Friday 28 December 2012

Jika Aku ditanya...

Dalam hidup ini perlbagai persoalan yang timbul..begitu juga pelbagai soalan yang ditanya demi mencari jawapan dan kepuasan diri.



jika diriku ditanya..inilah jawapan dari hatiku...Biarpun pelbagai soalan yang kerap kali mengangu fikiran dan hatiku...biarpun kadang-kadang diri ini marah dengan soalan yang kerap kali diulang..namun jawapanku tetap sama...

Ditanya tentang IMAN & TAQWA..Ya ! aku masih lagi belajar untuk menjadi mujahidah dan mukmin sejati..aku masih belajar untuk membaiki diri sendiri..aku masih lagi belajar demi untuk mendidik hamba-hamba Allah yang akan lahir dari rahimku..aku masih belum cukup ilmu didada jadi ku mohon Allah buka dan permudahkan jalan untuk aku menimba ilmu..

Jika ditanya tentang KASIH SEJATI.. Kasih sejatiku pada AYAHku ABU HASSAN BIN MAT dan EMAKku HILIMAH BINTI YASIN.. kasih sejati yang membawaku ke dunia dan syurga. Kasih yang tidak ternilai.. kasih yang kini menjadi tangungjawabku untuk berbakti.. biarpun adakala hati ini berkata-kata namun kasih ini tidak pernah luntur..kasih AYAH dan EMAK sangat tulus...begitu juga kepada ABANG..KAKAK-KAKAK dan ADIK-ADIKKU..birpun mereka tak tahu tapi mereka sentiasa dihatiku...

Jika ditanya tentang CINTA.. Cinta itu sangat berharga padaku..dihati ini cintaku hanya pada suamiku  AZLAN BIN KAMARUDDIN.. Biarpun ini bukan cinta pertama, namun dialah CINTA TERAKHIRKU.. dialah dimata dan dialah dihati biarpun dimana aku berada..tiada dua dan tiada yang lain.. CINTA yang membuahkan PERMATA HATI yang sangat comel.. MUHAMMAD ANIQ AQMAR dan tempat kami meluahkan SAYANG yang berpanjangan padanya..


Jika ditanya tentang TANGGUNGJAWAB.. begitu besar padaku ertinya..dan betapa luasnya dan beratnya dibahuku.. Biarpun aku arif bahawa tangungjawapku kini pada rumahtanggaku..namun aku perlu membahagi sama rata kepada ahli keluarga..mereka juga bawah tangungjawabku..bukan mudah untuk melepaskan tangungjawap yang aku pikul sejak dulu kerana dari dulu aku membawanya bersama-sama..

Jika ditanya tentang CERITA DUKA..semua orang mempunyai kisah duka, yang membezakan semua itu adalah cara penerimaan dan kesan-kesannya..aku belajar dari kisah duka dan aku berterima kasih kepada duka-duka itu yang membawaku kepada insan yang membahagiakan ku..

Jika ditanya tentang BAHAGIA..aku sangat bahagia..aku sangat beruntung...aku mempunyai segalanya atas izin ALLAH S.W.T.. aku ada ayah dan mak yang sangat menyayangiku..aku ada abang..ada kakak..ada adik..ada suami...ada anak..ada anak-anak saudara yang comel-comel.. ada pekerjaan yang menjamin masa depanku...ada harta untuk bekalan anak-anakku..jadi apa lagi yang membuatkan aku tidak bahagia...

Jika ditanya tentang RUMAHTANGGAKU.. aku bahagia..suamiku sangat penyayang..sangat ringan tulang..sangat penyabar..sangat menghargaiku..Aku inginkan rumahtanggaku diberkati Ilahi. Aku impikan kami hidup dalam KEHIDUPAN ISLAM yang sebenar-benarnya. Kami mendidik anak-anak akan cinta dan ketaatan kepada ALLAH S.W.T..kerana sesungguhnya kehidupan Islam itu adalah sebaik-baik kehidupan didunia dan akhirat



Jika ditanya tentang ANAKKU.. Sejak aniq dalam rahimku lagi aku amat berharap besar nanti Aniq akan berbakti kepada masyarakat.. aku nak Aniq jadi seorang DOKTOR. Membantu insan-insan yang memerlukan..Aku berdoa Aniq menjadi anak yang terbaik buat kami..anak yang SOLEH agar Aniq akan mendoakan kami didunia dan diakhirat.

Jika ditanya tentang DUIT.. duit itu sangat penting...duit itu adalah segala-galanya padaku kerana tanpa duit hidup jadi tak tentu arah..semua orang mencari duit.. betulkah duit itu boleh beli kasih sayang ?? aku tak mahu mengia atau menidakkan...

Jika ditanya tentang TEKANAN.. hidup ini adakalanya penuh dengan tekanan..aku sedaya upaya memacu tekanan itu agar aku tak tersimpang...biarpun adakalanya aku kalah berhadapan dengan tekanan yang mengekori aku..

Jika ditanya tentang PENGALAMAN HIDUP.. aku tak pasti berapa banyak pengalaman hidup yang  kukutip selama 30 tahun hidupku didunia ini.. mungkin pada orang lain pengalaman itu biasa tapi cubalah berada ditempatku...

Jika ditanya tentang KEPERCAYAAN.. saya sangat-sangat mempercayai insan yang saya sayang.. saya percaya setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangan..namun andainya kepercayaan itu dimungkiri..cermin yang pecah itu tak mungkin bertaut..dan andai bertaut. retaknya tetap tak mampu di sambung...

Jika ditanya tentang KESUKAAAN.. aku suka membeli.. kadang-kadang aku rasa aku seorang yang suka membazir walaupun aku sudah menjadi orang yang secermat mungkin..kadang-kadang apa yang aku beli tu akhirnya dibuang jer tapi aku tetap akan beli lagi kalau harga murah...camner tu...aku kumpul barang-banrang yang aku sendiri tak guna...buka ajer kabinet dan almariku penuh dengan barang-barang yang tak berguna pun..hurm..

Jika ditanya tentang MAKANAN.. aku suka masak jika ada yang suka makan..aku akan masak apa yang SUAMIKU suka.. makan mesti nak sedap kan..aku rasa gembira sangat bila lihat suamiku makan dengan berselera dan rasa sedih pulak bila dia complain..huhuhuhu..aku makan apa saja dan badanku naik 10kg dalam masa 2 tahun..jadi keputusanku sekarang aku harus BERDIET...

Jika ditanya tentang IMPIAN.. aku tak pasti impian hidupku..cukuplah ia sempurna dari segala segi.. mungkin aku takde simpanan beribu-ribu tapi hidupku sempurna..aku membeli segalanya yang aku suka..itu juga adalah impianku yang ingin aku miliki. Aku tidak memasang angan-angan untuk 10 tahun akan datang cukuplah sampai waktu nanti aku dapat menjejakkan kaki ke TANAH SUCI MEKAH bersama keluargaku..

Jika ditanya apa yang aku BENCI.. Aku benci dengan sikapku yang kadang-kadang aku sendiri tak mampu nak mengawalnya..jika suka aku terlalu suka..jika takut aku terlalu takut..jika susah hati aku terlalu tertekan... aku tak mampu nak seimbangkan keadaan..

Jika ditanya apa yang aku lakukan jika SEDIH.. aku akan menjauhkan diri kerana kesedihan membuatku jadi asing dalam dunia ini. Tiap kali aku bersedih,  aku rasakan aku ditolak perlahan-lahan masuk ke dalam 'dunia' yang sangat sunyi..dimana 'dunia' itu hanya aku sendiri dan tiada siapa memerlukan aku lagi..aku dapat rasakan 'dunia'  itu ada denganku sejak aku dari dulu lagi..

Jika ditanya APA SEBENARNYA YANG AKU IMPIKAN..terlalu banyak..terlalu banyak.. tapi bukan untuk diriku tetapi untuk insan-insan tersayang disekelilingku... Aku doakan kemurahan rezeki buat seisi keluargaku...

Terlalu banyak soalan namun jawapannya adakalanya hanya..mendiamkan diri....kerana tidak semua soalan mempunyai jawapan dan andainya jawapan hanya mengguriskan perasaan aku rasa...


" berdiam itu adalah lebih baik....."

Benar kan!

No comments: