Friday 14 December 2012

Kulalui juga proses EPROC...

11 Disember 2012..

Aku hadir lagi ke unit EPAU, Hospital Putrajaya seperti yang tertulis dalam buku temujanji..lamanya hari ni menunggu tension sangat..masuk jer hari ini aku di cheukup oleh doktor wanita berbangsa india..Dr Saritha namanya..muda lagi. Setelah melalui prosedur seperti sebelum ini beliau menetapkan aku harus juga melalui prose ERPOC keran hampir 2 minggu tempoh yang diberi kantung bayiku masih juga tidak mengecut dan jatuh dengan sendirnya...

13 Disember 2012..

Pagi ni aku datang ke Dewan Bersalin semata untuk ambil darah..aku dilayan dengan baik oleh doktor yang bernama Dr Baizura..cantik dan lembut orangnya..entah bagaimana aku boleh pitam selepas ambil darah..mungkin aku terlalu banyak berfikir akan prosedur yang akan aku lalui esok..mungkin kot..selepas itu aku kembali ke pejabat seperti biasa...aku harus berpuasa dari makan dan minum start pukul 12 malam ni...

14 Disember 2012

Seawal 715pg aku dan suamiku dahpun keluar rumah menuju ke Hospital..Sesampainya kami aku terus mendaftar masuk di Kaunter Kemasukkan Wad dan terus naik ke tingkat 1.. DayCare Ward.. Aku masuk berdaftar dan kemudian diarah menukar uniform hospital.. sebelah dalamnya aku dikehendaki memakai uniform berwarna putih..uniform ni seingat aku sewaktu aku menjalani pembedahan ceaser aniq dulu, uniform inilah yang aku pakai...uniform yang bertali dan diikat dibahagian belakang...yang sebelah luarnya aku diberi baju dan kain bewarna hijau..susah tul nak pakai kain ni.. susah sangat aku ajak suamiku sekali masuk tempat bersalinan untuk tolong aku pakai uniform..senang ada orang tolong ikatkan...

Selepas itu aku dibawa ke katil bernombor 11 dan suamiku setia menunggu bersebelahan denganku..biarlah kali ini suamiku ada bersama-sama..aku ingat lagi masa kelahiran aniq dulu aku tak sempat jumpa suamiku sebelum aku ditolak masuk ke Dewan Bersalin..mujur sempat juga jumpa semasa aku ditolak masuk ke Dewan Bedah...

Aku berbaring dan lan duduk bersebelahanku..hari ini ada 3 orang wanita yg sama-sama dgnku akan menjalani erpoc..mereka ini juga senasib dgnku..aku tak berbual pun lgpun masing-masing ada teman disisi.. aku berbual dgn suamiku sehinggalah nurse memaklumkan bahawa kami perlu t/tangan 3 surat iaitu surat keizinan bius...surat transfer darah ( jika perlu) dan surat keizinan erpoc..ya nak taknak kami perlu t/tangan ini cuma prosedur biasa...

Doktor Bius bernama Fatimah datang menerangkan kepadaku risiko bius..aku hanya senyum..ya! sebelum ni  dah 2 kali aku merasa dibius! sakitnya tuhan yang tahu...

Tak lama kemudian suamiku diminta ke tetamu...seorang doktor lelaki dtg memklumkan proses seterusnya..aduhai malunya kerana doktor tersebut seorang lelaki..namun aku tak mampu mengelak..ubat dimasukkan untuk membuka rahim. kami perlu berbaring sehinggalah dipanggil masuk ke OT

11.40am

dari kaunter aku terdengar namaku disebut-sebut oleh nurse..aku fikir wanita dikatil 10 akan dipanggil dulu..aku bersalaman dengan lan..mengucup pipinya dan suami ku juga mengucup pipiku..aku memohon ampun manalah tahu umurku tak panjang..tak lama kemudian wheelchair ditolak ke katilku..aku dimnta membuka uniform hijau disebelah luar dan tinggallah uniform putih sahaja..dengan iringan mata aku terus ke OT..

Sesampai di Ot aku disuruh berbaring diatas katil..aku diselimut dengan selimut putih.. semua insan dalam bilik OT ni berbaju biru.. aku diletakkan di ruang menunggu..perasaan ku menerawang entah kemana..rasa sedih..sayu..takut semua ada..dan aku terus menunggu..

hampir 30minit menunggu namaku dipanggil dan mereka menolak masuk aku ke dewan pembedahan..aku bertukar katil..aku lihat berbeza dengan hospital kuala pilah..mungkin disini agak canggih..yerlah hospital baru.. tangan aku disuntik dan dimasukkan air dan ubat tahan sakit.. aku diberi bantuan oksigen... aku tak pasti apa yang dimasukkan sekali dalam topeng oksigenku kerana selepas disiruh beberapa kali menarik nafas aku terus tak sedar.....

1.25pm

dalam sayup-sayup aku mendengar namaku dipangil beberapa kali..tapi mataku masih berat nak buka..sekali lagi namaku dipanggil.. Ya Allah.. Alhamdulillah aku masih lagi bernyawa dibumiMu ya Allah... aku sedar sepenuhnya namun badanku terasa lemah...berat sangat..rasanya nak angkat badan sendiri pun tak mampu...
katanya sebentar lagi aku akan dihantar ke Wad semula..

Sesampainya di wad, suamiku tiada..aku tahu banyak urusannya hari ini..aku mesej lan minta dia menemaniku.. Sakitnya ??? Allah sahaja yang tahu.. kejap sakit kejap tak rasanya seolah ada yang menghiris-hiris ari-ari dan pinggangku..aku hanya mampu mengerang perlahan dan mengurut-urut perlahan..

Tak lama kemudian suamiku sampai..aku mengadu sakitku padanya..apalah yang termampu dia lalukan selain menyuruhku bersabar dan mengengam erat tanganku..aku haus sangat..suaraku pun tak keluar..dialah yang menyudu kan air padaku..sesudu demi sesudu...

hampir 30 minit doktor datang memeriksaku..aku dapat rasakan sakitku makin berkurangan namun aku minta juga pil tahan sakit..

Aku masih belum berani berjalan ke tandas namun jika aku tak ke tandas aku tak boleh balik.. setelah aku rasakan aku benar-benar sihat akupun berjalan sendiri ke tandas..menukar baju dan bersedia untuk balik... jam pun menunjukkan hampir 4.30 petang..

Aku diberi cuti sakit selama 8 hari sehingga 21hb Disember 2012.. masa untuk aku merehatkan diri..namun rehat yang mana mampu aku buat sedangkan banyak tangungjawapku yang perlu aku lunaskan dirumah...lagipun kali ini aku berpantang sendiri... mana yang termampu itulah yang akan aku lakukan..

Terima kasih suamiku..Azlan Kamaruddin
Terima kasih Makayah..Ayahanda Abu Hassan & Bonda Puan Hilimah
Terima kasih seisi keluarga yang mendoakanku..
Terima kasih anakku
Terima kasih sahabat..insan-insan yang mendoakanku...


No comments: