tu jer aku tengok Aniq terlentuk manja jer kat bahu teacher Linda..aniq nampak lemah jer..mata pun layu semacam jer.. cikgu cakap aniq bangun tidur tadi badan dia terus panas...demam.. ibu dan ayah pun terus ke Klinik Kesihatan Presint 9.. lagipun kat rumah ubat dah habis...

Balik dari Klinik..makan ubat, Aniq main-main lagi nanpak macam dah sihat tapi tiba-tiba dalam pukul 2pg badan Aniq panas semula... apalagi cepat-cepat ibu dan ayah berikan ubat... nampak gayanya Aniq tak boleh gi sekolah esok..

20 Februari 2013

Pagi ini ibu dan ayah kena kerja..mujur mama ada.....mama cakap Aniq ok cuma kena bagi ubat.. cam rutin biasa aniq kena makan ubat setiap 6 jam... balik kerja tu ibu  tengok aniq main tapi tak macam biasa..nampak dah muka nyer cengkung..mata berair..kuat meragam...malam tu tiba-tiba dekat pukul 3 lebih badan aniq panas tapi ibu dan ayah dah siap sedia jelum dengan air..tapi kesan ubat tahan sakit yang ibu  makan, mata ibu dah tak tertahan.. ayah pula masih demam lagi, ayah pun dah nampak tak larat tapi ayahlah yang banyak membantu....

21 Februari 2013

Hari ini ibu banyak sangat urusan..dan hari ini juga tercipta nyer sejarah ibu drive sendiri..nak pecah rasaya jantung ibu... kelakarnya sampai trafik light kat opis ibu, rupanya ayah follow dari belakang..tengok ayah hilang rasa takut ibu...heee.. petang ni ibu kena half day..nak ke tabung haji...baitulmal..lagipun Aniq tak berapa sihat.. mama cakap dari bangun tido Aniq nampak sangat tak larat..petang ni Aniq kena amik darah kat Klinik..bekalan ubat aniq pun dah habis...ibu masih tak berani nak drive sendiri kat klinik, kita tunggu ayah petang nanti yer..

22 Februari 2013

Ibu lewat bangun hari ini..sarapan pun tak sempat siapkan..jap gi nak pergi hantar baju..oter.. lepas ni plan nak balik serting, ayah nak servis  sendiri kereta, ibu pula ada hal lain... Aniq lemah macam tu jugak..melepek jer baby ibu ni..sian sangat.. namun sempat juga aniq main-main dengan ibu dan ayah. Usai ayah mandi dan siapkan Aniq, aniq cam meneran-neran ibu pelik jugak tapi ingatkan Aniq nak berak jadi ibu biarkan aje. Aniq masuk ke dapur, ibu bagitau ayah gelagat aniq tiba-tiba ayah perasan aniq kelihatan pucat sangat..mukanya..kaki.. tangannya aniq pucat tanpa darah.. Ya Allah ibu  diterpa perasaan takut sangat..kelam kabut ibu capai tudung  terus bergegas ke Bahagian Kecemasan, Hospital Putrajaya..ayah bawa kereta laju sangat..risau dan mungkin macam-macam lagi perasaan...

Aniq diperiksa di Bahagian Triage..suhu badan aniq dah mencecah 40C..dan terus dimasukkan ke Bahagian semi-critical..ibu tak dapat menemani aniq sebab seorang jer boleh masuk..jadi terpaksa lah ibu menunggu diluar..sambil-sambil tu ibu  bermesej dengan ayah keadaan Aniq..kata ayah, aniq dah dimasukkan ubat dan kini aniq kena mandi dan dijelum dengan air sehingga suhu aniq turun..selagi tak mencapai 37 Aniq akan kena tahan wad kat kecemasan tu.. dalam hati ibu berdoa moga aniq selamat dari segala bahaya...mujur aniq tak terkena sawan tarik..alhamdulillah Allah melindungi aniq..

Hampir pukul 6 lebih baru aniq keluar dari bilik kecemasan tu.. syukur alhamdulillah..

tepat pukul 8.00 kita pun bertolak balik ke Kampung..kita singgah sekejap kat Tesco Nilai..ibu  tengok aniq ok cuma banyak meragam..tapi sesampainya dekat Kuala Pilah, badan aniq panas semula. cepat-cepat ibu dan ayah masukkn ubat ke dalam punggung aniq..dah jelum ngan air tapi kena jugak mandikan aniq dalam tandas dan aniq cuma pakai pampers sepanjang dari Kula Pilah ke Serting..sian anak ibu tak pernah tak jadi camni... aku doa semoga tiada apa-apa..sesampainya aniq dirumah aniq meragam dan tertidur namun tepat pukul 3pg badan aniq panas semula,  masukkan ubat lagi dan mandikan lagi...dapat ibu lihat sepanjang aniq demam ni aniq begitu trauma dengan air..menjerit2..menangis2 kena air..namun apakan daya itu sahaja cara untuk sejukkan suhu badan aniq..ibu dan ayah terpaksa...

23 Februari 2013

Pagi ini aniq masih lagi kelihatan lemah..lemah sangat..melepek jer main pun tak mahu..kejap-kejap meragam..ibu nak masak sayang..ayah pulak nak servis kereta..aduhai serba tak kena.. nak tak nak ibu kena biarkan aniq main dibawah..aniq nampak tak larat sangat..sedar-sedar aniq dah tertidur atas sofa..ibu nak alihkan kepala keatas bantal tapi aniq terus terjaga...mata tak usah cakap lah kuyu jer...ibu takut badan aniq panas..

tepat pukul 3 kami keluar ke Bahau... aniq macam dah ok tapi kelihatan letih sangat..jadual ubat aniq memang padat ibu tak miss kan walau seminit pun...aniq betul2 bergantung pada ubat...

balik dari Bahau aniq tertidur dalam kereta..sampai umah jer dah dekat pukul 7ptg,  badan aniq terus panas semula...aduhai aniq..kita dah nak balik Putrajaya ni. Hasrat hati nak balik lepas magrib terpaksa ayah dan ibu tundakan...ayahlah yang jelumkan aniq..ayah lah yang jaga sampai aniq tertidur..ibu dah berjanji nak pergi melawat nenek dekat rumah wan makngah..tepat pukul 10.30mlm baru kita bertolak balik ke Putrajaya.. aniq cuma pakai pampers jer..kesiannya anak ibu..mesti sejuk kan..kalau aniq tak demam, ibu takkan biarkan aniq dalam keadaan camni.. pasti aniq dengan sweater..dengan stokin...lengkap selengkapnya untuk melindungi aniq..tapi kali ini apakan daya ibu.... aniq mengigil lalu dengan sweater ibulah digunakan untuk selimutkan aniq....biarlah ibu rasa sejuk sama-sama dengan aniq...dalam kereta ibu tersenguk2,Ibu dah ngantuk sangat..ayah apatah lagi.....

Sesampainya dekat Putrajaya dah pun pukul 1pg..pukul 3 nanti aniq kena bangun makan ubat..ibu pesan kat ayah suruh kejutkan ibu nanti...tepat pukul 3 ayah kejutkan ibu sama-sama bagi aniq ubat...moga-moga pagi nanti aniq beransur sihat..esok ibu ada appoinment hospital..ibu kena drive sendiri lagi...

24 Februari 2013

Aniq kena makan anti-viral sampai 28hb ni..lansung tak bole miss..mujur mama ada, kalau tak susah nya sapa nak jaga aniq demam-demam ni..

Mama kata aniq dah ok..demam pun macam dah kebah tapi ibu..ayah..mama tetap pastikan aniq ambil ubat sampai betul-betul sihat...

tapi semua orang perasan..lepas aniq demam ni aniq kuat sangat meragam..pantang tak kena sikit aniq cepat marah-marah..mengamuk...naper sayang.....

26 Februari 2013

Hari  ini hari jadi mama..malam ni nak celebrate kat presint 9 tapi jam pukul 7.30 aniq dah tidur, terpaksa mama tundakan hari sambutan harijadinya demi aniq...

27 Februari 2013

Bangun pagi jer mata ibu merah..tapi ibu gi kerja juga. Hari ini ayah nak amik exam menaip..moga ayah lulus dengan cemerlang..risau ibu ayah ke Shah Alam naik motor sorang2.. balik tu ayah dan ibu terus ke Klinik..ibu dapat MC.. malam nanti dah plan ngan mama nak celebrate hari jadi nya.. sian mama, abg aikal ngan abg irfan... jangan tidur awal lagi yer sayang

Tepat pukul 8 aniq dah tidur..tapi kata ayah nanti kita kejutkan aniq..lepas aniq bangun kita semua terus ke Yunkies Hut, Bangi..tertunai hasrat hati mama....

28 Februari 2013

Masuk hari ini 2 hari ibu MC..mata ibu sakit..merah-merah jer..mungkin ibu allergic mascara..mungkin!!!! ntahlah mintak-mintak ibu tak jadi virus untuk semua orang dalam rumah ni... hari ini aniq last makan ubat anti viral...aniq pun dah tak demam lagi kan sayang...tapi susutnya badan anak ibu...manalah anak ibu yang montel dulu tu...hurmmm....

ibu gurau jer sayang...tak kisahlah anak ibu kurus ke gemuk ke asal anak ibu sihat walafiat... bagi ibu inilah salah satu pengalaman yang ibu tak bole lupa diawal tahun baru nie....

Moga anak ibu membesar menjadi anak yang sihat..baik dan berjaya di dunia-akhirat...amin...

No comments: