Wednesday 31 March 2010

Dugaan untukku dan suamiku.......Aku Bersyukur

Aku Bersyukur

Alhamdulillah selepas aku keluar wad, aku terus lagi berubat kat kampung lan. Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah setelah 3x berubat, 'racun' dalam badan ku habis dikeluarkan. menurut pakcik jamal ada yang berbelas-belas kali 'mengetuk' pun belum habis, tapi aku alhamdulillah cuma sikit saja.  Aku tak kisah demi kebaikan, keselamatan diri juga anakku, aku sanggup. Paling tak tahan, aku kena minum air kelapa.. sehari 3 biji kelapa aku kena minum sampaikan naik mual aku. tengok kelapa pun dah tak lalu..


Aku kena berpantang untuk mengelakkan penyakit aku berulang. Alhamdulillah aku kuat dan suamiku sentiasa mengingatkan aku agar berhati-hati bila makan sebelum matikkan ubat. tapi aku tak boleh jamah lansung makanan yg pedas, akibatnya tekak aku akan rasa pedih jer..


Biarpun telah mati ubat, sakit tekak ku ada lagi. selera aku pun belum pulih sepenuhnya mungkin kerana 'pembawakan' sekali..orang ngandung memang cam gitu kan....heee


Aku sekali lagi berubat ke KL kerana badan ku lemah semula. tapi menurut paksik tu, aku terlalu risau, sebab tu penyakitkan bertambah..YA..aku terlalu banyak berfikir..terlalu banyak..aku sendiri tak tahu bila aku akan berhenti berfikir.


Setelah mendengar kata-katanya barulah aku tersedar..aku lalai..aku tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Orang lain bertahun - tahun menunggu cahaya mata, sedangkan aku??? aku tak yakin dengan diri sendiri. Sebenarnya Aku takut dengan bayang-bayang dan pengalaman yang pernah menghantui hidupku...aku tak bersedia, aku takut aku tak mampu untuk jadi ibu yang baik. Aku takut tak mampu membimbing anakku..terlalu banyak benda yang aku takuti...dan kata pakcik tu..DOA..DOA....DOA...itulah senjata yang aku perlu...dan aku sedar...Syukur suamiku memahami...dia banyak mengingatkan aku erti kenikmatan yang tuhan berikan ini...


wajahku setelah mulai sihat..( ambil  pada 22 Mac 2010)

Hari makin hari..aku semakin sihat..aku masih lagi berpantang..aku mula menghargai nikmat tuhan ini. aku sayang kan anak dalam kandungan ku ini...sayang, ibu tak sabar menunggu 9 Bulan ini....

No comments: