Friday 1 February 2013

Akhirnya..tamat jugak kelas lesenku..

1 Februari 2013

Alhamdulillah...rezeki lagi buat ku di tahun baru ini....

Aku dan dapat lesen...hihihihihi...10 tahun aku menunggu..dari satu tahun ke satu tahun aku tundakan niatku..Memang Allah telah tentukan tahun ini rezeki ku..



Syukur Alhamdulillah..Allah memyedia dan mempermudahkan aku dalam segalanya.. Allah hadirkan aku insan-insan yang sudi membantuku tanpa aku duga.. begitu cantik aturan dan pertolongan dari Allah buatku..

Terima kasih buat insan-insan ini..

Ina.. Insan yang sudi menjaga aniq diwaktu kelasku..
Cik Azli.. cikgu aku yang tak berkira... lebih dari 8 jam aku belajar ikut suka hati aku jer..hee
Abang Rahim.. yang tiba-tiba secara tak sengaja mempunyai kawan baik yang tak semena-merupakan Penceramah KPP ku..
Encik Shamsuri.. pasti aku tak lupa budinya..Allah gerakkan hatinya membantuku tanpa dipinta pun..begitu bersungguh-sungguh dia namun ku katakan padanya aku tetap mencuba yang terbaik..tapi aku sangat-sangat  hargai dan terhutang budi dengan niat baik dan bantuannya...
Pegawai-Pegawai JPJ.. tak banyak songeh dalam meluluskan aku..huhuhuhuhu

...PALING UTAMA..

 MAK, AYAH dan SUAMIKU..yang mendoakan ti lulus lesen... mak sampai rebus telur sedekahkan untuk aku..ayah pulak setiap masa mesej tenangkan dan doakan aku lulus..terima kasih mak..ayah...
dah terrar nanti ti bawak makayah jalan-jalan yer....

Buat SUAMIKU ... kerana abanglah ayang amik lesen..kerana galakkan abang..kerana duit abang..kerana abang yang hantar dan ambil ayang setiap kali ayang datang kelas...kerana abang peneman setia ayang..
terima kasih SAYANG....

No comments: