Wednesday 11 September 2013

Redha...dan akan terus redha....

Tarikh 13 September 2013.....Tinggal sehari lagi genap usia putera hati kami Muhammad Aniq Aqmar 3 tahun.. mungkin pada hari ini aku tengah sibuk-sibuk memikirkan sambutan harijadi aniq yang bagaimana..kek tempah dimana.. tetamu yang nak kami jemput atau paling yang utama kami fikirkan..HADIAH aniq...he3..

tapi tahun ini aku akan berada di hospital.. untuk kali keduanya...ERPOC..bermakna aku kini kehilangan buat kali keduanya kandunganku..kandungan tanpa janin atau bligted ovum...

Selepas tarikh ini aku akan berpantang semula dan menurut suamiku selepas ini kami tetap akan mencuba dan seandainya tertulis apapun takdirnya kami tetap redha..

Biarpun pelbagai lagi persoalan demi persoalan yang timbul namun bagiku ialah..bukan rezekiku dan Allah akan gantikan sesuatu itu dengan yang lebih baik.. biar apapun disebaliknya namun redha itu adalah lebih manis berbanding aku memikirkan sesuatu yang tidak nampak oleh mata kasarku....


Aku redha.. aku redha atas segala yang Allah takdirkan..seandainya ditakdirkan aku hanya mempunyai ANIQ AQMAR ku seorang..aku tetap redha asalkan aniqku sihat..beriman...berjaya dan menjadi anak yang terbaik buatku dan suamiku..bukankah kualiti itu lebih baik dari kuantiti...

Tiada siapa mampu meramal nasib yang mendatang.. aku sendiri tak mampu melawan dugaan demi dugaan..tapi Allah selang selikan dugaanku dengan rezeki yang aku sendiri tidak menyangka...bukankah itu sesuatu yang sangat manis untuk dikenang daripada aku memikirkan sesuatu yang masih ghaib...

Aku mengakui bahawa aku cuma hamba yang lemah dan terlalu banyak melakukan dosa-dosa yang aku sedari mahupun tidak aku sedari..moga Allah masih membuka pintu keampunan buatku dan suamiku...

Moga dugaan dan keredhaan ini membawa kami ke fasa hidup yang lebih baik...

Amin..

No comments: