Wednesday 31 March 2010

Dugaan untukku dan suamiku.......Santau

Sabtu.. 20 Disember 2009

Hari ini aku dan suami ke Banting untuk berubat di Darul Shifa. Selepas selesai berubat, kami merancang untuk ke klang. Dalam perjalanan pergi ke Klang, kami singgah makan berhampiran food court di Tesco Banting. Aku dan suami memesan makanan di salah sebuah gerai. Aku memesan Nasi Goreng Cendawan, manakala suamiku pula makan Nasi Paprik. Selepas makan, kami terus ke rumah kakak ipar suamiku...

Ahad... 21 Disember 2009

Pagi nie mungkin kerana keletihan, aku tak dapat menyediakan sarapan, lalu aku dan suami keluar makan di Restoran Yusoff, di Presint 9. Lagipun suamiku suka melayari internet disana kerana kedai makan ni ada WiFi..aku pun makan lah roti canai..lan pulak makan nasi lemak, faveret dia nie....lgpun sambal dia sedap..selepas makan kami pun pulang kerumah..

Dugaan untuk kami

Aku rasa tekak aku cam tak selesa.tak tahu naper. Aku muntah-muntah dan aku terperasan dalam muntahku ada sehelai rambut..aku just ignore..pada aku mungkin kerana badan ku penat..

Selepas hari ahad tu, aku mengalami cirit-birit yang agak teruk.memang tak tahan giler, sampai aku asik berkejor kat tandas jer..aku tak tahu apa yg aku salah makan. kerana dah tak tahan sangat, aku pun pergi klinik, tp doktor kata biasa jer, geram betul aku ngan doktor tu, check ntah hapa2..dia tak tau yg aku ni berperang dalam perut nie...eeeeee terpaksa gak aku masuk opis dalam sakit2 nie.

Dah hampir seminggu keadaan aku camni..aku memang dah tak leh tahan sangat..aku rasa dh kosong perut aku nie..badan pun susut semacam jer..muka lagi lah pucat semacam jer..hilang terus seri pengantin aku nie...heee..hilang cirit birit, batuk pulak jenguk aku. tekak aku sakit semacam jer, aku terus hilang selera..lagi merana badanku...hari demi hari selera aku ni cam hilang jer...dan mulalah terasa diri ku sangat2 derita...

4 Januari 2010

Dalam sakit2 ni pun aku dapat berita menggumbirakan..aku bakal bergelar IBU.. tapi tak tahu kenapa perasaan tu 50-50...

Badan aku makin lemah, aku betul-betul tak bermaya..selera ku hilang terus..nak berjalan pun aku dah tak berdaya...

9 Januari 2010

Aku balik kampung kat Serting Ulu, kat makayah aku ceritakan keadaan aky yang tak elok2 gak..jadi ayah pun cadang kerumah Mak Lang untuk berubat kampung...alangkah terkejut giler bila diberitahu aku 'termakan' benda...dan aku harus berubat..berita ni menggoncangkan seluruh keluarga aku..mak ayah dan suamiku sangat-sangat terkejut..akupun tak tahu kat mana yg aku salah makan.. balik rumah ayahmak sangat- sangat risau, lan apatah lagi.. aku sendiri pun macam tak percaya jer.. dugaan oh dugaan..

satu cara aje yang ayahky cadangkan...BALIK PERAK... ayah cakap kat sana ramai yang boleh ubatkan jika termakan SANTAU..hatiku gundah..aku dapat rasakan nyawaku tak panjang...malam itu juga ayah minta lan telefon abah tanyakan tempat untuk berubat santau..Alhamdullillah kat kampung dia ada dukun santau..dan ayah suruh kami balik ke Perak secepat mungkin...aku lihat lan tak senang duduk..aku cuma lihat luarannya, hati mereka kau tak tahu..yang pasti mak ayah, lan dan seluruh keluargaku sedih akan keadaanku...DAN AKU???  yang pasti malam ini tidur kami tak lena...

Pukul 5 pagi suami aku dah pun bangun..kami siap2 untuk balik ke Perak. Pukul 6.30 pagi kami bertolak dari negeri sembilan terus ke Perak. Syukur suamiku sentiasa kuat disisi ku. Aku atahu Lan sedih sangat, tapi demi aku dia kuat..Tak kenal letih..mengantuk lan tetap juga drive jauh2..letih dia pun belum hulang tambah lagi dugaan nie...Sampai di Shah Alam, kami berhenti makan. tapi seleraku takda. Aku cuma mampu makan limau nipis bagi ilangkan sakit tekak ku..

Bersambung....





Dari bulat dah bujur muka aku...heee


No comments: