Wednesday 31 March 2010

Dugaan untukku dan suamiku.......Tahan Wad

Kami sampai di Perak hampir pukul 12 tgh hari. Abah pergi kerumah dukun untuk tanyakan barang apa yg perlu kami sediakan untuk aku berubat. Kesempatan ini aku ucapkan Terima kasih abah kerana bersusah payah untuk ti. Abah lah yang sediakan semua barang untuk aku berubat. Buah kelapa, daun pisang kelat, daun nangka diperlukan untuk merawat penyakit aku ini. Kesan kemari abah mencari barang-barang untuk aku berubat.



Menurut Pakcik jamal, aku perlu berubat secepat mungkin sebelum kandungan ku berusia 3 bulan. katanya jika lewat aku tak boleh berubat lagi untuk mengelakkan kesan lain kepada kandungan ku. Ya Allah...tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika itu. walau aku masih belum sedia untuk bergelar ibu, aku tetap sayangkan anak aku ini. Aku tak sanggup apa-apa berlaku terhadapnya.



Aku mula berubat, hampir setiap minggu kami balik ke Perak untuk berubat. Badan ku diketuk bagi mengeluarkan 'barang' tersebut. Sepatutnya kali kedua aku dapat berubat tapi kerana keadaanku makin teruk aku telah ditahan ke wad. hampir seminggu aku langsung tidak boleh menjamah apa-apa makanan. Aku dierang batuk dan muntah2. Apa yang masuk semua terkeluar semula.. Ya Allah terasa berat dugaan yang aku tanggung..aku tak dapat gambarkan deritanya aku. tekak ku sentiasa terasa panas dan pedih. Selera ku hilang terus..

20 - 22 Disember 2010

Petang 20 Disember, aku ke Klinik Putrajaya. Inipun sebab dah tahan  sangat dengar lan 'berleter' kat aku ini..katanya marah kerana sayang...heee.. 6.30 petang kami pun ke Klinik. Doktor mengarahkan aku ke Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sampai jer hospital aku diperiksa dan menurut doktor keadaan aku agak serius dan aku di tahan ke Wad Kecemasan. Sedihnya hati aku. dalam hati aku mesti lan menunggu kat luar. aku tahu lan memang penat sangat, dahla baru balik kerja, makan pun belum lagi. Aku ditahan sehingga pukul 3 pagi. hampir 4 pain air dimasukkan ke badan aku ni. Doktor menyuruh aku masuk ke Wad, tetapi aku memag fobia dok hospital ni, lalu aku mintak dulu untuk berbincang dengan suamiku. Dalam hujan aku keluar cari lan rupanya dia tidur dalam kereta..kesian nyer suamiku....

Aku sign surat tanggung risiko..aku nekad tak nak masuk wad..lan marah..tapi aku ni memang degil...

21 Disember.. Sakit ku teruk lagi. Aku muntah-muntah lagi. Aku tak larat lansgung nak bangun. jadi kami ke hospital lagi. sekali lagi aku dimasukkan air dan kemudian diminta jalani 'scan' di wad bersalin. tanpa banyak soal aku terpaksa juga ditahan wad..sedihnya sampai rasa nak menangis..aku merajuk..tapi nak tak nak aku kena juga masuk wad. yang sedihnya dalam wad tu aku seorang jer..katil sebelah ku kosong, lagi lah aku ketakutan. Nasib baik dalam Hp ku ada MP3 surah-surah al-quran..kerana tak dapat tidur, aku bermesej dengan suamiku. Dialah yg banyak bagi kata-kata perangsang untuk aku makin kuat..aku tak berani nak beritahu keluargaku dikampung, aku tahu mak ayah pasti risau nanti..





dan Suamiku..sudahlah musim hujan, suamiku tidur dalam kereta kat tempat parking hospital..makan pun cuma beli roti canai kat kedai mamak..sedihnya..inilah dugaan kami sedangkan belum pun 2 bulan aku berumahtangga...

Esoknya pagi-pagi sebelum lan ke Opis, dia datang melwat aku..aku menangis.aku nak balik..tengah haripun suamiku datang..Terima kasih kat kawan2 yg datang melawat..dalam hati aku berdoa moga aku dapat pulang kerumah. Aku tak sanggip tinggal lama-lama di wad ni. aku tertekan...

Alhamdulillah petang 22 Disember 2010 aku dibenarkan pulang..itupun aku sungguh-sungguh mintak untuk balik,,,seronoknya..aku rindu kat suamiku...aku tak sanggup biarkan suamiku tidur dalam kereta lagi..

Aku mesej kat kampung beritahu aku dalam wad, mak ayah risau sangat.mak sedih dengan keadaan aku. mak marah kerana aku tak beritahu awal2..tapi mak ayah, ti paham mak ayah camner, kalau mkayah tahu ti sakit mesti mak ayah risau, ti tak nak susah kan hati mak ayah...

Bersambung

1 comment:

farcuemai said...

heee follow me back ya...

suarahatiaku@gmail.com